BAD MAFIA [COMPLETED]

Por ayraakookie

2.8M 121K 16.3K

"Daddy always said not all the people in your life will stay with you, he was right. Cause he was the first t... Más

01 '
02 '
03 '
04 '
05 '
06 '
07 '
08 '
09 '
10 '
11 '
12 '
13 '
14 '
15 '
16 '
not an update '
17 '
18 '
19 '
New story '
20 '
21 '
22 '
23 '
24 '
25 '
26 '
27 '
28 '
note [I'm sorry]
29 '
30 '
31 '
33 '
34 '
35 '
36 '
37 '
38 '
39 '
40'
41 '
42 '
43 '
44 '
45 ' [TAMAT]
SPECIAL CHAPTER
MY SECOND BOOK
THIRD BOOK

32 '

47.7K 2K 180
Por ayraakookie

"Assalamualaikum! Mimi oooo mimi!"

Sudah 10 minit Bella Najwa memberi salam. Punat loceng juga tidak henti ditekan dari tadi, namun rupa tuan rumah masih tidak kelihatan.

"Ish mana Minah ni! Call tak angkat, bagi salam tak keluar.. " Bella Najwa mengomel sendirian.

Kakinya sudah kebas bediri dari tadi. Sudah lah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah mengambil masa selama lima jam.

Bella Najwa akhirnya duduk bercangkung sambil menghadap rumah mimi yang boleh dikatakan agak mewah.

"Hm cantiknya rumah makcik ni.. Tak hairanlah.. Bapak CEO.. Tapi aku pelik, kenapa laa anak dia tak kerja dengan syarikat bapak dia je.. " Bella Najwa sekali lagi bermonolog sendirian. Jika orang tengok, mesti disangkanya sudah gila.

Lima minit bercangkung, akhirnya kelihatan sebuah kereta putih berhenti betul-betul ditepi dia.

"Woiiii rindu!!!!! " gadis itu melulu keluar dari kereta dan merangkul tubuh Bella Najwa erat.

"Sorry babe, battery fon aku habis.. Hang lama dah ka sampai? " mimi masih memeluk tubuh gadis itu sambil kepala disandarkan pada bahu Bella Najwa.

"Hahaha tak lama pon, sejam je.. " Bella Najwa bersuara seolah-olah merajuk. Tangan di silang tanda protes. Eee mengada.

"Sorry laaa, aku lupa sangat sangat yang hang nak mai harini. Tudiaa laa sapa suruh hang tak peringatkan aku pagi tadi. Hang tau kan aku ni jenis pelupa. " kini giliran mimi pula membebel sambil mencekak pinggang.

"Erm kita memang nak berkhemah dan melakukan aksi musahaqah ni kat luar ke ? " Bella Najwa yang sememangnya lenguh lutut itu mula bersuara.

Mimi hanya tersengih sambil mengaru kepala.

"Heheh jom la sambung kat dalam.. Hang parking kereta hang tang situ naih. " jari mimi menujuk tepat kedalam garaj kereta miliknya. Muat muat untuk menempatkan dua biji kereta.

"Mai laaa masuk. Rumah aku tak besaq mana pon. Aku harap hang selesa laa noh. " mimi bersuara sambil menarik luggage Bella Najwa ke ruang tamu.

"Ni kau kata tak besar? Bapakkk ahh, rumah kau nak ada sepuluh orang anak pun lepas ni! " Bella Najwa melopong melihat ruang tamu gadis itu.

Tidak hairan kenapa rumah mimi boleh secantik itu, sebab dia in course interior decoration sewaktu di UIA dulu.

"Paleotak hang sepuluh orang anak. Hm besar-besar pon sewa je.. Tak mampu lagi eden nak beli rumah sendiri. " gadis itu bersuara sedih.

"Bukan bapak kau kaya ke? " sengaja Bella Najwa memancing soalan itu walaupun dia tahu mimi ni jenis yang macam mana.

Dia tak akan sesekali mintak duit dekat bapak dia walau macam mana sekali pon. Kau bayangkan dia sanggup kerja part time semata-mata nak buat duit poket sendiri sewaktu di UIA dulu. Sebab tu Bella Najwa selesa berkawan dengan gadis itu.

"Bapak aku yang kaya, bukan aku. " see? Jawapan pon humble nak mampus.

"Tapi kan, aku curious satu benda laa.. Asal kau tak kerja dengan company bapak kau eh? Kau boleh mintak je apa jawatan yang kau nak. Tak gaduh susah-susah jadi kuli. " sekali lagi soalan kurang bijak dari seorang yang bernama Bella Najwa.

" hang pikiaq ni novel ka? Aku ada cita-cita aku sendiri wokeyhh! Apa class kerja dengan bapak sendiri, nak mengorat orang pon tak selesa. "

"Jom aku tunjuk bilik hang. Hang pon mesti penat. KL nak mai kedah bukannya dekat. Kalau aku laa, mau kematu pungkoq. " mimi berjalan menaiki tangga sambil setia mengusung beg Bella Najwa.

"Ni bilik hang.. Maaf laa tak besaq mana.. Aku sempat deco mana hat sempat jaa.. Nanti pandai-pandai laa hang tambah hat lain naih, hehe.. "

"Ya Allah kau ni , susah susah je.. Thanks tau beb, aku taktau nak balas jasa kau macam mana. " Bella Najwa merangkul tangan mimi sambil mengucapkan terima kasih. Jujur gadis ini banyak membantunya sejak dari UIA lagi.

Pernah sekali tu Bella Najwa tak cukup duit nak makan dan hanya mimi manusia yang sanggup berkongsi makanan dengannya. Memang teman susah dan senang laa nak dikatakan.

"Ish hang ni, toksah dok terima kasih aih. Hang dah macam kakak aku tau dak. Dah dah, hang pi mandi bersiap apa semua, pastu mai turun makan. Aku ada tapau sikit tadi. Hehe.. "

Bella Najwa mengerutkan kening sebelum bersuara.

"Kenapa aku kakak pulak? Aku muda dari kau 2 bulan kot! " Bella Najwa menyoal tidak puas hati.

"Sebab muka hang nampak tua HAHAHAHA" mimi bersuara sambil berlari keluar dari bilik itu. Sebelum kena tibai, baik blah dulu.

Bella Najwa hanya ketawa melihat gelagat gadis itu. Perangai tak pernah berubah.

♣♣♣

Edmund Carl meludah keluar darah yang ada di tepi bibirnya. Darah yang mengalir di dahi tidak dihiraukan.


Sebatang rokok dinyalakannya dan asap itu dihembus tepat ke arah seorang lelaki di hadapannya.

"kau memang cari mati kan? " Edmund Carl menyoal kepada mangsanya.

"Lepaskan aku lah sial! Aku dah bayar duit kau! apa lagi yang kau nak ?! "

Edmund Carl berdesis sinis mendengar jerkahan mangsanya.

"Hutang ni nak kira macam mana pulak? " Edmund Carl menunjukkan kesan luka di dahinya akibat perbuatan lelaki itu.

"Dah kau taknak bagi 'barang' kat aku.  Tulaaa akibatnya. " lelaki itu bersuara sombong.

Edmund Carl memandang geram dengan perangai lelaki di hadapannya ini.

Tengah dia sedap-sedap makan macdonald tadi, boleh pulak lelaki ini memukulnya dari belakang. Cari mati betul.

"Woww, how rude you can be man. Meh kita bagi ada adab sikit eh. " Edmund Carl menendang kuat perut lelaki itu. Kemudian mulut lelaki itu dipijak-pijak sehingga patah beberapa batang gigi.

"Arghhhh! Lepas laa bodoh! Sial kau! " lelaki itu mengerang kesakitan sebelum bangkit membalas tumbukan Edmund Carl.

Tumbukan lelaki itu tepat mengenai pipi Edmund Carl.

Edmund Carl sudah mencapai tahap kesabarannya. Baru dia ingat nak bermain dulu tadi. Nampaknya game kena dihabiskan awal harini.

Bang!

Edmund Carl melepaskan satu das tembakan tepat mengenai dahi lelaki itu.

Headshot and game over~

Edmund Carl berdesis perlahan sambil memandang lelaki itu geram. Yaaa geram masih tersisa kerana rasa sakit dipukul tadi.

Muka Edmund Carl berdarah teruk kerana dipukul dengan besi tadi. Tidak cukup dengan itu, ditumbuk pula sampai lebam. Shit!

♣♣♣

"Bella bangun cepat!! hang kena masuk kerja kan harini!! " mimi mengetuk kuat pintu bilik gadis itu.

"Haih tidur mati ka apa budak ni. BELLA NAJWA YOU BETTER WAKE UP NOW!! " haa tudia bergegar rumah kalau dengar Minah ni menjerit.

Tak sampai beberapa saat , pintu bilik terbuka. Maka dengan itu tersembul lah wajah serabai Bella Najwa yang masih di dalam baju kelawarnya.

"Hm pukul berapa dah sekarang ni? " bella najwa menyoal sambil menguap luas. Penat semalam masih tidak hilang walaupun dia tidur awal.

"Pukui 7 suku dah makcik! Hang nak kaa lewat untuk first day? Eeeee bad impression nanti! "

"WHAT! " kali ini suara Bella Najwa pula yang kuat. Hm tak lama lagi runtuh laa rumah ni.

Bella Najwa tergopoh-gapah berlari menuju ke bilik air.

mimi yang melihat itu hanya menggelengkan kepala. Dari dulu sampai sekarang sama je! Tidur mati.

-

"Wehh jalan nak pergi hospital tu lalu belah mana? " Bella Najwa menyoal kalut sambil menuruni anak tangga.

Mimi yang tengah menelan nasi goreng itu hampir tersedak apabila disergah begitu.

"Ish hang ni, mai laa makan dulu kot yaaa pon. " mimi mempelawa gadis itu untuk bersarapan.

Bella Najwa menggeleng kepala laju sambil menghampiri mimi.

"Tak sempat dah niii!! Cepat laa nak lalu jalan mana nak pergi hospital tu ?" Bella Najwa menyoal soalan yang sama sekali lagi.

"Ish, hang dengaq betui betui naih. Hang jalan straight pastu hang nampak simpang, hang kona kanan. Pastu straight lagi sampai jumpa traffic lights, haaa tang tu hang kena kona kiri. Lepas kona kiri tu, hang akan jumpa roundabout tau, hang... "

"Wehhhh tak faham lahhh" Bella Najwa menjerit tidak faham. Dah laa Minah tu cakap kedah pekat nak mampus.

"GUNA LAAA WAZE!!! Ya Allah aku pon bengap macam kau pi terang satu satu. " mimi sudah meluku kepalanya sendiri.

"Aah betul jugak kan. Okay laaa aku pergi dulu, byeee!! "

Bella Najwa memakai kasut dan terus berlari laju menuju ke keretanya.

"Weiii tolong bukak garaj!!! " sekali lagi gadis itu menjerit. Hm meriah sungguh rumah cik mimi pagi ni sampai anjing rumah uncle sebelah pon join sekali. Dok auk auk je macam menganjing Bella Najwa pagi-pagi ni.

Pedal minyak ditekan kuat memandang dia hanya tinggal lagi sepuluh minit sebelum waktu lapor diri.

Ya Allah dugaan apa yang Kau berikan padaku untuk hari pertama ini.

Setelah berhempas pulas dengan waze selama lima belas minit, dia akhirnya tiba di hospital tersebut.

Bella Najwa sekali lagi menghantukkan kepalanya pada stereng kereta apabila melihat parking semua penuh.

Terpaksalah gadis itu memakirkan kereta diluar hospital dan berlari bagaikan usain bolt menuju ke lobi utama hospital.

Gadis itu tercungap-cungap sambil mengelap peluh yang mengalir di dahi.

Pintu utama hospital ditolak.

Pap!!

"Aduhh! " kedengaran suara seorang lelaki mengaduh kuat.

Pintu yang ditolak Bella Najwa rupanya tertolak dengan lelaki itu sekali.

Bella Najwa dah mencarut di dalam hati. Yang cerdik sangat pi duduk depan pintu tu apahal?

"Sorry sorry! " walaupun carutan dah penuh di dalam hati, dia tetap pamerkan perangai manusia yang bertamadun.

Bella Najwa menghulurkan tangan untuk menolong lelaki yang terhempas dengan pintu tadi itu namun malangnya tangan dia di tepis kasar.

Amboi, dia yang bodoh pi duduk depan pintu tu. Malu laa tu, hikss..

"Maaf saya tak sengaja. " ok waa ok, kekalkan perangai manusia tamadun kau.

"Lain kali nak bukak pintu tu tengok dulu ada orang ke tak. " lelaki itu bersuara dingin membuatkan perangai tamadun Bella Najwa kian
pudar.

Sabar waa, sabar..

"Emm encik. Saya rasa encik yang salah dalam hal ni. Dah tahu orang dok masuk keluar kot pintu ni, dah apahal pi duduk tercegat depan tu? Lain kali sembang tepi tepi sikit eh.. Terima kasih. "

Haaa ambek kau. Itu nasihat dari manusia bertamadun okieees.

Rakan-rakannya yang lain hanya ketawa perlahan mendengar bidasan Bella Najwa. Lelaki itu pula sudah mengetap gigi menahan geram.

"Doktor Bella? " suara seoarang perempuan mengalihkan perhatian Bella Najwa.

Seoarang doktor perempuan yang berumur pertengahan 30an tersenyum manis kearah Bella Najwa sambil menghulurkan tangannya ingin bersalam.

"Yaaa saya. " Bella Najwa membalas ramah.

"Haaa dah alang-alang semua ada kat sini, mari saya perkenalkan, Doktor transfer baru kita, Doktor Bella. " Doktor perempuan itu memperkenalkan Bella Najwa kepada manusia manusia dihadapannya.

Bella Najwa memandang pelik. Kenapa dia diperkenalkan kepada mereka? Nampak gaya tak macam doktor pon sebab mereka hanya memakai baju biasa.

"Doktor Bella, perkenalkan ni Doktor Zafrael, Ketua unit jabatan kita. " kali ini doktor perempuan itu memperkenalkan dengan lebih terperinci seorang demi seorang yang ada di situ.

Gulp~

Bella Najwa sudah menelan air liur kasar. Lelaki yang dia bidas tadi tu, ketua unit jabatan?

Mati mati mati. Hanya itu yang ada di fikiran Bella Najwa sekarang ini.












Heyoo! Haaa haritu kata nak habis dah, pastu tiba-tiba pi tambah watak baru pulak 🤦‍♀️ ayooo bila cerita ni boleh habis nii 😤

Okok nvm about that. I just want to thank all of you sebab still support cerita mengarut ni 🤣🥰 tak sangka bad mafia boleh cecah angka 100k❤️  thank u sayanggggg nahhh kisses !!! 😘❤️

P/s: saya tak double check for this chap. So kalau ada typo kat mana mana sila lah comment ye 😘

Seguir leyendo

También te gustarán

974K 37.8K 46
Also known as Bidadari Mr Mafia Tengku Qaiser Mikael Sebaris nama tu buatkan aku gila. Gila dengan cara nya, gila dengan sikapnya yang berubah ubah...
867K 44.2K 47
Highest #1 in Highschool Highest #1 in action Highest #1 in romantik Kemana saja dia pergi pasti si dia juga ada. Pertemuan dia dengan seorang jejaka...
1.5M 78.3K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1M 41.4K 39
Siapa tak gerun bila dengar je 'The Qiz' pasti tiada siapa yg berani mencari masalah dengan mereka lagi² the leader of The Qiz. Dalam dunia Mafia pun...