Muzika Melodia

By Merci_Misha

491K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!

💎59💎

4.3K 398 54
By Merci_Misha

Hari ini, Talha sudah berjanji untuk membawa kami berjalan-jalan sebelum ke KLIA setelah kami memenuhkan jadual dengan latihan semalam. Jari aku dah macam nak kejang sebab main piano punya pasal. Si Lydia dan Reuben itu aku rasa lagi merana mereka.

"Saya nak udara segar!" Pinta Mayu yang hampir sesak nafas sewaktu berlatih semalam. Disebabkan itulah, perjanjian ini bakal ditepati hari ini.

Kini kami sekumpulan berada di dalam van menuju ke Bukit Bendera atau lebih dikenali sebagai Penang Hill. Dengar cerita, suasana di situ aman dan menarik untuk dikunjungi. Sebagai seorang yang tinggal di Pulau Pinang, Talha sudah tahu selok belok di atas bukit sana.

"Assalamualaikum!" Satu suara muncul di bahagian belakang van. 

"Waalaikumussalam. Siapa- Agh! Khawlah? Kenapa anti ada dekat sini?!" Talha meninggikan suara selepas melihat sang gerangan yang muncul di dalam van itu. Sekali lagi.

Kami turut menoleh ke belakang. Kali ini, tiada yang menjerit ketakutan atau kekejutan kerana semua sudah mengenali gadis itu. Khawlah, kakak Talha yang comel di sebalik hijab.

 "Umi kata cari, abi kata pergi. Ana pun apa lagi? Jaga kalianlah." Balas Khawlah bersahaja. Matanya melihat setiap seorang yang berada di dalam van tersebut. "Lagi pun, nanti anta seorang je yang tiada pasangan." Sambungnya sinis.

Talha menjongketkan kening sebelah. Mendengarkan itu, aku turut melihat dia dengan pandangan hairan.

Talha yang perasan dengan riak mukaku itu tersengih lalu berkata. "Maksud dia, kalian semua akan berdua-berdua manakala aku, akan seorang diri. Oh please lah Khawlah, ana tahu batasan apa semua. Tiada pasangan? Ana tak kisah. Semoga bertemu di syurga." 

"Alahai, buat ana sentap pula." Balas Khawlah tersenyum. Tanpa disangka, dia bangga dengan adiknya pula.

Aku tersenyum melihat mereka berdua. Hubungan adik-beradik yang sangat manis.

By the way, apa maksud senior Talha dengan setiap daripada kami sudah ada pasangan? 

~~~~~~~~

Setibanya kami di atas, udara sejuk memasuki rongga tubuh mewujudkan rasa tenang dan nyaman. Suasana yang dipenuhi kehijauan itu menarik perhatian kami. Lagipun, kereta api yang bawa kami naik ke atas tadi memang menyeronokkan. Namun, telinga aku sakit akibat tekanan yang berubah.

"So, silakan explore bukit ini. Tempat ni tak adalah besar sangat so kalau sesat, call aku. Balik nanti, berkumpul di hadapan kedai makan yang kita pergi tadi tau. Jangan. Lambat." Pesan Talha pada kami dengan serius. Khawlah pula berdiri di sebelahnya persis seorang pengawal peribadi.

Kami terus sahaja menghilangkan diri mengikut 'pasangan' masing-masing. Seperti yang semua sudah tahu, Reuben pasti bersama Mayu manakala Justin pula bersama Olivia. Pada mulanya, Min Hyuk mengajak aku meluangkan masa bersamanya tetapi Lydia telah membawanya lari terlebih dahulu.

Jadi sekarang ini, tinggal aku dan Faron sahaja. 

"Ehem, so... Kita nak pergi mana?" Faron bertanya perlahan. Dia menggosok belakang tengkuknya tanpa melihat aku.

Aku memandang sekeliling bagi mencari tempat permulaan. "Jom jalan-jalan atas sana." Ajakku sambil menoleh ke sebuah tempat.

Kami berdua berjalan beriringan di bahagian jalan bertar yang tidak ramai orang. Sedang kami berbual mesra, satu buggy melepasi kami dan terdapat dua orang manusia yang kami kenal berada di atasnya.

"Yo, love birds!" Tegur Reuben lalu ketawa bersama Mayu.

Aku memandang mereka geram. Sibuk je kacau orang. Bertambah galak tawa mereka melihat wajahku itu. Selepas buggy tersebut hilang daripada pandangan, Faron pula yang ketawa berdekah-dekah. Aku merenungnya marah.

"Alah, apa salahnya kan?" Tutur Faron setelah melihat wajahku yang menahan malu dan marah.

"Gelak tu jangan suka sangat." Satu suara menegur ketika kami sedang melalui sebuah kafe yang bernama Kopi Hutan. 

Faron menoleh ke arah kafe tersebut manakala aku pula sudah menepuk dahi. Siapa pula yang tegur kami ni?

"Senior, janganlah kacau." Faron merengek manja. Kakinya dihentak-hentakkan tanda marah.

Aku memandang Faron atas bawah. Apa kena dengan mamat ni? Kalau dengan Talha, gedik dia memang aku tak boleh bayang.

"Jalan tu jangan dekat sangat." Tegur Talha lagi tanpa menghiraukan rengek si Faron. Khawlah yang sedang menghirup kopi di sisinya pula menahan tawa.

"Dahlah, Hailey jom." Faron segera menarik tanganku dan mula berlari. Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengikutnya berlari sekali.

"Aku dah cakap jangan jalan dekat-dekat, kamu pergi pegang tangan pula. Aish, apalah nak jadi dengan budak zaman sekarang ni." Bebel Talha sambil menggeleng kecil melihat kami yang bagaikan sedang melarikan diri daripadanya.

~~~~~~~~

"Jom kunci nama kita di sini!" Faron menunjukkan sebuah mangga berbentuk hati yang baru dibelinya tadi untuk dikuncikan pada pagar yang dipenuhi mangga yang lain. 

Aku bercekak pinggang. "Boleh. Sebagai sahabat selamanya, boleh?" 

Faron berpaling ke arah aku kemudian mencebik. "Alah, sebagai couple lah."

"Buat apa? Kita bukannya ada apa-apa pun." Tukasku sambil memandangnya yang telah menulis nama kami di atas mangga tersebut.

"Biarlah. Supaya cinta kita berkekalan hingga hujung hayat." Faron berkata lalu mengunci mangga tersebut pada pagar yang telah disediakan.

"Whatever." Ujarku bersahaja. Aku membelakanginya sementara dia sibuk memeriksa mangga tersebut.

Tu veux juste de l'attention,
Tu ne veux pas de mon cœur,
Tu n'aimes pas l'idée que je n'sois pas avec toi.

Aku dapat merasakan gegaran di dalam poketku. Hmm, siapa yang call?

Tiada nama. Aku mengerutkan dahi, hairan. Sejurus itu, aku terus menekan butang... Merah.

"Siapa call?" Soal Faron yang sudah berdiri sambil memandangku dari belakang.

Aku menjongketkan bahu. "Tak tahu." Balasku malas.

Tling! Notifikasi pula yang masuk. 

Unknown
Hailey, kenapa tak angkat call? Ini sayalah, Ethan Stone. Awak dekat mana sekarang?

Ha? Apa hal mamat ni telefon aku? Aku tak akan jawab. Aku dah berjaya bawa lari kumpulan aku, dan sekarang aku tak akan jatuh dengan perangkapnya.

Unknown
Sebagai teman lelaki yang baik, saya nak pesan dekat awak supaya berhati-hati di sana. Saya rasa tak sedap hati.

Teman lelaki sejati? Perasannya! Aku dah ada Faron. Walaupun kami tak adalah official haha.

"Hm? Kau putus sajalah dengan si batu tu." Ujar Faron yang mengintai dari sisi. 

Aku menjelingnya sambil menekup mulut. Tidak lama selepas itu, meletus juga tawa aku. Masa dulu, Ethan panggil Faron, fries. Sekarang ini, Faron pula yang panggil Ethan, batu. 

"Kenapa gelak?" Soalnya pelik.

Comel, serius muka hairan dia comel. Hahaha!

"Tak, tak ada apa-apa. Teringat kisah lama." Jawabku sambil menghabiskan sisa tawa.

Faron berpeluk tubuh memandang aku. "Aku tak kisah kalau kena bahan pun, janji kau senyum selalu. Muka kau selalu nampak serabut macam ada something yang mengganggu." Katanya dengan senyuman manis.

Aku tersenyum kecil. Begitulah nampaknya. Aku lebih gembira dengan keadaan sekarang berbanding dulu yang mana aku tiada kawan, dan bersekolah di rumah sahaja. Semuanya demi menjaga nama keluargaku.

"Hailey, kau dengar tak?" Suara Faron menarikku keluar dari lamunan. Dia mengamati keadaan sekeliling dengan kerutan yang jelas di dahi.

Aku turut memandang sekeliling. Aku... Tak ada dengar apa-apa pun?

"Ahh! Makhluk pelik!" Jeritan seorang wanita kedengaran tidak jauh dari kami. Apa lagi, aku dan Faron terus berlari ke arah jeritan tersebut.

Swifty Sound! Aku menyeru papan luncurku. Aku terus melompat ke atasnya dan memecut ke hadapan. Terbuntang mata Faron melihat aku yang sudah maju daripadanya.

"Tak adil!" Ujarnya marah. Tercungap-cungap dia mengejar aku.

Kelebihan kau paling hebat konon. Tengok, suara kau boleh buat apa je? Boleh buat kau terbang?

"Kau ingat aku tak tahu ke kau tengah judge aku sekarang ni, Hailey?!" Marahnya lagi seraya cuba untuk memotongku dengan larianku.

Aku menepuk dahi. Dia ni kan, tak mahu kalah betul. 

"Aduh awak ni." Keluhku sebelum menggerakkan tangan. Serta merta dia berada seperti di awang-awangan. "Nah, saya buatkan awak satu lagi." 

"Thank you!" Ucap Faron riang lalu memotong aku pantas. 

Aish, mamat ni! Memang tak nak kalah!

Kami sama-sama memecut laju. Sehinggalah kami tiba di sebuah tempat yang kecoh dengan jeritan dan larian manusia yang bertempiaran. Apa sudah jadi?

Beberapa bunyi yang membingitkan telinga menguasai tempat itu. Kami segera menekup telinga dengan tangan akibat tidak tahan dengan bunyi tersebut.

Aku memandang arah datangnya bunyi itu. Kelihatan beberapa ekor makhluk sedang berjalan menghampiri kami. Itu kan... makhluk mitos Ochestra World. Makhluk Seviries!

"Semuanya mitos kot! Macam mana makhluk ni wujud pula pada zaman moden ni?!" 

Continue Reading

You'll Also Like

516K 1.2K 17
Mula mula
361K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
7.2K 409 17
Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila F...