A/N
I purposely write it a bit confusing. Read carefully and try to figure it out on your own.
Unedited.
༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
❝ You can't change what's already been decided. ❞
Derapan terompah kecilnya bergema di kaki lima istana. Kain yukata yang labuh menyapu lantai diangkat tinggi sambil kakinya pantas berlari. Dia tidak kira lagi pandangan orang sekeliling, yang paling tak pun cumalah para pembantu istana, yang penting sekarang dia perlu sampai ke tempat itu. Ke bilik tatami di mana berlangsungnya upacara teh tahunan yang menghimpunkan seluruh keluarga diraja Negara Matahari Terbit itu.
Dia tidak boleh lambat ke majlis tersebut. Sejak zaman berzaman, upacara teh Jepun dianggap sebagai suatu seni klasik yang amat berharga serta penting untuk diwarisi oleh golongan bangsawan khususnya dari generasi ke generasi. Bermula dari teknik membancuh teh hingga cara memegang cawan, segalanya mesti tepat lagi sempurna tanpa sedikit silap pun.
Akhirnya, dia tiba juga di bangku menunggu dengan nafas yang tercungap-cungap akibat berlari tak henti-henti dari bilik beradunya tadi. Dia perlu menunggu di situ sebelum tiba gilirannya untuk dijemput masuk. Walaupun ibunya yang menjadi hos pada hari ini, dia juga tidak terkecuali sebagai salah seorang tetamu.
Punggung dia labuhkan di hujung bangku. Saudara-mara yang lain sudah lama sampai namun tidak ada seorang pun yang berani dia tegur. Memang sifat semulajadinya seorang yang pemalu. Dia cuba duduk sejauh mungkin dari ahli keluarga yang lain. Wajah ditunduk menatap lantai agar kehadirannya tidak menarik perhatian sesiapa.
"Kazuto-kun."
Tersentak dia mendengar namanya dipanggil seseorang. Lunak sahaja suaranya tetapi dia tahu itu bukan ahli keluarga terdekatnya. Mungkin sepupunya yang dia sendiri tak kenal siapa. Keluarganya besar, kalau nak dihafal semua nama mereka memang kalah sifir dua belas.
"Kazuto-kun."
Sekali lagi, suara itu menyeru namanya. Perlahan-lahan, dia mengangkat wajah namun pantas ditundukkan semula. Pipi mula membahang. Jika dengan ahli keluarga sejantina juga dia tak biasa bergaul, apatah lagi seorang wanita! Nak pandang pun kecut perut anak kecil itu dibuatnya.
"Kazuto-kun. Why are you so shy? It's me, Eri-san."
Ujar wanita tersebut sambil menyelitkan seurat dua rambutnya yang terlepas dari sanggul ke telinga. Dia menunduk sedikit, cuba menyamakan paras kepalanya dengan Kazuto.
"Do you know me?"
Dia bertanya mesra dengan senyuman manis terukir di bibir yang semerah kimono dikenakannya. Kulit wajahnya putih melepak bak salji begitu kontra dengan rambutnya yang hitam seperti langit malam. Soalannya cuma dibalas dengan gelengan laju. Melihat reaksi budak lelaki itu, dia tergelak kecil.
"I'm your first cousin. The daughter of Lady Hoshimura, your father's sister."
Kazuto hanya mengangguk-angguk, tidak pastu apa yang harus dibalas. Kalau sepupu itu sepupulah, bukannya ada kaitan dengan bahagia dan derita dia pun. Tiada sebab untuk terlalu ambil tahu ialah pesanan ibu yang sentiasa menjadi pegangan. Kata ibunya lagi, ahli keluarga sekalipun, jangan mudah percaya.
"You are so shy Kazuto-kun."
Sepupunya tertawa geli hati akan kerenah Kazuto yang comel. Hujung kimono dibawa menutup mulut. Ketika itu, tamat giliran seorang tetama digantikan lagi oleh tetamu seterusnya. Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja yang masih duduk di bangku menunggu.
Suasana sunyi dengan sesekali kedengaran bunyi percikan air yang datangnya dari kolam ikan koi. Salji hari itu tidaklah begitu tebal tetapi apabila cuma yukata yang melindungi kulit seperti ini, mana tak beku dibuatnya. Tangan yang sejuk tak bersarung Kazuto gosok-gosokkan dalam usaha mencari haba.
"Are you cold, Kazuto-kun?"
Sedar akan gerak-geri Kazuto yang menggigil semacam, wanita tersebut bertanya lagi. Prihatin nadanya. Anak kecil itu menjawab dengan anggukan sahaja. Bibir masih terkatup rapat sedari tadi.
"Then, warm it here."
Jarinya menunjuk ke dada, diketuk-ketuk di sana. Mimik muka cuba dikawal agar tidak begitu ketara. Kazuto yang tidak faham mengerutkan kening tebalnya.
"Put your hands here."
Ujar wanita itu lagi, kali ini intonasinya lebih kepada berbisik. Dia beralih sedikit, menukar posisi duduknya supaya mencapai sudut paling sempurna. Sesekali mata dikerling ke arah pohon-pohon bonzai yang sudah beratus tahun usianya.
"Here..."
Tangan anak kecil itu diangkatnya separas dada lalu berhenti seketika di situ.
"Put it in here."
Lurah yang dalam lagi gebu kenampakan, namun adakah budak lelaki yang umurnya baru menginjak 4 tahun itu mengerti? Tidak! Apakah benda itu juga dia tak tahu. Inikan pula mengesan niat jahat si wanita berwajah manis itu.
Masih teragak-agak mahu menurut, Kazuto kaku buat sementara.
"You are cold, right?"
Soal wanita bergelar sepupunya itu, kian hilang sabar. Dia perlu bertindak pantas jika hendak menjayakan misinya yang satu ini. Kazuto yang tidak tahu apa-apa, mengangguk lagi.
"Then, put it in here. It's warm inside."
Sedikit demi sedikit, tangannya dimasukkan ke dalam kimono wanita itu yang kemudiannya senyum menyeringai. Dalam hatinya tertawa puas kerana dendam kerabat akhirnya terbalas jua!
Dan di sebalik daun-daun bonzai yang menghijau itu, tersembunyinya lensa yang telah merakam segala apa yang sedang berlaku.
🍵🍵🍵
"Y-you didn't do it, right Kazu-chan?"
Kepala anak kecik itu diusapnya lembut, kadang terhinjut dek esakan yang tak berhenti sejak tadi.
"Stop trying to back him up! The video proved everything. It's already on the media. The whole country is talking about it!"
Semua orang yang berada di dalam bilik itu terdiam seribu bahasa pabila Maharaja Jepun meninggikan suaranya. Keadaan terlalu sunyi sehinggakan dengusannya turut kedengaran jelas.
"Eri!"
Eri yang duduk di sebelah ibunya tersentak. Teragak-agak wajah diangkat memandang ayah saudaranya.
"Why didn't you tell us earlier?"
Dia terdiam, membiarkan soalan tersebut tergantung di situ. Rakaman yang tular sampai menghebohkan seluruh negara Jepun menjengah fikiran, memaparkan dia dan Kazuto duduk di atas bangku, sebelum Putera Raja itu memasukkan tangan ke dalam kimononya yang disangkakan ramai ialah gangguan seksual.
"ERI, ANSWER ME!"
Terkejut mendengar sergahan Maharaja, Eri berusaha mengawal gentar yang hampir saja memadamkan skrip yang sudah dihafal berminggu-minggu lamanya. Dia tersedu-sedu sedikit seraya berkata,
"I-I don't have the heart to."
Mukanya ditekup dengan kedua-dua tapak tangan, kononnya untuk menahan tangis tetapi sebenarnya menyembunyikan senyuman jahat yang melebar di bibir.
Maharaja mendiamkan diri untuk seketika. Tangan disilangkan ke belakang dengan mata yang tertutup rapat. Jelas menunjukkan betapa runsingnya dia memikirkan hal ini. Semua orang sedang mengkritik keluarga diraja Jepun, tidak kiralah rakyat biasa mahupun golongan bangsawan. Reputasi mereka sebagai ketua negara kian tercemar kerana budak lelaki itu.
"KAZUTO KIRIGAWA!"
Esakan anak kecil itu bertambah kuat. Kepala masih tersembam ke dalam pelukan ibunya yang erat. Ibunya juga tidak mampu menghalang air mata daripada terus mengalir membasahi pipi kerana dia tahu apa yang bakal menimpa anaknya selepas ini.
"You are a big shame to our family!"
Api kemarahan menyala marak di dalam matanya yang merenung tepat pada anak beranak itu.
"Don't do it to him..."
Isterinya cuba memujuk. Belakang anaknya digosok-gosok penuh kasih sayang yang tidak berbelah bahagi seorang ibu.
"I will do it to him. It's the only way to teach him."
Tangan kurus kanak itu direntap keluar dari dakapan ibunya. Jelingan tajam si Maharaja jatuh tepat pada mata isterinya sebelum mengheret anak lelaki yang sedang meronta-ronta mahu dilepaskan itu pergi. Jarang sekali dia bersuara walau dengan adik-beradik sendiri, apatah lagi meraung seperti ini.
"Okaasan!!!"
"Kazuto!!! My son!!!"
Pecah suara si ibu memanggil nama anak kesayangan itu tepat sebelum dia hilang di sebalik pintu. Raungan yang sangat seksa bunyinya kedengaran jelas sungguhpun sudah jauh darinya, meluluhkan lagi hati si ibu. Tidak sanggup dia membayangkan apa yang bakal terjadi kepada anaknya kelak. Dipukul, disebat, dirotan, atau mungkin dicucuh dengan besi panas. Apa-apa boleh berlaku.
Maharaja Jepun, siapa sahaja yang tidak kenal akan ketegasannya? Bahkan rakyat jelata juga semuanya berdisiplin dek gerun terhadapnya, inikan pula ahli keluarganya sendiri. Hukumannya tidak mengenal siapa, termasuklah anak kandungnya sendiri.
"ARGHHHHH!!!!!"
Mata si ibu terbeliak mendengar lolongan yang sarat dengan kesakitan itu di kejauhan. Semakin deras air matanya jatuh menuruni cerun pipi. Kazuha dan Kazuya menghampiri ibu mereka, turut sama mengalirkan air mata. Entah apa yang sedang berlaku kepada adik mereka yang tidak berdosa itu sekarang ini. Sambil mengesat cecair jernih yang sekian lama membasahi kedua-dua pipi, Maharani berpaling kepada dua orang wanita yang duduk di sofa bertentangan mereka. Bibirnya diketap penuh sakit hati apabila terpaksa berhadapan dengan hipokrit seperti mereka berdua.
"I know this is all your plan, Hoshimura-san!"
Jarinya dituding tepat ke arah wanita yang masih ketat wajahnya meskipun sudah berusia itu. Dia dan anaknya dua-dua mengulum senyum puas. Tadi bukan main dia pura-pura turut sama bersedih.
"I know... but I don't have the evidence to prove it."
Menggigil tubuh Maharani kerana perasaan geram yang kian meluap-luap dalam diri. Anak-anaknya cuba menenangkan si ibu.
"You wicked witches!!!"
And the witches burst into a laughter of victory.
🍵🍵🍵
Belum lagi reda kesakitan pada kulitnya yang melecur akibat dirotan seluruh badannya menggunakan besi panas, tubuh kecilnya dihumban ke atas lantai sebelum pintu bilik yang gelap gelita itu terhempas kuat. Terpisat-pisat dia cuba membuka mata untuk melihat ke arah pintu, satu-satunya objek yang dia boleh nampak. Hanya bayang-bayang besar ayahnya sahaja yang dapat dilihat pada cermin kecil pintu yang lutcahaya.
"This is the only way to learn your lesson, Kazuto. You are not going out of here until the right time. You'll eat here, bath here, study here, play here."
Dia mengambil jeda sebelum menyambung,
"Everything here, all by yourself."
-ialah ayat terakhirnya sebelum dia berlalu pergi. Anak kecil itu terkebil-kebil seketika, kurang faham akan arahan ayahnya. Dengan menahan sakit di seluruh anggota badan, dia bergerak ke pintu. Tombol cuba dipusing, tetapi berkunci. Diketuknya berkali pula namun tiada jawapan. Fikirnya mungkin tiada ornag berhampiran. Buntu, dinding pula dia raba dan suis lampu diketemukan.
Tatkala sinar cahaya lampu menerangi bilik, keringat dingin mula bertakung di dahinya. Saiz bilik tersebut hanya boleh memuatkan sebuah katil kecil, sebuah piano dan sedikit ruang untuk bergerak. Tidak terlalu kecil tetapi tidak sebesar bilik lain di istana. Terdapat satu pintu lain yang barangkali membawa ke bilik mandi. Betul-betul di tepi katil ialah tingkap yang kecil sahaja saiznya.
Dia dilanda tanda tanya. Adakah dia akan tidur di dalam bilik yang sempit ini? Bukanlah satu masalah besar bagi dia yang beranggapan bahawa dia cuma perlu beradu di sini untuk malam ini sahaja.
Namun dia silap.
Esok, lusa, hari selepas lusa, sepenuh masanya dihabiskan di dalam bilik tersebut. Seperti apa yang diperkatakan oleh ayahnya, dia makan, mandi, belajar, dan bermain di situ, seorang diri. Makanan akan dihantar oleh pembantu pada jam tertentu melalui ruang khas di bahagian bawah pintu. Apabila masuk waktu belajar pula, dia dibekalkan dengan buku dan guru di luar pintu akan memberikan penerangan.
Beberapa hari berlalu, dia masih belum berpeluang untuk bersemuka dengan ibu mahupun adik-beradiknya. Dia bersendirian di dalam bilik yang malap itu, yang meskipun berkelengkapan lengkap untuk meneruskan hidup, baginya tak ubah seperti kotak. Hanya alunan piano yang dia sendiri mainkan menghiburkan dirinya. Sesekali dia melakar dan melukis menggunakan alat tulis yang dibekalkan. Kadang pada kertas, kadang pada dinding. Piano dan pensel, itu sahajalah sahabatnya.
Pejam celik pejam celik. Anak kecil itu sendiri tidak tahu berapa hari sudah berlalu. Barangkali berbulan-bulan dan dia sahaja yang tidak tahu. Suara lembut ibunya dan gelak tawa adik-beradik yang lebih ramah daripada dirinya sendiri benar-benar dia rindui. Tetapi adakah mereka juga merindukan dia, seorang budak lelaki yang sangat pendiam?
Dirinya kini diumpamakan dengan terperangkap di dalam rumah sendiri. Kurang ruang, kurang cahaya, kurang hiburan, kurang kasih sayang. Dia duduk memeluk lutut di atas katil. Pandangan tertumpu ke luar tingkap yang cukup-cukup membenarkan sedikit sahaja cahaya membolos ke dalam bilik. Musim sudah pun berganti. Salji telah lama mencair digantikan dengan tarian bunga sakura yang menjadi kebanggaan orang di negaranya. Banyak dapat dia lihat dari sini, taman, tasik, jalan raya, menunjukkan bahawa bilik ini terletak di tingkat yang agak tinggi.
Dia keliru. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Apa yang dia sentuh pada hari itu? Apa dosanya dihukum seteruk ini? Air mata yang bertakung di sebalik kelopak mata akhirnya menitis jua mengenangkan nasibnya yang malang. Tiada gunanya menjadi ahli kerabat jika hidupnya dipenjarakan di dalam kotak yang gelap ini.
Tika mutiara jernih semakin banyak melimpah keluar dari kolam matanya, dia didatangi seseorang. Kepala yang dibenam ke dalam lutut diangkat dan apa yang mengejutkannya, bukan 'seseorang' tetapi seekor burung.
Burung tersebut singgah di atas birai tingkapnya. Mereka saling berpandangan untuk seketika, bagaikan ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh haiwan itu kepadanya. Ia berubah kedudukan, dari birai tingkap terbang ke katil Kazuto. Di atas tilam itu ia mendarat, lalu menghampiri anak kecil itu. Terkejut melihat tingkah-laku burung itu, Kazuto masih kaku di tempatnya sebelum si burung mula menggosok-gosokkan diri pada kakinya.
"N-nani?..."
Burung yang putih warnya itu terus bermanja dengannya ibarat Kazuto sudah lama menjadi tuannya padahal mereka baru berjumpa untuk beberapa minit. Kazuto yang masih terpempan cuba mendekatkan telapak tangannya pada kepala burung itu lalu diusapnya perlahan. Ternyata dia berjaya apabila si burung tampak seronok bermain dengannya.
Setelah sekian lama, akhirnya budak lelaki itu mampu mengukir senyuman sekali lagi. Dia punya sahabat baru, meskipun ia bukanlah seorang manusia.
🍵🍵🍵
Ketinggiannya meningkat puluhan inci, begitu juga dengan air wajahnya yang semakin hari semakin kaku. Setiap kali rambutnya cukup panjang, tangannya akan digari terlebih dahulu sebelum tukang gunting memotong rambutnya. Entah berapa kali sudah dia perlu lalui situasi itu, mula-mula memang payah namun lama-kelamaan dia menjadi biasa. Mukanya tak beriak dengan bibir yang diketap rapat. Cahaya pada wajahnya kian hilang.
Entah berapa tahun juga telah berlalu, dia tidak ambil tahu. Pedulinya terhadap ahli keluarga sudah lenyap ditelan masa. Buat apa mahu sibuk memikirkan mereka sedangkan tiada sesiapa yang melawat dirinya sepanjang tempoh dia dipenjarakan, kecuali haiwan-haiwan yang datang singgah di biliknya. Ada masanya burung yang menjenguk dari tingkap, ada masanya tikus yang mengintai dari siling. Mereka semua kawan-kawannya. Dia percaya, persahabatan yang terjalin dengan binatang lebih tulus daripada manusia. Manusia sama sahaja.
Dia tidak perlukan sesiapa dalam hidupnya. Membesar di dalam kotak kecil ini telah mengajar dirinya untuk menghargai nikmat berseorangan. Malah kini, baginya menyendiri jauh lebih menyeronokkan daripada melayan kerenah manusia yang hanyalah pura-pura.
Bila bosan, dia akan bermain piano kesayangan. Apa yang susah. Kalau tidak pun, pensel dan kertas sentiasa ada bersama. Dinding bilik sudah pun penuh dengan contengannya. Dari orang lidi hinggalah lakaran yang realistik seakan objek itu sendiri yang masuk ke dalam lukisan.
Bilik itulah yang menjadi saksi tumbesarannya dari seorang anak kecil yang tak mengenal erti baik dan jahat kepada seorang remaja yang amat paranoid. Kini, semua orang jahat di matanya tak kiralah siapa baik ahli keluarga mahupun bukan.
Suatu hari ketika dia asyik melakar seekor tikus yang melepak bersama di atas katilnya, pintu diketuk dari luar. Pensel 2Bnya terlepas dari tangan. Dia mendengus kasar. Mengganggu sungguh. Sekarang masih awal pagi, bukan waktu makan dan bukan waktu belajar. Rambutnya juga masih pendek jadi buat apa nak sibuk panggil dia hari ini. Dengan langkah yang berat, dia menghampiri pintu.
"Your Highness, it's about time for you to go out."
Sebaik sahaja pintu terbuka, beberapa pekerja istana menunduk hormat kepadanya. Dia cuma memandang mereka kosong. Satu decitan terlepas dari mulutnya.
"I don't want to."
Pendek sahaja jawapan yang dia beri cukup mengejutkan semua yang sedang menunduk di hadapannya. Mereka mengangkat wajah memandangnya, masing-masing tidak percaya.
"I feel comfortable enough."
Tambahnya lagi, mendatar tanpa naik turun.
"B-but Your Highness, His Majes-"
"Cut it off."
Semua mata beralih ke arah datangnya suara yang garau itu. Masih tidak menunjukkan sebarang reaksi, Kazuto hanya berpeluk tubuh merenung lelaki tua yang sedang melangkah menghampirinya itu. Dia langsung tak berubah, kedutan yang sama banyaknya, kumis yang sama lebatnya, bengis yang tak kurangnya dengan kali terakhir dia lihat dulu.
"Otosan."
Maharaja berhenti di hadapan anak yang sudah bertahun-tahun dia tak lihat itu. Terlalu banyak dia berubah, mungkin lebih daripada apa yang dia harapkan. Semestinya wujud juga rasa rindu terhadap anak kandungnya itu tetapi demi melahirkan generasi yang berdisiplin tinggi dalam kerabat diraja Jepun, dia terpaksa berbuat sebegini.
"What date is today?"
Soal Kazuto, nampak langsung tak peduli akan kedatangan ayahnya. Gembira pun tidak, sedih pun tidak.
"13 April 2016."
Kali ini barulah wajah berubah sedikit sebelum cepat-cepat dia tarik menjadi normal semula.
"I've been in here for more than 10 years."
Gumamnya, namun setiap orang yang berada di situ dapat dengar dengan jelas.
"Yes, my son."
Setelah lebih kurang 10 tahun tinggal di dalam penjara, akhirnya hukuman yang dikenakan ke atas Kazuto kerana satu kesalahan yang dia sendiri tak tahu apa tamat jua. Dia tak kisah sangat pun sebenarnya. Keluar atau tidak dari bilik itu tidak membawa banyak beza. Perihal di istana sepanjang tempoh dia dihukum langsung tidak dia tanya kepada pembantu istana yang mengiringi.
Dia dibawa ke ruang rehat di mana ahli keluarga yang lain sudah pun menunggu. Paling teruja pastinya si ibu. Bukan dia tak mahu bertemu dengan anak itu tetapi dia dilarang sama sekali. Hampir setiap malam dia memandang ke arah tingkap bilik anaknya dikurung. Wajah anaknya yang pemalu lagi pendiam itu ingin sekali dia tatap. Dan hari ini, hari yang dia tunggu bertahun-tahun lamanya telah tiba.
Pintu bilik terbuka luas dengan setiap pasang mata membulat dalam menantikan gerangan yang bakal muncul di muka pintu. Bilamana sosok tubuh tinggi lampai kelihatan di mata mereka, semua orang meluru ke arah itu. Maharani sudah mendepakan tangan seluas-luasnya dengan kaki pantas berlari mendapatkan anaknya. Tubuh remaja lelaki yang kini lebih tinggi daripada dirinya sendiri itu ditarik ke dalam pelukan.
"Kazu-chan! I-I miss you... so m-much..."
Tak putus-putus air matanya menitis turun dari wajah, jatuh di atas kemeja putih anaknya. Kerinduan terhadap anak yang telah dikandungnya suatu ketika dahulu akhirnya terbalas meskipun tidak seperti apa yang dia sangka.
"Ka-"
"Okaasan!!!"
Tubuh tua wanita itu terjelepuk di atas lantai marmar sebelum dibantu untuk angkat oleh anak-anaknya yang lain. Berpinar-pinar matanya memandang tepat ke hadapan, ke arah anaknya yang sebentar tadi telah menolak badannya sehingga dia jatuh terduduk. Dia seakan tidak percaya, anak yang dahulunya lemah-lembut kini beriak bengis.
Kazuto menggosok-gosok lengannya. Risau, bingung, dan keliru melihat ibunya yang terduduk lemah di atas lantai. Segalanya tidak disengajakan. Tangan bergerak sendiri di luar kawalan. Bukan itu sahaja, nafasnya terasa sesak yang amat seolah-olah ada entiti halimunan yang sedang mencecik lehernya. Kepalanya terasa berpusing-pusing, sakitnya lebih parah berbanding pening. Lututnya semakin lemah kerana apa dia juga tak tahu. Dia yang hilang daya, turut jatuh tersembam dengan pipinya tepat mencium lantai yang sedingin dirinya.
Sesiapa yang cuba datang membantunya dia tepis kuat sambil tercungap-cungap dia mencari udara tetapi tidak juga berjaya. Oksigen yang ada bagaikan tidak wujud dalam dunianya. Susah-payah dia bertarung dengan kesakitan yang menyeksa diri sehinggalah kudratnya habis digunakan, dan akhirnya terkulai tidak sedarkan diri di atas lantai.
✧༺♥༻∞ author's note ∞༺♥༻✧
Bila total votes dah capai 4.2K baru saya update. Tengah busy sangat ni nak tarik nafas pun tak sempat. Jangan hairan kalau update cuma 3 minggu sekali.