crystal.

By cypeofy

29.3K 6.2K 13.1K

Tujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dew... More

c r y s t a l
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62

14

574 136 509
By cypeofy


CHAPTER 14
t h e e i g h t h c r y s t a l


MAJLIS tari menari itu seolah-olah tamat begitu sahaja. Malam masih muda, tetapi oleh kerana keadaan menjadi haru-biru tatkala pengunguman cemas daripada Kitsune bahawa keberadaan Crystal kelapan membuatkan semua tak tentu arah.

Sekujur tubuh gadis di bawa masuk oleh Seokjin dengan penuh hemah, Namjoon ada di sisi Seokjin juga turut mengiringi gadis tersebut. Mereka semua nampak begitu ambil berat dengan gadis yang baru mereka jumpa.

Aku hanya memerhati, melihat mereka semua berkerumun disekeliling gadis yang berkerudung hitam membaluti tubuh. Perlahan-lahan kerudung yang disarung pada kepala di tanggalkan.

Aku seakan terpempan. Gadis berpakaian baju serba hitam, rambut hazel likat bersama anak mata yang kecoklatan perang keseluruhannya memandang mereka semua. Nafas gadis itu turun naik apabila melihat ramai mahluk mengerumuni dia.

" siapa kamu semua? " soalnya dengan nada yang sarut. Wajahnya menegang, kedua tangannya di angkat; sebagai pelindungan.

" Jangan risau, kami Crystal. Sama seperti kau. " Seokjin dengan lembut berkata. Yang lain mengangguk setuju.

Mataku dilirikkan ke arah Jungkook. Kelihatan dia melihat gadis itu dengan penuh keterujaan. Keadaan itu, berbeza sungguh dengan kali pertama mereka jumpa aku.

" Crystal.. " Gadis itu berkata perlahan, wajahnya dilurutkan. Dia memandang seorang demi seorang di hadapannya sebelum matanya terhenti pada aku.

" Siapa dia? Dia bukan Crystal. " jari telunjuk gadis itu ditunding ke arah aku membuatkan pandangan mereka terarah pada aku. Liur ditelan, terasa tekak aku pahit.

" dia kawan kami, kau daripada mana? " terus Namjoon menyoalkan soalan. Tetiba Hoseok menyinggung lengan lelaki itu.

" Bagi dia rehat dulu, Hyung. Dia nampak letih. " Hoseok berkata dengan prihatin. Sekali lagi aku terasa. Semasa aku berjumpa dengan mereka buat kali pertama, mereka terus mengajukan soalan yang bertubi-tubi pada aku.

Semuanya berbeza sekali dengan gadis ini.

Satu perasaan yang tak enak terasa di hujung hulu hati ini. Aku memerhatikan di mana mereka semua cuba mengangkat gadis itu, berjalan ke dewan makan. Kitsune juga sama. Meninggalkan aku berseorangan, berdiri kaku di situ.

Malam ini sepatutnya merayakan kemenangan aku.. tapi..?


HAMPIR seharian. Ya, seharian.

Mereka semua berbual rancak dengan gadis yang dipercayai namanya Lilith. Aku tidak tahu dia sejenis permata apa. Tetapi dia kelihatan amat ramah, sekejap sahaja ke semua lelaki itu menyesuaikan diri dengannya.

Mungkin kerana Lilith salah seorang Crystal. Ya, sudah tentu.

Aku hanya duduk di sebelah Taehyung. Menongkat dagu; menunggu lelaki itu sedarkan diri. Kitsune telah memulihkan dia sepenuhnya, hanya tunggu masa untuk dia terjaga.

Keluhan dilempiaskan kasar, rambutku diusap kebelakang. Hati aku resah, tak tahu mengapa sebabnya. Rasa macam Lilith tu akan membawa malapetaka.

" ish, kau ni Alana.. ada pula cakap macam tu? " aku menepuk wajah dengan lembut. Memarahi diri sendiri kemudian mencebikkan bibir.

" bercakap seorang diri? "

Terhinjut bahuku tatkala mendengar suara sarut milik Taehyung hinggap gegendang telinga. Pandangan aku berkalih padanya. Terus seri wajahku kelihatan. Senyuman teruja kelihatan pada wajahku.

Mata Taehyung perlahan-lahan terbuka. Loket permatanya kelihatan bersinar, dan mataku bertembung dengan iris mata emeraldnya yang sangat cantik. Dia ukirkan senyuman.

Aku terus menggenggam tangannya. Dia tersenyum lebar.

" hai Alana. " meskipun dengan suara serak, Taehyung masih larat lagi untuk tertawa perlahan.

" macam mana keadaan kau? okay? " soal aku dengan penuh prihatin dan Taehyung hanya membalasnya dengan anggukkan.

" mana yang lain? " dia mulai duduk, membetulkan pakaiannya. Dia cuba mengeliat, sendi tulang temulangnya berderak-deruk berbunyi. Wajahku yang ceria tadi terus menyurut.

" oh.. mereka dengan Lilith, permata ke lapan. " jawabku ringkas dan Taehyung menghentikan pandangannya pada aku.

" Lilith? " soalnya dan aku angguk. Dia memandang aku lama, daripada raut wajahnya seakan dia tak berapa suka dengan nama yang kuberitahunya tadi.

" dan kau buat apa di sini? " wajahnya memandang aku sambil menongkat kepala. Senyuman nipis tersungging pada wajah mulus nya. Aku mengemam bibir.

" tunggu kau bangun? " jawab aku dengan jawapan yang jelas. Dia tersengih jadinya. Tangannya ditadah ke udara, kelihatan akar hijau tumbuh memanjang dan tertumbuh kelopak bunga putih pada akar tersebut. Ia akhirnya membentuk kan sekuntum bunga mawar putih. Tangan diraih lembut olehnya kemudian Taehyung meletakkan sekuntum bunga tu pada telapak tangan aku sebelum dia berkata,

" terima kasih ada di sisi aku masa aku bangun. " dan senyuman nya kini menayangkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi. Aku berbalas senyuman dengan dia, kemudian memandang kuntuman bunga itu. Cantik sekali.

Pintu diketuk beberapa kali, pandangan kami berkalih ke arah pintu dan kelihatan Yoongi menapak masuk. Sebelum dia melangkah ke arah kami, dia sempat mengunci pintu kamar tersebut.

" Taehyung..? Kau dah bangun? " langkah Yoongi terhenti tatkala melihat Taehyung dalam keadaan duduk. Taehyung hanya mengangguk perlahan.

" tetapi korang semua sibuk dengan Crystal kelapan, sehingga meminggirkan Alana. " Taehyung membalas dengan nada mendatar. Yoongi mendiamkan diri buat sejenak sebelum melangkah ke arah kami.

" Lilith— aku rasa ada sesuatu aneh tentang dia. "

Aku memandang Yoongi dengan pandangan berkerut. Matanya menatap aku, memberikan keyakinan. Aku menoleh ke arah Taehyung.

" ya, aku nampak dia dalam visual masa depan aku. " dengan serius, dia berkata. Wajahnya tertunduk terpunduk. Rambutnya diraup kebelakang lantas dilepaskan keluhan.

Yoongi mengangguk kecil. " Ya, aku tahu tu. Sebab tu aku datang ke kamar kau. " jelasnya. Aku hanya mendengar sahaja. Tetapi buat seketika, aku rasa macam diri aku menyibuk pula. Lantas, aku bangun dan ingin pergi.

Tetapi Yoongi terlebih dahulu menarik lengan aku, membuatkan aku terhenti daripada berjalan.

Wajahnya memandang aku tajam. " kau mahu ke mana? " Yoongi menyoal, Taehyung juga menunggu jawapan daripada mulutku. Aku mengemam bibir.

" Aku tak sepatutnya masuk campur hal korang.. kan? Aku orang luar. " jelas aku tulus. Yoongi menyengetkan kepalanya sedikit. Sengihan terukir pada wajahnya.

Dia tarik lengan, membuatkan aku terarah padanya kemudian merangkul leherku. Tanda gurauan. Taehyung tertawa kecil melihat rambutku diramas Yoongi.

" tak, kau juga sebahagian daripada kami sekarang. "


MALAM itu, selesai sahaja makan malam mereka semua mengutuskan untuk bermesyuarat di ruang legar istana. Di sana, terdapat peta dakap Northern Realms yang terbentang di atas meja yang besar.

Mataku melirik ke arah Jungkook, nampaknya mata dia hanya tertancap pada seorang sahaja. Lilith.

Wajahku berkerut, kupandang Lilith. Kelihatan dia hanya mengukirkan senyuman, teruja ingin mendengar rancangan yang Namjoon ingin sampaikan.

Entah, mungkin ianya hanya perasaan aku tapi hati aku kuat mengatakan bahawa Lilith ini bukan seperti apa yang mereka sangkakan.

" baiklah, esok kita akan bertolak ke Cintra, melalui lautan Giebza Sedny. " Namjoon menunding jari telunjuknya pada kawasan tertera perkataan Cintra. Mereka semua mengangguk setuju.

" Kita guna laluan Giebza Sedny kerana ia lebih selamat berbanding melalui hutan belantara. " semua mengangguk faham.

" ada pertanyaan? "

" Alana akan ikuti kita sekali kan? " soal Taehyung, ingin tahu. Seokjin memandang Taehyung seketika sebelum pandangannya berkalih ke arah aku.

Namjoon juga begitu, yang lain memandang aku buat sejenak. Pandangan mereka sukar untuk aku tafsirkan. Sama ada mahu atau tak. Itu cukup membuatkan aku terasa— lagi.

" aku mahu dia ikut. " Yoongi berkata selamba sambil memeluk tubuh. Kini semua perhatian padanya.

Lilith pula hanya merenung aku, dari atas kebawah. Matamya yang bundar itu menganggu konsentrasi diri ini.

" sudah tentu dia boleh ikut. " Namjoon ukirkan senyuman memperlihatkan lesung pipitnya. " tetapi itu pun jika Alana mahu. Dia boleh saja tinggal di Toussaint bersama Kitsune. " tambah Namjoon lagi.

Seokjin mengangguk kecil, matanya dilirikkan ke arah aku. Jimin, Hoseok dan Jungkook juga sama.

Tetapi pandangan Jimin.. tak seperti selalu. Dia seakan memandang aku dengan pandangan menjengkelkan. Seperti ada benda tersirat yang disorokkan dalam benak minda.

Aku mengetap bibir. Rasa janggal— sungguh.

Taehyung lantas merangkul leher aku membuatkan aku terkejut. Dia menghadap yang lain. " Aku mahu dia ada. Lagipun Alana penyelamat aku. Dia memang patut turut serta. " katanya, cuba untuk membuatkan yang lain tak berikan perhatian sepenuhnya pada aku.

Taehyung tahu aku tak selesa. Dan dia cuba untuk membantu aku.

" ya, aku juga fikir macam tu. " Yoongi menggosok belakang lehernya, matanya dilirikkan ke arah Lilith. Jalang mata lelaki itu memandang gadis tersebut.

" Kalau macam tu.. Alana, kau ikut sekali. " Seokjin terus berkata dan aku mengangguk kecil.

" aku akan ikut juga? " Lilith tetiba berkata membuatkan semua memandangnya. Pantas sahaja Hoseok mengangguk.

" mestilah kau ikut, kau sama dengan kami. " jelasnya dan Jungkook mengangguk bagaikan burung belatuk. Jimin juga sama.

Aku hanya melempiaskan keluhan perlahan. Berbanding aku, mereka nampak lebih semangat untuk mengajak Lilith ikut serta.


LANGIT malam direnung lama. Bintang-bintang menjadi hiasan bagi langit membuatkan ia bersinar di sebalik kegelapan. Wajahku melembut, memandang keindahan cakerawala alam.

" ssssssssh "

Aku tersentak daripada lamunan. Mata melegari kawasan luar halaman istana daripada beranda kamar ini. Aku tercari-cari bunyi tadi, dari mana?

Tetiba aku terlihat sekujur tubuh wanita yang lenggok berjalan di kawasan istana dengan kaki ayam. Wanita itu memakai gaun tidur berwarna hitam— jelas sekali bukan Kitsune.

Kitsune gemar memakai baju atau gaun warna cerah. Bukan gelap.

Ianya pasti Lilith.

Aku menajamkan pendengaran. Telinga aku memincing cuba mendengarkan apa yang dikumat-kamitkan gadis itu sambil tangannya didepakan.

Buat sejenak, aku terdengar.

" Κάντε τους να υποκλίνονται για μένα "
( make them bow for me )

c r y s t a l

MYTHOLOGY
C R E A T U R E S —

information of the day :
C E R B E R U S


heyyyyy THANK YOU FOR 3K !!! HEHHEHEHEHEHEH I LOVE YOU TO THE MOON AND NEVER BAAAAACK
💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜🙌🙌🙌🙌😚💜💜💜

Anw, lets appreciate this ⬇️ photoshoot AAAAAAAAAAAAA

Continue Reading

You'll Also Like

4.9K 24 6
kisah dendam darwish ke ustazahnya kerana darwish kkna gantung sekolah akibat rokok
2K 15 6
Ramai gak dh dgr cita ni tapi saya nk buat je sbb xde idea so enjoy je
7.4K 34 2
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...
374K 3.6K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...