I Love You, Abam Polis❤️

By BungaRosss

3.4K 83 29

"Tunggu abang eh sayang! Abang janji dengan duit abang kumpul ni, abang akan halalkan awak" -Fitri "I will. D... More

Prolog
Bab 1 -Perasaan
Bab 2 -Cinta monyet
Bab 3 -Orang ketiga
Bab 4 -Bertukar kasih
Bab 5 -Marah
Bab 6 -Sekolah
Bab 7 -Luahan perasaan
Bab 8 -Malu tapi mahu
Bab 9 -Puasa
Bab 10 -Baju raya
Bab 11 -Raya
Bab 12 -Menangis
Bab 14 -Penantian II
Bab 15 - Hati
Bab 16 - Move On

Bab 13 -Penantian

160 5 0
By BungaRosss

Hari demi hari aku menunggu setiap panggilan daripada Fitri. Sampai kan kalau nak pergi mandi, pesan dekat kakak-kakak atau emak suruh jawab dan bawa ke bilik air. Sanggup sebelah pegang telefon, sebelah lagi mandi sebab satu panggilan dia sangat berharga.

Fitri kini padat dengan latihan yang dijalani dan aku? Aku hanya menunggu penantian Fitri untuk pulang kembali.

Aku tabahkan hati. Aku menghantar mesej kepada Fitri setiap hari walaupun aku tahu dia tak baca pun chat tu. Setiap hari report, share masalah, share apa yang aku buat dekat dia. Missing you, Fitri!

Aku akan mendapat panggilan daripada Fitri hanya pada waktu 10.20 p.m. sampai la 10.45 p.m. Waktu tu, aku bersedia untuk menjawab panggilan Fitri. Aku menunggu dan terus menunggu tanpa ada hasrat untuk menduakan Fitri.

Incoming call from 010-1234567

Aku dengan hati yang gembira menjawab panggilan tersebut..

'Hello abang. Rindunya dekat abang em' aku terus menyapa Fitri tanpa bagi salam. Rindu oiii!

'Hello sayang. Hehe rindu sayang juga'

'Abang buat apa? Ramai ke orang nak call?' tanyaku kepada Fitri.

'Ha'ah. Budak depan la lama naw bercakapnya. Sampai RM7, RM8 em.'

Call public sampai RM7 ke RM8. GILA!

'La, ye ke? Kasihannya. Sabar eh. Nanti abang buat macam tu dekat dia tau'

'Hehe iya sayang. Okay la dia orang nak tutup lampu dah. Babai i love you sayang! Assalamualaikum!' ujar Fitri

'I love you too! Goodnight. Jaga diri. Waalaikumsalam' Aku mengakhirkan perbualan kami di situ.

Begitulah hari berikutnya. Kalau Fitri tidak sibuk, ada la panggilan. Kalau sibuk, aku hanya menunggu keesokan harinya pula. Aku masih setia menanti Fitri tanpa ada sedikit perasaan untuk berpaling arah. Sesungguhnya cinta aku tulus terhadap kau Fitri!

Aku menunggu dan terus menunggu tanpa merungut. Setiap minggu akan mengunjungi rumah Fitri kerana emaknya mengambilku untuk tidur di situ dan menolong menyiapkan goodies.

Aku counting days setiap hari dari 183 hari sampai hari terakhir. Untuk menghadapi hari-hari tanpa Fitri, susah. Aku rasa sunyi tanpa gurau senda dia dan kenangan manis bersamanya.


Seminggu sudah berlalu, sakit nak tempuh ya Allah. Aku rindu Fitri! Aku tidak mengalah untuk terus menghantar mesej kepada Fitri yang aku benar-benar rindukan dia.

Aku tabahkan hati. Aku menangis setiap kali berdoa. Aku menangis setiap kali menghantar mesej kepada Fitri. Dia rindu aku tak? Em rindu lah kan. Hehe.

Incoming call from 010-1111222 (public)

"Hello abang. Imissyousomuch tau"  kataku kepada Fitri.

"Hai sayang. Rindu juga dekat sayang em" Suara Fitri agak mengendur dan mengeluh.

"Abang buat apa tu? Makan dah? Buat apa je tadi?" Soalku bertalu-talu kepada Fitri. Hehe excited.

"Cakap dengan kekasih hati ha. Dah makan dah pukul 10 p.m. tadi. Baru balik dewan" Ujar Fitri.

"Ohh. Abang sihat ke?"

"Sihat sayang"

Tettt.. Tettt... Tettt...

"Sayang, nak habis dah. Abang masuk tidur dulu. Goodnight. I love you. Jaga diri. Muah" Pesan Fitri.

"Em yela abang. Jaga diri. I love you too. Goodnight. Muah" Aku mengeluh. Rindunya dekat abang hm.

Aku membuka galeri. Aku melihat chat bersama, gambar dan baju Fitri beri hari tu dicium berkali-kali agar rasa rindu ini pergi. Kuatnya cinta abang dekat sayang sampai sayang jadi macam ni sekali. Ya Allah, tolonglah hambaMu ni.

Sebulan sudah berlalu...

Aku masih setia menanti Fitri. Fitri memberitahu bahawa dia ada lawatan keluarga pada sabtu depan. Fitri memintaku untuk hadir menjenguk dia.

Nak pergi ke tak nak eh? Mikir meta.

Seminggu sebelum berjumpa;
Flashback

"Sayang, Sabtu ni ada lawatan. Sayang datang tau. Abang nak sayang buatkan abang cheesekut" kata Fitri.

"InshaAllah. Cheesekut? Serius la? Abang kan tak suka makan benda-benda macam tu. Abang demam eh?" Usik aku. Ye la memang betul pun. Setahu aku, Fitri tak suka makan makanan manis-manis ni. Sama macam aku. Kalau coklat, tolak tepi dulu.

"Alah sayang, abang teringin. Buatkan eh" Rayu Fitri. Sebenarnya tak ada nak makan sangat, saja nak mengada-ngada je hehe.

"Hm abang, sayang bukan tak nak buat. Tapi hm..." Kata-kata terus berhenti. Tak nak la minta simpati. Aku tak ada duit la nak buat. Duit simpanan pun aku dah habis beli topup je.

"Tapi apa sayang? Sayang tak ada duit eh? Abang bagi eh duit. Sayang buat je" Ujar Fitri. Kasihan Yan.

"Tak apa la abang. Sayang tak nak susahkan abang dan sayang tak nak duit abang. Nanti sayang simpan duit ye. Kalau cukup, sayang buat, kalau tak cukup nanti eh sayang buatkan" Aku sebak. Memang betul pun, aku tengah pokai habis. Aku tak ada duit simpanan dah. Selalu kalau nak pergi mana-mana ke beli apa-apa ke, duit sekolah aku simpan. Sehari belanja RM1 je kalau dah terdesak sangat, rehat pun aku tak makan. Lumrah kehidupan seorang pelajar kot. Aku tak nak susahkan Fitri. Kasihan dia.

"Abang tak kira. Abang transfer juga. Apa no akaun angah? Cepat!" Desak Fitri. Aku tahu Yan bukan jenis meminta-minta tapi aku kasihan dengan dia.

"Hm nanti-nanti je la sayang bagi"

"Tak nak! Bagi sekarang. Kalau tak, abang merajuk" Ugut Fitri.

"Em suka ugut. Yela, sayang bagi. 0***************. Bagi sikit je. Kasihan abang, kerja penat-penat lepas tu habiskan dekat sayang" Suara aku sedikit merayu kepada Fitri. Kasihan. Jujur, aku tidak mahu membebankan lagi dia.

"Okay. Kalau lebih tu, simpan buat belanja ye" Pesan Fitri.

"Ei. Kan dah cakap jangan bagi banyak-banyak. Kalau tak, sayang pulangkan balik" Marah aku. Fitri ni degil!

"Iya hahahaha" Gelak Fitri. Sejujurnya aku memang suka usik Yan. Kuat sentap!

"Sayang, okay la. Abang naik dulu. Goodnight. Iloveyou budak gemok!"

"Hee yela. Iloveyoutoo abam botak. Goodnight"

Aku tersenyum sendirian. Perasaan rindu menggamitkan hatiku. Sayu! Air mataku kini mengalir perlahan-lahan. Sabarlah, ini ujian!

Aku menerima duit Fitri dan menyiapkan cheesekut yang diorder oleh Fitri. Aku buat dengan penuh kasih sayang.

TAK SABARNYA NAK JUMPA ABANG KITA!!! Walaupun aku cakap dekat Fitri aku tak pasti datang ke tak tapi kan...

Gilalah kalau tak pergi kan kan kan. Rindu dekat dia tu, hanya Tuhan yang tahu. Tak boleh describe rasa tu. Gembiranya!

Aku menyiapkan pakaian untuk dibawa ke Johor kerana kakak Fitri akan mengambilku pada petang nanti.

Perasaan ni gembira. Gembira yang tak terhingga. Nak jumpa buah hati kan. Siapa je tak gembira? Fitri, wait for me! I'm coming hehe.

✨✨✨✨✨

Keesokan harinya..

4.30pagi.
Kami bergerak ke Johor. Keadaan dalam kereta sempit kerana ada aku HAHAHA. Bukan la. Jadi sempit kerana ada kawan baik Fitri nak ikut. Biarlah sempit pun asalkan kejap lagi nak jumpa bby kita ehek.

Aku tak boleh nak lelapkan mata. Entahlah kenapa. Excited sangat kot. Ei, gatal betul Yan ni. Ops sorry gais. Ter over😂

Dalam sedar tak sedar, ini kali pertama aku jejak kaki ke negeri Johor. Kami tiba di Tangkak untuk bersarapan sebelum bergerak ke Segamat.

Aku hanya mengambil sarapan dalam kadar kuantiti yang sedikit. Jadilah buat alas perut je.

Seusai makan, kami bergerak menuju ke pulapol Segamat. 30 minit juga la perjalanan kami sebab kakak Fitri bawa kereta fuhh boleh masuk track untuk race. Laju!

Aku melihat ramai ibu bapa sudah menunggu di luar pagar tapi tak dibenarkan masuk lagi. Pukul 10 baru boleh masuk ke dalam pulapol.

Rindu dalam hati ni hanya Allah je tahu. Air mata sentiasa mengalir untuk menggambarkan betapa rindu dan sayangnya aku kepada Fitri.

Aku lupa la. Aku cakap dekat Fitri aku tak datang dan dia percaya hehe!! Nak tengok reaksi dia nanti. Mesti terkejut beruk.

Tepat 10.20 pagi;
Pintu pagar sudah dibuka. Kami pergi ke pejabat untuk daftar nombor badan Fitri supaya cepat Fitri keluar nanti.

Kereta diletakkan tepat dalam kotak parking bawah pokok. Kami menuju ke gelanggang futsal untuk mencari tempat duduk supaya senang nak menikmati hidangan tengahari.

Dah sejam lebih menunggu baru Fitri keluar. Kakak Fitri dan kawan baiknya pergi menjemput Fitri dan aku? Aku hanya melihat dari jauh.

Fitri memasuki gelanggang futsal dan tersenyum kepadaku. Dia duduk disebelahku lalu mengetuk kepalaku menggunakan beg duitnya. Haish!

Orang datang jauh-jauh patut bagi la flying kiss ke apa ke, ni tak. Ketuknya kepala kita. Nasib sayang tau!

"Oh tipu orang ye. Padan muka kena ketuk!" Kata Fitri sambil tersenyum.

"Sakit tau hm. Sampai hati" ujar aku lalu mencebik.

Ketuk pun ketuk la Fitri. Orang rindu abang tau!

Aku bahagia sangat dapat melihat Fitri. Fitri sibuk membelek telefonnya. Fitri membaca semua yang chat yang aku hantar kepadanya. Malu!

Fitri menyuruh kakak dan kawan baiknya keluar untuk membeli KFC. Haih suka membazir. Dah ada nasi dah, membazir lagi. Sebenarnya, kakak Fitri terus mengambil kunci rumah homestay.

Mak dan ayah Fitri pergi ke tandas dan kini tinggal aku berdua dengan dia. Berderu darah weh! Malu gila padahal bukan tak kenal. Entahlah perasaan malu tu tetap ada walaupun dah bertahun kenal Fitri.

Fitri sibuk dengan telefonnya hm. Kalau sibuk dengan fon, baik tak payah suruh aku datang. Aku terasa dengan sikap Fitri tapi kerana sayang, aku tolak perasaan tu jauh dari diri aku.

Aku memulakan langkah untuk bersembang dengan Fitri.

"Abang" kata aku sambil menunjukkan riak wajah yang comel tapi aku tahu tak comel pun HAHAHA.

"Hurm" Sahut Fitri tapi tak pandang pun.

'baik tak payah datang kalau tak nak layan hmm. Tak apa la. Redha la. Kuatkan diri! Kau boleh Yan!' -Yan

"Hehe tak ada apa-apa" Aku tersengih.

Aku melihat emak dan ayah Fitri sudah pulang. Berapa minit kemudian aku mengajak Fitri ke tandas.

"Abang, jom teman sayang pergi tandas. Nak terkencing la" Aku mengajak Fitri. Sebenarnya tak nak kencing pun, nak jalan-jalan, nak sembang berdua je.

"Tadi mak ajak tak nak pergi. Sekarang nak pergi pula" Suara Fitri sedikit tinggi dari biasa.

"Hm baru rasa nak terkencing. Jom la. Kalau tak nak, sayang pergi sendiri je la" Ujarku sambil menunjukkan riak sedikit hampa. Sedih!

"Ish, yela yela. Jom" Fitri menyarungkan kasutnya dan meminta izin kepada emaknya untuk menemani aku.

"Yeay! Jom" Seronoknya hehe.

Walaupun Fitri tak berapa nak layan, tapi aku biarkan perasaan tu pergi. Yang penting, aku kena buat Fitri jatuh hati dengan aku.

Aku masuk ke dalam tandas. Apa nak buat eh bagi nampak macam kencing? Ha idea datang dah. Jirus air bagi nampak macam kencing lepas tu flash! Good idea.

"Aik, cepatnya kencing. Tak basuh ke?" Tanya Fitri kepadaku.

"Ei basuhlah. Agak sikit" Aku menjeling ke arah Fitri. Geram!

"Jom pergi sana. Mak tunggu tu" Arah Fitri.

Hm nak spendtime masa bersama tu sikit je sebab masa kita dah jadi terhad tapi tak apa la. Sayang sanggup berkorban! Sayang tunggu abang hehe.

Beberapa jam kemudian.

Fitri sudah mahu masuk. Aku redha. Jadilah jumpa sekejap. Lepas sikit rindu ni hehe. Aku tahan air mata daripada mengalir. Kuatkan.

Aku bersalaman dengan Fitri dan Fitri menggosok kepalaku yang berlapikkan tudung lalu berkata "Sayang jaga diri ye. Jangan sedih-sedih"

"Hehe iya. Sayang okay je" Disebalik perkataan okay tu, terselit 1001 rasa sedih. Tak sanggup! Abang nak ikut!!

Fitri menghulurkanku sekeping duit bernilai RM50. "Nah, ambil duit ni, buat belanja ye sayang" Ujar Fitri sambil tersenyum manis.

Aku menolak duit tersebut "Abang simpan je la. Sayang tak nak pun duit abang tu. Abang gunalah untuk diri abang. Sayang ada duit" Aku taknak susahkan Fitri! No!

"Sayang, ambillah. Buat beli makan, beli barang sayang. Abang harap sayang sudi terima" Senyuman Fitri makin tawar. Sampai hati Yan tak nak terima. Aku tahu dia tak nak digelarkan gold digger tapi aku hanya ingin menjaganya sebaik mungkin.

"Hm yela. Jangan bagi dah. Kalau abang bagi lagi, tumbuk dapat" Aku menunjukkan buku lima aku.

Pecah tawa Fitri kedengaran. "HAHAHA tangan kecil ada hati nak tumbuk orang. Tak takut bwerkk" Fitri menjulurkan lidahnya.

Ei geram! Aku hanya menjeling ke arahnya.

"Sayang, abang masuk dulu. Jaga diri. Tunggu abang ye. Babai. Iloveyou"

"Iloveyou too. Abang pun tau, jaga diri. Hati tu pun jaga. Jangan tergoda dengan lelaki lain tau"

"Ei abang bukan gay okay. Masih waras!" Fitri mencebik.

"Hehe pesan je. Kot tak lalu dengan perempuan, lelaki pun jadi" Gelak aku.

"Banyaklah sayang ni. Dah abang nak masuk kawad ni. Bye iloveyou"

"Ya. Iloveyoutoo" aku hanya mampu tersenyum.

Aku melihat Fitri makin jauh dan jauh. Sedihnya.

Kami pulang ke homestay. Penat! Aku baring dan terlelap.

Suhu penghawa dingin dalam bilik tu agak tinggi membuatkan suhu badanku meningkat. Badanku sudah panas. Menggigil tahan sejuk tapi aku takut nak perlahankan kerana aku duduk sebilik dengan kakak Fitri dan aku mengambil keputusan untuk membiarkannya.

Aku demam gais! Badan panas!

Malam itu, kami keluar makan dan aku hanya memesan air barli panas dan kueytiaw sup. Orang sakit kan. Orang sakit makan bubur nasi tapi aku tak suka makan bubur nasi. Tak sedap! Aku rela makan sup dari bubur.

Setelah pulang ke homestay, kami rehatkan badan dan tidur. Semoga esok lebih segar dari harini. Nak balik Perak kan!


Continue Reading

You'll Also Like

109K 14.6K 32
#Book-3 Last book of Hidden Marriage Series. 🔥❤️ This book is the continuation of the first and second book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If...
199K 15.5K 35
𝐕𝐈𝐇𝐀𝐀𝐍 ♡ 𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐈𝐊𝐀 Ruhanika, a quiet introvert with a passion for books and study. She thrives in the world of words, finding solace in...
520K 32.9K 67
"Sshhhhh....." he hushed and pinned us against the wall leaving no space between us. I held onto his biceps with my hand in reflex. He shook his head...
982K 30.4K 61
Dans un monde où le chaos et la violence étaient maitre, ne laissant place à ne serrait ce qu'un soupçon d'humanité. Plume était l'exception. Elle...