crystal.

De cypeofy

29.3K 6.2K 13.1K

Tujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dew... Mais

c r y s t a l
01
02
03
04
05
06
07
08
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62

09

598 124 210
De cypeofy


CHAPTER 9
p i s s e d  o f f.


AKU yang khusyuk memasukkan barang-barang aku ke dalam beg, langsung tak sedar Jimin yang sedang berdiri di daun pintu. Matanya menangkap tingkah aku yang kelihatan marah dan sedih.

Dia meluru ke arah aku, matanya melihat apa yang aku sedang lakukan.

" kau mahu ke mana, Alana? " soalan yang aku dapat jangka keluar pada mulut Jimin.

" bukan hal kau, Jimin. " kata aku dengan mendatar. Jimin terus merentap tangan aku, membuatkan aku terhenti daripada mengemas.

Dia memandang aku curiga, tetapi tatkala dia melihat aku seakan terkejut dengan kelakuannya yang kasar tu, dia terus meleraikan pegangganya. Bibirnya dikemam.

Jimin menunduk. Dia mengeluarkan semula barang aku daripada beg yang aku sediakan. " kau tak boleh pergi.. dan kenapa mahu pergi? " dia berseloroh dan aku mendiamkan diri.

" kau nampak bersemangat berlatih pedang tadi, kenapa tiba-tiba sahaja macam ni? " Jimin menghadap aku sambil menegur aku lembut. Lengan aku dicapainya dan aku melepaskan keluhan yang panjang.

" Tak ada apa, Jimin. Aku memang kena pergi. " aku kembali menyumbat barang aku dalam beg. Selesai sahaja, aku mengangkat beg tu dan mengorak langkah keluar daripada kamar.

Jimin memanggil aku berulang kali tapi aku memekakkan diri.

Langkah aku laju, sehingga aku tiba di pintu gerbang istana dan Valkyrie secara automatik membuka pintu tersebut. Ianya tugasnya.

Jimin meraih tangan aku, membuatkan aku terpusing ke arahnya. Wajah Jimin seakan benar-benar tak mahu aku pergi. Keningnya bertaut, bingung.

" tolong jangan pergi, Lana. We need you. " Jimin merayu, suaranya kedengaran terdesak. Dia juga mengenggam tangan aku erat.

Aku mengetap bibir. Hati aku kasihankan Jimin tetapi segalanya berubah apabila aku melihat Jungkook dan yang lain meluru ke pintu gerbang. Mereka nampak cemas. Kecuali Jungkook— obviously.

" we? Aku rasa ada seorang antara korang tak suka aku di sini. " aku menjeling tajam Jungkook. Seolah-olah rasa simpati aku pada Jimin tadi hilang dibawa angin, terus tangan Jimin aku leraikan daripada lengan.

" Aku yakin korang boleh yakinkan musang tu agar salah seorang daripada korang yang berlawan dengan naga dia. Memandangkan korang semua berkuasa— dibandingkan dengan aku, lemah dan tak berguna. " aku menyindir habis-habisan. Intonasi aku jelas membuatkan mereka semua terasa.

" Alana, siapa buat kau macam ni? " Seokjin terus menyoal dengan wajah yang tak berpuas hati. Dia dapat tangkap kenapa aku bercakap dengan intonasi begitu.

Aku melirikkan mata ke arah Jungkook. Dia hanya memandang aku dengan pandangan tak beremosi.

" itu urusan aku. " balas aku kemudian terus meluru langkah keluar daripada kawasan istana itu.

Sekali lagi Jimin menahan aku. Dia memberikan aku pandangan yang merayu.

" demi Taehyung, Tolong. " katanya lagi. Sekali lagi suaranya kedengaran sayu.

" sorry Jimin, but I've had enough. "

" Alana, nanti. "

Suara sarut milik seseorang yang aku kenali menjengah pendengaran. Langkah aku dihentikan. Jimin lekas menoleh ke arah gerangan tersebut begitu juga aku.

Kelihatan yang lain mengejar aku, Jungkook mara hadapan. Tatkala mataku bertentang dengannya, debaran mula menghambat dada. Sepasang mata redup memandang aku.

Jimin yang melihat keheningan antara aku dan Jungkook mula mengundur diri. Seokjin memasang telingnya, syak wasangka mula terbit dalam benak minda.

" Aku tak maksudkan pun apa yang aku kata pada kau, aku minta maaf. " Jungkook berkata dengan nada yang kelam. Aku tak rasa kedinginan seperti yang selalu aku rasakan bila aku berhampiran dengan dia.

Warna kanta matanya berubah, menjadi lebih jernih tatkala ditatap oleh aku. Dia nampak rasa serba salah. Bibirnya dikemamkan seketika, sebelum berkata lagi.

" aku minta maaf, tolong jangan putus asa. " desaknya lagi, keluh menghempas dilempiaskannya.

Maaf dia ikhlas. Aku mula rasa simpati.

" Baiklah, tapi aku hanya lakukan ini untuk Taehyung. Selepas ini, aku akan pergi. "

Jungkook terpunduk. Dia melirikkan matanya ke arah kawan yang dianggap abangnya itu. Namjoon yang memahami apa yang dilakukan Jungkook terus menapak ke arah aku.

" Baiklah Alana. Oleh kerana kau mahu menolong kami semua, rasanya.. wajarlah kebebasan jadi habuan untuk kau. " senyuman terukir pada wajah lelaki itu dan aku membalas nya dengan senyuman juga

" aku setuju. "


AKU merenung kosong pada dada langit yang kian menggelap. Langit malam itu dihiasi gemerlapan bintang-bintang yang berselerak tak tentu namun tetap berada pada jajaran paksi yang terurus. Angin malam sayup-sayup menyapa batang tubuhku yang berpakaian gaun malam.

Kata-kata Jungkook beberapa hari yang lepas tetap setia dalam benak celah-celah minda aku. Kata dia apabila diingati semula memang menyakitkan. Tetapi aku utuhkan perasaan aku dengan tiupan semangat.

Sejak kebelakangan ni mereka yang lain kerap memberikan aku semangat. Mengajarkan aku berpedang, malah Hoseok juga ada ajar aku memegang busur panah dan menggunakan senjata itu. Aku mula berapat mesra dengan mereka semua.

Tetapi Jungkook.. entah kenapa aku rasa kata-kata lembut yang diutarakan oleh dia kepada aku hanyalah palsu belaka.

Aku boleh lihat melalui raut wajah dia, nada suaranya. Palsu.

Di beranda tingkap aku, aku berdiri kaku. Termenung jauh dibawa lamunan yang tiada penghujung. Aku risau dengan majlis keesokan hari, hari yang dinantikan.

Hari di mana aku akan melawan naga.

Aku rasa skill dan ketangkasan aku semakin meningkat. Seokjin juga kata begitu. Dia beritahu aku yang dia yakin aku dapat lakukan yang terbaik. Cuma rasa ragu-ragu masih bersarang dalam hati aku.

Macam mana kalau aku gagal?

Pandangan aku melurut dan tertancap pada rimbunan rimba yang bebetul ada di hadapan aku. Mataku menelitinya, sambil memincingkan telinga.

Ada sesuatu dalam rimbunan pohon itu, menyelinap lincah di antara pokok ke pokok. Bayangan putih. Tetapi aku tak dapat fokus mahluk apa tu. Dan seketika ia berhenti dan menoleh ke arah aku. Mata berbola putihnya bagaikan cahaya purnama mencerlung aku tajam. Memberikan aku rasa seram sejuk pada tulang temulang.

Aku mula dihurungi dengan rasa ingin tahu. Terus aku menoleh, memusingkan tubuh aku.

Hampir sahaja gugur jantung aku apabila melihat Jungkook berdiri di daun pintu kamar aku. Wajahnya kelihatan ragu-ragu melihat aku.

" Jungkook?.. " aku menyoal dan Jungkook menunduk terpunduk. Dia menggosok belakang lehernya seraya berkata.

" aku nak cakap sesuatu. " beritahunya membuatkan aku melepaskan keluhan kecil.

" nanti lah. " aku jalan melepasi dia dan melangkah laju menuruni tangga. Aku meluru ke pintu gerbang istana untuk melihat mahluk misteri di rimbunan pohon tadi.

Jungkook memanggil aku berulang kali tetapi telinga aku seakan tidak membenarkan aku mendengarnya. Aku seakan terpukau untuk menghampiri mahluk itu tanpa aku sendiri ketahui. Hati aku berkobar-kobar ingin tahu tentang mahluk tadi.

Tetiba aku rasakan lengan aku ditarik kasar oleh seseorang membuatkan tubuh aku rasa kedinginan tak terhingga. Wajahku terpusing menghadap tubuh sasa Jungkook.

Matanya menikam pandangan aku dan aku dapat rasa pukauan dan rasa obsessi tadi terhadap mahluk misteri itu menyurut. Aku seakan tersedar. Minda tidak dikaburi dengan keinginan nak tahu tentang mahluk tersebut.

" kenapa dengan kau ni? " Suara Jungkook yang kasar itu membuatkan aku terjaga sepenuhnya. Mataku berkerdipan beberapa kali sebelum membalas pandangannya.

" mata kau, tadi— seakan kabur. " Jungkook mengerutkan dahinya. Pelik menyelirat riak wajahnya. Dia memandang aku teliti. " kau lihat apa? " soalan terpacul pada bibir Jungkook.

Aku mengetap bibir dan mataku berkalih daripada cerlungannya. Aku memandang ke arah pintu gerbang istana yang kusudah bukanya sedikit.

" ada sesuatu di hutan, ia merenung aku. "

Jungkook nampak lebih bingung. Dia mengangkat wajah ke arah pintu itu kemudian diorak langkahnya keluar.

" tunjukkan arah di mana kau lihat benda tu. " Jungkook berkata lantang. Aku terus berlalu melepasi lelaki itu dan pergi ke mana aku lihat mahluk tadi. Jungkook mengekori aku daripada belakang.

Aku kini berada di tengah hutan, mataku melegari sekeliling, mencari kelibat mahluk misteri. Degupan jantung bagaikan tendangan bertubi-tubi terasa kerasnya.

Deraman nafas bersilih ganti antara aku dan Jungkook. Aku memandang sekeliling lagi. Tak tahu kenapa tempat ni bagaikan aku kenal.

" Rey...? "

" Alana...? Alana! "

Mulutku terlopong, rasa kesat pada rongga pernafasan tatkala aku cuba menghirup udara. Aku terduduk cantuk di atas tanah sambil menekup kedua telinga.

Jungkook tersentak, dia lekas melutut dihadapan aku kemudian memegang bahuku. Cemas melihat aku dalam keadaan sebegitu rupa, dia memanggil aku berulang kali.

Tak semena-mena terasa deruan angin kencang mengelilingi kami berdua. Meniup kencang membuatkan pohon disekeliling kami condong, bergerak mengikut arah angin itu. Daun-daun tertanggal daripada akarnya dan terpusing-pusing di bawa angin.

Di situ, muncullah seekor rusa putih yang besarnya sebesar pohon rumbia di situ. Ia memandang aku dan Jungkook. Memberi perasaan merinding pada kami berdua.

Nafas aku tersingap dan Jungkook bangkit, melibas keluar pedang kristalnya daripada lengan dengan begitu magis. Dia berdiri dihadapan, melindungi aku yang masih dihantui dengan pekikan dan jeritan asing dalam minda ini.

Dan tiba-tiba pada dada rusa putih tersebut terobek dagingnya dengan begitu brutal. Dagingnya berselirat ke arah bertentangan membuatkan sebuah lubang besar terbentuk pada dadanya. Aneh, rusa itu tetap kekal tenang bagaikan tak tercedera langsung dengan hasil robekkan pada dada dia.

Daripada dada rusa itu, keluarlah sekujur tubuh gadis yang berpakaian gaun putih. Mempunyai wajah seindah bak purnama dan Jungkook seakan terpana. Mataku terbelalak.

" Rey? "


MYTHOLOGICAL
— C R E A T U R E S —

information of the day :
P E R Y T I O N

Sorry tak banyak sangat gif hehehehhee

Continue lendo

Você também vai gostar

228K 1.3K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
408K 4.8K 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dia...
373K 3.6K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
6.1K 30 2
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...