Aryanna Sufya

Bởi _unniesab_

29.2K 925 21

Kepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan... Xem Thêm

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BREAK
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44

BAB 31

615 22 1
Bởi _unniesab_

Ferhat termenung jauh di sebuah kafe yang agak bising dengan orang ramai itu. Maklumlah, hari minggu kan.

"Bro!" Sapaan seseorang menyebabkan Ferhat kembali ke realiti. Ferhat tersenyum lebar tatkala melihat rakannya itu. "Weh, Iqram! Lama tak jumpa kau." Ujar Ferhat. Mereka berpelukan untuk seketika.

"Kan! Aku pun dah lama sangat tak jumpa kau. Kau apa cerita, sekarang? Aku dengar-dengar, kau dah kahwin? Betul ke?" Soal Iqram, ingin tahu.

Ferhat senyum terpaksa. "Ehh, order laa. Banyak benda aku nak sembang dengan kau ni." Ferhat hanya membiar sepi soalan rakannya itu.

Beberapa minit kemudian, pesanan dua jejaka itu sampai. Mereka berborak sambil menikmati makanan western yang di pesan masing-masing.

"Bila kau balik Malaysia?" Soal Ferhat. "Dah 3 hari. Sorry laa tak bagitahu kau awal. Aku hilang nombor kau doh! Bukan nombor kau je. Semua nombor member-member kita, hilang. Ni pun, aku dapat dari mama kau." Ujar Iqram, kesal. Macam mana tah, nombor boleh hilang semua!

"Tak ada apalah. Tapi, asal kau tak stay KL je? Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Soal Ferhat lagi. "Ouhh.. Aku ada kerja sikit dekat sini. Kau tahu, sepatutnya hari ni aku kena dengar presentation bajet pasal projek perumahan dekat Georgetown. Tapi bos aku call, kata cancel pulak. Tak tahu laa kenapa. Itu yang aku ajak kau jumpa tu. Dah alang-alang free ann!" Jelas Iqram, panjang lebar.

Ferhat sekadar mengangguk faham. Dia pun sebenarnya ada urusan yang perlu di selesaikan di Penang. Tapi malas laa nak cerita! Bukan penting pun. "Kau tak jawab lagi soalan aku tadi, Ferhat." Ujar Iqram, sengaja nak pancing sekali lagi.

Kunyahan Ferhat terhenti. "Ermm...soalan apa?" Ferhat pura-pura tak tahu. "Alahh...soalan aku tadi laa. Aku dengar kau dah kahwin? Mama kau bagitahu aku haritu. So, tell me! Macam mana jejaka idaman Malaya kita ni..boleh kahwin, haa?  Siapalah wanita bertuah pilihan dia tu?.." seloroh Iqram, ingin tahu. Teruja pula rasanya.

Ferhat tersenyum sinis. Bertuah? Bertuahkah Zehra, apabila dapat mengahwini dirinya? Sejak kahwin, ada sahaja perkara yang akan membuatkan mereka berdua salah faham dan seterusnya bergaduh. Sudah semestinya, topik itu adalah berkenaan.... Aryanna.

Hampir setiap hari, ada sahaja perkara berkaitan Aryanna yang akan dibangkitkan oleh Zehra. Ferhat cuba untuk berbaik dengan Zehra. Namun, ternyata gadis itu masih dengan rasa marahnya. Pening kepala Ferhat, jika di fikirkan tentang hubungan mereka.

"Haa ah, aku dah kahwin. Kitorang buat majlis kecik-kecik je. Panggil yang mana dekat je. Aku nak panggil kau. Tapi kau masa tu ada dekat luar negara lagi kan." Balas Ferhat, perlahan.

"Ehh takpe. Aku pun belum balik sini lagi, masa tu. So! Kau macam mana lepas kahwin? Happy tak? Kau bahagia tak? Kau jangan nak menggatal dengan perempuan lain pulak! Kau tu dah jadi suami orang. Beringat sama dekat aku yang masih single ni." Ujar Iqram, bergurau.

Ferhat tertawa kecil. "Ada-ada je laa kau ni.." Mereka berdua ketawa bersama. Pelbagai lagi cerita menarik yang mereka kongsikan ketika itu.

#
"Ehh, Yanna." Aryanna pantas menoleh, melihat Syaza. "Kita masuk supermarket sat nahh? Nak beli barang dapoq laa. Kat rumah tu, dah tak banyak barang." Ujar Syaza. Aryanna sekadar angguk tanda setuju. Kereta yang dipandu Syaza, pantas membelok ke arah supermarket berdekatan.

"Kita nak beli apa ni? Banyak ke?" Soal Aryanna sambil menolak perlahan troli yang baru di ambil. Syaza berfikir sejenak. "Tak banyak sangat kut... Tak pa laa, kita pi jenguk-jenguk dulu...kalau ada yang nak beli kita ambik laa." Cadang Syaza.

Aryanna mencebik. "Huh! Muka kau ni bukan boleh percaya. Semua benda kau nak ambik. Kau nak beli. Mahu tak penuh satu troli ni? Entah-entah, tak cukup pun satu troli." Perli Aryanna. Syaza tersengih panjang, mendengar kata-kata rakannya itu. Alamak! Kantoi laa pulak!

"Sya! Aku nak pegi tengok biskut kejap ehh." Ujar Aryanna lalu menolak troli ke arah laluan yang menempatkan rak-rak pelbagai biskut. Satu per satu bahagian biskut dibelek dan diperhati oleh Aryanna.

Belek punya belek, akhirnya langkah Aryanna terhenti pada sebuah rak jenama biskut yang menjadi pilihan hati Aryanna. Aryanna tersenyum nipis. Dia mengambil sepeket biskut tersebut, lalu membeleknya.

Zehra suka sangat jenama biskut ni. Aku selalu berebut dengan dia, sebab aku takut biskut tu habis. Aryanna tersenyum lagi. Rindunya dekat Era... Entah apa khabarlah, dia sekarang. Dah bahagia kut dengan Ferhat. Mungkin diorang dah anak? Aku mungkin dah jadi mak long sekarang.

Aryanna mengeluh. Dia meletak semula peket biskut itu di tempatnya semula. Tak jadi laa nak beli. Banyak lagi biskut dekat rumah tu. Aryanna menolak troli ke bahagian lain.

Ferhat menuju ke bahagian biskut-biskut. Selepas berjumpa dengan Iqram, Ferhat singgah sebentar di supermarket berdekatan. Dia ada nak beli barang sikit. Memandangkan dia sorang aje dekat Penang ni..dia beli barang-barang bujang jelah. Apa lagi kalau bukan biskut.

Langkah Ferhat terhenti di salah sebuah rak biskut. Peket biskut itu di ambil lalu di belek dengan penuh teliti. Ini favourite Zehra dengan..... Aryanna. Ferhat mengeluh. Bila laa kita dapat jumpa, Aryanna? Awak terus menyepi, lepas awak pergi. Saya harap, awak baik-baik je.

Ferhat mengambil dua peket biskut tersebut dan meletakkannya di dalam troli. Dia meneruskan langkahnya ke bahagian lain.

"Sya! Tak habis lagi ke beli barang tu? Banyak dah ni! Kita berdua je kut, dalam rumah tu. Banyak-banyak nak buat apa? Membazir je nanti!" Bebel Aryanna apabila melihat Syaza tawaf satu supermarket.

Habis semua benda diambilnya. Bayar sorang, takpe laa jugak! Ni keluar duit aku jugak! Aryanna merengus geram. Boros tak bertempat!

Syaza mencebik. "Ihhh! Sabaq laa! Memang laaa kita ni dok berdua jaa dalam rumah tu.. Tapi, hang kena ingat! Perut aku ni boleh 'cover' perut hang sekali tau!" Ujar Syaza. Fahamlah maksud 'cover' dia tu apa! Maksudnya dia boleh makan banyak laa..

Aryanna menggeleng perlahan. "Macam-macam laa kau ni Syaza.. Apa-apa jelah! Boleh pitam aku dekat sini, kalau melayan perangai kau yang tak semenggah ni." Ujar Aryanna sambil membuat gaya pening kepala.

Setelah selesai menambah barang di dalam troli, dua gadis itu menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Lama mereka menunggu. Yelah! Hari minggu kan? Mesti laa supermarket penuh dengan umat manusia. Masa ni laa, mereka semua ambil kesempatan untuk keluar bersama keluarga dan membeli barang-barang keperluan harian.

"Alamak! Yanna!" Syaza tiba-tiba tepuk dahi. "Haa! Kenapa pulak kau ni?" Soal Aryanna, hairan. "Aku baru teringat! Aku lupa ambik tisu tadi. Tisu kat rumah tu dah nazak tuu!" Ujar Syaza. Aryanna menggeleng kepala. Haihh! Satu-satu!

"Takpe laa. Pegi laa amik cepat. Giliran kita dah nak sampai ni!" Ujar Aryanna. Syaza mengangguk lalu terkejar-kejar ke bahagian tisu. Aryanna pula sedari tadi masih setia menjaga troli mereka.

Tiba-tiba, Aryanna seperti terdengar bunyi esakan kanak-kanak tidak jauh darinya. Seorang budak dilihat menangis, seolah-olah dia kehilangan jejak ibu bapanya. Kes sesat laa tu! Tanpa banyak bicara, Aryanna memberi laluan kepada pelanggan lain untuk membuat pembayaran terlebih dahulu dengan meletakkan trolinya di bahagian tepi.

"Dik? Adik kenapa ni? Adik okay? Mak dengan ayah adik mana?" Soal Aryanna, risau. Risau kalau-kalau budak ni memang sesat. Supermarket ini terlalu besar untuk seorang kanak-kanak kecil berkeliaran. Budak itu tidak menjawab. Sebaliknya, dia terus menangis tanpa henti.

Memikirkan keselamatan anak kecil itu, Aryanna memimpinnya ke kaunter keselamatan. Dia perlu maklumkan kepada pihak supermarket tentang kanak-kanak tersebut. Mana laa tahu...memang ada yang tengah cari anak mereka ke.

Ferhat mengeluh. Panjang pulak beraturnya! Ketika sibuk beratur, mata Ferhat terhenti pada sebuah rak minuman sejuk. Nampak sedap laa pulak. Tadi, tak rasa nak ambik pun! Ferhat melihat pasangan warga emas di belakangnya. Kesian mereka kena berdiri lama-lama.

Takpelah! Sekali-sekala buat baik. Apa salahnya. "Pakcik, makcik? Pakcik boleh laa gerak ke depan. Takpe. Lagipun, saya ada nak tambah barang lagi." Ujar Ferhat, memberi laluan kepada pasangan warga emas itu. Ferhat kemudian meletakkan trolinya di tepi.

Syaza kembali dengan beberapa bungkus tisu gulung di tangannya. "Ehh? Mana pulak si Yanna ni pi? Haihh..dia ni suka sangat melilau tau!" Sempat lagi si Syaza ni membebel. Tak tengok kiri kanan, dia terus saja meletakkan tisu-tisu tersebut ke dalam troli.

Aryanna kembali setelah selesai menguruskan hal kanak-kanak tadi. "Hang pi mana tadi?" Soal Syaza sebaik Aryanna berada di sisinya. "Tak... Tadi ada budak sesat rasanya. Aku bawak dia pegi kaunter security." Jelas Aryanna. Syaza mengangguk faham.

Tinggal seorang lagi pelanggan, sebelum giliran mereka pula tiba untuk membuat pembayaran. Ketika itulah, telefon Aryanna berdering minta dijawab. Abi? Panggilan daripada abinya membuatkan Aryanna tak senang duduk.

"Sya. Aku pegi jawab call kejap ehh? Abi aku call." Pamit Aryanna lalu melangkah jauh sedikit dari kaunter pembayaran. Akhirnya, giliran Syaza tiba. Selepas meletak gulungan tisu di kaunter, Syaza terhenti. "Biskut? Sejak bila pulak aku beli biskut? Takkan Yanna kot? Bila dia pi ambik?" Gumam Syaza, hairan apabila melihat bungkusan biskut berada di dalam trolinya.

"Ermm, cik!" Syaza berpaling. Terkaky sekejap bila tengok seorang jejaka tampan menegurnya. "Biskut tu saya punya. Saya rasa kita dah tertukar troli ni." Ujar Ferhat. Syaza memandang trolinya dan troli lelaki itu berulang kali.

Jika diperhatikan, barang-barang di dalam troli lelaki itu 100% barang yang dia ambil tadi. Maknanya, dia memang dah silap troli! Adoiii! Awat laa hang ni bengap sangat, Syaza oii! Troli pon boleh silap! Syaza tersengih bagaikan kerang busuk.

"Saya rasa...memang kita dah tertukaq troli nih. Saya mintak maaf laa, encik. Saya tak perasan. Mintak maaf nahh?" Ujar Syaza, lembut. Ferhat sekadar mengangguk dan tersenyum kecil. Uuuu cayaq Syaza tengok dia senyum. Eii gatai!

Nasib baik laa, cashier tu baru scan gulungan tisu tadi. Kalau tidak... Dah jadi hal lain pulak.











Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

940K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
164K 14.3K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
172K 11.1K 33
Adam Hirdy | Azalea
25.7K 959 55
[BOOK 1]♡ Kasih sayang seorang abang sentiasa ada untuk adiknya...tapi adakah abangnya mampu untuk menahan sikap barannya terhadap sikap adiknya send...