[Doraemon Statue]
Beberapa tahun yang lalu , seorang pelancong dari China mendakwa menjumpai patung kuno mirip seperti watak manga popular Jepun iaitu Doraemon .
Patung tersebut dipercayai merupakan artifak peninggalan dari Dinasti Qing pada tahun 1644ㅡ1912 .
Gambar patung tersebut dimuat naik oleh pelancong itu ke akaun twitter miliknya untuk bertanya pendapat kawan-kawannya .
Gambar tersebut akhirnya menjadi tular dan menjadi perbahasan oleh pengguna media sosial .
Doraemon merupakan watak manga yang terkenal Fujiko F.Fujio sejak tahun 1969 .
Doraemon mengisahkan tentang sebuah robot kucing dari masa depan yang telah ditugaskan untuk menjaga seorang budak lelaki bernama Nobita .
Ada yang memberi pendapat bahawa penemuan patung ini ada kaitan dengan mesin masa .