HEY MR PHOTOGRAPHER ยฉ

Par taeferol

98.2K 11K 2K

๐ข๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐ฌ๐ž๐š ๐จ๐Ÿ ๐ฉ๐ž๐จ๐ฉ๐ฅ๐ž, ๐ฆ๐ฒ ๐ž๐ฒ๐ž๐ฌ ๐ฐ๐ข๐ฅ๐ฅ ๐š๐ฅ๐ฐ๐š๐ฒ๐ฌ ๐Ÿ๐จ๐œ๐ฎ๐ฌ ๐จ๐ง ๐ฒ๐จ๐ฎ หŽหŠ - โ”โ”โ”โ”โ”โŠฑ... Plus

B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 1 0
B A B 1 1
B A B 1 3
B A B 1 4
B A B 1 5
B A B 1 6
B A B 1 7
B A B 1 8
B A B 1 9
B A B 2 0
B A B 2 1
B A B 2 2
B A B 2 3
B A B 2 4
B A B 2 5
B A B 2 6
B A B 2 7
B A B 2 8
B A B 2 9
B A B 3 0
B A B 3 1

B A B 1 2

2.6K 354 43
Par taeferol

"Jom." Satu suara tiba-tiba menerjah aku dari belakang membuatkan aku sedikit lagi nak terjun kolam ikan depan aku.

Aku sebenarnya tengah tunggu abi aku sebab katanya nak suruh balik sekali. Ye lah dah satu jalan je. Nanti kalau aku balik dengan bas tak ke satu hal dia nak datang ambil dekat sekolah pulak.

So yeah lepas bergambar dekat depan hotel ramai-ramai tadi, aku terus duduk dekat depan kolam ikan ni. Lagi syok layan ikan daripada termenung macam orang hilang anak.

Dah dekat 15 minit jugak la aku duduk kat sini. Lain yang ditunggu lain yang datang hadoi. Aku pandang muka dia yang dah duduk dekat depan aku.

"Jom apa?" Baru nak buka mulut. Dia pulak langsung tak pandang aku, khusyuk layan ikan.

"Jom kawin." Dia sengih pandang aku. Haih ada jugak yang nak jadi dugong dalam kolam ni.

Bila nampak aku dah pandang tajam dekat dia, dia angkat kedua-dua tangan dia keatas tanda menyerah.

"Chill sweetheart. Jangan pandang aku macam tu tergoda nanti. Aku nak ajak kau balik lah. Pergi mana lagi?" Muka dia kembali serius macam biasa.

"Kenapa nak balik dengan awak pulak?" Aku malas nak layan usikan dia.

"Tadi kan kau ajak aku balik sama-sama. Yang kau panggil aku 'Abang' tu. Takkan dah tak ingat babygirl." Terus merah muka aku. Dia ketawa macho. Benci betul!

"Boleh tak jangan panggil macam tu? Geli tahu tak?" Aku mendengus tanda tak suka. Sumpah weyy bapak geli.

"Habis nak panggil apa?"

"Apa-apa je selain 'babygirl' tu?" Nak sebut pun dah nak termuntah aku. Yerk.

"Alright. Kau jangan marah pulak kalau aku panggil kau benda lain nanti." Dia angkat bahu.

"Whatever lah." Aku buat muka redho.

"Okey settle. So jom lah balik. Penat dah aku ajak kau ni." Dia bangun dan tunduk pandang aku yang still lagi duduk.

"Saya tunggu Abi saya lah. Awak pergi la balik dulu."

"Masalahnya Abi kau suruh kau balik dengan aku. Dia lambat lagi siap. Ada urusan lain nak di settlekan."

Aik... gaya cakap macam Abi aku tu bestfriend dia.

"Kau tak percaya boleh tanya dia sendiri." Tambah dia lagi. Mungkin sebab nampak aku yang masih tak percaya.

Terus aku keluarkan handphone aku dari dalam poket. Dial nombor abi. Beberapa deringan baru diangkat.

"Hello Abi. Betul ke Abi lambat lagi siap?" Mata aku pandang muka selamba Haikal yang tengah pandang aku.

"Ohh okeyy. Bye assalamualaikum." Aku terus matikan talian lepas abi jelaskan semuanya. Nampak muka Haikal macam mencabar aku untuk cakap dia tipu.

Ye betul dia tak tipu. Abi aku kenal dia. Siap puji-puji lagi. Perangai helok lah, baik lah, boleh diharap lah and macam-macam lagi. Panas telinga aku dengar.

"Soooo... Abi kau cakap apa?" Dia angkat-angkat kening dia dekat aku.

"Abi cakap dia dah upah seorang driver yang poyo untuk hantar saya balik. Abi jugak cakap kalau mamat poyo tu cuba apa-apakan saya, dia suruh saya tumbuk je muka poyo dan berlagak dia tu." Sedap je aku putar belitkan cerita.

Terus terhambur tawa dari mulut Haikal. Bukan main lagi dia ketawa sampai merah muka. Kelakar sangat lah tu.

"Aku rasa kau silap dengar. Abi kau maksudkan driver yang kacak bukan poyo sebenarnya." Terus aku juling mata ke atas. Menyampah.

"Oke dah. Jom. Ni dah kali ketiga aku ajak kau. Kalau kau tak nak bangun lagi aku dukung kau macam semalam." Dia ugut aku. Siap throwback pasal semalam lagi. Dia ingat tu kenangan manis ke?

Cepat-cepat aku bangun. Dia ni bukan boleh percaya sangat. Kami berjalan beriringan ke kereta dia.

Baru je tangan nak bukak pintu kereta, ada tangan lain yang menghalang. Dah kenapa dia ni? Tak nak bagi aku masuk pulak ke? Tadi bukan main nak hantar aku.

Dia terus bukakan pintu kereta tersebut untuk aku. Tapi aku hanya tercegat depan pintu tu dan pandang dia dengan muka yang berkerut habis.

"As a driver yang paling gentleman dalam dunia ni, aku kena la bukakan pintu kereta untuk kau kan?" Dia kenyit mata dekat aku.

Kenapa la dia hensem sangat masa kenyit mata tu. Cair lagi aku buat kali ke seribu. Aku buat tak layan dan terus masuk kedalam kereta. Dia tutupkan pintu kereta untuk aku dan masuk ke tempat pemandu.

"So my princess, apa kata kita pergi makan dulu nak?" Dia memecahkan kesunyian selepas 5 minit perjalanan.

"Tak nak la. Saya tak lapar." Aku betul-betul takde mood.

"Tapi aku lapar. So kau kena teman aku makan." Selamba dia menyuruh macam aku ni kuli dia.

"Kenapa macam tu pulak?" Protes. Aku memang tak suka dipaksa.

"Sebab aku tak nak makan sorang-sorang. Boring."

Habis tak nak makan sorang-sorang ajak la orang lain. Takkan aku sorang je kawan dia. Aku mengeluh.

"Please sweetheart..." Dia merayu bila nampak aku enggan mengikut. Kalau tak kenangkan yang dia banyak berjasa dekat aku memang aku tak nak pergi dah.

"Ye la." Terbit satu senyuman dibibir merah dia. Buat aku turut tersenyum. Alahai tengok dia tersenyum pun boleh buat aku tersenyum. Apa ni??

----

Kereta diparkir di kotak parking yang disediakan dihadapan sebuah cafe. Tapi aku tak nampak nama cafe tu disebabkan terlindung dengan bumbung kereta.

Aku terus buka pintu kereta dan keluar selepas Haikal matikan enjin.
Kepala terus dongak memandang signboard cafe tersebut. Dee's Cafe.

Cafe tu menggunakan kaca sebagai dinding dia. Dan sedikit cat berwarna biru di dinding batu. Orang luar tak boleh nampak orang dekat dalam. Privasi. Aku suka.

Kaki berjalan menuruti Haikal masuk kedalam cafe tersebut. Seorang wanita cantik tersenyum manis menyambut kedatangan kami.

Rekaan dalam cafe tu sangat cantik. Keadaan di dalam membuatkan aku terpikir. Tadi aku masuk cafe ke kedai bunga. Sebab bermacam jenis bunga menghiasi cafe tersebut. Dapat aku bau bunga2 yang harum.

Kami diiringi penyambut tetamu ke meja yang menempatkan 2 orang. Betul2 bersebelahan dinding kaca yang besar tu. Setelah mengambil pesanan dia beredar.

"Awak selalu datang sini ke?" Tanya aku curious. Dia nampak macam dah biasa dengan tempat ni.

"Always. Setiap kali free aku datang lepak sini. Boleh hilangkan stress." Betul. Aku setuju. Bunga2 yang banyak ni memang boleh mendatangkan ketenangan.

Mata masih ralit memerhati sekeliling cafe. Entah la tak puas dipandang. Mulut automatik tersenyum sendiri. Aku bukan jenis yang suka bunga pun tapi kalau ada orang bagi aku terima je.

Mata aku alihkan kepada orang depan aku pulak. Dah habis scan dah. Terkejut aku bila tengok dia tengah pandang aku sambil tangan tongkat dagu dia.

Mata tajam menikam mata aku. Buat aku blushing tiba-tiba. Terus aku berdehem dan alihkan pandangan kearah luar tingkap kaca. Cuba tenangkan jantung yang berkocak hebat.

Dari hujung mata aku nampak dia tersenyum namun masih tak alihkan pandangan. Sehingga lah seorang pelayan wanita datang menghidangkan makanan kami. Baru boleh bernafas lega aku.

"Amboi Haikal.. harini bawak girlfriend ya?" Pertanyaan wanita tu hampir buat aku tercekik air liur. Gila ke? Aku ni budak sekolah lagi beb. Matured sangat ke aku sampai dianggap couple dengan Haikal.

"Mana ada Kak Tiya. Couple tu harom. But I'm her future husband." Jawapan yang dituturkan orang depan aku lagi membuatkan aku rasa nak pengsan. Gila kuasa dua. Apa dia melalut ni?

"Wah.. makan nasi minyak la kitorang nanti. Jangan lupa jemput ya." Ucap wanita tersebut sambil tersenyum manis. Haikal pun turut tersenyum membalas senyuman dia. Gila kuasa tiga.

"Apa awak mengarut ni?" Terus aku marah dia lepas pelayan wanita tu beredar.

"Apa? Betul la aku cakap." Muka no feelings ditayang sambil mulut kunyah fries yang dipesan nya.

"Bila masa kita rancang nak kawin?"

"Oh takde eh? Okey... so lepas kau habis spm boleh?" Aku tepuk dahi dengar balasan dia.

"Orang tua2 cakap diam bermaksud setuju. So deal. Nanti aku pergi pinang kau. You just wait." Sumpah aku rasa nak baling garfu dekat dia.

Speechless sampai tak tahu nak balas apa. Lastly aku sambung makan dan tak layan dia. Biar dia cakap sorang2. Padan muka.

----

Aku suruh Haikal masuk ke halaman rumah aku sebab nya aku malas nak tarik luggage berat aku ni haha. Kan senang kalau ada dia.

Bukak je pintu kereta aku nampak satu susuk manusia yang tinggi dekat taman bunga umi. Dia pakai hoodie warna hitam lepastu tutup kepala dia. Aku tak nampak muka dia sebab dia membelakangi aku.

Aku terus pergi dekat Haikal. Dia angkat kening mungkin pelik dengan kelakuan aku. Terus tangan tunjuk kearah susuk tersebut.

"Saya rasa dia tu perompak lah. Tengok tu dia nampak mencurigakan. Awak pergi la pukul dia." Adu aku.

Nampak muka Haikal terus berjaga-jaga. Mungkin bersedia dengan segala kemungkinan. Aku turut menuruti langkah dia kearah taman bunga umi.

Kemudian Haikal tarik bahu lelaki tersebut dari belakang dan ajukan penumbuk ke muka dia. Tapi dia sempat mengelak.

"Abang?" Pelik campur lega bila terpandang muka terkejut abang aku.

"Zam?" Kedengaran suara Haikal bertanya.

"Kal?" Haa elok sangat la tu semua nak terkejut ni apehal beb.

"Kau buat apa kat sini. Wah lama tak jumpa bro." Tiba2 abang aku pergi ber-brother hug dengan Haikal. Aku yang kat belakang ni ternganga habis. Apa ni?

"Kau tu yang balik lambat. Aku ajak balik sekali tak nak. Entah buat apa kat sana. Btw ni rumah kau ke?" Haikal bertanya sambil mata pandang sekeliling.

"Haah. Rumah aku la. Kau tu buat apa kat sini?" Abang aku tanya buat kali kedua.

"Hello brader-brader sekalian. I'm still here okey." Aku menyampuk saja nak suruh diorang notice aku yang dah macam tukang kebun dekat sini.

"Eh Rissa. Oh my gosh... rindu nya baby busyuk sayang abang ni. Hodoh sangat sampai abang tak perasan kau tadi." Kurang ajar betul abang aku ni.
Kalau aku ambil penyapu lidi tu lepastu garu badan dia agak2 berdosa tak.

"Wait..Rissa ni adik kau ke Azzam?" Soalan daripada Haikal abang aku jawab dengan anggukan.

"Jap. Bila abang balik? Dan macam mana abang kenal Haikal ni?" Aku pulak ambik syif bertanya.

"Abang sampai pagi kelmarin. And... Haikal ni kawan abang. Satu Universiti. Tapi umur dia 23 tahun kau tahu? Kau sepatutnya panggil dia abang Haikal Rissa." Sempat dia kenakan aku. Haikal ketawa bila abang aku menyebelahi dia.

"Aku dah suruh haritu Zam tapi dia tak nak. Aku pun tak tahu kenapa." Sampuk Haikal. Sibuk je mamat ni.
Kedua-dua jejaka tersebut ketawa. Entah apa kelakar.

"Dah malas layan. Baik Rissa masuk rumah." Aku terus angkat kaki kedalam rumah. Tapi telinga sempat mendengar suara abang aku yang mengajak Haikal masuk sekali.

----

"Macam mana kau kenal adik aku ni Kal?" Tak habis2 abang aku ni . Sampai ke dalam rumah topik sama je. Aku terus melangkah ke dapur mencari umi tersayang. Rindunya ehek.

"Umi!! I'm home." Nampak je umi aku terus menjerit sambil peluk umi.

"Apa Rissa ni? Tak helok anak dara menjerit. Nanti takde orang nak buat menantu." Umi ketuk tangan aku yang tengah peluk dia.

"Alah umi ni. Rissa SPM pun tak lagi dah nak kawin benda." Muncung mulut aku.

"Dah dah tak payah drama sangat. Ni mana Abi? Tak nampak pun."

"Oh Abi belum balik lagi. Ada hal katanya. Ni Rissa balik dengan driver baru." Aku ketawa dihujung ayat.

"Driver baru?" Berkerut kening umi pandang aku.

"Haah. Umi nak tengok tak? Jom. Dia ada kat ruang tamu tengah borak dengan abang." Aku tarik tangan umi kearah ruang tamu.

Serentak Haikal dan abang berpaling bila nampak aku dengan umi menghampiri. Haikal senyum manis dekat umi.

"Ni driver? Hensem sangat driver ni. Patutnya jadi menantu umi jer." Umi ketawa kecil lepas cakap macam tu. Abang aku pun apa join sekaki la mamat tu.

Aku pulak yang terkena eish malu doo. Nampak Haikal cuma sengih.

"Amboi umi dah berkenan ke? Kal.. apa lagi masuk minang lah." And again terhambur kuat tawa abang aku. Siap kau malam ni aku kerjakan.

"Assalamualaikum mak cik. Sihat?" Haikal berbudi bahasa budaya kita. Hm helok betul perangai depan orang tua. Bagus.

"Waalaikumsalam. Macam ni lah Haikal. Dah tua mesti ada jugak sakit-sakit tu." Ayat klise umi bagi.

"Mak cik dah tua pun still lawa." Haikal memuji umi aku. Aku pandang dia semacam. Seram wey.

"Amboi mulut manis." Umi aku ketawa. Riak la tu orang puji dia.

"Haa Haikal duduk lah kejap. Mak cik pergi buat air dulu."

"Eh takpe mak cik saya dah minum tadi dekat kedai dengan Rissa. Tak nak menyusahkan dah. Lagipun saya kena cepat ni ada hal sikit." Dia menghalang umi daripada melangkah ke dapur.

"Eh cepat nya dah nak balik. Lain kali datang lah lagi. Kedatangan Haikal sentiasa dialukan." Kata umi. Dia hanya menghadiahkan sebuah senyuman.

Kami semua bangun berjalan ke halaman rumah yang luas tu. Abang siap bersalaman dengan Haikal dan masuk balik kedalam rumah bila handphone dia berbunyi.

Umi pulak lepas meninggalkan pesan supaya Haikal memandu berhati2 terus masuk untuk sambung memasak. Kini tinggal aku dengan dia je dekat tepi kereta dia.

"Thank you." Ucap aku kepada dia sambil senyum seikhlas mungkin.

"For what?"

"For everything you have done for me." Ya aku maksudkan semua kebaikan dia selama 4 hari kat hotel tu.

"You're welcome my dear. And thanks to you too." Tiba-tiba dia ucapkan terima kasih dekat aku pulak.

"For what?" Aku tanya dia balik.

"For your existence in my life." Aku terkedu. Tak tahu nak balas apa. Muka pun dah cun terbakar ni. Aku berdehem.

"Tadi kata ada hal kan?" Aku tukar topic lebih kepada nak menghalau actually hehe.

"Nampak sangat kau tak sabar nak halau aku balik kan?" Dia ketawa kecil. Aku buat muka derk je.

"Ye la aku pergi dulu. Take care." Baru dia nak buka pintu kereta aku panggil nama dia. Dia angkat kening bertanya.

"Kenapa awak selalu cakap take care instead of bye ke? See you ke?" Aku bertanya. Saja nak tahu. Sebab dia selalu cakap 'take care' kalau korang perasan lah.

Kemudian dia tunduk untuk samakan aras mata dia dengan aku. Terundur setapak kebelakang aku sebab jarak kami yang dekat. Terus telan liur.

"You know what...'bye' is a formality and 'see you' is a feeling but, 'take care' is an emotion. Understand sweetheart?"

Aku terus angguk. Padahal tak masuk otak pun apa yang dia cakap tu. Jantung dah berdebar habis sampai tak boleh berfikir aku.

Dia pandang mata aku. Lama. Buat aku tak senang duduk. Bukan, berdiri. Kemudian dia senyum dan terus masuk kereta.

Aku pulak masih tercegat ditempat yang sama. Hanya menghantar permergian dia dengan mata. Dia selalu mampu buat aku hilang kata-kata haih.

p/s : agak boring this chapter. and sorry lambat update sis busy sikit sekarang ni huhu. so enjoy and vote ye ⭐♥

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

1.6M 60K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
108K 5.2K 54
Dia terkenal.Ramai peminat.seorang senior kat sekolah. Tapi dia juga seorang yang dingin,beku dan tak ada perasaan. Veronica vie ilara. student spm...
64.4K 2.9K 37
Semua manusia ingin kebahagian, tetapi tidak. Mahu kecapi kebahagian mesti ada cabarannya. Airiana Alysha dipanggil Airi Dia seorang yang kuat seman...
31.5K 1.4K 33
Orange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' s...