"SELAMAT datang bakal pengantin!" Sapa seorang lelaki yang bertubuh tinggi bersama senyuman manis tatkala melihat sepasang bakal mempelai masuk ke dalam butiknya.
"Kau jangan nak berbakal - bakal sangat! Mana baju tunang aku?" Soal Fahim geram.
Bukan tak tahu perangai kawannya itu. Pasti akan ada gelagat yang bakal memalukan dia. Dasar sotong darat!
Jatuh maruah dia depan Alfia memang dia candat sotong darat ni!
"Dah sedia dah. Aku tunggu kau dengan bakal suri hati kau datang je. Cantik juga. Pandai kau pilih ya Fahim? Aku ingatkan kau jadi teruna tua sam..."
Fahim pijak kuat kaki Syuk. Kalau nak diikutkan hatinya mahu sahaja dia tarik kuat kumis - kumis nipis tu.
"Sakit lah! Kau dengan perempuan, lembut nak mati. Dengan aku, kau kasar nak mampus". Omel Syuk tak puas hati. Dia tolak kasar tubuh Fahim.
"Aku lembut dengan perempuan sebab aku lelaki normal. Aku bukan suka spiesis sotong". Jawapan Fahim mengundang cebikkan Syuk.
Alfia ketawa kecil.
"Hai, si manis. Nama aku, Syukri Yahya. Gurau! Nama aku, Syukri Zaman. Kau panggil je aku, Syuk. Aku ni member lama bakal suami kau ni. Nama kau?"
"Nama aku, Alfia Nasuha. Panggil je Fia". Balas Alfia mesra.
"Fia. Cantik nama. Fahim dan Fia. Iqbal Fahim, Alfia Nasuha. Romantik juga nama kau berdua ni kan?" Syuk pandang Fahim.
Dia jungkit kening bila tengok muka Fahim yang dah bertukar rona tatkala Alfia memandang wajah kawannya.
Fahim... Fahim.
"Fia, kau pergilah cuba baju yang aku dah sedia kat dalam bilik persalinan. Fahim yang pilihkan. Aku pun tak tahu kena ke tidak dengan saiz kau".
"Okey. Abang, boleh pegang beg ni tak?"
Dup!
Jatuh terduduk terus Fahim dengan panggilan Alfia. Lenggok suara lembut yang menggoda itu.
Nafas dia jadi laju semula!
Ibu... Iqbal rasa nak pengsan!
"Abang?"
"Ja.. jangan panggil aku abang!" Larang Fahim. Mukanya memerah buatkan Alfia tahan senyum. Terhibur dia dengan perangai Fahim.
"Boleh tolong ja..."
"Aku jaga! Tap.. tapi.. tolong jangan panggil ak... aku abang!" Pinta Fahim pantas. Dia rasa nak putus nyawa bila dengar Alfia panggil dia abang. Suara lembut pula tu.
Alfia hulurkan beg tangannya pada Fahim lalu dia pergi ke arah bilik persalinan.
Syuk sengih pandang kelibat Alfia yang semakin menghilang lalu dia pandang seraut wajah Fahim yang semakin memerah.
Aduhai, kawan dia ke ni?
"Kau ni... teruk sangat pemalu". Tegur Syuk.
"Di.. dia tu. Di.. dia tu.. aish! Aku tak tahulah! Aku tak boleh tengok muka dia sangat. Kaki aku ni terus menggeletar. Jantung aku ni laju je. Aku sakit jantung ke Syuk? Aku tak nak mati lagi". Fahim pangku kepalanya.
Ya Allah, apa nak jadi dengan dia ni?
Kena penangan Alfia, semua yang gadis itu mahukan semua dia akur aje. Tapi yang susahnya, dia malu terlampau sangat dengan bakal isterinya.
Bagaimana dia nak dapat anak seperti yang dimahukan ibunya? Mati dia...
"Kenapa kau tak cerdik sangat Fahim? Kau bukan sakit jantung!"
"Habis kenapa dengan jantung aku? Bila aku duduk dengan kau okey je. Datang dekat dengan Fia, menjadi - jadi jantung aku ni. Macam tengah berlari kau tahu tak?!" Gumam Fahim bengang.
"Kau jatuh cinta tu".
"Ci.. cinta?" Fahim pandang polos wajah Syuk.
"Yelah, cinta. Cinta antara seorang lelaki dan perempuan. Macam kau dan Fia. Lepas nikah nanti, bercinta puas - puas".
"Apa kau merepek ni? Aku mana pernah bercinta dengan dia. Aku baru je kenal dengan dia". Rungut Fahim.
Mengarut je Syuk ni!
Fahim bangun. Seluar jeans ditepuk kasar. Beg tangan Alfia disandang pada bahunya.
Syuk menggeleng.
Lantak kau lah, Fahim. Lepas nikah nanti pandailah Alfia ajar kau nak bercinta macam mana.
"Aku tengok kau macam suami mithali". Syuk gelak tengok gaya Fahim.
Tak lepas langsung beg tangan Alfia. Amanah betul!
Fahim juih bibir.
Syuk, kalau nak menyakat, memang nombor satu!
"Fahim!!" Suara Alfia buatkan Fahim cemas. Ah sudah, kenapa pula dengan bakal isterinya itu?
Bingkas dia berlari ke arah bilik persalinan.
"Fia!" Pintu bilik persalinan diketuknya penuh risau. Jangan cakap ada lelaki lain masuk dalam bilik persalinan tu sudahlah. Memang dia rempuh juga.
Alfia buka perlahan pintu bilik persalinan.
"Cantik tak?" Soalnya bersama senyuman manis.
Tak sangka Fahim pandai pilih saiz bajunya. Memang kena dengan dia.
Fahim?
Deru nafasnya laju.
Langkah di atur semakin mengundur.
Rasa nak pitam!
"Fahim, okey tak?" Soal Alfia hairan. Muka Fahim makin jadi merah.
"Ja... jangan dekat!" Fahim undurkan langkah sehingga dia jatuh pengsan.
Alfia terpaku melihat Fahim.
Ya Allah, bakal suami dia ni!
"Fia, kau okey ke?" Soal Syuk risau.
"Syuk... aku okey. Tapi Fahim", Jari runcing Alfia menghala ke arah Fahim. Automatik, pandangan Syuk teralih.
Syuk pegang dahi.
Aduhai, Iqbal Fahim ni!
Dia pengsan pulak...
FAHIM terus bangun tatkala dia merasakan sesuatu yang sejuk menyentuh mukanya.
Dia raup kasar wajahnya apabila melihat Syuk yang menunggu di hadapannya.
"Kau ni buat malu aku je... Fahim", Tegur Syuk seraya menggeleng.
Tak pernah lagi dia tengok bakal suami pengsan lepas pandang bakal isteri pakai baju nikah.
Memang masuk book of record betul!
"Fia cantik sangat". Fahim hela nafas.
"Habis, kalau cantik sangat kau boleh ke pengsan. Patutnya, kalau cantik... puji je lah". Bebel Syuk.
"Kau tak faham. Aku dengan perempuan lain. Nafas aku jadi semput bila tengok perempuan. Lagi - lagi Fia".
"Kau ni memang pelik betul, Fahim. Lelaki paling pelik yang aku pernah jumpa". Kata Syuk.
"Fia mana?" Soal Fahim risau.
Dia terus betulkan rambutnya.
Jatuh maruah dia depan Alfia. Haih, mana dia nak letak muka dia ni?
"Ada kat luar. Dia pilih baju yang kau pilihkan tu", Kata Syuk.
"Kau biar dia tunggu seorang kat luar?" Soal Fahim semula. Tak percaya.
"Yelah. Aku buka baju kau. Dia malulah!"
"Kau ni. Dia perempuan woi! Nanti ada orang kacau dia macam mana?" Kalut Fahim capai baju merahnya lalu disarung pada tubuhnya.
"Manalah aku tahu",
"Thanks. Nanti kahwin pun aku tempah baju kat kau". Bahu Syuk ditepuknya kasar lalu Fahim lekas keluar mencari Alfia.
ALFIA kerut dahi. Tak suka bila Izzat datang ke sini. Dia masih berkecil hati gara - gara perbuatan Izzat semalam.
"Fia, saya minta maaf". Ucap Izzat lembut.
"Saya maafkan". Bicara Alfia mengundang senyuman manis Izzat. Tak sangka, Alfia maafkan dia!
"Tapi saya tetap akan kahwin dengan Fahim". Tegas Alfia.
Fahim lelaki yang baik. Dia pasti Fahim akan menjaganya dengan bagus andai dia berkahwin dengan lelaki itu.
Senyuman Izzat mati.
"Kau ni kenapa? Sikit - sikit jantan tu!" Izzat mula membentak marah.
"Saya pilih dia. Awak tak layak nak mempersoalkan pilihan saya!" Tegas Alfia.
"Kau dah mengandung anak dia ke apa hah?! Kau memang menyundal dengan dia kan?!" Bentak Izzat tak puas hati.
"Awak jaga mulut! Saya masih ingat Allah!!"
"Sial su..."
Zap!
Fahim tangkap kasar tangan Izzat yang ingin menampar wajah Alfia. Sekali dia nampak Izzat sakiti Alfia, dia takkan biar pisang berbuah dua kali.
"Kau cuba lagi? Mana kau letak perasaan malu kau?!" Soal Fahim bengang.
Dia tolak kasar tubuh Izzat.
"Kau ingat aku senang - senang je nak lepas betina sial ni pada kau?! Dia hak akulah!" Tengking Izzat.
"Kau belajar mana dia hak kau?! Selagi kau, tak lafaz akad. Selagi tu dia bukan milik kau. Satu lagi, agama mana yang ajar kau sakiti perempuan? Perempuan cuma layak untuk dilindungi", Tegas Fahim.
Izzat merengus.
"Jom Fia, kita balik". Arah Fahim.
Alfia hanya akur.
"Sial!" Melihat Fahim iring Alfia, Izzat terus sahaja bertindak untuk menyerang Fahim.
Terkedu Alfia tatkala melihat Fahim dibelasah Izzat.
"Fahim!"
Fahim tak mengalah.
Tubuh Izzat dijatuhkannya. Penumbuknya singgah kuat pada seraut wajah Izzat dan kemudiannya kakinya naik menendang perut Izzat.
Izzat jatuh terlentang.
Fahim cengkam kuat leher Izzat.
"Kau dengar sini, jahanam. Jangan cari pasal dengan aku. Jangan berangan nak sentuh bakal isteri aku. Perempuan yang kau tak pandai nak hargai tu tak lama lagi akan jadi milik aku. Dia akan jadi ibu kepada anak - anak aku dan kau? Kau bukan sesiapa lagi dalam hidup dia". Sinis Fahim.
Dia lepas kasar leher Izzat.
Dia bukan baran macam Raf dan bukan juga bengis macam Rian. Dia cuma seorang Fahim yang mempertahankan gadis yang bakal menjadi separuh hidupnya.
Fahim berlalu ke arah Alfia.
"Ke.. kenapa kau menangis pula ni?!" Cemas Fahim tatkala melihat Alfia yang teresak kecil melihatnya.
Gadis itu berkecil hati dengan dia ke?
"Kau okey?" Soal Alfia sebak.
Fahim pertahankan dia.
Fahim lindungi dia.
"Ok.. okey". Merah wajah Fahim tatkala menyedari bahawa Alfia prihatin terhadapnya.
Nafas sesak!
"Ja.. jangan menangis".
"Terima kasih", Ucap Alfia. Terharu dengan Fahim.
Kalau dia halal dengan lelaki itu, memang dia akan peluk Fahim seerat yang mungkin.
"Na.. nah!" Sehelai sapu tangan yang berwarna merah jambu diberikan kepada Alfia.
"Lap ai.. air ma.. mata kau. Ja.. jangan menangis!" Bicara Fahim mengundang senyuman manis Alfia.
Alfia senyum.
"Terima kasih, abang!"
Dup!
Sekali lagi, dia rasa nak pengsan tatkala mendengar kata - kata Alfia.
Alfia panggil dia abang!!
"Jo.. jom ki.. kita pergi makan", Fahim bukakan pintu kereta untuk Alfia. Tak tunggu lama, Alfia terus sahaja masuk.
Selesai pintu kereta Alfia ditutup, Fahim turut meloloskan diri ke dalam kereta.
Alfia pandang sinis wajah Izzat.
Mulai hari ini, Izzat adalah sejarah dia dan Fahim adalah masa hadapannya.
Iqbal Fahim akan jadi suami pilihannya sampai akhir hayatnya.