crystal.

By cypeofy

29.3K 6.2K 13.1K

Tujuh kristal, satu peluang. Dua nama, satu jurang. Bala daripada hujan meteor yang diturunkan daripada dew... More

c r y s t a l
01
02
03
04
05
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62

06

603 142 338
By cypeofy


CHAPTER 6
k i t s u n e.

SETELAH Namjoon memastikan Jimin telah pergi menembusi ke dalam portal bersama Alana, Lelaki itu terus memandang kawannya yang lain. Wajahnya serius, rahangnya kelihatan tegang.

" mereka dah pergi— sekarang tugas kau, Taehyung! " Namjoon melaungkan suaranya agar kelima kawannya itu dengar akan suara dia. Dia memberikan isyarat pada Taehyung dan lelaki itu mengangguk pantas.

Ke semua berlari ke arah mana Jimin pergi tadi. Larian mereka begitu pantas. Menakala Taehyung hanya berdiri di pada posisinya, memandang sekeliling dengan pandangan yang tajam— bengis. Cahaya hijau mula bersinar daripada mata nya.

Jungkook tetiba berhenti daripada berlari, dia menoleh ke arah Taehyung yang ditinggalkan bersendirian. Mereka semua tahu Taehyung boleh handle seperti yang Namjoon arahkan. 

Tetapi Jungkook rasa tak sedap hati. Permata Taehyung retak, mungkin magis Taehyung tak akan berfungsi dengan baik.

Dan apa yang dia jangka itu adalah benar.

Ke semua mahluk hitam itu mengerumuni Taehyung dengan pandangan yang tajam dan kelaparan. Mereka nampak lebih agresif daripada awal tadi dan mula menerkam ke arah Taehyung.

Taehyung cuba mengangkat kapaknya ke udara, dia menghayunkan kapaknya selama lima pusingan mengakibatkan angin kencang di kawasan itu. Mahluk hitam itu terpusing-pusing kerana angin kencang tersebut.

Kemudian Taehyung mengumam ayat asing pada dirinya, dia mengangkat kapaknya tinggi ke udara dan menghentak ia pada tanah. Kuat. Batu-batu tanah berterbangan. 

Ke semua mahluk itu berterbangan, bagaikan ada tolakkan graviti. Ada di antara mereka terkena pada pokok-pokok yang ada di sekitarnya. Mereka terkulai pada tanah, tak sedarkan diri.

KREAKK!

Mata Taehyung membuntang apabila dia mendengar bunyi retakkan tersebut. Nafas beratnya menjadi tak tentu apabila dia melihat kapak kristalnya mula retak, satu demi satu daripada pangkalnya sehingga kepada pemegangnya.

Mata Taehyung serta merta berkaca. Hatinya seakan hancur berkecai— rasa perit mula terasa pada hulu hatinya.

Jungkook terpana dengan keadaan itu. Dia lihat segalanya. Tanpa berlengah, dia berlari ke arah Taehyung dan dapatkan lelaki itu. Bahu Taehyung dipegangnya.

" Hyung— "

Pada waktu yang sama, Kapak kristal Taehyung retak keseluruhannya dan hilang menjadi debu yang berterbangan. Taehyung seakan terpempan, air matanya mengalir.

Serta merta, kakinya terasa lembik dan dia terus melutut. Jungkook pantas mendakapnya.

" hyung.. bersab— " kata Jungkook terhenti apabila matanya bertembung dengan mata Taehyung. Dia melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana mata berwarna emerald lelaki itu menyurut warnanya. Malah permata pada loket Taehyung juga kelihatan semakin retak.

Tubuh Taehyung terkulai dalam dakapan Jungkook.  Nafas Jungkook tersingkap.

" TAEHYUNG! " Jungkook melaung dan suaranya bergema di seluruh hutan membuatkan burung-burung berterbangan. Jungkook yang sudah melutut itu terus membuatkan tanah yang dipijaknya itu serta merta menjadi ais.

Keluhuran hatinya yang bergelumang dalam kesedihan itu menjadikan persekitaran dia dingin, ais merebak ke batang pokok, mula membeku.

Kelihatan Taehyung semakin lemah. Jungkook mula rasa sebak, bibirnya diketap rapat, cuba menahan tangis.

Jungkook berjalan masuk ke dalam bangunan istana bersama abangnya disekeliling. Wajahnya ketat, menahan perasaannya. Di tangannya, dia membawa Taehyung yang kini sudah tak sedarkan diri dalam posisi kendongan.

Namjoon dan Seokjin memandang Jungkook dengan pandangan yang risau. Pertama kali mereka melihat Jungkook seperti itu— mengigil.

Hoseok pula hanya memegang lembut bahu Jungkook. Dia merenung ke arah Taehyung dan kelihatan rambut lelaki itu mula mengendur warnanya. Warna hijau emerald yang menjadi warna rambut Taehyung melurut menjadi warna kehitaman.

Itu kesannya kalau permata mereka retak.
Kuasa mereka akan perlahan-lahan melurut.

Dan sekarang Taehyung sedang menghadapinya.

Pintu gerbang itu dibuka oleh seseorang dengan begitu kasar. Kelihatan Jimin keluar daripada bangunan itu dan serta merta matanya mendarat pada sekujur tubuh yang dikendong Jungkook.

Wajahnya berubah tatkala melihat keadaan Taehyung. Dia lantas menekup mulutnya dengan tangan yang terketar-ketar dan menghampiri Jungkook.

Mata Jimin berkaca, air matanya deras mengalir dan dia mengusap wajah Taehyung. Taehyung merupakan sahabat yang dia paling rapat kalau dibandingkan keenam-enam lelaki itu.Tersedu-sedan dia dibuatnya. Hoseok terus mendakap Jimin, erat.

" Taehyung kena berehat, bawa dia ke dalam.. Kitsune. " arah Namjoon pada gadis yang berdiri dihadapan mereka pada pintu gerbang tersebut.

Pandangan Kitsune berubah apabila melihat keadaan Taehyung. Dia nampak serius melihat lelaki itu. Matanya dilirikkan pada Namjoon semula.

" valkyrie, φέρε τον. "
( valkyrie, bawa dia ke dalam. )

Seorang gadis muncul dibelakang Kitsune kemudian meraih tangannya ke arah Taehyung. Dia mempunyai sepasang sayap putih yang besarnya sebesar tubuhnya. Dia juga berpakaian besi— seperti pakaian perang.

Valykrie merupakan pengawal di istana tersebut. Juga, tangan kanan penting Kitsune.

" θα κάνει, κυρία "
( akan dilakukan, madam )


" sudah tentu aku boleh bantu kau semua, "

Kitsune menyisip wine nya dengan lemah gemalai. Matanya merenung kami semua dengan pandangan yang manis. Senyuman nya memukau aku. Tak pernah aku lihat perempuan secantik Kitsune.

Dia mempunyai rambut putih yang mengurai. Ikal mayang pada akhirnya dan wajahnya putih seputihnya. Dia memakaikan gaun mewah— memandangkan statusnya sebagai permaisuri. Bibirnya kemerahan dan dia mempunyai hidung mancung yang sempurna. Apa yang cacat padanya? Tiada.

Kami kini sedang bersantapan bersama dia. Istananya begitu indah, dengan pelbagai jenis chandelier yang cantik, diperbuat daripada bunga-bunga dan juga kaca. Pada permukaan dinding istananya kelihatan ada gambaran musang putih yang berekoran 9. Ianya sungguh classic, aku suka.

Juga, dia menghidangkan banyak jenis makanan yang enak. Rambang mata aku melihatnya— air liur aku diteguk.

" Semua retakan pada permata aku dapat pulihkan di Northern Realms. Aku yakin permata Emerald tak akan apa-apa. " jelasnya lagi dan Namjoon mengangguk perlahan. Setuju.

" jadi kalau macam tu— " kata-kata Namjoon diputuskan oleh Kitsune tetiba. Tersunging senyuman pada wajahnya, melihat kami semua. Dia sedang memikirkan sesuatu berdasarkan riak wajahnya.

" tetapi kau tahu sikap aku macam mana kan? " Kitsune bersuara dengan nada sinis.

Aku lihat Jungkook mengepal tangannya erat. Rahangnya menjadi tegang. Matanya mencerlung tajam melihat Kitsune. Hoseok telah pun memberikan pandangan amaran Jungkook.

Aku hanya melihat Jungkook yang duduk dihadapan aku itu. Pandangan tu, sama seperti pandangan yang dia berikan pada aku sewaktu memula kami bertemu mata.

" Taehyung is dying, noona. " Jungkook menekan katanya dan intonasinya bergetar. Lelaki itu sedang menahan amarahnya, aku tahu. Semuanya dapat dilihat daripada wajahnya. " ..dan noona masih ada masa untuk bermain dengan kami? " tambah Jungkook lagi dan wanita itu tertawa.

Mendayu tawanya. Aku mula terasa seram.

" Aku licik dan kau tahu tu, JungKook-ah. " dia menyengih, gelas wine pada tangannya disisip.

"Aku mahukan perlawanan naga. " sambungnya lagi dan aku tersedak dengan makanan yang aku telan. Naga?!

" kau.. tak habis-habis dengan naga. " Yoongi berkata tanpa sebarang emosi. Bosan dengan perangai wanita itu.

Kitsune tertawa lagi. " aku sukakan naga, sejak kebelakangan ini keadaan di Northern Realms sangat membosankan. Aku mahukan hiburan. "Jelas wanita itu dan Seokjin menggulingkan anak matanya.

" It's okay. Naga sahaja. " Hoseok berkata dengan senyuman. Dia dengan sifat optimistiknya memang tak pernah berpisah.

Kitsune tertawa mengilai lagi. Aku mula rasa meremang dengan perempuan ini. Pelik, hiburannya merupakan naga. Juga... Tawa dia lain macam.

" dan aku mahu gadis itu, " Dia tetiba menunjukkan jarinya tepat pada aku. " ..untuk berlawan dengan naga kesayangan aku. " senyuman nya semakin melebar apabila dia menyambung ayatnya tadi.

Aku tercekik dengan makanan yang aku kunyah itu. Terus aku capai gelas yang berisikan air kosong dan ditegukku perlahan. Belakang badan aku di urut perlahan oleh Jimin yang duduk bersebelahan dengan aku. Aku mengurut dada.

" Kitsune, dia hanya manusia. " Namjoon dengan tegasnya bersuara dan Kitsune pantas memandang Namjoon. Wajahnya menyeringai seperti seekor musang. Bulu tumbuh pada tengkuknya dan kelihatan ekor 9 nya mula kelihatan, bergerak-gerak.

Bulu roma aku meremang. Kitsune bukan wanita sesempurna yang aku sangkakan.

" mahu aku pulihkan Emerald atau tidak? " nada suaranya berubah menjadi garau sedikit semasa dia mengugut dan Namjoon mengeluh perlahan. Dia kalah dengan wanita ini.

" fine.. "

Wajah Kitsune menjadi seperti manusia biasa semula. Dia mengukirkan senyuman yang lebar dan menepuk tangannya dengan riang. Aku memandang Namjoon dengan pandangan yang tidak percaya. Dadaku berombak.

" then it will begin! "

— c r y s t a l

MYTHOLOGICAL
— C R E A T U R E S —

information of the day :
V A L K Y R I E

TAEKOOK BUAT LIVE AAAA
BUT ANW THANK YOU FOR 1K rEADERSS!! I LOOOOVE YOU💜😭

Continue Reading

You'll Also Like

3.5K 24 6
kisah dendam darwish ke ustazahnya kerana darwish kkna gantung sekolah akibat rokok
228K 1.3K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
792K 63.1K 63
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara ked...