I Love You, Abam Polis❤️

By BungaRosss

3.4K 83 29

"Tunggu abang eh sayang! Abang janji dengan duit abang kumpul ni, abang akan halalkan awak" -Fitri "I will. D... More

Prolog
Bab 1 -Perasaan
Bab 2 -Cinta monyet
Bab 3 -Orang ketiga
Bab 4 -Bertukar kasih
Bab 5 -Marah
Bab 6 -Sekolah
Bab 7 -Luahan perasaan
Bab 8 -Malu tapi mahu
Bab 9 -Puasa
Bab 10 -Baju raya
Bab 12 -Menangis
Bab 13 -Penantian
Bab 14 -Penantian II
Bab 15 - Hati
Bab 16 - Move On

Bab 11 -Raya

104 2 0
By BungaRosss

Selamat hari raya,
Hari untuk bersuka ria,
Minta mak,
Kuih sepotong,
Saya mahu kerna perut kosong.

Lagu Raya dimainkan di corong radio.

Pagi aku bangun dengan gembiranya. Wah tak sabar rasanya nak pakai baju raya yang baru tu. Sebenarnya, tak sabar nak post gambar baju raya sama dengan Fitri je hehe.

"Morning sayang❤️ Selamat hari raya maaf zahir dan batin belum lagi hehe" Fitri membalas chat Yan dengan tersenyum riang.

"Morning abang. Selamat hari raya juga maaf zahir belum dan batin pun belum hehe" usik Yan. Saja je nak kenakan Fitri.

"Sayang balik kampung bila? Abang nak balik Parit dah kejap lagi" Fitri menanyakan kepada Yan. Argh sebelum balik kampung, kena jumpa dulu. Lepaskan rindu.

"Hm nak balik kampung dah? Cepatnya. Tak sempat la nak ootd raya first dengan abang" Mood gembira kini dihimpit perasaan sedih. Janganlah balik dulu!!! Nak jumpa!

"Ha'ah. Dah mandi belum ni?" Fitri cuba merancang sesuatu.

Suprise lagi ke gais?!

"Hm belum. Tak ada mood la. Malas nak mandi" Aku berasa sedih. Ya ampun!

"Mandi cepat! Lepas tu makan ye" Kata Fitri sambil memujukku. Hehe wait and see.

"Yelah. Babai perut buncit!"

"Babai budak gemok" Fitri langsung menghantar emoji julur lidah.

Poyos!

Aku siap berpakaian raya. Sebelum makan, makeup lu. Makeup? Oh my god! Tak ada la. Pakai bedak johnson baby dan blusher sikit. Itu pun rembat mak punya. Biasalah, aku tak ada barang makeup.

Menu makanan;
*Rendang ayam kampung
*Lemang

Dua makanan ni cukup buat aku kenyang. Rendang ayam mak aku memang awesome! No ones boleh challenge. Tapi tekak lain-lain kan. Aku dah biasa dari kecil dengan makanan cukup rasa dan memuaskan hati so bila jumpa makanan yang tawar, masin, kuih cair and minyak banyak tu. Tak tolak tepi, tetap makan tapi sikit je.

Seusai kenyang makan. Aku memakai aloe vera dan mengenakan liptint. Simple but nice! Duduk depan cermin dan posing sikit opss. Nampak lawa juga aku kan. Gulp! Perasan.com la.

Fitri sudah sekian lama siap. Lelaki kan pergi sembahyang raya. Fitri pun handsome but adorable! Wah cairlah. Dengan bersampin, tersongkok. Hehe.

POV Fitri;

"Mak, kita nak pergi kedai jap" ujar Fitri kepada maknya. Fitri membawa Pian sekali. Masih ingat tak gais?! Pian anak jiran sebelah rumah Fitri.

"Pian, kita pergi jumpa kak Yan jap. Jangan bagi tahu mak! Faham?" Fitri memberi amaran sambil membulatkan matanya. Garang naw.

Pian membalas "Iya abang" dengan menunjukkan riak takut-takut.

"Kejap lagi tolong tangkapkan gambar aku dengan Yan. Kalau tak, aku tak bagi duit raya" Fitri mengugut Pian. Gold digger!

"I...ya, i....... yaa. Kita tangkapkan gam...bar abang dengan kak....Yan" Pian tergagap untuk membalasnya.
END POV

Mereka sudah sampai di halaman rumahku. Aku mendapat mesej.

Ting! Ting!

"Sayang, keluar jap. Abang ada dekat luar ni. Nak tangkap gambar dan nak lepaskan rindu sebelum balik kampung hehe" Mengada!

What the??!! Dia tak cakap apa pun. Tiba-tiba muncul. Jahatnya. Suka penuh dengan kejutan. Aku dah muka ada blusher, malu la.

Sebelum nak keluar dari rumah. Okay tak tudung? Kasut? Muka? Baju? Kain? Aku melihat diri aku di hadapan cermin. Okay lawa dah ni! Perasan!

Okay done! Aku keluar. Melihat Fitri sudah tersenyum-senyum melihat ke arahku. Ada apa-apa ke dengan muka aku?

"Ei tak bagi tahu pun nak datangkan! Jahat tau" Aku mencebik. Fitri masih memandangku. Kenapa dengan muka aku? Kelakar ke?!

"Cehh, pakai blusher. Comel je abang tengok. Tak pernah tengok sayang pakai makeup walaupun blusher macam ni. Alololo pipi merah-merah. Nak cendol?" Fitri mengusikku.

Automatik pipi aku lagi merah. Blushing campur blusher jadinya blushingsher HAHAHA! Malu la. Orang tak pernah puji aku. Hina, kutuk ada la.

"Sayang, jom tangkap gambar. Pian tangkapkan" Telefon Fitri kini bertukar tangan. Dia memberi kepada Pian.

Boleh ke Pian tangkap gambar?!

Kami posing boek punya, padahal tak pun. Aku malu! Tak pernah macam ni. First time in forever. Aku pun bukan jenis suka bergambar so kekok.

"Wah comel! Macam suami isteri" Puji Fitri.

Mana taknya kalau macam suami isteri, aku pakai tudung peach, baju hitam, kain peach, kasut peach. Fitri mengenakan baju melayu warna peach, sampin hitam dan seluar peach, kasut hitam dan songkok. Perfect! Macam baru balik akad nikah ceh. Perasantan.

Sebelum Fitri balik, aku mengucapkan terima kasih kerana sudi datang dan memberi flying kiss. Muah!

Fitri terus pulang kerana dia hendak bergerak ke kampungnya. Mak aku pun sampai. Eh dari mana? Hantar rendang la. Ada orang order rendang ayam, rendang itik. Weh! Sedap giler. Aku yang tulis pun terliur. Oh gosh!

Kami mengemas baju-baju yang hendak dibawa pulang ke kampung.

Bawa sekali la bantal bushuk hehe. Aku dapat gambar kami berdua. Sumpah macam couple goals. So sweet hehe.

✨✨✨✨✨

Keesokan harinya, kami pulang. Tak boleh lama-lama dekat kampung. Bosan tapi tak puas kutip duit raya lagi em! Sedih betul. Sekolah lagi tapi bila duduk dengan orang yang dah habis sekolah, dengan aku sekali tak dapat duit raya. Tak akan aku nak duduk dengan budak-budak? Memang tak la kan.

Balik rumah terus tidur. I'm so tired.

Terus raya ketiga la... Hehe no idea.

Raya ketiga, guess what? Rumah aku buat open house hehe. Hidangan hari ini cuma bihun sup dan bubur jagung serta air sarsi.

Sah-sah la pengunjung utama Fitri dan group Bawang Rangers. Mak aku meminta untuk membeli ais. Fitri tak sampai lagi hm.

Fitri dah sampai. Okay good.

"Abang, abang, jom teman sayang beli ais jap. Cepatlah" Aku terus menarik lengan bajunya.

Tak lupa juga, aku angkut Ira sekali. Fitri drive tadi dan dia membawa dua kawan dia iaitu Fahmi dan Khalid. Fahmi la yang buatkan aku dan Fitri bertemu kembali kot. Teka je.

Fahmi yang duduk di belakang menjerit dekat Fitri "Oi, kau nak aku duduk sebelah awek ke? Aku boleh je. Jangan marah sudah la dan paling penting jangan cemburu" Sambil tersengih-sengih. Ayokk!

Fitri terus buka pintu Fahmi dan menyuruh dia untuk memandu. Tahu takut!

Selesai membeli ais. Masuk, masuk, masuk, open house kan. Ramai dah dengan kawan kakak aku.

Mereka duduk di atas kerusi. Tiba-tiba Iman datang dan duduk di sebelah Fitri. Aku tak cemburu pun tapi ada la sikit. Siapa je tak cemburu kan?

Dah makan, kami pergi ke rumah Ira pula tapi Bawang Rangers menaiki grab. Tak muat hehe dan aku mestilah naik dengan Fitri.

Kami bersembang-sembang. Tiba Bawang Rangers memberitahu aku..

"Weh Min, kau nampak tak Iman menggedik-gedik dengan Fitri?" Ujar mereka.

Aku terdiam.

"Tak apa lah. Dah lama kot tak jumpa Fitri. Sangka baik je la" Aku cuba positifkan diri aku.

"Kau tak nampak ke dia tadi? Menyendeng (Melekat) dengan Fitri tadi? Tak cemburu ke?" Kata mereka.

"Aku nak buat apa pun. Biarlah dia. Kalau Fitri sayangkan aku, dia tak layan pun" Aku membalas dengan tenang.

Mereka hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.

Aku pulang bersama mereka dan ikut mereka pergi beraya dekat Tapah Road pula. Balik rumah, ambil helmet dulu HAHAHA. Adui kelakar.

Singgah rumah Fitri, aku bersalaman dengan emak Fitri sambil menunggu kawan-kawannya sampai.

Okay dah sampai.

"Makcik, Yan pergi dulu ye" Aku meminta diri tanda hormat terhadap orang yang lebih dewasa.

"Yelah. Elok-elok" Emak Fitri memesan kepadaku.

"Adik, bawa anak dara orang elok-elok. Jangan balik lewat!" Amaran keras tau hehe!

Semua set set bawa awek gais! Semua pakai makeup dan aku? Hanya bedak johnson baby je. Tak apa la.

Mereka mengikut jalan dalam. Sunyi weh! Aku pegang baju Fitri. Terbang karang naya. Dah dia bawa macam single rider je.

Tiba abang Khalid bawa bersebelahan dengan motor kami dan menanyakan "Weh Fit, tayar kau pancit HAHAHA" dan dia terus ke depan.

Mentang-mentang awek dia kurus. Terasa juga em. Aku terdiam.

Fitri menegurku "Sayang, jangan ambil hati ye. Dia memang mulut laser sikit. Siapa yang tahan je boleh kawan dengan dia tapi dengan abang dia kalah. Jangan terasa ye"

Nasib Fitri pandai pujuk. Hehe sayang abang!

Dah sampai dan kami makan. Aku? Aku tak makan pun. Kenyang makan spageti dekat rumah Ira tadi. Fitri membawa makanan kepadaku setelah tuan rumah banyak kali menjemputku.

Fitri berkata "Sayang, jamah sikit. Kasihan tuan rumah. Nanti terasa pula dia"

Aku dengan rela hati memakan bihun goreng tersebut. Aku hanya duduk diam di kerusi luar, malah mereka bergelak ketawa di dalam.

Tiba ada orang keluar, nak balik. Aku kenal salah seorang dari mereka tapi aku berdiam sahaja. Bila kereta mereka lalu, mereka melambaikan tangan sambil 'pewit' dekat aku. What the hek!! Ada pakwe la.

Muka aku terus mencuka. Ei tak suka!

Fitri terus mendekatiku, "sayang, kenapa ni masam je?"

Aku menjawab, "Hm tak ada apa cuma tadi ada kereta lalu lepas tu duk tengok, sengih-sengih siap 'pewit-pewit' lagi. Geli!"

Fitri tergelak kecil "La tu mesti Izad kan?"

"Ha'ah. Mentang-mentang orang kenal dia ei. Apa benda la" Aku mencebik.

"Dah lah tu. Jom salam-salam. Nak balik dah ni" Aku melangkah masuk dan bersalaman dengan tuan rumah.

Kami balik dengan 'santai-santai aja la, menyanyi lagu sha la la la la'.

Tiba sampai di rumah Fitri, aku menolong emak Fitri menghidangkan makanan untuk kawan Fitri yang akan berkunjung lepas maghrib nanti.

Selesai menolong hidang dan menjamah laksa yang terhidang tu, aku menolong emak Fitri mengemas dapur dan pulang.

Mak Fitri memberi aku duit raya! Wah sukanya! Fitri pun bagi juga! Thankyou sangat-sangat hehe.

Fitri menghantarku lewat malam juga. Aku penat sangat. Seharian berjalan. Raya kan? Berjalan la.

Malam itu, aku mendengar ada orang muntah, ingatkan rumah sebelah. Yela, rumah teres kan, dengar je kalau sebelah buat apa.

Aku hanya tidur-tidur ayam. Aku tidur bertemankan Fitri. Eh! Bukan tidur sekatil HAHAHA. Tidur sambil oncall la. Pooda!

Aku mendengar kakak aku masuk ke dalam bilik aku. Bukan bilik aku tapi bilik dia. Tumpang tidur je.

"Dik, kau minta tolong Fitri bawakan pergi hospital boleh tak? Mak sakit tu" Kak Ida kelihatan risau.

Aku terdengar perkataan 'emak sakit' aku terus mencelikkan mata. Aku panggil Fitri tapi masih tidak menyahut. Aku tutup call dan menelefonnya semula. Tak angkat!

Macam mana ni?! Aku gelabah dah. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini ya Allah. Aku pergi ke bilik mak dan meminjam telefonnya untuk menelefon Fitri. Aku melihat emak sudah terbaring lemah. Hm kasihannya.

Aku call Fitri...

Tuttt. Tutt. Tuttt...

Fitri angkat!!!!

"Abang, tolong sayang boleh tak? Tolong bawa emak pergi hospital. Mak sakit ni. Tak ada siapa nak bawakan mak. Tolong sangat-sangat" Aku merayu kepadanya. Harap sangat dia sudi.

"Ha ye la. Siap-siap. Abang otw sekarang" Fitri kelam kabut mencari kunci kereta untuk pergi ke rumahku.

Sebelum keluar rumah..

"Mak, kita pergi rumah Yan jap tau. Mak dia sakit, tak ada siapa nak bawakkan" Fitri meminta izin kepada emaknya. Inilah sifat yang baik.

"Ha yela. Hati-hati"

10 minit kemudian....

Fitri sampai dan kami mengunci pintu dan terus ke hospital. Takut weh naik hospital sini. Atas bukit. Sumpah gayat!

Emak aku bawa sekali besen yang dia pegang dekat rumah tadi. Yela, tiba muntah dekat dalam kereta tu, naya je.

30 minit tapi nurse tu masih buat tak tahu. Geramnya aku!

Dah lama tunggu dan dia cakap gastrik je. Sakitnya hati. Aku sampai tertidur-tidur dekat situ.

Kami pun pulang dan mengucapkan terima kasih kepada Fitri. Kalau dia tak bawa, tak tahu la.

Keesokan harinya, aku pergi beraya dekat rumah Iqa dan sekutu dengannya. Mak sakit pun pergi beraya? Sorry sikit eh. Selepas aku masak, urut mak aku baru aku keluar.

Emak masih muntah. Aku menunggu Iman. Iman sampai! Aku berlari pergi dekat kereta dia.

"Weh, bawakan mak aku ke klinik boleh tak?" Aku dengan keadaan kelam kabut menanyakan kepada Iman.

"Ha yela. Cepat" jawab Iman.

Lama tak lama juga la mereka pergi ke klinik.

Aku dengan Fitri dekat luar rumah dah macam apa je. Kejap duduk bawah, kejap duduk atas. Ya ampun!

"Wanginya sayang" Aroma minyak wangi menusuk ke dalam hidung Fitri.

"Hehe. Tak pun. Busuk tau"

"Sayang, abang nak cakap sikit ni. Jangan marah ye" Fitri terus menunjukkan riak serius. Apa benda ni?!

"Sayang jangan pakai baju ni dah tau. Baju ni ikut badanlah sayang. Nanti orang lain tengok sayang. Aum aum ngat! Nasib abang jenis beriman kalau tak, dah terkam sayang" Fitri menegurku dengan lembut agar Yan tidak terguris hati sambil menunjukkan muka yang macam orang gatal!

"Hehe okay. Depan abang je tapi lepas kahwin" Aku tersenyum malu. Malu lah juga dia tegur macam tu. Tak apa la, untuk kebaikan.

Kami beraya tiga buah rumah. Bestnya. Semua hidangan bihun sup. Tak apa la. Makanan kan.

Fitri mengajak aku ke hospital untuk melihat emaknya. Haih semalam mak aku, hari ini emak dia. Fitri kelihatan sedih sangat. Aku mengusap rambut dia untuk menenangkan hati Fitri. Tanpa sedar, Fitri terlena di atas peha ku. Peha macam bantal. Empuk! Don't worry, aku tahu jaga batas lagi.

Aku sampai di rumah Fitri. Hanya berdua gais dalam satu rumah! Takut nak masuk. Fitri meminta aku memakai seluar panjang memandangkan aku hanya memakai kain. Senang nak selak.

Aku takut nak masuk. Apa-apa jadi nanti macam mana?!

"Tak payah takutlah. Abang tak buat apa-apa. Pergi tukar dengan bilik kakak abang tu. Abang tukar baju jap" Aku menghembus nafas lega.

Dah siap, aku pergi ke hospital bersama Fitri untuk melihat emaknya. Aku duduk di situ sampai malam. Lepas emak Fitri balik ke rumah, Fitri baru menghantarku pulang dengan selamat ke rumah.

Sekali lagi aku penat! Penat itu hilang bila dengan Fitri. Sungguh aku berasa selamat dan tenang ketika bersama dia.

Aku melihat Fitri sambil berkata...

'Ya Allah terima kasih kerana Engkau hadirkan seorang lelaki yang mampu menjaga dan melayankanku seperti mana arwah ayah aku melakukannya. Syukur alhamdulillah, Engkau pinjamkan kebahagiaan dan makhlukMu ini Ya Allah. Engkau jagakanlah hati kami. Engkau satukanlah kami. Engkau permudahkanlah segala urusan kami. Aku mencintai Fitri keranaMu ya Allah' -rintihan Yan

Continue Reading

You'll Also Like

522K 33.1K 68
"Sshhhhh....." he hushed and pinned us against the wall leaving no space between us. I held onto his biceps with my hand in reflex. He shook his head...
146K 4.1K 39
I was taught from birth, through force, how to be perfect for him, how to obey everything he said, and how to be his devoted follower. I was being pr...
110K 14.7K 32
#Book-3 Last book of Hidden Marriage Series. 🔥❤️ This book is the continuation of the first and second book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If...
4.3M 236K 49
"Stop trying to act like my fiancée because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...