Rakan Serumah

By Wh3r3isthelov3

296K 5.8K 1K

Kisah antara 2 orang asing yang tak mengenali, tinggal serumah. More

Kenji
Permulaan
Setiakawan.
Balik Kampung
Di Kampung
Bengang
Kenduri
Girlfriend
Rizal
Selepas
Siapa?
Rajuk
Temujanji
Apakah
Sedar
Kenapa
Pertemuan
Tinggal
Panggilan
I ❤️ You
Kepulangan

Pengakhiran

13K 398 180
By Wh3r3isthelov3

Selepas sarapan, aku dan Kenji sekadar duduk di sofa berbual bual. Menjadi habitku dari dulu suka duduk berkepit dengannya. Dia bermain main dengan jari jariku dan merenungku. Aku malu, nak pandang pun tak berani. Suasana rasa kekok sangat padahal dulu tak rasa camni pun.

"Last night is the most sweet and incredible time. I wish we could do it every night."  Kata Kenji sambil mencium tanganku.

Aku cuma tersenyum namun aku keliru. Setahu aku, Kenji straight. Namun aku tak mahu bertanya kan padanya. Itu bukan urusan ku. Memadai aku tahu kami saling mencintai.

"Tapi... i rasa serba salah. I shouldn't do this."

Dia mengerut kening.

"Do what?"

"This! Berkepit dengan suami orang. Padahal your wife lebih perlukan you dari i. And...kenapa you balik sini tiba tiba? tak bagitau i... kalau i takde kat sini macam mana? i balik kampung ke apa ke? Wife you tau tak you balik sini... nanti macam mana kalau dia..."

Aku tak dapat bercakap lagi bila Kenji mengucup bibirku terlebih dulu. Dia merenung mataku.

" Hmmm...diam pun."

Aku buat muncung sambil menjeling.

"Haa.. Buat mulut itik tu. I kiss lagi nanti...Memang i ada jumpa dia, bincang2 pasal kahwin, but...at the end, we never married."

Aku terdiam. Tak tahu nak suka ke, nak sedih. Jadi...dia tak pernah kahwin? Ok, aku suka sebenarnya dia tak jadi kahwin.

" Actually, dia dah ada boyfriend. Sama macam I...kuat jealous lak tu. Hahahaaaa!! "

Aku menepuk pehanya.

"Dia pun tak mahu kahwin pilihan keluarga. I dah tanya dia, walaupun dia ada lover, tapi dia tak kisah kahwin dengan i kalau i setuju."

Menganga aku mendengar nya.

"Rata2 perempuan Jepun memang macam tu, mereka tak mahu bantah cakap keluarga."

"Abis tu, you struggle tu...sebab apa?" Tanyaku.    

" Macam2 Fikry. Satunya, sebab hal kahwin ni lah. Lepas tu pasal parents, pasal company i... Berbulan2 I fikir macam mana nak settle. "  Tiba2 dia merenung aku... "Pasal you...i taknak you hilang dari I ."  Lantas dicium kening ku. " I once gave you up to Rizal. I pun tak tau kenapa I buat macam tu. I'm sorry."

Aku mengangguk dan meramas tangannya perlahan.

"Don't worry about that. I tau masa tu, you risaukan I tinggal sorang. That's why you suruh I terima Rizal. "

Ahh..Rizal...aku akan berterus terang padanya. Aku tak mahu dia menunggu aku lagi. Dia juga berhak bahagia. Masalahnya, Rizal ni bukannya jenis mendengar kata. Haihhh...

" Dia tau yang i tak ada hati pada dia."  Kataku. "Parents you, macam mana?"

Aku melihat Kenji, raut wajahnya berubah menjadi mendung.

"My parents tak mengaku i anak lagi, sebab i dah cemarkan nama baik keluarga dengan keputusan i untuk tidak berkahwin dengan pilihan mereka."

Jantungku terasa berhenti berdegup.

"Sekarang, i tak ada siapa2 lagi. I cuma ada you Fikry...dan mak."

Aku tunduk.

"Sorry sebab I tak pernah call you. I takut...i tak tau nak expect apa..."

Aku tak tahu apa yang dah berlaku semasa dia di sana. Yang pasti, kejadian yang berlaku amat perit untuk dia dan jugak aku. Dia menanggung semua masalah bersendirian dan keseorangan. Sama macam apa yang aku lalui semasa ketiadaan dia. Kesian dia. Aku beralih duduk di ribanya dan memeluk erat.

"You should call me... I will make you feel at ease."

Dia melepaskan pelukan.

"To tell what? Fikry, I tak jadi kahwin. Nak kahwin dgn I tak? Hehe.."

Aku tergelak.

"Orang tengah serius ni, dia buat lawak pulak."

"Eh? I serius ni..."

"Sudah sudah..Pasal parents you, janganlah risau sangat. Selalunya orang tua marah sekejap je. Lama2 nanti mereka akan terima you jugak."

" I hope so...Thank you sweet heart. Eh! I baru teringat. Dulu you janji nak bagitau pasal mimpi u dulu. Ingat tak?"

"Yang mana?"  Aku memang tak ingat ni.

"Yang you panik bangun naked tu...you ingat I nak ambik kesempatan tu..."

Aku buat muka blurr.

"Yang you mimpi sebut2 nama i tu..."
Aku ternganga. Alamak...kenapa dia boleh ingat ni.

"Cepat cerita sekarang. I nak dengar."

" Tak payahlah...."

" Jangan melawan. Hukuman you masih berjalan lagi tau. Sampai setahun. Hehe."

"Ala...tak payah la..." Aku pegang pipi. Panas dek malu.

Kenji pegang tangan aku dan merenung tajam. Ni yang lemah ni.

" I mimpi...kita...errr...make out laaa! You ni, kejam la suruh i cerita!"

Aku tarik muka tapi dia gelak besar pulak.

"Teruknya you, mimpi bukan2 pasal i. Tak sangka Aman Fikry ni pervert orangnya. Ok i nak tanya, antara mimpi dan realiti, mana best?"

"Apa ni Kenjii!!"  Malu siot! Cepat2 aku bangun dari peha dia. Tak sempat nak lari, dia tarik aku rapat ke dadanya dengan lembut. Dada mula berdebar debar. Aku merangkul lehernya manakala dia memeluk pinggangku dan merenung jauh ke dalam mataku.

"You jangan nak lari dari I."

"Siapa tinggal siapa dulu." Aku memerli nya. Dia cuma tersengih. "So sekarang ni, I nak tanya, kita ni still housemate ke?" Aku bertanya.

"Of course, and my boyfriend too. Kiranya, kita dah official ni..."

"Apa pulak. Siapa boyfriend you? I tak cakap apa2 pun?"

"Apa ni Fikry...ni lagi teruk I kena."

Dia buat muncung. Eh, pandai jugak merajuk rupanya. Dia mendekatkan muka dan menggesel hidungnya ke pipiku.

"I love you Fikry...soo much...geram pun ada. Jom kita kahwin. I serius ni."

Aku cuma tersenyum dan meraba bibirnya. Bagi aku, asalkan Kenji ada depan mataku dan bersama selamanya, benda lain tak penting lagi.

"Kenji, promise me. Don't leave me again."

Kenji mencium ku lembut.

"Never."

Aku senyum.

* tamat sudah kisah Rakan Serumah. Terima kasih kepada semua yang menyokong cerita ni. Terharu aku. 😭😭 Love uolss! Sedikit hadiah perpisahan untuk korang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




















OK bye. 💃💃💃💃💃💃💃💃💃💃

Continue Reading

You'll Also Like

17.1K 541 18
Kisah seorang budak lelaki yg telah jatuh cinta pada seorang pembuli iaitu classmate nya sendiri malah cinta nya telah ditolak mentah ii oleh crush n...
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
29.8K 779 25
"love is the poison" 14/9/23
32.5K 891 25
omegaversed start;2/6/22 end4/6/22