I Love You, Abam Polis❤️

By BungaRosss

3.4K 83 29

"Tunggu abang eh sayang! Abang janji dengan duit abang kumpul ni, abang akan halalkan awak" -Fitri "I will. D... More

Prolog
Bab 1 -Perasaan
Bab 2 -Cinta monyet
Bab 3 -Orang ketiga
Bab 4 -Bertukar kasih
Bab 5 -Marah
Bab 6 -Sekolah
Bab 7 -Luahan perasaan
Bab 8 -Malu tapi mahu
Bab 9 -Puasa
Bab 10 -Baju raya
Bab 11 -Raya
Bab 13 -Penantian
Bab 14 -Penantian II
Bab 15 - Hati
Bab 16 - Move On

Bab 12 -Menangis

153 2 2
By BungaRosss

Dalam tak sedar dah raya ketujuh dah. Kami oncall. Dah tak buat apa-apa kan.

"Sayang. Abang ada benda nak cakap ni" Suara Fitri kelihatan serius. Apa dia ek?

"Ya abang. Kenapa? Ada apa?" Soal aku. Tak sabarnya nak tahu.

"Abang dapat rekrut polis 6 bulan dekat Johor" Ujar Fitri dengan nada yang makin perlahan. Sedih kena berjauhan.

"Ha? Series la? A...bang" Terus tergagap-gagap kerana tidak percaya. Air mata terus mengalir dengan derasnya. Sumpah sedih!

"Shh shh, sayang jangan menangis. Please. Abang ada lagi ni. Jangan macam ni. Tak sangguplah nak pergi macam ni" Pujuk Fitri tanpa sedar suara Fitri pun terketar-ketar. Fitri menangis.

"Hm sayang sedih. Siapa nak layan bila abang tak ada nanti? Siapa nak bawa sayang pergi makan? Siapa nak bawa sayang jalan-jalan? Siapa nak ada dengan sayang time sayang sedih? Siapa nak teman sayang call hari-hari? Siapa nak teman sayang chat?" Kata aku sambil teresak-esak menangis. Aku akan rasa kehilangan. Tak sanggup. Aku tak kuat.

'Ya Allah, kuatkanlah hati aku untuk tempuh semua ini. Jagakanlah Fitri untuk aku. Sesungguhnya, aku menyayanginya seikhlas hati aku. Satukanlah kami' -Yan

Sejak daripada tu, setiap hari aku keluar bersama dia. Teman dia joging. Aku tak bersedia. Ya Allah.

Hari-hari kami meluangkan masa bersama. Setiap hari juga dia membawa aku pergi ke rumah dia untuk tolong mak dia siapkan goodies untuk kenduri kakak dia. Setiap hari juga aku mengadu yang aku tak sanggup nak hadap semua ni tapi Allah dah takdirkan semua ni. Aku terima.

Perangai aku lebih manja berbanding sebelum ni. Aku tak sanggup nak berjauhan. Setiap kali kami bahaskan pasal ni, aku menangis teresak-esak. Sungguh, aku sayang dia sangat-sangat.

"Sayang, jangan macam ni eh. Redhakan abang pergi. Abang janji dengan duit polis ni, abang halalkan sayang. Sabar eh. Abang tahu sayang kuat, abang tahu sayang mampu. Dah eh, jangan sedih. Abang pun sedih juga" ujar Fitri untuk memujuk aku.

"Hm abang janji eh? Jangan tinggalkan sayang kalau abang dah ada semuanya. Jangan wujudkan orang ketiga" Aku memesan dan air mata aku masih mengalir. Sedihnya hati ini.

"Abang janji sayang. Abang ada sayang sorang je yang sanggup ada time abang susah sampai abang nak capai cita-cita abang ni. Abang akan halalkan sayang. Sabar sikit eh. Kuat untuk abang. Fight for our love" Fitri terus memberi semangat kepadaku walaupun dalam diam, dia juga sedih kerana tak sanggup untuk berjauhan.

"Abang, sayang tunggu abang tau. Jangan tinggalkan sayang eh. Sayang tak nak rasa kehilangan. Cukup dengan rasa kehilangan arwah ayah. Orang sayang abang"

"Iya sayang. Sayang sabar eh. Ikhlaskan pemergian abang ni untuk awak, family abang dan untuk keluarga kita nanti" Kata Fitri.

"Sayang akan rindukan perut abang yang buncit ni dan kepala botak ni" Aku membayangkan perut dan kepalanya. Hehe comel!

"Abang pun akan rindukan perut sayang yang buncit tu dan lemak-lemak yang berlapis tu. Tak lupa juga dengan pipi yang tembam tu" Usik Fitri. Fitri memang suka buat orang ketawa.

"Iloveyou abang"

"Iloveyoutoo sayang"

✨✨✨✨✨

Seminggu sebelum Fitri pergi, emak Fitri mengadakan doa selamat. Aku datang dan menolong emak Fitri.

Emak Fitri sentiasa pesan supaya kuat untuk pemergian Fitri. Ini untuk masa depan.

Aku kuat dan aku gagahkan semua ini demi cinta kita, Fitri!

Ketika di kenduri, tak ada siapa yang tegur aku. Sedihnya kecuali seorang budak perempuan ni.

"Hai akak comel. Girlfriend abang Fitri eh?" Dia tersenyum manis, ada makna tau senyuman dia.

"Hehe iya" Aku mengangguk.

"Akak tak sedih ke abang Fitri nak pergi? Hm mestilah sedih kan. Nanti akak mesti rindu abang Fitri yang gila tu" Dia sudah tergelak.

"Ada-ada je la" Aku tersenyum hambar sambil memandang wajah Fitri. Dalam masa yang sama, dia pandang aku! Ops kantoi usha dia pula. Fitri hanya mengenyitkan matanya dan aku terus mengalihkan permandangan aku.

Seusai membaca doa selamat. Tetamu menjamah makanan yang ada. Aku? Aku hanya melihat. Tunggu semua reda sikit.

Lupa pula, budak kecil tadi nama Amani. Comel je dia, hitam manis. Amani memandangku dan berkata "Kak Yan, jom kita makan nak? Amani lapar. Kak Yan teman Amani ambilkan makanan"

Aku hanya mengangguk dan pergi mengambil makanan bersamanya.

Fitri memandang aku, ha mulalah tu mengusik. "Ehem ehem. Ada adik baru nampak" Fitri terus gelak.

Aku menjelingnya. Jahat!

Selepas teman Amani makan, dia pulang. Aku keseorangan balik. Fitri cepatlah teman makan hm.

Fitri masuk lalu membawa bihun sup. Aku menunjukkan muka comel kepadanya. "Ha nak la tu kan kan" Ujar Fitri.

"Hehe nak. Abang suap tau" Saja nak manja-manja hehe.

"Iyela budak" Fitri akur dengan permintaan aku.

Selesai majlis, aku menolong kemas kerusi dan meja namun dihalang oleh emaknya.

"Dah la tu Yan. Kamu mesti penat. Esok nak sekolah lagi. Meja, kerusi tu tak apa. Nanti biar abang Fitri buat" Kata emak Fitri.

Aku terus memberhentikan pergerakan aku. Aku akur. Memang badan terasa letih.

"Jom sayang. Abang hantar balik"

Aku mengikut Fitri sampai ke kereta. Aku membaringkan badan tanpa sedar aku sudah terlena. Penat sangat! Aku tidur tapi aku dengar apa yang Fitri cakap. Ha macam mana tu?!

"Sayang oo sayang" Panggil Fitri.

Tiada jawapan.

Fitri melihat aku sudah pun terlena. Fitri mengusap kepalaku yang berlapikkan tudung lalu dia berkata "Ala, kasihan dia. Penat sangat la tu" Lalu, Fitri pun......

Fitri!!!! Sampai hati!!!!

Lalu Fitri pun mencium ubun-ubun kepalaku yang berlapikkan kain tudung. Aku hanya mendiamkan diri.

Apabila sudah sampai di hadapan rumah aku, Fitri hanya berdiam diri. Mungkin tak sampai hati nak kejut kot tapi dah lewat. Fitri terpaksa kejut aku juga.

"Sayang, bangun sayang. Dah sampai ni" Kata Fitri sambil menggosok kepalaku.

Aku terasa baring atas bantal. Rupanya aku tertidur di bahu Fitri. Tenang dan selesa.

Aku menggosokkan mata dan keluar. Sebelum keluar aku sempat mengucapkan terima kasih. Iloveyou!

✨✨✨✨✨

Hari demi hari, Fitri yang mengambil dan menghantar aku ke sekolah. Budak sekolah mesti tengok macam beruk baru keluar hutan. Macam tak pernah tengok orang. Maybe mereka ingat aku ni selekeh, siapa je nak kan. Argh! Tak kisah.

Selepas balik sekolah, Fitri membawa aku pergi makan baru hantar pulang ke rumah. Petang, kami keluar pergi joging.

Begitulah rutin kami. Sungguh aku tak sanggup nak berjauhan. Aku rapat dengan dia. Dengan siapa aku nak mengada-ngada lepas ni? Aku kembali sedih.

Air mata aku mengalir setiap hari kerana tidak sanggup untuk berjauhan. Macam mana nanti? Macam mana aku nak survive diri aku tanpa adanya dia?

Argh!!! Aku tak kuat. Aku menangis dengan teresak-esak.

'Fitri, aku sayangkan kau seorang. Tiada siapa dapat gantikan kau dalam hati aku. Semoga Allah permudahkan urusanku bersama Fitri. Ya Allah, jagakan dia untukku' ujar Yan.

✨✨✨✨✨

Tiga hari sebelum Fitri pergi berangkat ke Johor. Aku, Fitri dan kakak Fitri keluar pergi Mall.

Aku dan Fitri makin bertambah sayang. Aku harap semua ni berkekalan. InshaAllah dengan izin Allah.

Aku melihat Fitri, aku tak sanggup nak lepaskan dia! Aku sayang dia!

Selepas kakak dia puas shopping, kami pulang dan singgah makan.

Aku makan dengan memulakan dengan basmallah. Kami menjamu selera dengan gembira.

Selepas makan, Fitri pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Kakak Fitri memulakan perbualan "Yan, jangan sedih-sedih tau. Nanti ayong pergi melawat Fitri, kita orang bawa Yan. Jangan sedih"

Walau hanya pesanan ringkas tu cukup buat mata aku berlinang. Sedih! Aku tutup kesedihan aku dengan tersenyum manis. Tak, sebenarnya tu senyuman pahit.

✨✨✨✨✨

Hari ini last berjumpa sebelum dia pergi Johor. Aku teman dia joging, sebelum joging sempat aku tapau dia pau kaya. Hehe.

Kami meluangkan masa lama, lama sangat hari ini. Kami pergi makan lepas balik dari joging.

Suapan demi suapan nasi dalam mulut aku. Aku makan tanpa guna tangan sendiri. Fitri suap. So sweet la. Tak malu betul dia. Tak suka dia suap sebab semua sayur dia letak. Fitri tahu aku tak makan sayur tapi saja je. Redha.

Selepas makan, Fitri menghantar aku pulang tapi aku mengeras tidak mahu dia pulang. Aku mengajak dia pergi pusat karaoke untuk lepaskan stress.

Setengah jam Fitri menyanyi, aku hanya mendiamkan diri. Aku memikirkan Fitri. Esok dia pergi hm.

Fitri perasan akan riak wajah aku. Fitri menarik aku perlahan dan aku meletakkan kepala aku di dada Fitri. Sungguh nyaman! Fitri mengusap kepalaku.

"Jangan sedih eh sayang. Abang pergi sekejap je" Fitri mencium ubun-ubun kepalaku yang berlapiskan sehelai tudung.

Aku diam lalu setitis demi setitis air mata aku mengalir. Tanpa sedar aku menangis teresak-esak depan dia. Fitri mengusap kepalaku untuk menenangkanku. Fitri yang hanya menahan diri daripada menangis.

Sebak! Tak sanggup nak berjauhan. Abang!! Sayang tak kuat.

Tangisan aku makin lama makin kuat esakan. Fitri memujukku dan kami keluar dari situ. Fitri memesan kepadaku "Sayang, jangan menangis. Nanti orang cakap abang apa-apakan sayang"

Aku cuba tahan tangisanku.

Di dalam kereta, Fitri membuka baju. Dia nao buat apa ni?! Ya Allah, tolong aku!

Fitri dalam keadaan tidak berbaju lalu mendekatiku perlahan-lahan. Aku memejamkan mata. Lalu aku terdengar Fitri tergelak kecil melihat gelagatku. Rupanya Fitri ambil baju tukar dekat belakang, baru perasan Fitri tak tukar baju lepas joging tadi.

Bau peluh dia wangi hehe. Aku suka! Opss gatalnya.

Fitri memberi baju yang dibuka sebentar tadi kepadaku. "Sayang, kalau rindu abang, bau la baju ni. Kot boleh lepaskan rindu. Kalau rindu abang, suruh mak abang ambil sayang dan sayang tidurlah dalam bilik abang. Cium bantal peluk abang. Kalau sayang rindu, ni gambar abang. Sayang tengoklah. Kalau sayang rindu abang, sayang baca semua chat kita bersama dan gambar-gambar kita" Fitri menarikku di dakapan dia setelah melihat aku menitiskan air mata tanpa sedar, Fitri turut menangis.

Aku kembali menangis, malah tangisan aku lebih kuat berbanding tadi. Sedihnya ya Allah. Aku kuat, itu sebab Allah turunkan ujian ini. Allah tak akan uji hamba-hambaNya diluar kekuatannya.

Hingus aku meleleh-leleh. Eii tak senonoh. Kisah pula. Mata aku membengkak dan muka, hidung, mata aku merah. Ya Allah, aku tak kuat.

Aku memandang muka Fitri sepuasnya. Aku mengusap pipinya dan aku kembali menangis. Aku lemah.

Orang yang aku sayang dah jauh..

"Sayang, abang janji abang akan halalkan awak. Sayang tunggu abang tau. Jangan cari orang lain" pesan Fitri.

Aku mengangguk lemah.

"Jaga diri masa abang tak ada tau. Abang jauh nak bawa awak pergi klinik. Abang takde telefon nak call awak hari-hari. Jaga diri, jaga hati untuk abang dan jaga solat" ujar Fitri sambil menitiskan air matanya. Aku memberanikan diri untuk mengelap air mata Fitri yang mengalir.

"I will. Datanglah banyak mana pun lelaki selagi perasaan ni masih utuh, orang akan tunggu awak, abang. I love you Abam Polis" Aku tersenyum tapi air mata aku masih menitis. Sedih sangat.

"I love you too, budak gemok! Dah jangan menangis" Fitri tersenyum dan mengusap pipi aku serta air mata yang mengalir.

Aku hanya tersenyum.

"Sayang kita balik dulu eh. Malam nanti abang datang bawa burger. Sayang teringin burger kan" Ujar Fitri.

"Iyalah. Jangan lambat" Aku membulatkan mataku.

Fitri hanya tertawa dan mengusap kepalaku. Comel! Aku suka lelaki buat macam tu sebab nampak gentleman. Mengarut hahaha.


✨✨✨✨✨

Tiba waktu malam yang dijanjikan. Fitri hadir membawa dua burger dan kami pergi ke kedai untuk minum.

Kami makan dengan gembiranya. Sedih tadi? Masih sedih tapi aku tak nak Fitri pergi dengan kesedihan. Cukup aku seorang yang merasai. Biarlah aku yang terluka dan bukannya dia.

Selesai makan, Fitri membawa aku berjalan-jalan mengelilingi Bandar Baru. Kami bergelak tawa. Air mata aku sentiasa berlinang tapi aku kuat. Aku kesat air mata aku.

Kami berjumpa untuk kali terakhir. Memandangkan esok aku tak dapat hantar Fitri. Aku hanya boleh mengucapkan selamat tinggal dari jauh. Aku sayang kau, Fitri!

Keesokan harinya...

Fitri dah bergerak ke Johor. Aku hanya melihat wajahnya melalu video call sahaja. Sumpah, aku rindu.
Fitri kini sudah sampai di kampung.

Fitri memulakan ceritanya..

"Sayang, nak tahu tak? Semalam emak abang tanya sayang macam mana? Okay ke?" Fitri sudah tersengih-sengih.

Jangan cakap Fitri bagi tahu emak dia yang aku menangis macam orang gila.

"Lepas tu?" Aku saja menunjukkan riak kosong.

"Abang cakap ah sayang menangis macam mati suami. Lepas tu mak cakap nanti mak datang sini, mak bawa sayang sekali" Pujuk Fitri.

Mata aku sudah bertakung. I will gonna miss you damn!

Kami tertidur tanpa sedar.

Tiba hari terakhir aku mendengar suara Fitri. Are you ready? I'm ready. Aku mengalirkan air mata.

Kami hanya video call sementara Fitri belum memasuki kem tersebut.

Satu per satu kenangan aku sematkan dalam hati.

"Goodluck abang dekat sana! Jaga diri. I will gonna miss you badly and i'll missing your voices, laughing" Aku mula bersedih.

"Sabar eh sayang. Ada masa abang call sayang. I love you, Gemok!"

"I love you too, Buncit" aku menjelirkan lidah.

Aku tahu aku mampu. Semua ini dah diaturkan sebaik-baiknya. Kuatlah. Terima takdir Tuhan.

Last seen hanya tinggal last seen. Dari bluetick menjadi greytick dan kini onetick..

Aku mengalirkan air mata. Aku redha dengan pemergian kau Fitri andai ini yang terbaik.

I love you, abang!

Continue Reading

You'll Also Like

201K 7.1K 55
ရိပ်ချေ ကိုကြီးကိုချစ်တယ် ။ ကိုကြီးလည်း ရိပ်ချေကိုချစ်လာရင် ဖွင့်ပြောပေးနော် ။ နွေဦးရိပ်ချေ 🍀 နေမခန်း & နွေဦးရိပ်ခ...
820K 8.2K 67
𝐢𝐧𝐜𝐥𝐮𝐝𝐞𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐲𝐬 ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦ don't forget to vote, share and comment. 🤍
10.1M 639K 168
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
601K 23K 54
Sit there and take it like a good girl You dirty dirty girl , i was talking about the book🌚🌝