GAMER ✓ - PREVIEW -

By _hyun_yunzz

585K 36.2K 4.8K

DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemu... More

Character.
G1
G2
G3
G4
G5
G6
G7
G8
Gamers Character (in Game)
G9
G10
G11
G12
G13
G14
G15
G16
G17
Mysterious Character.(Who is He?)
whose your fav cpl?
G18
G19
G20
G21
G22
G23
G24
Let's meet Our Ceo
G25
ALL THE CHARACTERS
G26
G27
G28
G29
G30
G31
G32
G33
G34
Whose your fav cpl (#2)
G35
G36
G37
G38
G39
G40
G41
G42
G43
G44
G45
G46
G47
Kevin Or Luke?
G48
G49
G50
G51
G52
G53
G54
G55
G56
G57
G58
G59
G60
G61
G62
G63
G64
Apa nama group Eden?
G65
G66
G68
WHOSE YOUR FAV GAMER?!
G69
G70 (LAST CHAPTER)
Chapter tambahan? OVA
GAMER 2?!!
Special Chapter: GRADUATION DAY
Luke Add+ special Chapter
Q&A Gamer 2
Gamer 2 published.
Special Chapter : (Kevin Birthday)
Photographic Memory
HAPPY 10K !!
dah published!
Gamer Dibukukan?!
Confirmed!
Novel GAMER
Harga Novel Gamer
apa yang dpt dlm novel Gamer?
Cover confirm
Buku Otw
Harga Buku Gamer
How to Order
Group Ws utk pembeli novel Gamer
YEY DAH SMPAI
Open Pre-Order
Special Chapter |Kisah sebenar
Good News
APHONIC DITERBITKAN!
GAMER: TITLELESS
GAMER: TITLELESS (#t2)
Gamer: T (Part 1)
Gamer: T (Part 2)
Gamer: T (Part 3)
GAMER OLD VER. (REPRINT)

G67

4.7K 348 76
By _hyun_yunzz

Perlawanan yang seterusnya menjadi debaran kepada Eden . The Ace, iaitu kumpulan Gamer Academy yang dikira kuat di kalangan para Pro-Gamers dan vvip students. Eden ingat lagi bahawa ketika dia menang dengan The Ace dengan solo kills yang dipimpin opeh Kevin ketika itu.

Bilik waiting room The Tyrants itu kembali sunyi apabila masing-masing fokus melihat BlackShark iaitu kumpulan Zayne sedang melawan another vvip students punya pasukan iaitu pasukan Kino.

"HUWARHHHH"

Serentak 3 manusia itu memandang ke arah Eden yang sedang mencari-cari sesuatu dengan wajahnya yang risau seperti orang hilang anak.

"Kenapa Eden?" Soal Leondre

Eden yang sudah fedup itu duduk di atas lantai . Dia memeluk lutunya. Rasa nak menangis je sekarang huwarhhh. "Getah rambut aku hilang do!!!"

Selepas perlawanan melawan Team Marco, dia melepaskan rambutnya seketika lepas itu terlupa dimana dia meletakkan rubber band itu. Aduhh dahla perlawanan diorang lepas ini dan nak dekat.

"Mana hang letak?" Soal Suuin yang turut membantu mencari getah rambut Eden di bilik waiting room itu. Mereka semua mula menolongnya namun setelah sekian lama mencari, masih juga tidak kelihatan.

Eden mengeluh berat. Ni nak badmood ni. Antara punca perempuan badmood benda ni lah!
Takkan dia nak main dengan rambut lepas macam ni! Karang sekejap selak sana selak sini. Mesti rimas nanti huwarhhh.

"Meh sini.. aku ikatkan tanpa getah rambut" ujar Leondre lalu memanggil gadis itu duduk di hadapannya.

Berkelip-kelip mata Eden memandang Leondre. "Pandai ke kau?"

Leondre tersenyum senget, "hello, ni Leondre okay?" Balas Leondre.

Eden tanpa berlengah terus menuju ke arah Leondre dan mengambil tempat di kerusi hadapannya. Leondre mula mendandan rambut Eden tanpa menggunakan sebarang rubber band.

Bunny dan Suuin hanya memerhati.
"Oh baru aku perasan, kau tukar warna rambut eh Eden" soal Suuin.

"Haah" balas Eden. Dia menukar warna rambutnya semalam demi pertandingan itu. Iaitu warna Grey pastel.

Leondre masih fokus mengikat rambut gadis itu dan Eden hanya menunggu dengan baik. Dia tidak tahu apa rupa rambutnya sekarang kerana tidak menghadap cermin.

Setelah beberapa minit, Leondre membelek rambut gadis itu..
"Dah siap.." ujar Leondre lalu Eden terus menuju ke hadapan cermin untuk melihat hasilnya.

"WOAHHHHHH CANTIKNYAAAA" Kagum Eden melihat rambutnya yang diikat kemas tanpa sebarang rubber band yang digunakan oleh Leondre. Sumpah cantik gila!

Leondre hanya tersenyum melihat Eden yang sekejap posing itu sekejap macam ni depan cermin itu.

Eden memandang ke arah Leondre dengan wajah gembira. "MAYGASHH THANKSSS"

Leondre hanya menunjuk sign 'no problem'

"By the way, mana kau belajar ikat rambut macam ni? Kau main barbie ke?" Selamba soalan itu ditujukan kepada Leondre oleh Eden yang mengambil tempat di sebelahnya.

Tergelak Leondre dibuatnya. "AKU LAKI LAH.. takkan nak main barbie pulak.. haish kau ni"

"Dah tu.." Eden memandang Leondre hairan.

"Aku selalu ikat rambut Adik aku masa kat rumah.. so, aku dah biasa" jawab Leondre.

Eden membuat mulut 'o' .

Bunyi ketukan di pintu membuatkan The Tyrants mula bersiap sedia. Mereka tahu itu ialah staff yang datang untuk menyuruh mereka bersiap sedia bagi next compitition.

Eden memandang setiap ahli kumpulannya. "Just...ikut je plan yang kita rancang sebelum ni..so Goodluck" ujar Eden lalu mereka meletakkan tangan di atas antara satu sama lain sebagai tanda semangat sepasukan sebelum perlawanan berlangsung.

______________________
The Tyrants kembali menuju ke atas pentas dan semua pasukan melihat
mereka semua.
Setibanya mereka di pentas,

Banner The Ace juga dapat dilihat dimana-mana. Of course kerana The Ace antara Grouping Pro-Gamer yang paling Best Worldwide. Eden menarik nafasnya. Entah kenapa kali ini baru dia merasa sedikit gentar. Boleh ke mereka kalahkan The Ace dan menuju ke semi final?

Para Pro-Gamers semua sudah berada di tempat duduk hadapan pentas untuk melihat perlawanan itu. Kerana mereka perlu melihat perlawanan yang menentukan next opinent mereka bagi ke semi final esok. Kevin hanya memerhati Eden yang seperti sedang berbincang dengan kumpulannya sebelum perlawanan itu bermula. Jelas terpancar wajah Eden yang kerisauan itu.

"Kau rasa Eden boleh lepas ke lawan diorang?" Soal Zayne memandang Kevin yang duduk di sebelahnya.
"Entahlah.. sebab.. ni The Ace ...aku tak tahu nak predict siapa menang sekarang"ujar Kevin. Dia memerhati level kumpulan The Tyrants. Kevin agak terkejut melihat level Axel yang sudah 4000+ lebih sama sepertinya. Macam mana dia boleh sampai level tu dengan cepat?!.

"Cuba tengok level Axel.." ujar Kevin kepada Jax disebelahnya. Jax terdiam apabila melihat level Axel yang naik mendadak selepas seminggu itu. "Ni mesti kerja Bunny,.." ujar Jax.

The Ace sangat terkenal kerana sikap kerjasama mereka yang unik dalam kumpulan itu. Mereka punya perancangan tidak dapat dibaca oleh pihak lawan. Dan The Ace juga adalah kumpulan pertama yang memasuki Gamer Academy dengan semua ahli mendapat tawaran ke tempat itu. Selalunya, Gamer Academy menilai setiap individu, dan tidak memandang grouping. Namun The Ace berjaya menukar syarat kemasukan itu.

Kerana itulah Eden agak gentar dengan perlawanan seterusnya itu. Perlawanan itu merupakan perlawanan kalah mati. Kalau mereka kalah, semuanya berakhir pada hari ini.

"Eden, jangan risau.."ujar Bunny memandang Eden yang hanya mendiamkan diri di sebelahnya. Semua player sudah berada di tempat masing-masing.

Eden hanya menunduk memandang tangannya yang mulai sejuk kerana nervous. The Ace yang berada di hadapan mereka dipandang.
The Ace yang mengenali mereka hanya tersenyum.

Kumpulan Luke yang turut berjaya ke semi Final duduk sebaris dengan BlackShark di hadapan tempat pro-gamers di depan pentas itu. Luke memandang ke arah Eden yang kelihatan sedang risau itu.

'ganbatte Eden' bisik hati Luke. Eden memandang ke arah Luke .
Luke hanya tersenyum dan menunjukkan sign 'fighting!'

Eden tersenyum lalu mengganguk.

Eden menarik nafasnya semula lalu skrin monitor mula dilihat. Dia cuba menenangkan dirinya.
"Guys, ingat tujuan kita ialah datang sini untuk capai Juara...and demi Gamer Academy..., So, apa-apa pun yang terjadi kali ni, kita mesti all out sebab yang kita lawan sekarang ialah The Ace" ujar Eden memandang setiap ahlinya.

The Tyrants hanya mengganguk dan tersenyum mendengar kata-kata captain mereka. Headphone masing-masing dipakai, dan tangan sudah bersedia di atas keyboard serta mouse.

"Perlawanan akan dimulai dalam kiraan 3 !!!!! 2!!!!!!! 1!!!!!!"

Penonton mula bersorak apabila player favourite masing-masing mula memasuki medan peperangan.

"Aku chau lu" ujar Bunny lalu dia terus menghilangkan dirinya terlebih dahulu untuk mencari spot sniper terbaik.

Phantom7 turut berlari ke arah Military Academy untuk mengumpul pelbagai peluru dan senjata yang sesuai.

Waffer sudah bersedia memerhati setiap kedudukan ahli pasukannya. Senang untuk dia buat kerja nanti.

Axel pula berada di salah satu kawasan kampung yang masih tiada sesiapa di situ. Axel mula mengutip pelbagai weapon dan point sebelum dia bertembung dengan The Ace.

The Ace juga melakukan perkara yang sama dan kedua-dua pasukan masih lagi belum bertembung antara satu sama lain.

Phantom7 mula merayau-rayau di sekitar kawasan bukit itu. Dia tahu bahawa The Ace selalu berkumpul di tempat seperti itu.

Axel hanya memerhati map nya dan melihat Phantom7 yang berada di kawasan pergunungan.

"Careful Leondre" ujar Eden melalui micnya. Leondre hanya tersenyum mendengar hal itu. Ya i know.

The Ace yang terlihat Phantom7 berada di kawasan berdekatan mereka mula menyorokkan diri masing-masing. Keempat-empat The Ace ada di keliling kawasan yang Phantom7 berada.

Mereka mula menyerang Phantom7 serentak membuatkan Phantom7 terpaksa melawan kesemua ahli mereka dengan kepantasannya. The Ace juga terlalu pantas sepertinya kerana ahli-ahli The Ace ibarat Phantom7 melawan 4 dirinya sendiri. Hpnya mulai berkurang kerana dia diserang beberapa kali oleh ahli The Ace.

Waffer yang perasan akan Phantom7 dalam bahaya terus menuju ke arah tempatnya dan mula memberi bantuan. Seperti yang disangkakan The Ace sangat pantas dan mereka hilangkan diri serta merta ketika Waffer tiba.

Phantom7 mengerling ke arah HP nya yang tinggal separuh. Ceyh. 4 lawan 1 memang ini lah yang jadi jawabnya. Dia dan Waffer kemudiannya meyorok di sebalik bangunan berdekatan kawasan pergunungan dan mula heal dirinya semula.

Waffer memerhati setiap kawasan itu.  Memang The Ace masih berada di kawasan itu namun dia tidak dapat melihat mereka.

Tiba-tiba Waffer ditembak oleh salah satu ahli The Ace membuatkan Waffer berlari ke arah mereka dan membalas dendam semula. Dia menggunakan wolf nya sebagai pembantu dan melawan keempat-empat ahli The Ace. Phantom7 masih dalam proses meng heal kan dirinya dan dia tidak dapat membantu.

Waffer mulai risau apabila melihat MP nya makin sedikit. Dia punya serangan semakin perlahan kerana terlalu banyak menggunakan attack.

Aduhh habislah.
Tiba-tiba Kemunculan Axel mengejutkan ahli The Ace. Axel terus menyerang mereka semua dengan pedangnya membuatkan ketiga-tuga ahli The Ace mula sedikit nyawanya. Mereka agak terkejut kerana Axel seperti dapat membaca setiap pergerakan mereka. Satu daripada ahli The Ace sempat melarikan diri namun mati apabila ditembak oleh Bunny dari jauh.

Waffer dan Axel sama-sama melawan 3 ahli The Ace yang masih hidup dan kemudian mereka bertiga hilang tiba-tiba untuk memulihkan diri masing-masing.

"cepat gila hilang" ujar Waffer lalu memerhati kawasan sekelilingnya. Phantom7 yang sudah selesai heal, menuju ke arah Axel dan Waffer lalh dia memberikan Waffer peluru dan senjata yang disimpannya sebagai backup.

"The Ace macam kau Leondre, spesies kau" ujar Axel . Axel mula mencari dimana kedudukan The Ace yang pandai menyembunyikan diri.

"Haha..tahu takpe.." balas Leondre.

Axel tersenyum apabila dia mula melihat tempat menyorok The Ace. Axel mendekati kawasan itu lalu dia terus diserang oleh The Ace dan Sempat Axel mengelak. Axel melawan semula dengan bantuan Bunny dari jauh dan Waffer yang juga turut membantu. Pahantom7 turut berperang bersama.

Setiap ahli The Ace mula ditumbangkan oleh The Tyrants . Membuatkan satu Stadium bersorak apabila Axel menyerang kedua ahli The Ace serentak dan mendapat double kill. Tembakan jauh Bunny juga membantunya untuk menurunkan HP mereka dengan cepat. Seorang ahli The Ace juga sekalu lagi dikalahkan oleh Bunny.

Combination antara Bunny dan Axel itu membuatkan semua terkejut melihat perkara itu. Bunny+Axel=perfect.

Perlawanan akhirnya diakhiri dengan Double kill oleh Eden dan juga Bunny.
The Ace hanya tersenyum lalu meletakkan headphone mereka di atas meja setelah kalah dalam pertandingan untuk ke semi final itu.
For the First time, The Ace tidak dapat ke semi final dalam World Championship. Para peminat The Ace menangis setelah perlawanan itu tamat.

Eden menarik nafas lega lalu dia memandang setiap ahli pasukannya dengan mata berair. "We did it" ujar Eden.

"Hey jangan nangis lah, tak final lagi" ujar Leondre lalu tergelak melihat Eden yang sedang menahan air matanya keluar.

Bunny dan Suuin hanya tersenyum melihat captain mereka yang berhati lembut itu. Walaupun hatinya lembut, tapi dalam game, hmm habis semua dia bunuh.

Stadium itu sekali lagi kecoh dengan sorakan daripada penonton melihat perlawanan itu.
Para pro-gamers yang lepas ke semi final hanya tersenyum setelah mengetahui lawan mereka yang seterusnya.

Kevin bangun daripada tempatnya lalu diikuti oleh membernya yang lain. Sempat Kevin memandang ke arah The Tyrants yang sedang bersalam dengan The Ace. "Our next enemy.." ujar Kevin. Zayne yang mendengar hal itu hanya tersenyum.

"We still have time to prepare for tomorrow match" ujar Jax pula lalu ahli BlackShark kembali ke belakang pentas semula.

The Tyrants menuruni anak tangga di pentas itu dan menuju ke backstage. Mereka berjalan ke waiting room semula dan Eden menerima sebuah message .

Eden membuka message itu.
Kelihatan jadual perlawanan untuk hari esok sudah dikeluarkan oleh pihak atasan.

Tercengang Eden dibuatnya apabila melihat nama kumpulan yang seterusnya.

"GASHHHHHH"

Semua ahli kumpulannya memandang pelik ke arah Eden yang sedang menutup mulut kerana terkejut dengan apa yang dilihat di dalam phone.

"Why?" Soal Bunny lalu turut melihat ke arah phone Eden.

"Oh waw,.." Bunny juga kelihatan terkejut dengan hal itu lalu Leondre dan Suuin turut melihat ke arah Phone Eden.

"BlackShark kita punya next match?seriously?" Leondre memandang ke arah setiap ahli pasukannya. Eden hanya mengganguk dan terpaksa menerima kenyataan itu. Wajahnya diraup seketika. Dia terus terduduk di atas sofa bilik waiting room itu.

Esok.. lawan BlackShark?! Maygashh.

Suuin hanya tersenyum dengan tenang dan bermain dengan rubik cube miliknya. Eden memandang ke arah Suuin.

"Asal kau senyum?tak risau ke?" Soal Eden.

"Baguslah kalau kita lawan diorang awal-awal, last-last nanti senang lah kita nak ke final" ujar Suuin dengan wajah selamba.

Tercengang Eden dibuatnya. Confident level tinggi betul hak sorang ni. Macam tak kesah apa-apa.

"Jangan cakap macam senang je nak menang, BlackShark tu..ada Hydra.." ujar Bunny memandang ke arah Suuin yang hanya tersenyum. Eden mengganguk setuju. Ha tengok si Bunny ni, even dia kuat nak mampus, tapi dia selalu humble.

"Kau kan pernah kalahkan Hydra, apa nak risau?" Soal Suuin.

Bunny hanya mengeluh. "Itu masa lawan soloist...kalau group kita tak tahu lagi kan?" Balas Bunny.

Eden hanya mengeleng kepala melihat mereka berdua. "Dah dah, yang penting esok buat yang terbaik, kita lawan BlackShark tau, bukannya pro-gamers biasa..belaka level beribu-ribu tu" ujar Eden.

"Baiklah Captain!" Ujar Leondre. Tergelak Eden dibuatnya.
Beg mula dikemas untuk pulang ke hotel. Perlawanan semi final akan bersambung pada keesokan harinya.

Semua pro-gamers mula pulang ke hotel masing-masing.

Eden berhenti di luar stadium sambil membaca message daripada Butchers.

Katanya mereka semua tunggu Eden di kawasan itu. Eden memandang sekeliling kawasan luar stadium itu.
Mana diorang ni?

"Kau tunggu siapa?" Soal Leondre yang melihat Eden berhenti di tempat itu. Bunny dan Suuin juga memandang ke arahnya.

"Aku tunggu Butchers, korang balik lah dulu.." tuntas Eden. Mereka bertiga mengganguk faham lalu masing-masing pulang ke hotel yang berdekatan hanya dengan berjalan kaki sahaja.

"EDENNNNNNNN"

Eden memandang ke arah Ace yang sedang berlari ke arahnya. Diikuti Andy di belakang. Eden tersenyum melihat mereka.

"Yoooo!" Balas Eden.

"GILA LAH, BAPAK GEMPAK SIAL KAU MAIN!!" ujar Ace teruja. Andy mengganguk setuju. Sepanjang mereka menonton perlawanan The Tyrants hari itu daripada tempat penonton, semuanya membuatkan mereka berdua terkejut besar dengan perubahan Axel yang mendadak. Axel semakin kuat.

Eden hanya tersengih malu. "Biasa jela" jawab Eden merendah diri.

"Tang mana biasa dia?" Suara Luke yang baru tiba itu membuatkan mereka serentak memandang ke arah Luke.

"Betullah biasa.." jawab Eden lagi. Luke hanya tersenyum senget mendengar jawapan gadis itu.

"Elehh takyah nak sorok lah,.. dah jelas kau memang makin kuat ...aku sampai dah tak tahu nak kata apa tadi" ujar Andy pula. Eden hanya tersenyum malu mendengar pujian mereka, dan Butchers mula berjalan beriringan ke Hotel .

"By the way Eden, macam mana kau boleh sign contract dengan si Bunny tu?" Soal Ace .

Eden memandang ke arah Ace seketika lalu hanya memberikan senyuman. "ADALAH" jawab Eden .

"berahsia sangat... Kau buat apa sampai dia setuju nak join?" Soal Luke serious. Kerana untuk pengetahuan semua, Bunny tu sangatlah susah nak setuju untuk join mana-mana group. Dia macam sudah mahu ke arah soloist player selepad keluar daripada group lamanya atas isu tertentu. So sebab itah, semua orang terkejut bila melihat Bunny back.

"ADALAHH!!" Balas Eden lagi lalu dia terus berlari ke arah lift dalam hotel itu dan meninggalkan mereka. Butchers memandang bengang gadis itu yang sudah berlalu pergi.

"Pandai dah budak tu berahsia dengan kita" ujar Andy. Ace hanya mengganguk setuju. Luke mengeleng kepala melihat perangai Eden.

"Well, aku tak pelik pun Bunny setuju masuk group Eden.." tuntas Ace tiba-tiba.

"Asal?" Soal Luke.

"Sebab Eden , dia boleh buat sesiapa je setuju dengan apa dia kata" balas Ace lagi.

"Yup, she's really a mysterious type of girl yang susah kita nak explain" jawab Andy pula.

Luke hanya tersenyum mendengar hal itu. "Betullah tu.."

To be continue...

Continue Reading

You'll Also Like

Atin By mrk1921

Adventure

62.7K 524 4
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua
139K 22.1K 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirn...
249K 19.3K 42
T.R Academy, Merupakan sekolah baru, yang tidak pernah memenangi apa-apa pertandingan sukan. Dan semuanya berubah selepas... Seorang perempuan yang m...
245K 15.3K 43
Book 1 of fantasy series. LUNA ELINA. Seorang gadis yang pada mulanya hidup sebatang kara sehinggalah dia memasuki satu dimensi secara tidak sengaja...