Penyesalan Tanpa Noktah

Por nazyyraai

2.3K 157 13

2th Romance from nazyyraai Nice cover by : @DyannRose Nice banner by : @seosoojin_ Tidak semestinya satu p... Más

DISCLAIMERS
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 3

116 12 0
Por nazyyraai

[Dari kecewa, aku belajar untuk bangkit. Dari luka, aku belajar untuk lebih berwaspada. Dari ujian, aku belajar erti kekuatan.]



LANGIT gelap yang dipenuhi bintang berkelipan di tenung dalam. Dia tersenyum apabila angin malam datang menyapanya.

Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar pendek. Lapang dadanya kini. Pen merah di atas meja di ambil dan dipusing. Buku anak muridnya dipandang. Susah juga menjadi guru.

Kedua tangan dibawa ke belakang kepala mendongak langit malam. Balkoni yang luas itu memudahkan dirinya untuk mendongak langit. Sejenak, dia memandang ke dalam bilik melihat wajah cantik isterinya yang sedang tidur di atas katil.

Rambut diraupkan ke belakang.

Wajah merah Qaseh dipandang dari jauh. Semerta, telefon yang berada di atas meja dicapai. Dia memandang wajahnya di skrin gelap telefonnya. Buku yang bersepah tadi dikemas. Sliding door ditutup rapat. Buku yang dikemas tadi diletakkan ke atas meja di sebelah tempat Qaseh beradu.

Wajah Qaseh diusap sayang. Kasih sayangnya terhadap wanita ini tidak akan pernah terpadam. Biarpun dia tahu, hanya dia memendam rasa itu, tapi tidak mengapa.

Tangan dibawa mengelus lembut ke pipi mulus itu. Dahi Qaseh yang berkerut dikucup sekilas.

"Aku minta maaf. Aku paksa kau kahwin dengan aku. Aku ikut suka hati aku. Aku tak fikir perasaan orang lain. Kau pun tahu kan yang aku suka kau sejak ayah aku kerja dengan Walid lagi. Sejak kecil, Qaseh." Nafas dihembus.

Qaseh yang baru tersedar akibat Raid tersenyum sinis. Dengan pantas dia membuka kelopak matanya.

Raid yang sedang ralit merenung terus menarik tangannya dari menyentuh wajah cantik Qaseh.

Qaseh bangun dari pembaringan. Rambut panjang mengurainya diikat menjadi sanggul. Dia bangun dari katil tanpa menghiraukan Raid.

"Kau nak apa lagi?" ujar Qaseh dengan suara yang sengaja diketapkan.

Raid melepaskan tangan Qaseh. Tangan Qaseh ditarik dan dibawa ke katil. Mereka melabuhkan duduk walaupun Qaseh merengus tidak puas hati.

"Kenapa awak minum?" soal Raid memulakan bicara.

Qaseh kemam bibir. Rasa malu akibat terkantoi meneguk air syaitan di pejabatnya. Rambut diselitkan ke tepi telinga. Dia berdehem sedikit membetulkan anak tekak yang terketar. Takut mungkin?

"Suka hati aku la nak minum ke, nak kunyah ke. Susahkan kau ke?"

Raid mengeluh. "Susah ke tak susah ke, benda tu haram Qaseh Uqasha. Awak tu islam. Islam dah ajar, minum arak tu haram. Berdosa Qaseh."

Qaseh berdecit. "Kau kalau bab dosa jangan sebut depan aku boleh tak? Aku rimas lah. Kau cakap macam kau ni malaikat je." nada dikawal sebaik mungkin.

Raid terdiam. Memang setiap kali jika mereka berbalah mulut, pasti isterinya yang akan menang. Dia? Jarang sekali. Kerana bagi wanita itu, hanya dia seorang yang betul.

"Ok. Tapi saya nak tahu, berapa banyak kali dah awak minum air tu?" Raid bertanya. Di dalam hatinya berharap, agar ini merupakan pertama kali isterinya meneguk air haram itu.

"Sekali baru. Tapi... " Qaseh sengaja meleretkan suara.

Raid mengangkat kening menunggu ayat yang bakal terpancul di bibir merah Qaseh.

"Tapi?" soal Raid pula apabila Qaseh masih tidak menyambung.

"Tapi aku rasa tak puas la minum sekali. Arak tu kena minum banyak kali baru rasa feel." Qaseh tersenyum sinis.

Raid menggeleng. Bahu Qaseh dipegang lantas dia menarik Qaseh agar berhadapan dengannya. Matanya ralit merenung mata hitam sang isteri.

Raid mengorek senyuman kecil. Kalau boleh, dia tidak mahu berbalah pada waktu malam begini. "Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak minum air tu, Qaseh?" ujarnya sambil mengelus lembut bahu Qaseh yang berlapik baju.

Qaseh menepis kasar tangan yang mengelus. Fikir dia suka ke?

"Aku stress kau tahu tak!" wajahnya diraup kasar.

Raid memandang simpati. "Stress about?"

Qaseh tersenyum sinis seraya mengangkat pandangan memandang Raid.

"Aku marah. Aku marah sebab company tu reject aku. Dia kata baju aku tak cantik. Dia kata baju yang aku reka tak boleh pamer dekat hotel dia. Apa salah aku, Raid? Penat aku usahakan baju tu. Kalau tak ada hotel tu, macam mana aku nak majukan butik aku? Kau pun tahu kan yang butik aku tu baru? Kenapa nasib aku malang, Raid?" matanya berkaca.

Raid mengeluh. Belakang badan Qaseh ditarik ke dalam pelukan. Wajah Qaseh disembamkan ke dada bidang miliknya. Rambut Qaseh diusap menghilangkan kesedihan yang berlenggu. Ubun-ubun Qaseh dicium. Nafas ditarik menyusun ayat.

Qaseh teresak di dada Raid. "Kau tak kenal aku, Raid. Kau tak kenal." tangan kecilnya memukul lembut dada Raid.

"Saya kenal awak. Saya kenal awak sejak kecil, Qaseh." Rambut Qaseh diusap lagi.

Qaseh menangis lagi mendengar ayat yang sememangnya ikhlas terpancul dari bibir sang suami yang tidak dicintai. "Tak! Tak ada siapa kenal aku!" raungnya.

Raid menggeleng. "Allah lebih kenal diri kita berbanding kita kenal diri kita . Bila kita emosi, marah, kita akan tertanya-tanya , kenapa dengan diri sendiri? Tak faham apa yang sebenarnya kita nak. Sampai sanggup membuat perkara yang dimurkai. Tapi Allah, Maha Tahu segala isi hati kita. Jadi bila kita sakit, perit, derita, sedih, bahagianya diri kita , carilah Allah. Ceritakanlah kepadaNya . Kerana hanya Dia sahaja yang kenal diri kita."

Qaseh menolak kasar tangan Raid. Wajahnya merah menahan amarah.

"Oh sekarang kau nak kata aku ni tak solat la ye? Kau nak kata aku cepat marah? Emosi? Buat benda yang dilarang, ha!" Jeritan Qaseh bergema di rumah banglo setingkat hadiah dari Walid Qaseh kepada mereka.

Raid menggeleng seraya turut bangun melihat Qaseh yang mencerlungnya tajam.

"Bukan tu maksud saya, Qaseh." Tangan Qaseh mahu dicapai tapi lantas ditepis sebelum menolak kasar tubuh Raid ke katil.

Qaseh tersenyum puas apabila tolakannya kali ini berjaya membuatkan Raid terbaring ke katil.

"Kau nak tengok macam mana aku kawal marah aku? Aku buat macam ni, Raid!" Buku Raid di atas meja ditolak kasar.

"Kau nak tengok lagi ke, ha?" Kini, meja pula disepak sehingga kuku kakinya berdarah.

Raid yang melihat terus menarik Qaseh dari mencederakan diri. Qaseh yang tidak terkawal itu disembamkan di dadanya. Belakang tubuh diusap lembut. Mulutnya terkumat kamit berzikir di tepi telinga Qaseh. Menenangkan hati isterinya yang sedang membara.

Qaseh senyap. Entah bagaimana, tangannya dibawa naik memeluk pinggang Raid. Atau erti kata lain, membalas pelukan Raid.

Erat.

KEPALA yang berdenyut dipegang. Badan yang terasa lenguh disandarkan ke kepala katil. Jam digital di tepi katil dipandang.

10:30 a.m

Biasa untuk seorang Qaseh Uqasha bangun pada waktu ini. Kadang, sampai petang dia boleh terlajak tidur. Solat subuh? Jangan tanya. Telekung pun tak ada.

Rambut diselitkan ke telinga. Mata dikerlingkan ke sebelah. Entah macam mana Raid boleh tidur di sebelah dia. Takkanlah dia ajak kut? Mustahil.

Semerta, dia teringat peristiwa semalam. Dia tahu, arak itu haram tapi apabila tekanan yang melampau, dia hilang diri. Dia membawa diri ke kelab malam. Tapi bukan untuk berkinja-kinja, dia hanya ingin membeli sebotol arak sahaja. Mujurlah dia sempat menelefon Sarah untuk mengambilnya. Tapi lain yang jadi. Raid pula yang muncul.

Sungguh banyak salahnya dengan Raid, tapi Raid sentiasa menolong dia ketika kesusahan. Kadang, rasa diri ini ingin membalas cinta Raid, tapi entah ego mana yang melawan. Nak kata Raid tidak mempunyai raut wajah yang kacak, tidak. Raid terlalu kacak. Menurut yang dia tahu dari Walid, Raid merupakan anak kacukan. Tapi, anak luar nikah.

Keluhan dilepaskan. Macam mana mahu membalas jasa Raid? Belanja?

Tapak tangan dibawa ke mulut ingin membau nafas yang mungkin berbau.

Qaseh mengerutkan wajah.

"Pergh busuk gila." rungut Qaseh. Kalau tahu bahananya minum arak, takkan dia minum. Dia janji, ini kali pertama dan terakhir dia meneguk air haram itu. Kalau Walid tahu, pasti dia akan kecewa. Kalau Mak Cik jalang tu tahu lagilah.

Mak Cik jalang? Ibu tiri Qaseh.

Kaki dibawa ke tandas ingin memberus gigi. Setelah selesai, dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur di bawah.

Bau aroma yang enak menusuk ke dalam hidung.

Qaseh bergerak ke tepi Raid yang sedang menggoreng telur.

Raid berpaling. "Eh, bangun dah?"

"Hm." Malas mahu berbalah pagi pagi ini.

"Baguslah. Saya ada masak nasi goreng dengan telur ni. Jom makan?"

"Makanlah."

"Jangan macam tu, penat saya masak."

Qaseh terdiam seraya merenung tepi wajah Raid yang sedang meletakkan telur ke dalam pinggan sambil menyanyi kecil. Apabila melihat Raid yang ingin bergerak ke meja makan, dia memegang tangan Raid.

Raid mengangkat kening. "Kenapa? Pening ke?"

Qaseh menggeleng kepala.

"Terima kasih tolong aku semalam. Dan, erm, terima kasih tenangkan aku semalam."

Raid tergelak kecil. "Small matter la."

"Macam mana aku nak balas jasa kau?"

Raid tersenyum. Memang jenis suka senyum ke dia ni?

"Cukuplah jadi isteri yang terbaik untuk saya."

Qaseh mendengus. "Bukan tu jawapan yang aku nak. Kau cakap lah kau nak apa, kau nak kereta ke, nak apa-apa ke? Minta je. Aku bagi asalkan aku tak berhutang budi dengan kau."

Raid terdiam sambil berfikir. Pinggan berisi telur diletakkan ke atas kabinet dapur.

Dia tersenyum nakal sebelum merapatkan wajahnya dengan wajah Qaseh.

"Malam lusa cikgu cikgu lain nak celebrate saya untuk hari terkahir. So, saya nak awak ikut, boleh?"

Qaseh terdiam. Wajah Raid yang rapat dengannya ditolak.

"Setakat teman kau, benda senang."

"One more thing. Hari ni kita pergi rumah Walid. Ibu kata dia rindu kita."

Qaseh tersenyum sinis. Mak Cik jalang rindu dia? Padahal baru semalam jumpa.

Seguir leyendo

También te gustarán

197K 421 21
just some of my horny thoughts;) men dni
14.5K 1.2K 32
Story of a family - strict father, loving mother and naughty kids.
225K 11.4K 90
Being flat broke is hard. To overcome these hardships sometimes take extreme measures, such as choosing to become a manager for the worst team in Blu...
52.7K 133 16
My wlw thoughts Men DNI 🚫 If you don't like these stories just block don't report