I Love You, Abam Polis❤️

By BungaRosss

3.3K 83 29

"Tunggu abang eh sayang! Abang janji dengan duit abang kumpul ni, abang akan halalkan awak" -Fitri "I will. D... More

Prolog
Bab 1 -Perasaan
Bab 2 -Cinta monyet
Bab 3 -Orang ketiga
Bab 4 -Bertukar kasih
Bab 5 -Marah
Bab 7 -Luahan perasaan
Bab 8 -Malu tapi mahu
Bab 9 -Puasa
Bab 10 -Baju raya
Bab 11 -Raya
Bab 12 -Menangis
Bab 13 -Penantian
Bab 14 -Penantian II
Bab 15 - Hati
Bab 16 - Move On

Bab 6 -Sekolah

173 4 2
By BungaRosss

Hari demi hari berlalu begitu saja. Aku dan Fitri kini tidak berhubung langsung. Last seen dan chat yang dulu dijadikan peneman dikala rindu mengusik jiwa.

'Sayang tak semestinya kita harus miliki. Kadang melepaskan orang yang kita sayang adalah pilihan yang terbaik untuk melihat dia bahagia di sisi orang yang dia sayangi walaupun orang itu bukanlah aku. Melihat dia tersenyum bahagia sudah memadai bagi aku. I'm sorry dear. Berat hati untuk melepaskan kau pergi Fitri tapi jika untuk melihat kau bahagia, aku harus kuatkan hati untuk biarkan kau pergi dan lepaskan semua memori kita bersama. Ya Allah, kuatkanlah hati aku untuk tempuh semua ini.' -Yan

Tak mudah untuk melepaskan orang yang kita sayang. Ya memang betul pun tapi untuk lihat dia bahagia, aku sanggup. Aku tak nak dia terseksa dengan aku.

'Bismillahirrahmanirrahim, aku lepaskan kau Fitri' -Yan

Air mata yang mengalir aku kesat dengan lembut. Aku kena kuatkan diri. Kalau dia jodoh aku, aku akan bersama dia kembali.

✨✨✨✨✨

Kring! Kring! Kring! Masuk kelas, masuk kelas!

Waktu pendidikan jasmani adalah waktu yang paling pelajar gemari kerana dapat bersukan tapi bukan aku. Aku hanya ikut mood je la. Bila rasa nak main, aku main la bila rasa tak nak tu, janganlah dipaksa.

Bukan tak minat cuma aku cepat penat. Sedia maklum la aku seorang yang gemuk tapi kebanyakan rata-rata orang cakap aku bukan gemuk pun cuma CHUBBY! Suka hati korang la nak cakap aku pun HAHAHAHA.

Apabila waktu pendidikan jasmani, aku hanya menghabiskan waktu tu dengan membaca novel atau buat nota ringkas dalam buku.

Lari pula tajuk hehe. Sorry!

Iqa tiba-tiba bersuara "Weh, kau nampak tak apa yang aku nampak?"

Aku, Ira dan Jihah menjawab serentak "Siapa?"

Iqa tersengih lalu menjawab "Budak baru gais. Welcome tu SMKK"

"What? Budak baru? Mana? Cantik tak? Dari mana? Duduk mana? Kurus ke gemuk?" Bertalu-talu aku tanya dekat mereka. Bukan apa cuma excited sikit ada budak baru masuk haha. Jangan marah ye budak baru.

"Ish kau ni. Tengoklah sendiri" Jihah memarahi aku. Banyak pula tanya.

****

Aku memulakan perbualan setelah habis waktu pendidikan jasmani, "Hai budak baru. Dari mana ni? Nama apa?"

"Hai. Dari Selangor. Ana. Btw nama awak apa?" Ana tersenyum malu. Guess what ada orang nak tegur aku. Mesti dia peramah kan. Budak baru kena sopan sikit kalau tak, luar sekolah atas jejantas settlenya haha.

"Yan tapi kebanyakan semua panggil Min" Aku tersenyum macam kerang wangi. Wangi okay. No busuk, busuk!

"Ohh. Selamat berkenalan"

"Ya selamat berkenalan"

*

"Gais! Gais! Lepas ni mesti Daud taken. Kalau tak percaya, tengoklah nanti haha" Aku buat pengumuman dalam kelas. Ish tak malu betul Yan ni. Well, siapa je tak kenal aku dengan sikap suka kacau orang, mulut kecoh sekampung dan paling penting baik. Ceh angkat bakul sendiri😂

"Weh Min kau ni. Jahatlah" Daud berteriak kerana malu. Ish Min ni, macam tahu-tahu je aku nak masuk line dekat Ana tu.

Ni Yan la. Aku dah tahu taktik ninja korang la walaupun baru sekelas tak sampai setahun pun.

4 bulan kemudian..

"Anak-anak, nak tak kita cat kelas? Tapi awak semua kena stayback la. Saya beli cat, awak semua pilih la warna apa yang awak nak. Nanti saya bagilah duit tambang balik untuk yang naik bas dan yang tak naik bas pun saya bagi hihi" Teacher Diah menanyakan kepada murid 4P. Aku tahu anak murid aku ni semua baik-baik sebab apa-apa majlis mesti muka kelas ni dan kelas sebelah je yang tolong.

"Ha boleh la teacher. Nanti set time ye. Berus apa semua tu teacher sediakan ye" Naz memulakan bicara. Mengecat? Sudah semestinya bidang aku kan opss ter over pula.

"Yang lain boleh ke? Siapa yang boleh angkat tangan, saya nak ambil nama" Teacher Diah dah boleh agak siapa je yang sudi. Takpela yang mana ada jela. Yang sudi tu dah syukur sangat. Baik sangat hati mereka.

Serentak Naz, Kri, Daud, Karl, Iqa, Ira, Jihah, Ana, Syerin dan Yan.

Muka-muka budak Melayu je la yang sudi tolong mungkin Non-Muslim ada masalah tersendiri. Tak baik buruk sangka. Astagfirullahalazim!

"Thankyou pada yang sudi tolong" Teacher Diah berasa gembira sangat sebab mempunyai anak murid macam mereka. Rajin. Sanggup balik lewat sebab nak cantikkan kelas. Kagum!

"You're welcome" Ujar wajah-wajah yang angkat tangan sebentar tadi.

✨✨✨✨✨

Peperiksaan awal tahun nak dekat dah. Macam mana ni?! Jaranglah aku nak study kecuali study last minute hehe. Selalunya last minute ni menjadi dan kadang-kadang tak. Ikut nasib lah gais!

Ira menyapa Yan "Yan, kau free tak jumaat depan?"

Aku tersedar dari mengelamun dan bertanya kembali soalan yang ditanyakan sebentar tadi kepada Ira "Ha? Apa dia? Aku tak dengar hehe" Ujar Yan sambil tersengih macam kerang wangi. Tu la, mengelamun lagi kan dah tak dengar Ira cakap apa.

'Termenung sebab rindukan Fitri'-Yan
Sambil tersenyum hambar.

"Hish kau ni" Sambil memukul lengan Yan.

"Weh sakit la giler! Hamboi main kasaq naa. Nak kena ni! Aku memang tak dengar. Cakap la balik" Aku mengaduh kesakitan akibat Ira pukul tadi seterusnya melemparkan senyuman yang tawar. Eh! Tawar?! Hambar sebenarnya.

"Yela sorry². Jumaat depan free tak? Aku nak ajak kau tidur rumah aku sebab abang aku tak ada so tinggal aku sendirian di rumah. Khamis tu kau datang la. Boleh? Please!" Terang Ira pada Yan sambil merayu supaya Yan sudi temankan dia.

"Boleh je. Tapi siapa je ada lagi? Kalau ramai, malaslah" Malas betul kalau ramai-ramai. Serabut!

"Aku ajak kau dengan Zati je. Piya tak dapat datang sebab mak dia tak bagi. Boleh tau tau tau. Hehe sayang kau amuahhh" Satu kucupan hinggap di pipi kanan Yan. Sukanya dapat tidur sama-sama nanti. Tak sabar nak bersembang sampai larut malam. Aip mana boleh ngek! Exam la esoknya. Halah, sembang sikit je hihi.

"Ha yela. Tapi takpe ke? Kasihan pula ayah kau nanti nak kena masak la apa la" Yan berasa serba salah pula.

"Ha tak apa. Kita masak nak? Kau kan pandai masak" Ira menjongket keningnya yang tak lebat itu.

"Apa-apa je la. Dah pergi sembang sana. Aku nak siapkan homework ni. Malas nak buat dekat rumah" Aku menghalau Ira supaya pergi sertai Iqa dan Jihah yang dah seronok bersembang dengan jejaka-jejaka melayu terakhir tu.

"Ei garang naw. Garang pun comel! Pipi merah-merah. Nak cendol? Hahahaha" Ira lebih galak mengusik Yan yang khusyuk menyiapkan tugasan yang diberikan Sir Ong tadi.

"Ada yang kena penyepak aku kang. Sebelum kena, baik kau.." membebel Yan seorang diri kerana belum sempat dia habiskan ayat, Ira sudah berlari ke group sebelah.

Tahu takut. Dalam garang ada kelembutan dia tau. Nampak kasar tapi dalam hati ada taman.

Seganas mana pun seorang perempuan tu, dia tetap mempunyai sifat sensitif dalam diri. Bersabarlah wahai kaum Adam untuk melayan kerenah kaum Hawa ni.

✨✨✨✨✨

Kini tibalah hari Khamis. Aku kena tidur rumah Ira. Berkorban sikit untuk kawan baik asalkan dia bahagia.

"Assalamualaikum Ira. Assalamualaikum" Yan memberi salam apabila sudah sampai ke perkarangan rumah Ira.

"Ha waalaikumsalam. Masuklah" Ira terus membuka pintu dan membawa aku masuk ke dalam bilik untuk meletakkan barang-barang aku.

"Ira, mana Zati? Tak sampai lagi ke? Aku rasa rumah dia lagi dekat dengan rumah kau nak dibandingkan dengan rumah aku" Ujar Yan. Dalam bicara lembut Yan, terselit kepedasan di situ. Perli Zati la tu!

"Dia suruh aku ambil dia. Aku dah minta dah supaya adik dia hantar kat sini. Bukan jauh pun. Setakat rumah opah dia lepas, tak akan dekat sini tak lepas haih. Nak tak nak, kita kena ambil dia" keluh Ira.

"Jom tapi aku nak bawa motor. Boleh?" Pinta aku kepada Ira.

Muka Ira menggambarkan perkataan tidak. Bukan tak nak bagi tapi tak yakin dengan Yan. Nanti masuk sungai pula haha. "Boleh ke kau bawa?"

"Em please. Nanti dah naik bertiga, kau bawa" Aku sedikit merayu. Sekali sekala je hm.

"Yelah tapi bawa elok-elok. Haish aku tak yakin dengan kau" Ira mengatakan kepada Yan yang menunjukkan muka minta simpati dia tu.

"Yeay. Sayang kau muah" Aku mengucup pipi kanan Ira menyebabkan Ira merasa sedikit geli. Ei, aku bukan lesbian!

"Gedik" Ira hanya menggelengkan kepala tatkala mengenangkan sikap manja Yan. Yan, Yan, nasib sayang tau.

Usai solat, makan bersama kami mengulang kaji pelajaran masing-masing. Yan dan Ira ambil sama aliran iaitu aliran Perniagaan berbeza dengan Zati yang mengambil aliran Perakaunan.

20 minit kemudian...

Yan mula tutup buku kemudian berbaring di atas katil. Malas lah nak baca.

"Yan, bacalah buku. Pemalas lah kau ni" Ujar Ira sambil menggoncangkan badan Yan.

"Halah, bosanlah. Kacau orang nak?" Terdetik satu nama dalam kotak fikiran aku iaitu 'Fitri'. Jujur, aku merindui dia tapi aku hanya pendam dan tahan semua perasaan ini.

"Nak kacau siapa?" Tanya Ira.

"Fitri" Sambil tersenyum.

'Memang hebat perasaan sayang kau terhadap Fitri kan Yan. Dah berapa lama kau tunggu dia tapi kau masih tak putus asa. Aku rasa kau kuat sangat Yan. Kalau aku, aku dah pergi sebab ramai lagi yang mampu bahagiakan aku. Kumbang bukan seekor. I'm proud of you' -Ira

Tangan aku terus ligat mencari nama Fitri. Lalu memulakan 'video call' dengan dia. Pakai tudung okay gais!

"Ada apa call ni? Rindu ke?" Fitri menanyakan kepada Yan sambil tersenyum.

"Tak ada masa nak rindu. Orang tu dah lupakan kita, buat apa ingat lagi?" Suara sedikit merajuk. Rindu la, siapa je tak rindu hm tapi ego!

"Elele ye la tu. Saya tengah lepak ni" Fitri berasa tak selesa kerana takut menggangu Yan dengan bunyi bising akibat dek bunyi suara yang bising.

"Oh ye ke? Tahu dah. Saja je kacau. Dah la bye assalamualaikum" Aku terus menekan button merah sebelum Fitri sempat membalas apa-apa. Huh malas nak layan! Malas nak layan konon padahal hati berbunga sebab lepas rindu sikit.

Tepat pukul 1 pagi, kami hanyut dalam buaian mimpi setelah penat bergelak ketawa.

Flashback

"Zati, baca buku ke tu? Tak payah la. Jom la bersembang" Aku mula mengusik Zati yang tak tenang membaca buku kerana aku mengusiknya.

"Ish kau ni. Jangan jadi seton boleh tak?! Aku nak study la tahi hahaha" Zati dalam keadaan marah lalu menghaburkan tawanya.

"Halah, bukan selalu macam ni kan" Yan kini ligat menyakat Ira dan Zati.

"Haih kau ni. Yela, aku tutup buku sebab aku baca pun satu apa pun tak masuk hahaha" Ira sedikit marah akan sikap Yan tapi sebenarnya Ira pun malas nak study tapi acah je. Eleh ini semua poyo!

"Hahaha aku tahu dah. Tengok muka kau pun tahu" Yan meletuskan gelaknya yang sudah sekian lama dia menahan kerana melihat muka Ira sedikit sebanyak yang serabut tu.

"Aku pun tak masuk weh apa yang aku baca" Zati mula me gikuti Yan dan Ira yang ketawa sejak tadi.

"Aku tak hasut okay. Bye aku nak tidur" Yan mengambil bantal lalu menutup muka. Kena tutup nanti dia orang tu bukan betul sangat, karang snap nya gambar aku then buat sticker. Naya!

Malam kian sunyi kerana semua sudah nyenyak tidur. Semoga hari ini lebih indah dari semalam.



*
Sorry sedikit hambar sebab tak ada idea gais. Hehe. Sabar eh. Sis baru belajar. Ada salah silap harap dimaafkan.

Continue Reading

You'll Also Like

2M 111K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
4.5M 282K 105
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
177K 13.8K 35
Her marriage was fixed which was an arranged marriage but she moved to London to pursue her career and dreams and after that, she would marry. But in...
1.4M 129K 45
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...