ELEMENTOM ©️

By shahidayat

85.1K 9.3K 799

❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , b... More

PROLOG
Memori Pyro
Perhimpunan
Lawan
Sebab
Penjaga unsur air
★PYRO★
Sejarah
Awal Pagi
Hari Sukan Unsur
Berjuang!
Tak Dijangka
★AQUA★
Kerjasama
Junior vs Senior
Cuti
Pengaruh
Bencana
★GEO★
Askar SOLID
Lari
Selamatkan Aqua I
Selamatkan Aqua II
Sarjan SOLID
★WINDY★
Kawan Baru
Halaman rumah
Lelaki misteri
Doktor Chrone
Hujan
★FLORA★
Terowong masa
Debaran
Spike
Fajar pagi
Throwback Spike
★SHINY★
Ditangkap
Strategi
Senja
Kejutan demi kejutan
Askar WISDOM
★ZACK★
Lidah berbilah
Tujuan
Sedar
Perpisahan
Tak mungkin
★DASH★
Bye bye Dr. Chrone!
Hutan
Ohm
Pemanipulasi Cuaca
Puting beliung
★IZZ★
Tiada pilihan
Selesai?
Kevin
Pengorbanan
Negara Kelam
★TONI★
Negara Sinar
Negara Pasifik
Negara Lahar
Negara Granit
Negara Voltan
★STELIX★
Negara Ozon
Negara Toksik
Negara Logam
Negara Toksik II
Negara Toksik III
★REO★
Bersama Kembali
Hapuskan Ohm dan Kevin!
Bebas dari Markas
Tebus
Flashback Ohm
Flashback Ohm II
Flashback Ohm III
Perwira
Bye Semua! :)

EPILOG

316 26 7
By shahidayat

Pyro ralit memandang suasana sekitar yang kelihatan sibuk. Ramai orang yang memakai uniform berwarna kelabu kelihatan sibuk ke hulu-hilir melaksanakan kerja.

Rakan-rakannya yang lain turut sibuk memandang kawasan sekitar bahagian tempat makan istana itu. Air manis yang dihidangkan kepada mereka langsung tidak dicicipi, kecuali Shiny semestinya. Dia tanpa sebarang keraguan terus menghirup laju air itu sehingga habis.

"Ahh, sedapnya air ni! Korang tak nak ke? Aku boleh tolong habiskan- ,"kata Shiny sambil tangannya sudah bersedia untuk menjangkau gelas air abangnya Zack sebelum terhenti apabila Dr. Chrone muncul kembali.

"Nah, kudap-kudapan pun ada kalau kalian mahu,"kata Dr. Chrone lalu meletakkan pinggan berisi biskut ke atas meja makan panjang tersebut.

Belum sempat Dr. Chrone berpaling untuk meninggalkan mereka, Pyro terus memanggil namanya supaya tidak beredar meninggalkan mereka dalam kebuntuan sekali lagi.

"Ya? Kenapa?"

"Dr. Chrone err... terangkanlah betul-betul. Apa maksud Dr. Chrone kami tinggal di sini selamanya? Di Istana Xenon? Dalam Planet Sferum? "

"Iya. Betullah yang kamu faham tu. Apa lagi nak tanya?"

"Tapi, kami nak balik jumpa mak ayah kami. Mesti diorang risaukan kitorang sekarang ni... ,"sahut Flora pula.

"Urmm... pasal itu kalian tak payah risau dah kut. Sebab..."

Jeda Dr. Chrone yang panjang membuatkan mereka semua tertunggu-tunggu sambil melihat bibir Dr. Chrone bergerak untuk mengeluarkan perkataan seterusnya.

"Tak ada apa lah. Saya tak tahu macam mana nak terangkan,"bingung Dr. Chrone sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ha?". Serentak mereka terlopong.

"Apa ni Doktor? Terangkan lah,"pinta Geo yang kedengaran agak memaksa.

"Korang dah tak ada identiti. Tak ada siapa ingat korang. Faham?,"celah seorang lelaki baya Dr. Chrone yang datang ke tempat mereka.

"Apa?!"

"Apakah? Ma-macam mana-"

"Iya. Dah memang macam tu algoritmanya. Apabila kalian telah mencapai tahap maksimum kuasa pada seseorang humanoid iaitu tahap 9 pada dasarnya, kalian akan... automatik dikira sebagai orang yang boleh menjadi ancaman kepada kestabilan ekosistem planet kamu. Maka, algoritma itu akan menyebabkan terhasilnya portal yang terus menghantar kalian ke Core Center, bangunan tempat kalian jatuh awal-awal tadi,"terang lelaki itu sambil ralit menguit penanya yang disangkut di kocek baju.

Toni mengerdipkan mata beberapa kali. Cuba menghadam fakta yang mahu tidak mahu, perlu dihadam juga.

"Oh ye... dan demi mengelakkan sebarang konflik yang mungkin mendatang, kerana itulah algoritma itu juga memadam identiti kalian di tempat asal kalian semua. Seperti... kalian tidak pernah wujud di sana. Begitu,"sambungnya sambil terus menghirup gelas air Zack yang berhampiran tanpa segan-silu.

Zack hanya mencebik melihat perbuatannya.

"Ha ye, terima kasih dengan penerangan tu Neuro. Walaupun err kau boleh ringkaskan lagi rasanya,"ucap Dr. Chrone.

"Well, aku dah cuba yang terbaik untuk ringkaskan. At least, aku terus direct kepada kebenarannya,"balas Neuro menjongketkan keningnya sebelum sambung menghirup air kepunyaan Zack.

"Ah pasal kebenaran! Baru aku teringat"

"Err Pyro. Boleh kamu ikut saya sebentar ke hujung sana? Ada sesuatu yang ingin saya beritahu, sesuatu yang... kamu mungkin mahu tahu,"pinta Dr. Chrone meminta izin untuk 'meminjam' Pyro sebentar.

Pyro tanpa banyak soal, hanya mengiyakan dan terus turun dari bangku dan mengikuti Dr. Chrone ke hujung dewan makan berdekatan dengan tangga.

"Ha kenapa Dr. Chrone? Apa perkara yang doktor nak sampaikan tu?,"soal Pyro yang terasa agak aneh kerana diasingkan daripada rakannya.

"Erm... pasal kamu. Lebih tepat, pasal ayah kamu Pyro. Saya rasa... saya tahu siapa dia"

"Dia masih hidup. Dan... dia ada di planet ni"

---------------------------

"Periksa di bahagian sana pula. Tengok jika ada mayat mangsa lain pula yang tertimbus,"arah seorang pegawai polis kepada rakannya yang lain.

Runtuhan bangunan istana yang besar menyukarkan pencarian mangsa yang terlibat. Ramai anggota polis yang terlibat dalam operasi ini. Tidak kurang juga dengan jumlah anjing polis yang dibawa untuk membantu.

Setakat ini, 56 mayat telah ditemui dan dibawa keluar daripada celahan runtuhan konkrit istana tersebut. Tiada lagi mangsa yang terselamat yang dapat dijumpai.

'Sangat malang kan sesiapa yang terlibat dalam insiden ni, Istana Venom yang megah telah runtuh. Pasti ramai terkorban disebabkan jumlah pekerja istana yang ramai,"monolog salah seorang pegawai polis yang sibuk mengesan reruntuhan itu menggunakan alat pengesan.

Wok! Wok! Wok!

Nyalakan beberapa anjing yang bersahut-sahutan ke arah satu longgokan runtuhan membuatkan semua anggota polis menoleh ke arah anjing-anjing tersebut.

Wok! Wok! Wok!

Nyalakan anjing itu semakin riuh sambil diikuti beberapa ekor anjing yang mula mengorek pasir dan konkrit runtuhan tersebut.

Para polis bergerak mendekati kawasan yang menarik perhatian anjing-anjing tersebut.

Poof!

Satu tangan tiba-tiba keluar daripada runtuhan tersebut sehingga mengejutkan semua yang berada di sekitar. Anjing-anjing polis itu berundur beberapa langkah ke belakang tetapi lolongan mereka bertambah kuat.

Batu-batu runtuhan tersebut mula bergeser ke tepi sebelum sekujur tubuh yang penuh debu keluar dengan tiba-tiba sambil menjerit.

"Arrrghhh aku kembali! Raja Venom kembali!"

TO BE CONTINUE....
(sambungan buku ni ada pada buku lain tapi tak publish pun lagi. Bila dah publish nanti, saya maklumkan"

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 41.6K 26
"Hoi! Buta ke?" "Maaf encik. Saya nak cepat. Saya tak sengaja langgar. Maaf sangat-sangat." "Lain kali mata tu letak jelah kat tapak kaki. Ada kat mu...
495K 1.2K 17
Mula mula
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
2.2M 61.5K 58
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...