KATARSIS

By wanieizan

3.8K 168 33

FIRAS AMSYAR, seorang remaja 17 tahun. Hidupnya biasa sahaja seperti remaja 17 tahun di luar sana, sedang men... More

Author's Talk
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 11

149 10 1
By wanieizan

Masuk sahaja Zarin ke dalam bilik, dia terus mencampak beg sekolah ke atas katil. Tudung sekolah berwarna putih dicabut lalu mengelap peluh yang merinik di ubun dan dahi. Mana tidaknya, dia baru sahaja mengayuh basikal sejauh 2 KM dari sekolah ke rumahnya. Tambahan pula dalam cuaca panas membahang ini. Bukan tak mahu menunggang motosikal, dia cuma malas mahu mengambil lesen. Jadi dia membuat keputusan untuk mengayuh basikal sahaja.

Telefon Huawei nova 7i miliknya dicapai. Baru sahaja dia ingin menekan icon Instagram, dia teringat sesuatu. Icon note ditekan, terdapat satu sahaja nota yang ada iaitu sebaris nombor telefon. Tanpa melengah masa, Zarin menekan 'copy' nombor telefon tersebut lalu beralih ke 'contact' pula.

Create new contact

Paste

Save

Seterusnya, Zarin menekan ikon Whatsapp. Nombor yang baru sahaja disimpan, dicari. Muncul sahaja, Zarin terus menekan Display Picture milik nombor tersebut. Paparan menunjukkan seorang lelaki dalam lingkungan awal 30-an tersenyum sambil memegang sebuah kamera Nikon Z9.

"Fotografer ke?" Tebak Zarin. Dia membaca nama yang terpapar pada profile tersebut.

~Mikha Abbas~

Seterusnya, dia menekan pula ikon Facebook. Dia tidak pasti cara ini akan berjaya atau tidak. Nama 'Mikha Abbas' ditaip pada ruang carian. Muncul beberapa pemilik nama 'Mikha Abbas' tetapi malangnya, Zarin tidak jumpa orang yang dicari. Puas dia meneliti satu per satu gambar yang terpamer. Tiada satu pun yang seiras dengan dengan 'Mikha Abbas' yang dicari.

"Ke dia ni ada nama lain?" Zarin berfikir sejenak.

"Mikha...Mikhael?" Tebak dia. Sekadar mencuba nasib, dia menaip pula nama 'Mikhael Abbas' di ruang carian. Muncul beberapa profil pemilik nama 'Mikhael Abbas'. Segaris senyuman terlukis di bibir Zarin apabila melihat satu gambar profil yang sama digunakan oleh 'Mikha Abbas' pada profil.

"Bingo"

Click

Terpapar halaman profil milik lelaki 30-an itu. Jari ibunya menatal paparan skrin ke bawah sekaligus mematikan senyuman di bibir. Matanya tak lepas merenung pada hantaran yang pertama muncul di halaman profil lelaki tersebut.

__________________________________

IDENTITI MAYAT RENTUNG DIKENAL PASTI

__________________________________

Berkerut dahi Zarin membaca headline artikel tersebut. Dia tahu kes ini, kes yang berlaku beberapa minggu yang lepas. Zarin terus menatal lagi ke bawah.

__________________________________

@Azman Mat Jusoh

Semoga arwah @Mikhael Abbas di tempatkan dikalangan org2 yg beriman.

__________________________________

Zarin terkedu seketika membaca satu hantaran dari pemilik akaun Azman Mat Jusoh itu.

"Kejap, takkan lah..." Dia terus menekan artikel tadi. Anak matanya bergerak kanan ke kiri ketika membaca setiap patah perkataan dari artikel tersebut.

"...Identiti mayat rentung telah dikenal pasti sebagai Mikhael Bin Abbas, 31,...

Zarin tergamam. Tidak menyangka bahawa pemilik nombor telefon ini adalah mangsa yang terlibat dalam satu kes pembunuhan yang berlaku beberapa minggu yang lepas.

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" Dia mengucap di dalam hati. Tanpa membuang masa di terus meneroka laman profil milik arwah. Mengikut perhatiannya dia tahu arwah kurang aktif di Facebook.

Selepas beberapa saat, Zarin berhenti pada satu gambar yang telah dimuat naik pada 5 tahun yang lalu oleh arwah. Zarin sekali lagi tergamam. Untuk seketika dia berasa bumi yang dipijak seakan berhenti berputar. Begitu juga nafasnya yang seakan tersekat di kerongkong. Well, life is always full of surprises.

"Rin? Bila masa kau balik?" Zhafran yang baru sahaja menyedari keberadaan kakaknya menyapa di muka pintu. Untuk beberapa saat tanpa jawapan, Zhafran mendekati Zarin yang masih asyik melihat gambar tadi di telefon.

"Zarin?" Tegur Zhafran lagi. Risau melihat kelakuan kakaknya itu.

"Aku dah jumpa pemilik nombor yang Firas suruh aku cari tu." Jawab Zarin sambil menunduk merenung skrin telefon ditangan.

"Ooh, nice!"

"Nama dia Mikhael. One of the Shutterbugz Club members." Zarin mendongak kepala, ingin melihat reaksi adiknya. Seperti dia sebentar tadi, Zhafran seakan tergamam seketika. Dia cuba menghadam kata-kata yang keluar dari mulut Zarin.

"Ma-macam mana kau tahu?"

Tanpa membuang masa, Zarin terus menghulur telefon di tangan lalu Zhafran menyambut. Pada paparan skrin telefon itu terpapar gambar sekumpulan manusia sedang tersenyum manis memandang kamera, dengan berlatarbelakangkan pantai. Salah seorang daripada mereka sedang memegang banner yang tertulis

SHUTTERBUGZ CLUB IN KEMBOJA ISLAND!

Zhafran menilik setiap raut wajah di dalam gambar itu. Dia berhenti pada sosok yang dirindui selama ini. Wajah abang sulongnya tersenyum manis menatap kamera. Zhafran mengetap bibir, entah kenapa terasa sebak.

"Yang mana dia?" Soal Zhafran.

"Sebelah kanan Abang Ariff." Zhafran terus mencari sosok yang dimaksudkan. Dari raut wajah lelaki yang bernama Mikhael ini, Zhafran mengagak lelaki ini mungkin sebaya dengan abangya.

"It's all connected"

"Connected? To what?" Berkerut dahi Zhafran sambil tangan menghulur kembali telefon kepada Zarin.

"Pembunuhan tu la"

"Tak kan, lah. Kebetulan je kot."

Zarin mendengus kasar sambil menatal skrin telefon. Kemudian dia menghulur kembali pada adiknya. Terpampang satu artikel yang baru dibaca tadi.

"Mikhael Abbas, mangsa kes rentung beberapa minggu yang lepas. Obviously, modus operandi yang sama. Ni masih satu kebetulan lagi ke, Zhaf?" Adiknya itu terdiam. Ada betulnya apa yang Zarin ungkapkan. Zarin pantas mencari nombor telefon Akid. Dia perlu berjumpa Firas!

••••••••••••••••••••

Satu minggu kemudian...

Mercedes Benz AMG C63 milik Dhani terletak elok di sebuah parking lot berdekatan Hospital Haji Ismail. Keluar sahaja dari kereta dia terus menapak masuk ke pintu utama. Langkahnya terhenti apabila ada satu suara lelaki memanggilnya. Dia menoleh ke arah punca suara. Terdapat seorang lelaki awal 40-an sedang berjalan ke arahnya. Lelaki tersebut hanya mengenakan baju T-shirt biasa bersama seluar jean lusuh kelihatan cukup santai. Melihat wajah itu, Dhani tersenyum mesra.

"Awal abang sampai." Ucap Dhani ketika mereka berjabat tangan.

"Macam kau tak kenal aku pula." Dhani tersengih mendengar jawapan lelaki itu. Bukan dia tidak kenal dengan rakan sekerjanya itu. Inspektor Musa, seorang yang sangat menepati masa dan sangat tegas. Sebab itu Dhani datang lebih awal dari yang dijanjikan kali ini, tidak mahu mendengar bebelan seniornya itu.

"Budak tu dah ready?" Soal Musa ketika mereka berjalan beriringan memasuki ruang hospital. Bau ubat hospital terus menusuk ke dalam rongga hidung.

"Dah la kot. Dia yang minta nak jumpa abang."

"Bagus lah tu, aku pun dah jammed fikir pasal kes ni." Mereka memasuki ruang lift lalu Dhani menekan butang nombor lima.

"Abang sure memang takda satu barang berharga pun yang hilang?" Persoalan Dhani membuatkan Musa melemparkan jelingan tajam padanya. Melihat jelingan itu Dhani tersengih. "Bukan nak mempertikaikan usaha abang tapi mana lah tahu abang terlepas pandang."

"Dhani, dah lama la aku handle kes pecah rumah ni. Tak pernah lagi aku terlepas pandang. Tapi kes kali ni aku rasa something's wrong somewhere." Kata Musa sambil mereka keluar dari perut lift dan terus berjalan ke satu koridor yang panjang.

"Memang secara kasar kita tengok rumah tu macam kena pecah masuk. Barang berselerak sana-sini, tapi yang peliknya barang-barang kemas Puan Farizah tak kena curi. Suspek macam tak endahkan pun. Why? Kalau bukan sebab barang kemas itu, suspek nak apa?" Persoalan Musa itu membuat Dhani turut berfikir.

"Barang-barang rumah bersepah? Suspek tengah cari something selain duit." Dhani menggumam perlahan tapi cukup didengari oleh Musa.

"Ya, itu apa yang aku fikir. Something yang lebih penting dari duit. Tapi bagi penyangak macam itu, mana ada benda kat dunia ni yang lebih penting dari duit." Ucap Musa. Suasana jeda seketika. Masing-masing seakan sedang berfikir.

"I have a feeling something worse happened that night. Ini bukan kes biasa, Dhani." Ujar Musa yakin. Mereka kini telah tiba di depan satu pintu bilik yang tertulis 12A. Melalui cermin pintu tersebut, jelas terlihat Firas sedang duduk termenung di atas katil. Matanya merenung jauh ke luar tingkap hospital dan wajahnya pula kelihatan sugul, tidak bermaya. Lebam ungu di mukanya masih jelas kelihatan. Sudah satu minggu Firas dalam keadaan begitu.

"Kalau betul tekaan abang, no wonder la budak ni nampak trauma." Mereka berdua berdiri seketika di situ. Mengenang nasib Firas.

"Dhani?" Tegur satu suara wanita dari arah belakang, terus mereka menoleh. Terlihat Farizah sedang berdiri sambil memegang satu bungkusan makanan. Melihat Musa yang turut berdiri di sebelah, Farizah ramah menyapa.

"Dah lama ke sampai? Kenapa tak masuk?" Soal Farizah sambil memasuki bilik wad yang menempatkan Firas.

"Baru je sampai, Cik Izah" Dhani dan Musa turut mengekori di belakang. Firas mengalih pandangan melihat mereka bertiga, mematikan lamunannya tadi.

"Assalamualaikum Firas" Musa menyapa ramah dan Firas hanya menjawab perlahan. Baru sahaja Farizah ingin mengeluarkan bungkusan makanan, Firas menahan. "Kejap lagi la, ibu."

"Eh, makan la dulu."

"Fi takde selera la, ibu." Farizah tetap memujuk tapi tidak lama itu dia akur. Dia faham keadaan anaknya sekarang. Lagipun dia tahu Firas tetap akan makan juga nanti. Suasana jadi jeda seketika. Musa tahu telah tiba masanya untuk memulakan sesinya, sesi untuk membongkar kebenaran. Dia mengambil tempat di sebelah katil Firas.

"Firas, awak dah ready?" Soal Musa. Firas merenung kejap wajah Musa sebelum mengerling ibunya yang sedang berdiri di hujung katil. Seperti dapat mengagak apa yang difikir Firas, Dhani mengajak Farizah untuk keluar sebentar, ada sesuatu yang ingin dibicara olehnya.

Kini, tinggal Musa dan Firas sahaja disitu. "Awak tak nak mak awak tahu apa yang terjadi malam tu?"

Firas mengangguk kepala. "Jangan beritahu mak saya tentang apa yang saya akan ceritakan ni."

"Baiklah, saya takkan bagitahu." Musa memerhati wajah sugul Firas. Wajahnya bengkak di bahagian pipi dan bibirnya juga terdapat darah kering disitu. Musa tahu itu semua kesan dipukul oleh seseorang. Matanya beralih pula pada balutan di kepala Firas. Berdasarkan apa yang dikata oleh doktor, kecedaran di kepalanya adalah akibat daripada dipukul dengan objek yang keras.

'Apa lah nasib budak ini.' Hati Musa berbisik. Tangannya mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum aplikasi sound recording ditekan.

"Awak dah ready?" Lagi sekali Musa menyoal. Firas jeda seketika sebelum dia mengambil nafas panjang. Matanya merenung tepat ke anak mata Musa sebelum kepalanya mengangguk setuju.

Butang start recording ditekan oleh Musa.

"So...what really happened that night?"

••••••••••••••••••••

-FIRAS -

Waktu seakan berhenti berputar selepas mendengar ayat itu. Tidak berkelip mata aku melihatnya. Walaupun wajahnya ditutup tapi aku yakin dia mempamerkan riak selamba. "Kau nak aku repeat?" Soalnya apabila melihat aku yang masih tergamam.

"5 years ago, I -"

"Jangan nak main-main lah!" Aku tempik. Nafas aku turun naik sambil mata tajam menikam. Buku lima dikepal kemas, ingin sahaja aku melayang penumbuk ini ke mukanya. Kalau pengakuan dia sekadar ingin mencetuskan emosi aku, dia berjaya. Emosi aku bercampur baur sekarang. Marah, sedih, keliru.

"Main-main?" Dia menyenget kepala. "Aku takde masa nak main-main, bro"

Jeda

Aku menunduk memandang bawah. Glock 19 di pinggangnya aku tenung dan tangan yang sedikit menggeletar dikepal kuat. Sejujurnya, perasaan yang menyelubungi aku sekarang ni adalah ketakutan. Sial! Aku tak nak dia melihat aku dalam keadaan sebegini. Lama aku membisu sebelum wajah diangkat, melihat wajah yang tertutup di sebalik topeng. Kalau betul dia pembunuh arwah abah, satu sahaja soalan yang sudah lama aku ingin tanyakan padanya.

"Kenapa bapak aku? Sebab dia polis ke?" Suara agak kendur di hujung ayat. Sebak mengingati arwah abah. Sepasang mata kosong milik lelaki ini aku tenung. Aku yakin disebalik topengnya, dia tidak mempamerkan sebarang reaksi. Aku mengetap rahang sebelum tangan kanan aku kuat menolak badannya. Lengan kananku menekan tulang selangkanya ke dinding sambil menggertak kuat.

"Jawab lah! Musibat!" Wajah aku merah menahan marah. Urat-urat kecil mula timbul di dahi. Melihat wajahnya dengan jarak dekat, aku perasaan keadaan telinganya yang cacat. Cauliflower ear. Oleh itu, aku dapat merasakan lelaki ini bukan calang-calang orang.

Dia kekal biasa sebelum tangan kanannya naik menolak kuat lengan aku, ingin melepaskan jerutan di leher. Aku cuba berlawan tetapi kudratnya jauh lebih kuat yang kusangka. Aku terdorong setapak, tanpa disangka satu tumbukan padu tepat mengenai muka. Aku jatuh ke lantai. Tidak berpuas hati lagi, tumbukan kedua turut dilayangkan. 2! 3! 4! Sakit bukan kepalang! Seluruh wajah terasa kebas saat itu. Cecair likat mula keluar dari lubang hidung, membuatkan aku agak sukar bernafas.

Dia duduk mencangkung sebelum rambut aku ditarik kasar. Memaksa aku melihat wajahnya yang bertopeng. Entah dari mana datangnya kudrat, tangan aku pantas menarik topeng itu sekali gus mendedahkan identitinya. Berkerut aku melihat wajah itu. Familiar. Dekat mana aku pernah jumpa dia?

"How dare you?" Ucap dia dingin. Dia seakan terpempan melihat tindakan aku tadi.

"Kau memang tak takut mati ke?" Soal dia lagi lalu menekan badan aku ke lantai. Di sebabkan aku meronta-ronta untuk dilepaskan, dia terus duduk di atas perut aku. Menekan kedua pergelangan tangan dengan lututnya di sisi, sekali gus mengunci segala pergerakan aku. Dia mempamerkan senyuman sinis. Kemudian, tangan kanannya pula mencengkam rahang, memaksa aku untuk membuka mulut luas.

"Meh, aku nak tengok. Betul ke kau tak takut." Tangan kirinya pula menarik keluar Glock 19 dari poket seluar. Melihat itu, jantung aku semakin laju mengepam. Ya Allah, dia nak buat apa ni? Tanpa kusangka, muncung Glock 19 dimasukkan ke dalam mulut aku. Terbeliak mata aku melihat tindakan dia. Aku dapat rasakan masin besi senjata itu.

"Should I pull the trigger? Should I?" Ugut lelaki ini sambil senyum menyeringai. Matanya terjengil melihat aku yang terseksa menahan sakit. Langsung tiada belas kasihan. Melihat wajah keterujaannya, aku sedar yang aku bukan sedang berhadapan dengan seorang 'manusia', tetapi syaitan yang bertopengkan manusia! Jika tadi perasaan aku bercampur baur, kini perasaan ketakutan memeluk aku kuat. Ya Tuhan, jika aku mati dalam keadaan begini, aku pasrah.

"Pfft-" Ketawa besar meletus dari mulutnya.

"Dude, are you crying?" Mendengar soalan itu, aku baru sedar yang air mata jantan aku dari tadi mengalir. Dia ketawa mengejek melihat aku sebelum tiba-tiba berubah serius.

"Ini yang kau dapat kalau kau cabar aku. Next time, I swear I will pull this fucking trigger." Sengaja dia menolak lagi Glock 19 ke dalam mulut, membuatkan aku ingin muntah apabila muncung glock itu terkena pada anak tekak. Terus aku bangun dari pembaringan, memuntahkan segala isi perut selepas dia melepaskan aku. Bunyi helai tawa mengejek bergema, Sumpah! Sangat menjengkelkan. Aku mengelap mulut sambil mengesot lemah ke arah dinding rumah, ingin bersandar di situ dan ingin juga cuba menjauhkan diri dari musibat ini. Bau darah dan muntah tadi bercampur menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

"Aku akan jawab soalan kau tadi." Dia berdiri memeluk tubuh, melihat aku yang terduduk lemah. "Kenapa bapak kau?" Kemudian dia berjalan ke potret abah, merenung gambar itu. Aku mengangkat kepala merenungnya, mahu mendengar dengan teliti jawapan yang aku cari selama ini. Tidak lama kemudian dia menoleh ke arah aku sebelum senyuman senget terlukis di bibirnya.

"Tiada sebab pun"

Mata aku membulat mendengar jawapan dia.

"Sebab dia polis?" Dia ketawa kecil. "Lepas aku bunuh dia baru aku tahu dia polis. Basically, I don't know him. Bapak kau cuma berada di tempat dan masa yang salah, so we have no choice." Jawabnya selamba. Aku mengetap rahang menahan marah. Apa yang membuatkan aku lebih bengang, dia langsung tidak mempamerkan rasa serba salah selepas membunuh orang tanpa sebab!

Ring! Ring!

Bunyi ringtone dari telefonnya berdering. Tanpa membuang masa dia terus mengeluarkan telefon dari poket seluar. Skrin telefon dilihat dan senyuman sinis terukir. "Ha kawan baik kau telefon." Dia melirik ke arah aku sebelum menjawab panggilan itu. Kata-katanya tadi membuat dahi aku berkerut. Kawan baik?

"Aku dah cari takde juga."

"Kau pasti pendrive tu dekat sini?"

Sedang dia berbual dengan individu di corong telefon, aku cuba mencapai pasu bunga yang terletak di sisi. Dengan keadaan lemah aku mengangkat pasu itu dan berjalan perlahan ke arah lelaki ini. Baru sahaja aku ingin menghayun pasu ke kepalanya "Takkan kau tak tahu Fareeq simpan-" Perbuatan aku terhenti apabila dia menyebut nama Along sekali gus mengingatkan aku pada sesuatu. Dia toleh ke belakang merenung aku yang beberapa inci sahaja dari dia, kemudian melirik pula pada pasu ditangan aku.

"Are you going to hit me?"

"Fareeq..." Aku abaikan soalan dia. Aku inginkan kepastian.

"Eksiden tu, plan kau ke?" Terketar - ketar suara aku ketika ingin melontar kata. Dia tersenyum senget sebelum menjawab.

"Obviously"

Tanpa aku sangka, dengan pantas dia terus merampas pasu di tangan aku dan terus menghayun tepat pada kepala aku. Terus aku jatuh terlentang di lantai, pandangan mula menjadi kabur melihat siling rumah. Ayat terakhir dari dia sebelum pandangan aku jadi gelap adalah...

"Don't trust people too much, kid."

••••••••••••••••••••

Lelaki itu hanya merenung sebuah bangunan yang berdiri gah berkonsepkan reka bentuk kontemporari itu. Tambahan pula dengan fasad bangunan yang begitu unik menambahkan lagi kemewahan hotel 5 bintang tersebut. Galaxia Hotel. Dia hanya bersandar pada Nissan GTR miliknya sambil menghembus asap rokok. Berkepul-kepul asap keluar dari hidungnya. Dia melihat sekilas jam ditangan, 12.20 p.m. Kemudian dia mengeluarkan telefon dari poket seluar jean apabila telefon itu berdering minta diangkat. Melihat nama di skrin, dia mencebik.

"Mana kau?" Keras suara itu dihujung talian.

"Relax, I'm here." Dia membuang puntung rokok ke tanah sebelum dipijak. Memadamkan bara di hujung rokok.

"Cepat lah, bos dah-" Belum sempat suara itu menghabiskan kata, dia terlebih dahulu mematikan talian.

"Bising" Dia gumam perlahan sebelum melangkah santai ke pintu masuk hotel. Seorang penyambut tetamu wanita yang memakai sut hitam menyambutnya ramah.

"Welcome to Galaxia Hotel."

Ray hanya mengabaikan sambutan tersebut. Matanya terus melilau melihat ruang lobi yang mewah. Dia akui bahawa dia agak terpaku melihat dekorasi di situ. Apa yang lebih menarik, terdapat atrium ditengah lobi memancarkan cahaya semula jadi dari matahari membuatkan ruang lobi itu lebih terang dan tampak begitu eksklusif.

"Marco"

Lamunan Marco tersentak apabila ada suara yang memanggilnya. Menoleh ke arah punca suara, seorang lelaki berkemeja biru berpeluk tubuh. Dia memberi isyarat kepada Marco untuk mengikutinya.

"Apahal kau matikan telefon tadi? Aku tak habis cakap lagi." Soal lelaki itu ketika mereka berjalan beriringan ke ruang makan.

"Bateri habis" Pendek sahaja jawapan Marco.

"Kau ingat aku bodoh? Kau-" Belum sempat lelaki itu ingin menyambung kata, Marco berjalan laju ke depan selepas melihat sosok tubuh yang cukup familiar di sudut ruang makan. Lelaki di sebelahnya tadi ditinggalkan terpinga-pinga. Sempat dia mendengar sumpah seranah lelaki itu di belakang tetapi dia tidak peduli. Malas mahu mendengar bebelan lelaki itu.

Matanya tertumpu pada seorang lelaki berpakaian T-shirt Polo hijau yang sedang duduk di kerusi sambil menjamu selera. Sampai sahaja dihadapan lelaki itu Marco terus menarik kerusi dan duduk. Dia bersandar santai sambil melihat lelaki yang sedang menjamah stik di depannya, langsung tidak menyapa Marco. Sekali sekala matanya melihat IPad ditepi. Lelaki berkemeja biru tadi datang berdiri di sebelah lelaki ini. Sempat dia menjeling tajam kepada Marco. Masih tidak berpuas hati.

"Bos, Marco dah sampai." Ucapnya.

"Aku tahu, Sean. Aku tak buta lagi." Jawab lelaki itu sambil melihat IPad di tepi. Marco tersenyum sinis melihat Sean. Sengaja membakar api kemarahan Sean.

"Kau dah makan?" Soal lelaki di depannya. Marco tidak terus menjawab, sebaliknya dia hanya merenung tepat lelaki itu. Jeda seketika sebelum dia mengeluh perlahan.

"Let's get straight to the point, lah. Apa yang kau nak tahu?" Marco masih bersandar tenang. Mendengar soalan Marco, lelaki itu meletakkan pisau dan garfu di atas pinggan kemudian pinggan itu ditolak ke tepi. Dia mula fokus tentang perbualan mereka.

"Aku dengar kau tak jumpa pendrive tu."

Marco menjeling Sean yang setia berdiri di sebelah lelaki ini. 'Siapa lagi kalau bukan barua ni yang bagitahu.' Bisik hati Marco.

"Bagi aku masa, 2 hari."

Dia ketawa.

"2 hari? Selalu kau tak macam ni, Marco. Selama ni kau buat kerja perfect. Tell me, apa yang susah sangat?" Dia menongkat dagu.

"What? Aku manusia biasa. Sentiasa buat kesalahan. Mana ada manusia yang perf.-"

"Pfft-" Tiba lelaki ini ketawa besar. Bergema helai tawanya di ruang makan hotel ini. Banyak mata mula memerhati mereka. Berkerut dahi Marco dan Sean melihat reaksi luar jangkaan lelaki itu.

"I'm sorry..." Masih tersisa tawanya "Aku cuma tak sangka kau masih labelkan diri kau 'manusia biasa'." Dia kembali menongkat dagu, merenung tajam Marco. "You know what?...manusia biasa tak bunuh orang. Especially parent sendiri. Kau bukan manusia. You're fucking monster. The very evil one." Ujarnya sinis.

Marco kekal tidak beriak. Mata hazel miliknya hanya merenung kosong lelaki awal 40-an di depannya ini.

"Then, apa bezanya aku dan kau?"

"Aku? Think again, Marco. Aku tak pernah bunuh orang."

"Wow! Where do you get that confidence, old man?" Marco ketawa kecil sebelum berubah menjadi serius. Matanya merenung tajam ke anak mata lelaki itu.

"Memang kau tak bunuh orang dengan tangan kau sendiri, tapi kau bunuh orang dengan tangan aku. Seperti yang kau kata, I'm your right hand. Tapi kau lupa satu, I'm not loyal...sebab aku bukan anjing kau. Jadi bila-bila masa sahaja aku boleh tarik kau ke neraka. Jangan ingat kau selamat."

Tegang situasi di meja makan itu. Marco dan lelaki itu saling berbalas pandangan tajam.

"I think we're done." Marco bangun dari kerusi. "By the way, aku rasa kau patut cari juga pendrive tu. Kalau satu hari aku jumpa, kau sure yang aku akan musnahkan macam tu je?"

"...As you said, I'm a fucking monster, the very evil one." Dia mengetuk kepalanya dengan jari telunjuk sambil tersenyum menyeringai.

••••••••••••••••••••

Continue Reading

You'll Also Like

31.5K 2.2K 41
people read the book trust me on this one
48.8K 1.6K 94
Coming Into Your World I Fell In Love With You| "I'm...In love with someone who's in a TV show?! And he's not even in the show he's supposed to be a...
739K 34.4K 85
Champion City, one of the greatest hotspots for superheroes and supervillains ever since thirty years ago, when super-powered individuals started to...
92.5K 4.9K 32
Pluto thai gl novel မြန်မာဘာသာပြန်