Unspeakable Love

By EncikBiskut

4.7K 47 5

Fahri, seorang PLU yang telah menaruh hati pada teman sebiliknya bernama Shahir.. namun perasaan itu dipendam... More

PENDAHULUAN

PART 1 - 'Topeng Kuning'

2.2K 30 5
By EncikBiskut

Wednesday, 3/3 Summer

hari yang agak memenatkan.. dari pukul 9 pagi tadi sehinggalah pukul 1 petang aku perlu menghadiri kuliah dan kemudianya pada pukul 2 petang pula disambung dengan aktiviti di studio.. sebagai pelajar dalam jurusan seni bina, tidak banyak masa yang terluang untuk bergembira, bersantai dengan kawan-kawan yang lain.. hari-hari dipenuhi dengan tugasan baru yang diberikan oleh pensyarah walaupun pengajian untuk Tahun kedua baru bermula tapi assignment dah mula berlambak.

mungkin pada orang lain belajar seni bina agak sibuk, no life, tidak cukup tidur dan seumpamanya.. mungkin benar, namun pada pengalaman aku kebanyakkan orang terasa diri mereka sibuk adalah disebabkan mereka selalu menangguh tugasan yang diberikan.. bila hampir tiba masa untuk dihantar semua tugasan, baru lah mereka nak berebut-rebut untuk menyiapkannya.. dan kerana itu, mereka merasakan jurusan ini sangat sibuk, tidak cukup tidur, perlu berjaga malam untuk menyiapkan semua tugasan. tapi, aku tidak begitu. aku akan pastikan yang aku tidak akan menangguhkan tugasan baru.. pagi ini diberikan kertas kerja, pada malamnya juga aku akan mula memulakan tugasan itu..

sekarang pukul 10 malam.. aku duduk berseorangan di bilik aku di kolej kediaman universiti.. aku ada roommate namanya Shahir. Dia masih tidak masuk bilik lagi.. barangkali dia tengah melepak di bilik kawan-kawan lain.. atau mungkin dia masih lagi berada di studio cuba untuk menyiapkan kerja-kerja designnya..

aku sudah menyiapkan kerja design aku di studio petang tadi. jadi pada malam ini aku agak bebas.. hmm.. malam ni aku nak buat apa ye? nak pergi melepak kat bilik kawan-kawan lain? hmm.. rasa malas pula.. lagi bagus aku kat dalam bilik je.. letih.. nak merehatkan badan.. nak tidur ke? tak kan lah tidur awal sangat.. masih pukul 10..

sambil berbaring di atas katil dengan memakai singlet dan seluar pendek aku mengamati putaran kipas yang berpusing laju. aku memang betul-betul tidak ada idea untuk melakukan apa pada malam ini. nak pergi keluar melepak di bilik kawan-kawan terasa malas pula.. kalau nak tidur rasa terlalu awal.. fikir dan terus berfikir.. nak buat apa ye?? hmm... better aku online je kot, buka facebook.. tengok-tengok perkembangan kawan-kawan yang lain di Facebook.

aku bangun lalu menuju ke meja belajar aku.. pada laptop, aku menekan papan kekunci cuba untuk mendaftar masuk akaun Facebook aku.. hmm... cuma ada lima notification.. dan semuanya tidak lah begitu penting.. pada Facebook, aku melihat perkembangan kawan-kawan aku melalui status mereka.. aku memberikan komen pada status mereka dan menekan butang 'like' pada gambar yang dipamerkan di Facebook.

tapi, aku tetap terasa bosan. tidak ada benda yang begitu menarik di Facebook. jam sekarang menunjukkan waktu 10.30 malam. fikir dan berfikir. aku perlu melakukan sesuatu untuk mengisi masa yang terluang ini. lagipun bukan selalu aku agak bebas seperti malam ini. biasanya busy buat assignment tapi tugasan yang baru ni aku dah siapkan awal dah. kalau aku tangguh assignment dan masih belum siap, mungkin pada malam ini aku tengah berada di studio universiti menyiapkan segala tugasan itu.

tiba-tiba aku teringat satu laman sosial kat satu apps yang aku dah lama tak kunjungi.. rasa-rasanya dah dua bulan last sekali buka apps tu. sebelum ni aku dah uninstall apps tu kat phone aku. entah kenapa aku tiba-tiba rasa nak install balik apps tersebut. aku macam ni lah, sekejap install then lepas tu uninstall pula. 

Buka Play Store, aku bula install semula apps 'Topeng Kuning' tersebut. Orang kata apps ni tempat banyak maksiat.. kalau nak nafikan tu tak boleh juga lah kan.. ada kebenarannya kat situ.. Bukan sebab apps tersebut dibuat untuk buat maksiat, tapi kebanyakkan orang dalam tu cuma nak cari 'keseronokkan' je.. hakikat dunia 'orang macam kita' ni banyak yang nak cari benda 'seronok' tu.. 

tapi...

seperti hari ni..

entah kenapa aku still main app 'topeng kuning' tu.. maybe sebab dalam diri aku ada terasa lonely.. jadi bila aku main apps tu, terasa yang orang 'jenis' macam aku ni actually banyak je kat luar sana.. aku tak rasa keseorangan.

bila dah install, aku mula daftar masuk email aku, kemudiannya meletakkan password..

ihsan-hamidi

itu adalah password aku.. ihsan-hamidi

aku tulis nama kau lagi, Ihsan..

hati aku berbisik mula terkenangkan seseorang..

Teringat akan si dia.. lelaki yang pertama kali membuatkan aku sentiasa berdebar setiap kali aku bertentang mata denganya.. namanya setiasa segar di minda aku dan kerana itu ia sentiasa aku sebatikan dalam kehidupan aku. nama lelaki itu adalah 'kunci' segala rahsia yang aku simpan. nama itu adalah kata laluan aku agar dirinya sentiasa mekar diingatan. dan di hari ini sekali lagi aku taip nama itu.

Aku rindu kau, Ihsan...

Aku harap dapat bertemu dengan dirimu lagi...

Mula daftar masuk ke dalam apps 'topeng kuning' tersebut.. sebelum aku buka apps tu, aku terlebih dahulu buat setting guna 'Fake GPS' untuk tukar lokasi aku di tempat lain. biasanya kalau tak pakai 'Fake GPS' bila buka 'topeng kuning' profile kita akan keluar berdekatan dengan orang-orang di sekitar kita yang main apps tu juga.. tapi aku jenis yang tak suka kalau profile aku orang yang dekat-dekat dengan aku boleh tengok.. maksud aku, sekarang aku di kawasan universiti, jadi aku tak nak lah siapa-siapa yang ada di universiti ini yang main apps tu juga boleh tengok profile aku.. bila guna 'Fake GPS', aku boleh tukar lokasi profile aku ke tempat lain yang bukan di univesiti ini..

Tengok pada inbox, ada beberapa mesej aku terima tapi semuanya dah lama.. aku pun dah lama tak buka apps ni dalam dua bulan.. aku mula tengok profile-profile orang kat dalam tu jika ada sesiapa yang menarik minat aku.. biasanya aku tak chat orang, cuma suka tengok-tengok.. ada lah kadang-kadang akan hantar mesej.. tu pun kalau ada yang balas mesej aku.. hahaha.

dalam apps 'topeng kuning', kalau kita nak ramai orang mesej kita, gambar kena letak seksi-seksi sikit lah.. tunjuk body (tu pun kalau body menarik), then ramai lah yang nak mesej.. tapi aku bukan jenis macam tu.. gambar dalam profile aku pun biasa-biasa je, letak gambar muka separuh.. 

banyak juga profile orang-orang hot sebenarnya.. cuma kadang-kadang tu tak tahu lah sama ada profile real ke tak.. banyak yang fake dalam ni guna gambar orang lain untuk dapatkan perhatian.. aku pun dah biasa terkena.. 

sedang aku tengah-tengah tengok profile orang kat dalam tu, tiba-tiba aku mula dapat satu mesej masuk..

aku tengok..

(Salam.. Hi kat mana tu?)

aku buka mesej then tengok pada profile orang tu.. dia letak gambar full muka.. berjanggut nipis.. memakai jaket hitam.. 

hensem juga lah..

bisik hati aku..

aku tengok lagi pada profile dia.. baca apa yang dia letak pada profile dia..

biseks.. looking for friends and fun..

'Gay' is happy.. tapi kenapa kehidupan PLU tak happy?

hmm? kenapa dia buat ayat macam tu pada part akhir ayat yang dia letak pada profile? terasa macam mesti ada benda yang dia fikirkan sampai dia kata macam tu...

(Salam.. ada kat bilik je ni..) balas aku.. tak cakap pun aku sebenarnya kat kat mana sebab pakai 'Fake GPS'..

(cari apa je?) tanya orang tu lah..

(takde apa-apa pun.. seseje tengok-tengok orang dalam ni..) balas aku lagi..

(ada pic? boleh tengok gambar? tengok profile macam hensem je..) kata dia

(haha.. takde lah hensem pun.. biasa-biasa je. pasal pic, sorry.. tak prefer tunjuk pic terus-terus.. kenal pun tak lagi pun kan..) balas aku.. memang aku jenis nak tunjuk gambar terus-terus je.. prefer kenal-kenal dulu baru tunjuk..

(owh.. nak kena kenal-kenal dulu lah ni.. hehe.. okay...) balas dia..

(hehe.. by the way.. nak cakap sesuatu boleh?) aku bertanya..

(apa dia?)

(hmm.. ada baca kat profile awak... kenapa PLU tak happy? rasanya sebab cara hidup mereka kot buat life dorang tak happy.. macam buat banyak benda-benda tak elok ke apa.. tapi kalau hidup ni tak buat perkara-perkara jahat, takde sebab untuk rasa tak happy kan? haha.. entah lah.. pendapat je..) 

haha.. macam lah aku pun rasa happy dengan kehidupan aku sekarang ini.. bunyi macam aku ni bagus je.. padahal aku pun ada masalah aku sendiri.. entah lah.. tapi aku setuju gak dengan apa yang dia katakan. gay is happy. tapi kenapa kehidupan PLU tak gembira? kebiasaanya macam tu lah..

(jadi awak orang fikir yang PLU ni banyak buat benda-benda jahat?) tanya dia pula..

(eh.. takde lah macam tu.. haha.. entah...) balas aku.. (hmm tapi kenapa awak letak ayat macam tu? macam ada benda je buat awak tak happy) tanya aku lagi.. curious..

(Saya baru putus baru-baru ni.. Rasa hidup macam dah tak bermakna...)

(putus sebab apa?) aku tanya

(kena khianati.. orang curang.. tak jujur..) balas dia

(nak tanya sesuatu lagi boleh?)

(apa dia..)

(putus tu dengan lelaki ke perempuan? sebab saya tengok kat profile kata awak ni biseks.. tu yang curious nak tahu dengan lelaki ke perempuan..)

(hahaha.. dengan lelaki lah..)

(hmm.. tapi kenapa awak nak berkapel dengan lelaki pula?) aku tanya lagi..

(kenapa tanya macam tu?)

(sebab kan awak ni biseks.. kenapa nak kapel dengan lelaki kalau boleh ada nafsu dengan perempuan? maksud saya, bercinta sama jenis ni kan 'tak normal'.. hmm.. faham tak maksud saya? kalau dah boleh suka dengan perempuan, rasanya better lagi bercinta dengan perempuan..) tanya aku.. 

(entah lah.. kalau hal jatuh hati ni, saya tak tengok dia lelaki ke perempuan.. saya tanya pada diri saya lah saya suka kat dia ke tak.. tapi biasanya kalau bercinta dengan PLU ni biasanya tak setia..)

(cinta PLU tak setia? awak PLU juga kan.. so, awak rasa awak jenis setia ke tak? kalau awak jenis setia, jadi masih ada lah yang setia.. hairan lah.. apasal kalau yang straight ada je yang tukar-tukar girlfriends, kadang-kadang sampai dah ada empat orang ex, tapi takde pula orang cakap yang cinta orang straight ni tak setia?)

(hahaha.. okay.. okay.. awak menang lah..)

tiba-tiba pintu bilik aku dibuka. Shahir baru je pulang dari studio. kelihatan agak letih. dengan melihat peralatan yang dia bawa di tangan, aku boleh tahu dia baru lepas balik studio untuk menyiapkan model design rumahnya..

aku memandang Shahir. dia pergi meletakkan peralatan untuk membuat model rumah di atas meja belajarnya kemudian berlangkah menuju ke katilnya. dia duduk di katil lalu membuka baju. aku mengalihkan pandangan mata ku. kebiasaanya macam tu lah, Shahir suka tidur berbuka baju. panas katanya. tapi untuk sesuatu sebab aku merasakan yang aku tak boleh nak tengok dia. maksud aku melihat dirinya apabila tidak memakai baju. mata ini seakan tertarik namun secara automatik, aku akan mengalihkan pandagan untuk tidak melihatnya.

"Shahir, kau dah nak tidur ke? kalau ya, aku nak tutup lampu.. tak nak ganggu kau tidur" tanya aku tanpa memandangnya.

"hmm.. boleh gak. aku pun dah mengantuk ni.. tu pasal lah balik bilik.. tapi tak kacau kau ke?"

Shahir tengok aku masih lagi bersantai-santai dengan phone.. nampak aku masih lagi tak mengantuk.

"tak adalah.. aku boleh je main phone gelap-gelap." aku masih tetap memandang pada skrin phone.

"kalau macam tu, biar aku yang tutup suiz lampu.. thanks tau.. subuh nanti jangan lupa kejutkan aku.. nanti tak pasal-pasal terlepas sembahyang subuh."

"no problem.."

suiz lampu dipadamkan. suasana menjadi gelap. Shahir kembali ke katil lalu berbaring. dalam masa 10 minit nanti, terlena lah dia. aku pula masih lagi melayan phone aku. untuk sesuatu sebab, aku seakan tertarik untuk meneruskan perbualan dengan lelaki yang aku tengah chat ni.

(awak masih virgin ke? tak pernah fun kan?) tiba-tiba lelaki dari 'topeng kuning' tu tanya aku..

(hahaha.. kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?) balas aku.. terkejut dengan soalan tiba-tiba macam tu..

(tiba-tiba fikir macam tu.. rasanya awak dalam ni takde lah cari fun pun kan? nak cari boyfriend? rasanya tempat ni bukan sesuai untuk cari boyfriend. tempat ni sarang maksiat.. bukan untuk orang baik-baik) kata dia lagi..

(hahaha.. saya pun takde lah baik sangat pun.. tahu lah diri ni macam mana.. pernah fun ke tak tu saya tak nak cakap lah.. rahsia.. hehehe..) balas aku

(okay.. saya rasa saya suka awak..)

(hah? suka? apasal pula tiba-kata macam tu?) aku rasa pelik tiba-tiba cakap suka.. suka pasal apa?

(takde apa lah.. cuma rasa macam suka nak kenal dengan awak lah.. boleh ke?)

(kalau nak kenal-kenal okay.. saya kat sini pun mostly nak chat-chat je..)

(tahu tak apa benda yang awak lupa tanya?) dia tanya aku..

(apa benda tu?)

(nama lah.. tak tanya pun kan.. hahaha.. saya Saiful.. Saiful Razali bin Ghazali.. Umur 24.. awak?)

(panggil saya Fahri.. muda lagi.. 21 tahun..)

(nama full?)

(hahaha.. perlu ke tahu?)

(nak tahu lah.. sebab nak kenal kan..)

(nanti-nanti lah cakap... kena selalu chat dengan saya dulu baru boleh tahu..) balas aku

(okay.. hmmm.. boleh tengok pic awak? kalau tak nak tunjuk tak pe lah..)

(kalau tak nak tunjuk? tak nak kenal?)

(tak nak tunjuk tak pe.. okay je...)

tak fikir banyak, aku mula tengok pada galeri gambar phone aku kemudian send tersebut tunjuk.. mungkin aku selesa dengan dia jadi aku tak kisah nak tunjuk gambar..

(hensem...) balas lelaki bernama Saiful tu sepatah..

(hensem ke? haha.. biasa-biasa je lah.. awak hensem lagi kot rasanya..)

(terasa hati dah jatuh hati tengok.. hahaha.. gurau..)

(hahaha.. amboi.. mesti biasa cakap macam tu kat orang lain juga kan?) 

(ada juga lah.. orang lain pun hensem.. awak pun hensem.. tapi ada benda yang awak ada yang orang lain takde..)

(hmm.. apa dia?)

(manis... hahaha..)

(awak ni memang jenis mulut manis kan?)

(hmmm.. mungkin... by the way.. selamat berkenalan...)

(selamat berkenalan juga...) balas aku...






Continue Reading

You'll Also Like

40.7M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...