KATARSIS

By wanieizan

3.8K 168 33

FIRAS AMSYAR, seorang remaja 17 tahun. Hidupnya biasa sahaja seperti remaja 17 tahun di luar sana, sedang men... More

Author's Talk
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 11

BAB 10

188 11 8
By wanieizan

- AKID -

Korang faham tak situasi dimana satu-satunya member kamceng kau kat kelas tak datang sekolah tapi tak bagitahu kau terlebih dahulu. Aku tenung meja kosong di sebelah. Celaka kau Firas. "Monyok je, boyfriend kau mana?" Sapa Fawwaz entah dari mana. Aku menjeling. Ni pun celaka juga.

"Kenapa Fi tak datang?"

"Entah, demam kot"

"Kau tak tahu?"

"Tak"

"Kenapa kau tak tahu?"

Aku mendengus. "Kau nampak muka aku ni macam mak dia ke? Banyak pula tanya."

"Tanya je. Tak payah la marah. Period ke?"

"Ha'ah, period. Hari ni first day." Kata aku selamba sambil memasukkan buku ke dalam backpack aku.

"Hmm...ponteng la tu."

"Of course, sakit otak borak dengan kau"

"Gampang"

Aku tersengih sambil bangun dan terus berjalan keluar dari kelas. Aku sempat meninjau kelas 5 Al-Battani yang diduduki oleh Lee, Red, Sam dan Ja'. Aku lihat mereka sedang tekun belajar. Aku abaikan dan terus ke arah tangga. Hala tuju aku hanya lah satu iaitu perpustakaan, port lepak aku bila aku nak ponteng kelas. Masuk sahaja perpustakaan, angin sejuk dari penghawa dingin terus menerjah ke muka aku. Lena ni kalau tidur. Dengan selamba aku berjalan ke rak buku paling belakang, tersenyum riang. Aku baring di sudut perpustakaan, beg aku dijadikan sebagai bantal. Ini lah tempat tidur aku di sekolah. Di depan aku ada rak buku besar yang boleh menyembunyikan kegiatan aku. Tambahan lagi satu rak buku ni tak ramai orang minat sebab kebanyakannya buku dalam bahasa Inggeris. Budak sekolah ni bukan pandai sangat pun dalam bahasa Inggeris.

Aku bangun dari pembaringan lalu duduk bersandar pada dinding. Entah kenapa aku tak mengantuk pula sekarang ni. Jarang terjadi ni. Tiba-tiba aku teringat apa yang aku nampak malam tadi.

Seorang lelaki berusia lingkungan awal 40-an baru sahaja keluar dari kelab malam yang terletak dihujung deretan kedai. Lengan kananya memeluk pinggang seorang wanita yang hanya memakai gaun ketat paras paha. Aku hanya memerhati sahaja pergerakan mereka sehingga Firas menepuk bahu aku.

Aku tersenyum sinis mengingatinya. "Orang tua tak sedar diri. Kubur dah panggil mari pun tak sedar diri lagi." Gumam aku perlahan. Aku menggeleng kepala, ingin membuang adegan malam tadi. Aku mencapai sebuah buku bertajuk 'The Note' dan terus membaca sinopsis dibelakangnya. Cinta? Klise. Baru sahaja aku ingin meletak kembali buku tersebut tiba-tiba ada seorang gadis terpacul di sebelah rak.

"Eh mak kau!" Aku melatah. Dia seakan terkejut melihat aku, begitu juga. Aku cepat mengalih pandangan, acah- acah membaca buku di tangan aku ini. Bapak malu. Depan perempuan pula tu kau melatah, Kid.

"Sorry" Ujar dia lalu terus berjalan di depan aku dan mencari buku di rak. Dengan ekor mata, aku menjeling ingin melihat gadis tersebut yang ralit mencari buku. Gadis itu memakai baju sekolah bersama pinafore dan rambut panjangnya kemas diikat kuda. Eh jap, dia ni bukan budak baru tu ke? A.k.a crush aku. Sedang aku ralit melihat dia, mata aku menangkap pandangan matanya yang juga sedang melihat aku. Dengan cepat aku mengalih pandangan. Damn...kantoi.

"Excuse me?" Gadis tersebut menyapa. Aku terus mengangkat muka. Dia merenung aku. Risau pula, takut kena tengking sebab kantoi tengah skodeng dia.

"Buku tu..." dia menunjuk pada buku yang aku pegang. "...you tengah baca ke?" Aku tunduk, melihat buku ditangan yang bertajuk 'The Note'. "Ha'ah." Jawab aku tanpa berfikir. Eh? Sejak bila pula aku suka baca buku macam ni?

"Oh,Okay" Ujar dia sambil tersenyum sebelum ingin melangkah pergi.

"Eh, jap!" Lagi, aku ucap tanpa berfikir. Aku pun tak tahu kenapa aku tahan dia. Yang aku tahu, aku tak nak dia pergi. Aku ligat berfikir, mencari topik. Aku membelek buku di tangan.

"You nak baca buku ni ke?" Soal aku.

"Honestly, yes. Tapi you kan tengah baca, so teruskan la." Jawab dia ramah. Melihat senyuman dia, aku automatik turut tersenyum. Mata aku tak lepas melihat mata hazel miliknya. Cantik. Aku cepat melarikan pandangan apabila sedar aku asyik melihatnya.

"Tak pe, you ambil je la. I tak start baca pun lagi. I just selak-selak macam tu je tadi." Aku menghulur buku itu kepadanya sambil tersenyum. Melihat huluran aku, dia seperti teragak-agak untuk menyambut.

"Betul ke ni?"

"Betul, ambil je." Baru sahaja dia ingin menyambut, aku terus menarik kembali buku itu. Dahi dia berkerut melihat tindakan aku. "Tapi kan..." Aku membelek buku tersebut. "...macam best je buku ni. I rasa nak baca la" Aku pandangnya sambil tersenyum.

"Oh, kalau macam tu you baca la du-" Aku menggeleng kepala. "You baca la dulu. Tapi janji dengan I, selepas you habis baca, cari I. Turn I pula yang baca. Okay?" Dia berkira-kira seketika sebelum menyambut buku ditangan aku. "Okay, promise. Tapi macam mana nak cari you, eh?" Dia soal.

Aku tersenyum. "Don't worry, sekolah ni kecil je. I ade je kat mana-mana." Dia mengangguk faham.

"By the way, nama I Akid Wajdi. Just call me, Kid. Kalau you tak jumpa I kat mana-mana, you tanya je random person kat sekolah ni yang you tengah cari orang bernama Akid Wajdi. Confirm diorang kenal." Dia ketawa mendengar lawak hambar aku. Eh, aku tak buat lawak. Aku cakap benda yang betul. Melihat dia ketawa, hati aku berbunga-bunga. "Okay-okay, nama I Evelyn. You can call me, Eve." Ucapnya, masih ada sisa ketawa. Aku mengangguk faham sambil mata tak lepas merenungnya. Gosh, I'm in love.

"Sayang?" Ade suara lelaki yang menegur kami dari arah belakang. Kami terus menoleh. Aku nampak Lee sedang melihat kami berdua. Aku kembali pandang Evelyn, dahinya berkerut melihat Lee. Sayang? Jap! Jangan cakap Evelyn ni...

"You kat sini rupanya. Puas I cari you." Aku kembali padang Lee. Lee datang dekat lalu memeluk lengan kiri aku, manja. The fuck?

"You menggatal dengan perempuan lain? Sampai hati you! You tak bagitahu pun yang you dah straight." Mata aku membulat melihat Lee di sebelah. Aku tercengang. Rupanya 'sayang' tadi tu dia tuju pada aku, bukan Evelyn!

"Eh, jangan salah faham. Kami takde apa-apa pun. Hmm..I pergi dulu." Evelyn laju sahaja meninggalkan kami tanpa mendengar penjelasan aku.

"Eh, wait!" Aku panggil tapi Evelyn tidak menghiraukannya. Aku hampa. Lengan kiri aku, Lee lepaskan. Aku tenung dia tajam dan dia macam biasa tayang muka tak bersalah.

"Kau memang setan, Lee." Ucap aku menahan geram. Lee tersenyum senget sambil membetulkan cermin matanya. Nak je aku tumbuk muka dia.

"Kau relaks la, nanti kau explain la kat dia."

"Hotak kau! itu pun kalau dia percaya."

"Kalau dia tak percaya, kau panggil aku. Biar aku explain."

"Ooo ni plan kau. Kau nak sailang dia?"

"Don't worry, bro. Chinese girl bukan type aku." Dia meletakkan lengan kanannya di atas bahu aku. Aku menepis.

"Kalau bukan type kau, apahal kau buat macam tu? Tiba-tiba panggil aku sayang." Aku masih tak berpuas hati. Lee masih tayang muka seposen.

"Dah aku nampak kau tengah mengorat amoi mana tah, kau ingat aku nak biarkan?" Aku terdiam. Bila fikir balik, kalau aku di tempat dia pun aku buat benda yang sama. Kau gila? Biar member mengorat awek lawa macam tu.

"Chill la. Pasal perempuan je pun. Aku tahu lah, kau mana pernah fail bila bab mengorat awek ni." Lee cuba pujuk aku. Sial punya Lee, pandai pula tu pujuk.

"Tapi kan aku macam pernah nampak la perempuan tadi tu. Dia bukan awek Ameng ke?" Mendengar itu dari mulut Lee, dahi aku berkerut. Lee ni memang nak remukkan hati aku ke macam mana ni?

Lee tenung aku. "Bukan apa, haritu aku nampak diorang kat belakang blok E."

"Kau ni Lee-"

"Diorang kawan je kot. Aku nampak diorang just borak je, tak buat apa pun. Husnudzon." Sumpah! Perangai Lee memang hanat. Aku tak nafikan. Dia sengaja nak buat aku sakit hati. Paling menyirap darah, cara dia cakap selamba je.

"Blah la kau!" Aku capai beg aku dan ingin berlalu pergi. Baik aku balik rumah, dari melayan si mangkuk hayun ni. Buat sakit hati je. Aku keluar dari perpustakaan. Aku tahu Lee mengekori dari belakang.

"Kenapa Fi tak datang?!" Dia soal dari belakang.

"Tak tahu!" balas aku dingin. Kaki aku pantas berjalan, mahu meninggalkan Lee. Merajuk? Iye, aku merajuk.

"Kid" sapa Lee yang masih mengekori aku.

"Apa?"

"Rumah kau ada orang tak?" Langkah aku jadi perlahan apabila mendengar soalan itu. Tidak lama kemudian aku berhenti. Aku toleh kebelakang. Lee macam biasa, tayang muka selamba. Aku mengeluh. Hilang merajuk aku tadi.

"Gaduh dengan bapak kau lagi ke?" Dia mengangkat kening dah bahu sambil menyeluk tangannya ke dalam poket. Aku tenung wajah dia sekejap.

"Okey la, mak bapak aku takde kat rumah. Kerja." Aku bersetuju untuk membenarkan Lee tinggal satu malam di rumah aku. Mendengar persetujuan aku, dia tersenyum lebar.

"Thanks, bro." Dia mendekati lalu lengan kanannya berehat di bahu aku. Aku hanya membiarkan sahaja. Kini kami berjalan beriringan ingin ke tempat letak motosikal.

"Masalah apa pula yang kau buat kali ni?" Aku soal.

"Hmm...boring la soalan kau. Apa kata kau tanya aku, apa yang dia buat kali ni kat aku. Tumbuk dah, sepak - terajang dah, kali ni apa?"

Aku mengamati Lee disebelah, dari atas ke bawah. Wajahnya tiada kesan lebam yang menandakan Lee kena belasah. Tapi mungkin kat badan dia ada. Who knows?

"Entah la." Jawab aku sepatah. Lee tersenyum nipis. Sambil berjalan dia melonggar tali leher. Dua butang di atas kemeja sekolah dibuka. Kolar baju ditarik, mendedahkan tulang selangkanya. Mata aku terbeliak melihat lebam yang berbekas serupa telapak tangan di lehernya. Aku berhenti berjalan, begitu juga Lee. Aku tenung anak mata Lee seakan tidak percaya.

"Kali ni dia cekik aku." Lee tersengih. Dia membetulkan kembali kolar bajunya dan dua butang dicantum kembali.

"Apa yang paling sial..." tali leher sekolah dibetulkan "...kali ni aku tak buat apa-apa pun. Dia tiba-tiba datang cekik aku. Time dia cekik tu, aku bau something. Bau Carlsberg. Dia mabuk, bodoh!" Lee ketawa mengekek.

Dahi aku berkerut melihat reaksi Lee. Dia gelak? Dia sedar tak bapak dia baru je hampir nak bunuh dia. Sah Lee dah gila. "Tak kelakar lah, weh"

Lee berhenti ketawa apabila melihat muka serius aku. Kami sambung berjalan. "Lepas tu macam mana kau lepaskan diri?"

"Aku tendang dia. Lepas tu dia jerit 'YOU SON OF BITCH!' " Lee menjerit. Bergema satu koridor tu dengan makian Lee. Tersembur tawa aku. Bodoh punya Lee.

"Son of bitch, eh? Kalau kau 'son', dia tu la yang 'bitch'." Ucap aku yang masih ada sisa ketawa tadi.

"Kan?" Lee ketawa. Dalam diam, aku amati wajah Lee. Aku tahu dia sakit, tapi dia masih boleh buat muka selamba dan lawak bodoh dia. Sejujurnya, aku selalu samakan diri aku dengan dia. Aku anggap hidup kami berdua sama. Dua-dua menyedihkan. Tapi bila asyik mendengar ceritanya, aku mula mempersoalkan. Betul ke nasib aku dan dia sama?

Aku berhenti di tepi koridor sambil membuang pandangan ke langit dan juga pemandangan dari tingkat 3 sekolah. Lee turut melakukan benda yang sama, dia mengeluarkan podnya. Muncung pod ditala pada mulut lalu disedut. Berkepul-kepul asap keluar. Ketika itu, suasana sunyi seketika. Masing-masing di dalam dunia sendiri, melayan perasaan. Angin lembut menampar wajah kami berdua. Tenang, aman.

"Lee" Aku memecah kesunyian.

"Hmm"

"Jom blah dari sini. Dari hidup yang macam sial ni." Kata aku sambil tersenyum tawar.

"Let's go"

Aku toleh memandang Lee selepas mendengar jawapannya dan dia pula mengukir senyuman nipis.

••••••••••••••••••••

Aku menjeling tiga orang manusia yang sedang tercengang melihat dekorasi dan keluasan rumah aku. Eh, rumah mak bapak aku. "Bapak besar siot!" Ucap Ja' sambil melihat setiap sudut rumah. Begitu juga Red dan Sam. Lee tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana ini bukan kali pertama dia datang ke rumah ini. Oleh itu, dia telah pun terbaring di atas sofa yang berada di ruang tamu. Selesa sangat dia ni. Aku melihat yang lain. Aku rasa aku ajak Lee je datang rumah ni. Apasal tiga orang ni sibuk sekali. Selepas mereka tahu yang Lee tidur semalam di rumah aku, mereka juga tergedik-gedik ingin datang kesini. Katanya mereka belum melihat rumah aku ni

"Banyak betul pokok kat rumah kau ni." Ujar Red sambil melihat pokok-pokok bunga yang ditanam mengelilingi anjung rumah.

"Mesti your mom suka bunga kan?" Sam turut sama melihat.

"Bukan mak aku, tapi bapak aku. Dia punya suka pada pokok bunga ni sampai dia sanggup buka nurseri."

"Nurseri? Kat mana?" Red soal. Aku berfikir sejenak.

"Hmm...dekat sebelah MyDin" Aku jawab.

"Oh, dekat situ. My mom selalu pergi sana. Tak sangka pula nurseri tu your dad punya." Celah Sam teruja.

"Itu baru satu, Sam. Banyak lagi yang bapak aku buka." Kata aku selamba. Aku perasan lirikan mata Ja'. Mulutnya perlahan-lahan mendekati telinga Red.

"Riak" Ja' bisik tapi sengaja dikuatkan suaranya.

"Takbur" Tuduh Red pula. Aku menjeling tajam mendengar tuduhan mereka. "Aku dengar, setan." Mereka tertawa kecil mendengar respons aku.

"Akid?" Suara seorang wanita memanggil dari arah belakang. Kami menoleh ke punca suara. Mak Som sedang berdiri melihat aku dan yang lain. Di tangannya terdapat sapu tangan untuk mengelap tangannya yang basah. Baru habis membasuh pinggan mungkin. Sebelum sempat aku bersuara, Ja' terlebih dahulu menyapa Mak Som.

"Assalamualaikum, Mak cik. Nama saja Razak. Tapi orang panggil saya Ja'. Saya dan diorang ni kawan baik anak mak cik." Ja' mempamerkan senyuman ramah yang tak pernah aku lihat. Mak Som pula terkebil-kebil melihat sapaan ramah dari Ja'. Tidak lama kemudian, dia ketawa kecil

"Eh, mak cik bukan mak Akid." Jawab Mak Som sambil melambaikan kedua tangannya. Ja' pandang aku.

"Ni Mak Som, pembantu rumah. Kau ni pun satu, main terjah je." Ja' tersengih bagi menutup rasa malu. Kami yang lain hanya menggeleng kepala melihat Ja'.

"Mak Som, kami naik atas dulu la"

"Okay, nanti Mak Som bawa air untuk kawan-kawan kamu-"

"Eh takpe, kami tak haus pun" Tolak Red sopan sambil tersenyum.

"Betul, kalau diorang haus pun. Diorang ambil la sendiri." Ujar aku selamba sambil berjalan ke sofa ingin mengejut Lee yang sudah tertidur dari tadi. Aku menyuruhnya untuk sambung tidur dibilik aku. Lagipun dia duduk satu hari di rumah ni. Bajunya pun sudah dibawa dari rumah selepas aku tegas mengarahkannya. Kalau diikutkan otaknya yang cetek tu, dia malas mahu balik ke rumah dan ingin sahaja meminjam baju aku. Aku tak kisah di bahagian itu, tapi takkan seluar dalam pun Lee nak pinjam. Karang tak pasal-pasal aku dapat sifilis.

Sedang kami menaiki anak tangga mahu ke bilik aku, Anis baru sahaja keluar dari biliknya dengan berpakaian sekolah. Dia seakan terkejut seketika melihat kami.

"Kau baru nak pergi sekolah ke?" Aku melirik jam di tangan sambil menyoal. Dia mengangguk kepala.

"Hmm...cepat. Pak Cik Zul dah tunggu kat bawah." Arah aku lembut, dia akur dan terus berjalan melepasi kami. Kepalanya menunduk memandang lantai. Aku tahu dia segan dan kurang selesa dengan kehadiran empat orang manusia di belakang aku ni. Aku sedar yang Anis kurang selesa apabila bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan juga orang yang berlainan jantina dengannya. Sebab itu aku jarang mempelawa kawan-kawan aku ini datang melepak di rumah aku.

"Siapa tu?" Red soal selepas hilang sahaja Anis dari pandangan.

"Adik aku"

"Kau ada adik?" Ja' pandang aku seakan tidak percaya.

"Kami tak tahu pun?" Sam pula soal aku. Aku pandang mereka bertiga silih berganti. Lee pula sudah berjalan malas masuk ke bilik aku.

"Hmm...kena bagitahu ke?"

Ja' mencebik apabila mendengar jawapan aku. "See? Banyak benda yang kitorang tak tahu pasal kau. Kau nampak je macam ni. Tapi sangat la berahsia." Aku buat muka seposen. Tapi apa maksud Ja', aku 'nampak macam ni'? Macam apa?

"Betul tu, bapak kau Dato' Megat pun kau kitorang tak tahu." Kata Red sambil merenung ke sebuah bingkai gambar yang besar, tergantung pada tengah dinding. "Ni ke bapak kau?" Sekali lagi Ja' membulat pandang aku. Reaksi jelas seakan tidak percaya. Jarinya tak lepas menunjuk pada gambar Papa yang sedang duduk tersenyum begitu juga Mama di sebelah. Mereka berdua diapit oleh aku dan Anis. Tersenyum manis.

Aku menggangguk kepala bagi menjawab soalan Ja' tadi. "Apasal muka bapak kau macam RDJ tapi muka kau macam..." Ja' meneliti raut muka aku kemudian kembali melihat gambar Papa. Tahu apa yang dia fikir, aku terus mengacah-acah mahu memukulnya. Ja' mengelak sambil tersengih.

"By the way, siapa Dato' Megat?" Sam soal keliru sambil merenung gambar Papa. Mata Ja' membulat, tidak percaya soalan itu keluar dari mulut Sam. Aku mencebik. Over betul Ja' ni.

"Seriously? Kau tak kenal? Dato' Megat, penyumbang terbesar kat sekolah kita. Gambar dia terpampang dekat banner depan dewan sekolah tu. Takkan kau tak perasan?" Bersungguh-sungguh Ja' menjelaskan. Okay, sekarang ni Dato' Megat tu bapak aku ke bapak dia?

"Oh ya, I dah ingat. Tapi..." Sam pandang aku pelik, dia seakan ingin mengingati sesuatu. "...bukan ke nama you Akid Wajdi Bin Abdullah. Siapa Abdullah?" Aku tergamam sekejap. Sam yang menayangkan muka jelas keliru aku tenung kejap. Lidah kelu untuk berkata tambahan pula aku tak tahu nak jawab macam mana.

"Betul lah, apa yang aku fikir. Kau anak kutip" Laju sahaja ayat itu meluncur dari mulut Ja', tanpa bertapis. Mendengar itu, Red menepuk perlahan leher Ja'. "Jaga mulut" Tegas Red menegur. Sebenarnya, aku tak mengambil hati pun apa atas tuduhan Ja' tadi. Mungkin apa yang dia kata itu betul, ataupun mungkin sebaliknya. Sejujurnya aku pun tak tahu yang aku ni betul ke anak kandung Mama dan Papa. Aku pernah terfikir yang aku mungkin anak tak sah taraf atau dalam bahasa kasar, anak luar nikah ataupun anak haram. Tapi apa yang pasti, Anis anak kandung mereka kerana namanya ber-Binti kan nama Papa. Aku pernah soal Mama berkaitan ini, tapi Mama hanya jawab satu ayat ini sahaja.

"Akid tetap anak mama. Ingat tu!"

"Dah lah, kitorang nak tengok bilik kau." Ujar Red sambil kedua lengannya merangkul bahu Sam dan Ja' yang terpinga-pinga lalu masuk ke bilik aku. Soalan Sam tadi tergantung begitu sahaja. Red perasan yang aku tak berapa selesa bercakap mengenai hal ini. Peka juga mamat ni.

Buka sahaja pintu bilik, tersergam indah bilik yang dicat putih. Pada dinding bilik terdapat pelbagai poster yang tertampal. Poster anime, character game, band, motosikal dan banyak lagi. Aku lihat Lee sudah pun lena diatas katil bersaiz Queen yang terletak di tengah ruang. Di depan katil terdapat PC yang selalu aku guna untuk bermain game.

Mereka semua sibuk meneroka setiap sudut bilik. Red dengan selamba menghidupkan PC aku lalu duduk di atas kerusi Todak. "Fuyoo, ada PS5." Ujar Ja' teruja. Kini, tumpuan mereka beralih pada PC yang baru dihidupkan oleh Red. Aku hanya membiarkan sahaja.

Setengah jam, tumpuan kami hanya pada game FIFA yang dimainkan oleh Red. Riuh satu bilik dengan suara kami yang asyik ketawa dan kadang kala memaki hamun kerana Red tidak pandai bermain. Nampaknya aku dah tahu kelemahan Red ni.

Sam tepuk bahu aku. "Call Fi, Kid. Ajak dia lepak sini. Lagi pun I nak tahu kenapa dia tak datang tadi."

Hampir terlupa aku pasal member kau seorang itu. Aku mengangguk kepala sambil mencapai iPhone 12 Pro Max yang terletak di atas katil. Nama Firas aku cari lalu menekan butang call. Tidak lama kemudian talian bersambung.

"Woi! Lahanat. Apahal kau tak datang sekolah? Kalau nak ponteng bagitahu lah awal-awal, setan." Aku terus makinya. Yang lain hanya tertawa mendengar bebelan aku.

"Akid?" Suara seorang wanita di hujung talian. Aku kenal suara ini, Ibu Firas. Serta-merta reaksi aku berubah cuak.

"Eh, sorry Cik Izah. Saya ingat Firas yang angkat call." Intonasi aku berubah lembut dan sopan. Tiada lagi maki hamun yang dilemparkan kepada Firas. Red, Ja' dan Sam yang dapat mengagak siapa dihujung talian, ketawa terguling-guling melihat aku. Aku mengetap bibir menahan geram. Cibai betul perangai.

"Takpe, kamu cari Fi kan?" Soal Cik Izah. Entah kenapa aku rasa suara Cik Izah agak berbeza sedikit. Suaranya seperti baru sahaja menangis.

"Ha'ah, Fi ada ke?"

"Ermm..." Kedengaran Cik Izah seakan teragak-agak ingin menjawab. Hal ini membuatkan aku risau. Tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Melihat riak muka aku yang berubah risau, tiga orang mangkuk di depan aku ni terus berhenti ketawa. Mereka merenung aku dengan pandangan serius, seperti tahu ada yang tidak kena.

"Cik Izah?"

"Fi kat hospital. Dia warded."

"Hah? Warded?!" Aku terkejut, begitu juga yang lain. Lee yang sedang tidur tadi mula terjaga. Terpinga-pinga dia melihat aku.

"Macam mana boleh warded? Accident ke? Teruk ke? Keadaan dia macam mana?" Bertubi-tubi soalan aku lemparkan.

"Entah la, Kid. Cik Izah pun tak tahu macam mana nak terangkan. Kamu datang la sini. Nanti Cik Izah hantar nombor bilik."

"Okay, Cik. Saya bawa sekali kawan-kawan saya ya."

Cik Izah bersetuju lalu kami menamatkan perbualan. Aku pandang mereka berempat yang jelas menunjukkan riak keliru.

"Semalam I hantar dia balik, okey je dia." Sam membuka mulut.

"Pagi tadi on the way nak pergi sekolah, dia accident ke?" Ja' mula membuat spekulasi dan aku kurang bersetuju dengan spekulasi itu. Aku fikir ini lagi teruk dari accident. Tiba-tiba telefon aku berdering minta diangkat. Aku membaca nama yang tertera.

Zarin

••••••••••••••••••••

Continue Reading

You'll Also Like

7.8K 505 31
16 year old Y/N L/N is stuck in the foster system and placed with a family of six siblings. His life soon gets the shock of a lifetime when he is bes...
110K 5.1K 26
!Adult/Possessive and Asshole!
92.5K 4.9K 32
Pluto thai gl novel မြန်မာဘာသာပြန်
9.9K 1.4K 18
˚✧ Protagonist˚✧ Gemini Kleverron "ជេមមីណាយ ឃ្លេវវើរ៉នន៍" ♡ Fourth Sydenzverd "ហ្វូត សា...