MR BLIND [COMPLETED]

By ladyfrozenace

2M 97.1K 7.6K

(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan... More

1🌼
2🌼
4🌼
5🌼
6🌼
7🌼
8🌼
9🌼
10🌼
11🌼
12🌼
13🌼
14🌼
15🌼
16🌼
17🌼
18🌼
19🌼
20🌼
21🌼
22🌼
23🌼
24🌼
25🌼
26🌼
27🌼
28🌼
29🌼
30🌼
31🌼
32🌼
33🌼
34🌼
35🌼
36🌼
37🌼
38🌼
39🌼
40🌼
41🌼
42🌼
43🌼
44🌼
45🌼
46🌼
47🌼
48🌼
49🌼
50🌼
51🌼
52🌼
53🌼
ALPHA🐺 & MMW👑
54🌼
55🌼
special 1🌼
special 2🌼
special 3🌼

3🌼

40.9K 2.2K 137
By ladyfrozenace

Adam menghela nafas lelah selepas masuk ke dalam rumah. Masih kosong. Dania belum pulang. Pembantu pula hanya berada di rumah waktu pagi atas arahannya. Dia mahukan privacy.

Adam baring di sofa ruang tamu. Rasa nak demam pulak. Tanpa sedar dia tertidur lena.

Ubun-ubunnya rasa seperti diusap.
"Adam? Demam ke?"

Suara lunak seseorang. Bonda kah?

"Adam...bangun mandi dulu. Nanti saya siapkan bubur"

Saya? Bonda tak bahasakan diri saya. Hanya...

"Dania?"

"Jom bangun naik bilik" Dania memapah Adam yang jelas tak larat. Adam ikut je. Sampai di bilik, Dania letakkan dia atas katil. Baru nak baring, Dania menegah.

"Haip, jangan baring! Nanti awak tidur. Bangun mandi. Biar panas badan tu keluar"

"Aku...aku tak larat" lemah saja suaranya. Sakit tekak lagi.

Dania termanggu. Takkan nak suruh aku mandikan? Tuhan, taknak! Rosak mata suci aku nanti..

"Errr.... betul2 tak larat? Tak boleh mandi sendiri eh?" Teragak dia bertanya. Jawabla larat please... selamatkan aku!

Adam menggeleng.

Keluhan Dania pula terlepas.
"Saya tolong awak eh? Tapi-tapi kena pakai baju la.." muka dia memerah. Tangan tetap bantu tanggalkan kancing baju Adam. Seluar dibiarkan. Tak sanggup nak bukak ler! Sedangkan bukak baju je aku dah luruh iman, kalau bukak seluar mau histeria terus nih!

"Bukak seluar" Adam mengarah.

"Hah? Jangan nak mengarut, kalau tak mandi seniri! Saya taknak!"

"Aku pakai shorts kat dalam la.."

"Oh? Yeke? Hehe...okay2" malu dia sendiri. Seketika kemudian, dia lilitkan tuala di pinggang Adam sebelum melepaskan seluar. Lega mata dia terpelihara lagi.

Selesai mandikan Adam, dia turun ke dapur. Hanya dia saja. Sunyi rumah bila tinggal berdua. Dah la besar, tapi ni rumah ke? Istana sebenarnya.

"Eh? Ada mushroom soup la... Okay tak eh?" Dia bercakap sendiri. Menimbang patutkah masak, atau panaskan soup dalam tin. Tapi macam tak elok kan? Macam tak ikhlas rasanya. Akhirnya selepas 30 minit, dia bawak bubur ke bilik Adam.

"Awak...awak makan dulu then makan ubat pulak" Adam masih lena. Dania cuit-cuit bahunya. "Bangunla pak cik, makan!"

"Ish...kau ni kan ayam, bebel je..yelah yelah aku bangun"

"Nah" mangkuk bubur dihulur. Adam tak expect yang mangkuk tu panas, jadi dia pegang sambil lewa. Hampir saja semua nak tumpah atas ribanya.

"Pegang tu biar la elok2..." Dania kemudian berenti. Dia diam. Adam seakan meraba-raba sudu dan mangkuk. Mungkin nak makan. Hati dia terusik. Kesian dia, Tuhan tarik nikmat penglihatan. Tak baik nak marah2, dia sakit, dia tak nampak. Apa jenis isteri kau ni Dania?

"Meh saya tolong" Dania cuba menarik mangkuk di pegangan Adam tapi ditahan. "Aku boleh buat."

Adam dan Dania diam. Hanya sesekali bunyi sudu berlaga dengan tepian mangkuk. Mata Dania tertancap pada bahagian mulut Adam. Ada sedikit kesan comot bubur. Dia ambik tisu dan lap.

"Kenapa?"

"Comot awak makan..."

"Dania..."

"Ya?"

"Kau jangan layan aku macam tu"

"Macam tu? Maksudnya?"

"Jangan layan aku macam aku ni orang sakit, orang tak berkemampuan sangat. Aku tak suka rasa tu"

Termanggu sekejap dia. Adam tak suka? "Kenapa tak suka?"

"Aku tak suka kau rasa kesian sangat dekat aku. Aku tau aku tak sempurna, tak macam orang lain. Tapi jangan buat aku rasa terasing sangat."

"Saya mintak maaf kalau awak terasa dengan layanan saya. Saya janji lepas ni saya takkan buat dah."

"Takpe..bukan salah kau, kau tak tau. Aku cuma nak kau buat macam biasa je. Tak perlu lebih2 simpati kat aku. Aku boleh survive"

"Salah ke saya nak tolong awak? Saya ni isteri awak tau. Dah jadi kewajipan untuk saya tolong awak. Dan simpati? Awak tak payah risau. Tak pernah saya terbeban dengan rasa simpati tu. Memang tanggungjawab saya jaga awak. Awak suami saya" berhati hati dia menutur. Dia mahu kefahaman Adam.

"Aku tak pasti sampai bila perkahwinan ni akan bertahan. Aku tak rasa selamanya kita akan kekal suami isteri. Kau patutnya dapat suami yang lebih baik, lebih sempurna. Bukan aku.."

Dania mencapai mangkuk bubur yang sudah kosong itu. Dia meletakkan ubat di telapak tangan Adam. Air pula dihulur pada sebelah tangan lagi. Kebisuannya buatkan Adam hairan

"Kenapa kau diam?"

"Diam lebih baik dari dengar awak mengarut. Kenapa awak bersungguh sangat nak berpisah dengan saya ni? Apa awak tak boleh ke bagi peluang untuk kita?"

"Kau nak teruskan perlahwinan ni? Kau rela dapat suami yang buta? Apa guna kau ada suami sedangkan dia tak boleh nak lindungi kau? Aku taknak orang luar pandang serong lat kau. Cukup la aku je yang tanggung semua beban ni"

"Rasanya dari bagi awak makan ubat demam, baik bagi awak makan ubat sakit otak kan? Dah kenapa nak kena kisah orang luar? Ada diorang bagi kita makan? Diorang ke yang tolong kita masa kita susah? Pedulikan je la semua tu Adam! Dan saya sebesar zarah pun tak peduli pasal mulut orang. Hubungan ni pasal kita!" Dania menekan suara.

"Adam...bagi saya peluang, bagi kita peluang untuk bahagia. Saya nak kita cuba. Saya yakin dengan takdir dan saya nak awak pun sama. Jangan pernah putus asa dengan nikmat Allah. Allah mungkin tarik sekejap penglihatan awak, tapi dia beri awak kasih sayang keluarga. Dia beri awak nikmat masa, nikmat kesihatan dan nikmat untuk hidup. Belajar terima semua tu. Dan kalau betul awak dah takde apa2 kat dunia ni, awak still ada saya. Saya takkan tinggal awak selagi awak sendiri yang tak suruh saya pergi. Dah, makan ubat tu lepastu rehat. Kalau nak apa2 panggil je saya."

"Kau tak faham Dania...aku tak sanggup nak lalui semua tu lagi. Semua yang aku sayang tinggalkan aku satu persatu..."

________

Dania POV

Aku diam memikirkan Adam. Mesti dia pelik kan, kenapa aku terima dia jadi suami. Ya betul, tu amanat babah.. tapi yang dia tak tau aku dah lama suka dia. Sejak dari sekolah rendah.

"Adam jom main dengan Aisya? Kita main masak2 nak? Adam jadi ayah, Aisya jadi ibu. Nak?" Aisya menarik-narik lengan baju Adam.

Tangan Aisya ditepis kasar.
"Ish..pegi la Aisya! Adam nak main bola dengan kawan Adam la. Adam laki, takkan nak main masak2? Jangan dekat dengan Adam, tak suka!"

"Tapi...tapi Aisya suka Adam... Aisya nak kawin dengan Adam!" Air mata mula memenuhi birai matanya.

Budak lelaki comel itu menolak si gadis kecil hingga jatuh.
"Aisya balik la..jangan jumpa Adam!"

Dania menggeleng sambil tersenyum mengenang kisah lama. Betapa dia suka dengan Adam masa kecik. Sampai sanggup minta babah dia masukkan ke sekolah menengah sama dengan Adam.

"Errr... Adam. Aisya ada hadiah untuk awak. Nak tak awak jadi valentine Aisya?" Tangannya menghulur sekeping kad bercorak hati dan sekotak coklat. Zaman study memang ramai yang sambut Valentine. Zaman jahiliyah...

"Apa kau ni? Ku tau tak haram sambut benda merepek ni? Otak kau letak mana ni sampai sanggup bagi hadiah kt lelaki? Malu kau kat mana?" Kasar sekali perkataan Adam. Namun Aisya masih cuba senyum. Ditabahkan hatinya.

"Sorry kalau Adam tak suka, Aisya cuma nak Adam tau yang dah lama Aisya suka Adam. Adam... Suka Aisya tak?" Rona kemerahan muncul di pipi menandakan dia sedang malu.

Tawa Adam memenuhi ruang kelas hingga menarik perhatian semua.
"Kau berangan ke? Muka macam kau ni ada hati kat aku? Eh tolong la, not my standard!" Aisya terkedu. Dia menolak cermin mata tebalnya ke atas. Satu kelas ketawakan dia. Dia rasa nak menangis.

"Kenapa? Adam nak Aisya berubah untuk Adam ke? Boleh boleh! Nanti Aisya-" Adam memotong.

"Kau dengar sini eh, kau tu kalau make over macam mana pun, hodoh still hodoh la. Muka kau tu memang eiii...jijik aku!" Dia menunjal dahi Aisya sehingga gadis itu hilang imbangan. Aisya berlari ke tandas dan menangis sendiri.

Dania tersenyum perit. Kisah dia dan Adam bukan baru sehari dua, malah hampir dua belas tahun lalu. Mungkin tak bagi Adam,tapi dia ingat semuanya.

Selepas dimalukan pada 14 February itu, dia memohon supaya dipindahkan sekolah. Babah hantar dia ke Australia. Dia mulakan hidup baru. Tak mahu dipanggil Aisya, hanya Dania yang baru. Adam cuba dilupakan dengan sibuk belajar. Tapi hatinya tak dapat menipu, sedikit rasa dan harapan masih tersisa untuk cinta pertamanya.

Dia ubah penampilan, dia kini berhijab. Tiada lagi braces. Tiada lagi cermin mata tebal. Badannya makin terbentuk semasa alam remaja. Dia makin tinggi,dan makin matang. Balik ke Malaysia tanpa apa2 harapan, tapi babah mengejutkannya dengan berita risikan. Dia berbolak-balik, nak menerima bimbang tak adil kepada bakal suaminya. Hatinya masih kepada Adam.

Dan rupanya takdir Allah maha kaya. Jodohnya Adam. Dia bersyukur dalam masa sama bimbang. Macam mana kalau Adam membencinya selepas dia dapat melihat?

After all... She's still the old Aisya for him...

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 61.4K 72
Kisah seorang gadis berumur 28 tahun yang ingin berkahwin. "Korang aku nak kahwin! Tapi takde calon lagi. Macam mana ni?" -Adara Sumayyah "Wow! Amazi...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
602K 23.9K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
260K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...