My Crush, Bestfriend & Iใ€JJKใ€‘

By lil-eilish

488 131 28

"๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’†๐’๐’–๐’Ž ๐’‚๐’Œ๐’– ๐’„๐’Š๐’๐’•๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’‚๐’– ๐’‚๐’Œ๐’– ๐’…๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’†๐’๐’‚๐’ ๐’”๐’Š๐’‚๐’‘๐’‚ ๐’Œ๐’‚๐’– ๐‘บ๐’‚๐’†๐’“๐’‚." -๐ฝ๐‘’๏ฟฝ... More

โ€ข.ยธโ™ก 01 : First Meet โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 02 : Who Are You โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 03 : Become More Closer โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 04 : Cinta Semakin Berputik โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 05 : Two Men Take Care One Girl โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 06 : Missing Someone โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 07 : Mysterious Women โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 08 : Special Gift โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก09 : This is Just The Beginningโ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 10 : I'm Scared โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 11 : Happiness Is Declining โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 12 : I"m Lost Everything โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 13 : Please Don't Leave Me โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 14 : Nothing To Say โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 15 : I Must Let You Leave โ™กยธ.โ€ข
17 : Mark-ker Troubleshoot โš† _ โš†
โ€ข.ยธโ™ก 18 : Hello Canada โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 19 : Blink of an Eye โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 20 : Unfortunate โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 21 : Kenal tetapi tidak Sedarโ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 22 : Home โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 23 : Baby!! โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 24 : Rumor โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 25: Angkara Siapa? โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 25: Can't keep hiding โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 27 : Back To Know Him โ™กยธ.โ€ข
โ€ข.ยธโ™ก 28 : How Could I know You?โ™กยธ.โ€ข

โ€ข.ยธโ™ก 16 : Fight Like Childish โ™กยธ.โ€ข

15 5 0
By lil-eilish

~Vote and Comment✨~
~Enjoy Reader❤️~

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Mark pov

Aku bukakan pintu kereta kepada Saera agar dia duduk di sebelah ku. Jisoo hanya mencebik saja. Dia membuka pintu kereta belakang,dan menghempasnya.

"Oii kereta aku tu"

Saera ketawa manakala Jisoo endahkan aku. Aku masuk di tempat pemandu untuk meneruskan perjalanan. Sebaik saja aku menghidupkan enjin kereta tiba-tiba Saera tersepak sesuatu di kakinya.

"Ehh apa ni?" Saera mencapai beg kertas tersebut.

"Cuba buka" Pinta Jisoo.

Saera mengganguk. Benda apa dalam kereta aku ni? Oh! Perfume.

"Ehhh jangan!"

Jisoo dan Saera terus memandang ku pelik. Aku terus merampas beg kertas tersebut dan letakkan di tepi kaki ku.

"Errr kawan aku punya"

Jisoo dan Saera memandang sesama sendiri. Mereka ketawa serentak.

"Mark ada buah hati. Mark ada buah hati. Mark ada buah hati" Mereka serentak mengejek ku dengan mengulangi ayat itu seperti lagu.

"Mana ada!"

"Eyok! Mark marah? Jawapan dia ada lah ni HAHAHA" Usik Jisoo.

Aku hanya mencebik dan menekan pedal minyak. Eii menjengkelkan. Kereta meluru laju meninggalkan hospital.

"Saera nak pergi rumah kau dulu ke? Ambil barang" soal Jisoo.

"Haah, telefon aku dekat rumah."

"Ok."

Aku hanya membisu. Walaupun Saera bersetuju untuk ke rumahnya, tetapi aku sendiri tidak ingin ke sana lagi.

Tiba di rumah Saera aku terus membuka tali pinggang dan keluar.

"Ehh Mark tak perlu la kau turun" Tegur Saera.

"Tak apa aku teman"

"Oh ok"

Saera turun dari kereta lalu diikuti aku. Jisoo dia tinggalkan di dalam kereta. Pintu rumahnya ditolak. Tidak berkunci. Aku mendahului langkah Saera. Kaca bertaburan di lantai.

"Hati-hati" Aku menyua tangan ku kepadanya

"Thanks" Saera menyambut.

Aku memegang tangannya lalu naik ke atas. Tiba di atas Saera melepaskan pegangan. Dia mengambil bagasi di bawah katil lalu membuka almari baju.

Aku berjalan-jalan meninjau perhiasan di dalam bilik itu. Terdapat sebuah frame gambar Saera bersama Jungkook. Gambar paling besar di lekatkan pada dinding,iaitu gambar perkahwinan mereka.

Di dalam gambar itu Jungkook sedang mengucup dahi Saera, di tambah pula Saera memeluk lehernya memaniskan lagi keadaan. Aku memerhati dengan lama. Kau beruntung Jungkook. Tetapi kau lepaskan tuah kau.

"Tengok apa tu?" Tegur Saera dari belakang sehingga aku terkejut.

"Err tak de apa lah"

Aku cuba mengelak Saera mengenang gambar-gambar disitu. Namun gagal kerana Saera menoleh ke gambar yang sama. Saera tersenyum sendiri. Dia menyentuh gambar itu dengan jari manisnya.

Aku memandang wajahnya. Sayu. Saera mengambil nafas lalu hembus. Dia mencapai salah satu gambar bersaiz kecil dan di masukkan ke dalam begnya. Aku tidak menghalang. Cinta tidak boleh dilupakan serta merta.

"Jom" ajak Saera.

"Dah ambil semua?" Soal ku untuk kepastian. Saera menoleh kebelakang dan memandang sekeliling bilik. Dia tersenyum lalu mengangguk.

Kami berdua turun bersama-sama. Ketika ingin keluar dari rumah, tiba-tiba Saera berhenti.

"Kenapa? Lupa something?" Soal ku.

Saera hanya diam dan tidak berkata. Dia menoleh ke belakang dan memandang sekeliling rumahnya lagi. Aku diam,Berat rupanya bagi Saera untuk lupakan rumah ni.

"Tak de apa,jom Mark"

"Meh sini bagi aku bawa"

Aku mencapai bagasinya. Dan berjalan bersama-sama keluar.

"Kau masuk lah dulu,aku simpan bagasi kau"

"Em"

Saera hanya mengangguk. Aku ke belakang kereta dan menolak punggung kereta ke atas. Bagasinya di masukkan lalu aku masuk ke dalam kereta.

"Jom Jisoo. Rumah kau kat mana?"

"Ermmm jom pergi shopping kejap"

"Ehh kenapa?"

"Hehehe ikut je!"

Aku dan Saera memandang sesama sendiri. Lalu Saera mengangkat bahu tanda tidak tahu. Jadi aku ikutkan saja kata Jisoo.


~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Nara Pov

"Ermmm sedapnya arhh I'm full"

Aku mengusap-ngusap perut ku. Lee Know ketawa melihat ku. Asal bulat sangat ke perut aku ni?

"Jom pergi main nak?" Ajak Lee Know.

"Main?" Aku membuka skrin telefon. 5:30 petang.

"Ada masa lagi ni. Nak main apa?"

Lee Know tersengih-sengih. Dia mengangkat jari telunjuk lalu di letakkan di mulutnya.

"Shuuuh jom kemas dulu"

Lee Know mengambil cawan masuk ke dalam rumah. Aku mengerutkan kening. Arhh dia nk rahsia-rahsia lagi. Tadi tempat makan pun berahsia.

"Nara cepat la bawa pinggan masuk!" Jerit Lee Know dari dalam.

"Tahu tahu!"

Aku bangun bagaikan orang tua lau mengeliat sekuat hati. Arh selesa. Pinggan di angkat. Kasut ku di sarung lalu berjalan masuk ke dalam rumah.

Aku meletakkan pinggan di tepi sinki. Lee Know mengambilnya lalu basuh. Aku sandar di sinki sementara menunggunya. Pada masa yang sama aku memerhatikan rumahnya.

Tak de banyak ruang tapi kemas dan bersih walaupun makan,mandi,tidur di ruang yang sama. Wahhh

"Apa awak usya tuh" Tegur Lee Know.

Rupanya dia baru sahaja selesai membasuh pinggan. Aku terdiam. Aku menoleh ke arahnya perlahan. Kemudian Lee Know mengangkat sebelah keningnya. Aku terus menggeleng dan tersengih.

"Huh jom"

"Ehh tunggu"

"Pergi mana ni. Kang baju saya ni tak sesuai bersukan pulak"

Aku menarik sedikit kain baju ku. Lee Know memandang ku dari atas hingga bawah. Dia mengusap dagunya sebentar dan kembali masukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket jaketnya.

"Ok je, awak bukan pakai skirt".

Setelah agak lama berjalan. Lee Know berhenti di suatu tempat. Dia melangguk membaca papan kedai tersebut.

"Ni lah tempatnya jom masuk"

"Permainan besbol dalaman? Wahhh"

Aku mengejar Lee Know masuk ke dalam. Lee Know membayar di kaunter dan mengambil peralatan. Kemudian aku mengekori dia masuk ke dalam bilik permainan. Terdapat skrin yang cukup besar untuk menunjuk suasana bermain besbol.

Sedang aku leka, tiba-tiba Lee Know mencapai tangan ku. Aku memandang wajahnya yang fokus memakaikan sarung tangan kepada ku. Baik betul dia ni

"Nah ambil ni" Kayu besbol disua.

"Tengok aku buat dulu."

Aku terus duduk di kerusi luar dan memandangnya di sebalik dinding berkaca. Lee Know merenggangkan badanya kemudian membuka langkah untuk bersedia.

Dengan bergaya sekali dia memegang kayu besbol. 1,2,3 bola dari lubang skrin terus keluar seperti perlawanan sebenar. Lee Know mengangkat kayu besbol lalu puuf!! Pukulannya mengena dengan tepat sekali.

"Woooooww Lino!!"

Terjerit ku bagaikan menonton perlawanan bola sepak. Lee Know membuat flip hair kemudian menembak mini love kepada ku bagaikan dia ramai peminat.

Aku ketawa melihat tingkah lakunya. Kini giliran aku. Kayu besbol di capai dan aku menuju ke pintu. Aku sengaja merempuh bahu Lee Know kononnya dia tak lah sehebat mana.

"Tengok saya pulak"

"Eleh"

Seperti Lee Know juga,aku merenggangkan badan. Langkah kaki di buka. Wait macam mana nk pegang kejadah ni? Tidak sempat aku mengangkat kayu besbol,bolanya sudah keluar dari skrin.

"Aaaaaa!"

Bola yang sepatutnya dipukul aku sebuk mengelak. Berlari-lari aku di dalam studio itu. Lee know ketawa terbahak-bahak.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Lee Know Pov

Puas aku ketawa pada Nara,aku mencapai air gas di tepi ku lalu meminumnya. Nara masih sibuk berlari di dalam. Bola besbol dituju berkali-kali.

Dreeenggg!!!

Telefon Nara berdering. Marker Pen? Owh I see. Aku mengangkat panggilan nya.

"Weh Nara"

"Apa kau Nara Nara. Ni aku lah Lino"

"Lino? Pehal kau pegang telefon dia? Kau jangan macam-macam dengan aku".

"Eih sabar lah. Aku tengah... Tengah date dengan dia. Dia pergi mandi kejap"

"Kau cakap betul-betul! Korang kat mana? Aku nak pergi ambil dia sekarang".

"Ok,kalau kau tak percaya datang lah tengok. Kejap aku send alamat"

End Call

Aku membuka mesej lalu menaip location yang sebenar. Mesti dia malu sebab tertipu haha.

"Ehh kenapa tu Lino"

Nara berjalan perlahan sambil memegang pinggang nya. Penat berlari di dalam lah tu.

"Owh Mark call,dia tanya awak kat mana"

"Oohh fuuh,dah awak pulak. Herhh penatnya"

"Berlagak lagi"

"Eiii" Nara menampar bahu ku. Aku makin ketawa melihatnya marah.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Eunwoo Pov
Rumah Appa Jungkook

Aku berjalan bersama Kexin di taman. Dia hanya mengikuti di belakang. Aku tidak bersuara sepatah pun sejak membawanya dari bilik appa hingga ke sini.

"Erm Wowo"

Aku menoleh ke arahnya dan mengangkat sikit muka ku tanda menyahut.

"Kau tahu tak Jungkook suka perempuan macam mana?"

"Kenapa tanya?"

"Aku nak try dia lah"

"Dia ada wife dah"

"Tak dia dah gaduh dengan wife dia. Biasa-biasa je wife dia".

Aku terkejut. Jadi Jungkook datang ke sini bukan saja kerana appa tetapi dia menjauhkan diri dari isterinya?

"Ermm Wowo?"

"Err entahlah aku tak kenal Jungkook sangat"

"Macam tu pula, aaa!"

Aku menoleh ke belakang apabila mendengar jeritan di perakhiran ayat Kexin. Dia terjatuh ke lantai. Tumit kasutnya yang tinggi itu patah.

Aku terus mengangkatnya duduk di kerusi batu. Kasutnya ku letakkan di sebelah. Lalu aku membelek kakinya. Terdapat luka di buku lali dan lutut.

"Berdarah lah. Lain kali jalan elok-elok"

Aku mengambil hujung baju ku lalu mengelap luka di kakinya. Kexin tersenyum walaupun aku memarahinya sebentar tadi.

"Kau tak pernah berubah,selalu risaukan aku"

Katanya dengan tersengih. Aku mendengar sahaja tanpa membalas apa-apa.

"Dulu masa sekolah kaki aku melecek sebab pakai kasut baru. Kau juga yang tolong. Lepas tu kita mula rapat, kita selalu melukis sama-sama." Kexin tersenyum mengenang waktu persekolahan kami bersama.

Tapi lepas tu kita menjauh, kau tinggalkan aku semata-mata mengejar cinta lelaki lain. Aku hanya membalas dalam diam.

"Kau masih melukis Wowo?"

"Haah,jom masuk dalam. Aku nak cuci luka tu"

Aku memegang kasutnya kemudian memapah Kexin masuk ke dalam rumah.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Mark Pov
Permainan Besbol Dalaman

Aku terus menutup pintu kereta dan melihat semula alamat yang di beri. Betul ke tempat ni? Fuh nasib bukan hotel tadi.
Aku terus melangkah masuk ke dalam.

"Ehhh kejap"

Aku kembali ke kereta lalu mengambil topi dan mask . Aku kembali berjalan ke arah kedai itu. Aku meninjau-ninjau di setiap studio. Akhirnya aku ternampak Lee Know sedang duduk bersama Nara.

Terus aku menerkam ke arah mereka. Lalu aku menarik kerusi dan duduk di antara Lee Know dan Nara.

"Ehh Mark,tak de tempat lain dah ke kau nak mencelah?"

"Tak de"

Lee Know disebelah ku selamba saja menikmati air bergas tanpa rasa bersalah. Aku yang tidak senang melihat dia begitu,terus merampas minumannya dan minum dengan senang hati.

"Ehh kau ni"

"Uhuk! Uhuk! Air ape ni?"

Terbatuk aku dibuatnya kerana air itu terlalu bergas. Nara mengurut belakang ku perlahan.

"Kau ok tak Mark?"

"Pfft haha padan muka"

Aku menjeling Lee Know di sebelah. Nanti kau!

"Ehem Nara jom pergi rumah baru Saera"

"Ehh tapi aku tengah.."

"Tak tak jom" aku terus menarik Nara menjauhi Lee Know.

Lee know pula terus mengekori kami sehingga ke kereta ku.

"Kau takyah ikut".

"Aku nak ikut. Boleh kan Nara?" Pinta Lee Know sambil membuat muka comel.

"Boleh" Jawab Nara senang hati.

Lee Know ingin masuk ke dalam kereta lalu aku menahan. Tetapi Lee Know menepis. Aku menarik belakangnya sehinga jauh dari kereta.

"Tak boleh"
"Boleh"
"Tak boleh!"
"Boleh!"

Aku memandang tajam ke dalam mata Lee Know. Dia juga memandang kembali. Bagaikan kilat menyambar dari matanya ke dalam mataku.

"Aku tanak ikut kau kalau kau tak bawa Lee Know" Nara membentak

"Teta.."

"Muktamad!"

"Bwerk" Lee Know menjelir lidahnya kepada ku. Ingin saja dia masuk ke dalam,aku menarik semula.

"Ehhh kau.."

Aku membuka pintu depan dan menolak nya masuk. Aku mengeluarkan dua jari ku lalu menuding mataku dan menunjuk ke arahnya. Kau jangan tergedik-gedik nak duduk dengan Nara.

Tiba di rumah Jisoo.

"Dah sampai. Turun-turun"

Nara berlari ke luar dan berdiri di depan kereta.

"Mana satu rumah Saera?"

"Saera tinggal kat rooftop rumah Jisoo sementara"

"Ehh macam Lino. Dia pun tinggal kat rooftop . Cantik." Beritahu Nara. Aku ketawa.

"Muka handsome tinggal dekat rooftop je? HAHA"

"Suka hati aku lah. Yang pasti aku lagi handsome dari kau" Lee Know menjeling ke atas.

"Ehh aku lagi better lah"

"Herhh muka macam tukul kayu"

"Apa kau cakap?"

"Tukul kayu!"

"Sini kau!"

Aku teruk menarik telinga Lee Know sehingga dia terlompat. Lee Know tidak mengalah. Dia menarik semula rambut ku.

"Aaaa!!"

Aku mengubah posisi menarik rambut nya ke tepi. Manakala Lee Know menarik rambut ku ke kiri. Kami berdua berpusing disitu.

"Lepas lah!"

"Kau lah lepas,sakit bodoh!"

"Kau cakap aku tukul kan? Kau lah lepas"

"Hey korang! Tengok ni cantiknya!"

Tiba-tiba Nara menolak kami berdua sehingga terjatuh. Aku memandang ke arah yang dikatakan Nara. Begitu juga Lee Know.

Baru ku ingat Jisoo mengajak aku dan Saera shopping tetapi aku tidak dapat menemani mereka kerana menerima panggilan kerja. Jadi aku tinggalkan mereka disitu. Rupanya Jisoo menghias rumah ini.

"Wahhh ni ke rooftop tu? Cantiknya"

°°°°°°°°°°°°°Continue°°°°°°°°°°°°°

Continue Reading