CLOSURE - DY FINALE (PUBLISHE...

By farihahiskandar

1.2K 17 0

Kisah dongeng kita Entah mengapa menjadi sepi Latarnya tanpa garisan Putih ataupun hitam Tanpa makna Kisah it... More

Epilog
1
2
4
5

3

189 2 0
By farihahiskandar


"TT, siapa pergi ambil bos dan konsultan kat airport ya?"

"Siapa lagi... Of course big boss lah. Lepas tu, dia nak bawa mereka pergi lunch terus," jawab TT bersahaja.

Jihan, Iris dan TT duduk di pantri. Mereka lepak bersama dengan perasaan lega kerana laporan survey sudah siap. Untuk yang kali ini. Tunggu bos KL datang nanti. Membawa bersama beberapa projek lagi. Bermakna perkataan 'sibuk' itu tidak akan pernah hilang dari kamus kehidupan mereka. Justeru, untuk sementara waktu ini, mereka dapat menarik nafas lega. Bertanya khabar tentang diri masing-masing yang mereka tidak mampu buat sebelum ini walaupun bekerja dalam satu ofis.

"Both of you are going back to KL next week, right?" Jihan bertanya sambil mengunyah sandwic. Kali ini dia bawa bekal sandwic sardin pula. Sesekali menukar selera kerana pagi tadi dia bangun awal. Ada lah masa untuk penyek sardin, potong dadu bawang besar dan hiris cili merah dan picit asam limau nipis. Jika tidak, setiap hari seperti nak pergi berperang. Jadi lipas kudung, mengejar tren di stesen Milsons Point.

"Yes!" Serentak Iris dan TT menjawab. Nampak sangat mereka teruja dapat bercuti selama dua minggu. Dapatlah melepas rindu dengan keluarga masing-masing. Jihan terpaksa tunggu sehingga mereka kembali semula ke Sydney. Selepas itu barulah dia dapat bercuti.

Sementara ketiadaan mereka nanti, konsultan yang Jihan masih tidak tahu namanya akan membantu Jihan dengan urusan projek survey yang baru. Dia tahu apa yang perlu dibuat kerana projek itu adalah di bawah kelolaan dia. Jihan ada dengar, khabarnya konsultan itu lelaki, Izham namanya. Jihan tidak ingat yang mana satu kerana ada ramai konsultan di ofis KL. Sebahagian besarnya lelaki. Adalah yang muda dua tiga orang yang Jihan pernah nampak. Melayu. Mungkin kah salah seorang daripada mereka? Adalah seorang tu yang kalau dipandang lama-lama, ditenung betul-betul, tampan juga orangnya. Oh!

Okey, Jihan. Otak kau dah 'weng' lagi. Dah buang tebiat kau ni. Tak mengapa. Jom kita salahkan Hazman lagi. Penyebab hidup kau 'boyfriendless'.

Jihan tersenyum sendiri.

Telefon di pantri berdering. "Hello," Iris menjawab bersahaja. Siapa lah agaknya yang mencari mereka di situ.

"Yes?"

"Really?"

"When?"

"OK, thank you." Sepatah-sepatah Iris menjawab.

Mula-mula muka relaks. Selepas itu muka terkejut. Selepas itu, dia terus berdiri. TT dan Jihan melopong melihat reaksi Iris. Dah kenapa dengan minah ni, fikir Jihan.

"Ladies, grab your bags. Big boss tunggu kat bawah. Dia ajak pergi lunch sama-sama dengan bos KL dan konsultan. Sandra dah ada di bawah dengan mereka."

Alamak! Orang dah makan, baru bagitahu nak lunch sama-sama.

"Mana nak muat semua orang dalam kereta tu," rungut TT.

"Nak ke Darling Harbour, katanya. Seafood restaurant. Berjalan kaki beramai-ramai, bonding gitu..." jelas Iris. "Apa eh nak makan? Kalau I order lobster big boss bengang tak?" Mukanya bercahaya, gamaknya membayangkan seekor lobster bersaiz besar tergolek dalam pinggan.

Nampak saja kurus, tapi makan banyak. Bukankah dia baru menelan empat set sandwic yang Jihan bawa tadi? Belum kenyang kah dia? Jihan tergelak melihat gelagat Iris.

Seiringan mereka berjalan menuruni tangga sambil berbual-bual kosong. Mujur ofis mereka di tingkat satu, jadi tidak perlu nak menunggu lif. TT kata nak 'walk off the calories', yang terkandung dalam sandwic sardin yang Jihan bawa tadi. Yang mereka dah balun sampai licin.

Sebaik sahaja keluar dari bangunan ofis, sudah ternampak Sandra melambai ke arah mereka dari seberang jalan. Berdiri di belakangnya, big boss Chris, encik bos Dennis dan Izham, konsultan. Segera gadis-gadis itu menyeberangi jalan melalui laluan bawah tanah dan bertemu dengan bos-bos mereka di hadapan gereja tua, bersebelahan dengan Queen Victoria Building (QvB).

Alamak! Jihan terpana. Permainan apa kah ini, ya Allah? Baru tadi aku bayangkan wajah konsultan handsome semasa di pantri. Sekarang dia berada di depan mata Jihan. Jihan melindungkan dirinya di belakang Sandra, mengatup matanya dan mencubit pahanya. Sekadar mahu memastikan yang ini bukan mimpi. Ouch! Sendiri cubit, sendiri rasa sakit. Kalau ya pun nak kepastian tidak perlu mencubit kuat-kuat, bukan. Tetapi setiap kali memerlukan dia menguji yang dia bukan bermimpi, itulah yang terjadi. Percuma sakit. Padan muka!

Sepanjang perjalanan ke Darling Habour, Jihan tidak banyak bercakap. Hanya menjawab apabila perlu. Bukan sombong, sekadar memberi peluang bos-bos bercakap antara satu sama lain. Bukannya mereka sering berjumpa pun. Masing-masing ofis berlainan benua. Hanya bertemu di alam maya, kebanyakan masanya. Apabila ada peluang bersemuka begini, banyaklah yang hendak dibincangkan. Kita, pekerja yang biasa-biasa ini, hanya mendengar orang atasan berbual. Apa lagi, jika 90% topiknya tentang kerja sahaja.

Yaiks!

Mereka memilih sebuah restoran makanan laut di The Promenade, lokasinya betul-betul menghadap harbour. Seandainya Jihan punya bakat melukis, dia pasti akan menghabiskan waktu hujung minggunya di sini.

Melakar lukisan demi lukisan yang mempamerkan keindahan langit dan air yang kebiruan, berlatarkan bangunan-bangunan pencakar langit yang berbagai desain. Seandainya... Walaupun dalam realiti sebenar,  Jihan memiliki sepasang 'tangan kayu'. Langsung tidak ada bakat melukis mahupun mewarna.

"Excuse me for awhile. I need to go to the ladies..."

Jihan segera beredar tanpa menunggu mereka memilih tempat makan. Dia perlu membetulkan letak tudungnya yang terasa seperti senget sedikit akibat ditiup angin sewaktu mereka berjalan ke Darling Harbour tadi.

Setelah berpuas hati, dia kembali ke ruang makan restoran. Nampaknya mereka memilih untuk makan di bawah payung di bahagian luar restoran. Cuaca tidak panas dan angin berhembus nyaman. Nampaknya mereka membiarkan satu tempat kosong untuk Jihan. Betul-betul di sebelah Izham. Jihan tidak pasti, apa dia rasa. Dia dapat rasakan Iris, TT dan Sandra ada rancangan mereka tersendiri. Mereka tahu apa status Jihan. 'Boyfriendless, and still looking'. Dan mereka bertiga sedang tersengih seperti kerang busuk, seperti seronok dengan rancangan mereka yang belum tentu menjadi itu. Dan Jihan pasti mereka sudah bertanya kepada Izham jika dia masih solo ataupun sudah berpunya. Pasti sekali.

Izham bangkit dan menarik kerusi untuk Jihan apabila dia sedar Jihan mendekatinya dari belakang. Oh! Gentleman pula mamat ni. Tak cukup kah jadi tampan saja. Tak payah lah pula nak jadi 'Mr Perfect' sangat. Agak- agak, dia ada tak makwe yang tertinggal di KL?

Jihan sempat melemparkankan senyuman. Memberi laluan untuk mereka berkenalan. "Terima kasih. Susah-susah saja..."

Izham tidak berkata apa-apa. Hanya mengangguk dan membalas senyuman Jihan.

Aduhai.

Di sebalik kaca matanya, Izham memiliki sepasang mata berwarna coklat cerah, sedikit sepet. Dan senyuman dia, 'to die for'... Teringat pula Jihan kepada hero cerita Siam yang dia minat sangat semasa dia bersekolah rendah dulu. Apa entah nama dia, Jihan tak ingat. Berbelit lidah nak sebut. Kulit Izham juga cerah lebih kurang Hazman. Kau dah lupa kah, Nurjihan? Putih itu geli... putih itu geli... putih itu geli...

Hazman lagi yang muncul dalam kotak fikirannya. Bila lah agaknya dia ini nak berhenti menjelma. Sudah lapan tahun kot. Dia menyebabkan neuron dalam kepala Jihan jadi 'haywire'. Ada masanya dia senang terpikat dengan lelaki, ada kalanya dia blok terus lelaki yang cuba menghampiri dan mengenalinya. Sesuka hati saja neuron yang Jihan panggil 'Hazman' ini berlegar dan bermaharajalela menguasai fikiran dan jiwa seorang Nurjihan.

Iris mencuit paha Jihan. Terus lamunannya terhenti.

"Hei Jihan. Izham tanya you tu..."

Jihan terpinga-pinga. Tanya? Tanya apa? Dia berpaling ke arah Izham. "Sorry?"

"You nak makan apa? Takkan nak tenung saja meja tu sampai tembus..." Izham tergelak sambil mengunjukkan menu kepada Jihan.

"Oh OK. Sorry. 'Ter-koyar' kejap. Hmmm... apa ya yang sedap kat sini?" Tangannya mula membelek helaian menu satu persatu. Tadi perut dah rasa kenyang. Sekarang dah mula berbunyi semula.

"Koyar? Dah lama tak dengar orang sebut perkataan tu kecuali apabila saya balik kampung. Masa kecil-kecil dulu, ada seorang kawan saya suka betul panggil saya 'Mamat Koyar'. Kami selalu kena gossip bersama." Izham tergelak. Barangkali teringat kisah silam yang mencuit hatinya.

Koyar juga lah tu, Jihan.

Terdengar suara Dennis bertanya, "Have you decided, Jihan? We are waiting..." Pelayan restoran yang berdiri di sebelahnya tersenyum tetapi kurang ikhlas, pada hemat Jihan. Mungkin dia geram kerana terpaksa berdiri lama di situ, menunggu dengan paksa rela.

Oh! Jihan hampir terlupa. "Broiled shrimp scampi and a glass of cold water, please..."

Selepas memastikan semua order sudah dicatat dengan betul, pelayan restoran itu terus melangkah pergi.

Tiba-tiba Chris menoleh ke arah Izham. "What is that word you said just now? Something start with a K or a C, if I'm not mistaken. It sounded peculiar."

Dennis mencelah, "Yeah, I heard that too. What is it... Hmmm..." Mengetik meja sambil cuba mengingatkan kembali apa yang Izham sebut tadi.

Sandra yang duduk paling hujung menyampuk, "Koyar. That's the word!"

Izham dan Jihan saling berpandangan. Kemudian mereka serentak ketawa. Rupa-rupanya mereka ini, walaupun masing-masing sibuk berbual, masih sempat lagi memasang telinga mendengar perbualan Jihan dan Izham.

"Oh that! People in the East Coast of Malaysia like Kelantan and Terengganu have their own dialects. They pronounce the word khayal as koyar, which means dreaming."

"You see, Izham. I have been working wih Jihan for the past month. I've seen her doing this 'koyar' thingy all the time," Chris mula membuka cerita. Sambil itu dia tergelak kecil. Mereka yang lain ikut ketawa beramai-ramai.

Satu, kerana Chris berjaya membuatkan Jihan jadi malu- malu kucing sehingga merah padam mukanya. Kedua, cara Chris menyebut perkataan koyar seperti 'koyer' dengan bunyi 'R' yang tebal. Lidah mat saleh sangat!

Apa lah Chris ni. Selalunya serius sahaja di ofis. Macam mana dia boleh jadi ringan mulut pula apabila berkumpul ramai-ramai ni. "I wasn't koyar-ing. That was me focusing really, really hard on my work," Jihan cuba mempertahankan dirinya. Malu lah kena gelak begini. Nanti apa Izham fikir tentang dia. Tentu dah kena tolak markah dengan Izham, terus terkeluar daripada menjadi calon makwe.

O' oh! Dah ke situ pula dia berfikir. Jihan menepuk dahinya. Neuron sewel, sila behave! Ini semua salah Hazman.

***

Kirribili, Sydney

Dear Yayah,

Sudah lama aku mengabaikan kau. Maafkan aku. Kesibukan hidup dengan jadual kerja yang padat membuatkan aku tidak punya masa bersama kau.

Siang tadi, ketika big boss komen tentang aku yang kuat mengelamun, aku keliru. Mana mungkin. Aku ni, kalau dah fokus, tak adanya nak ingat benda lain selain kerja. Tak ada masa kot. Asyik terkejar-kejar dengan deadline yang silih berganti. Sampai nak call mama dan abah pun tak sempat.

Tipu lah kalau nak kata aku tak 'koyar' langsung. Sesekali, sewaktu duduk kat bench kat Hyde Park tu, sambil kunyah-kunyah sandwic, ada juga lah datang koyar tu. Masa tengah duduk sorang-sorang tu. Sempatlah melayan perasaan. Memandai saja Chris tu. Ha'aih.

Dah kenapa kau nak komplen pasal komen Chris tu, Jihan? Dia bergurau, gamaknya...

Yayah,

Menjelang malam-malamku, hanya dua benda yang berlaku. Hampir pasti. Satu, bulan dan ribuan bintang bersinar indah menerangi dada langit. Dan kedua, fikiranku pasti melayang jauh. Aku koyar. Nama DIA akan menjadi perkara terakhir yang menjelma dalam kotak fikiranku.

Beritahu aku, Yayah... Mengapa aku tidak mampu melupakan HAZMAN...

***

"Why are you smiling, Iris? Lebar sengih tu I nampak sejak tadi..." kata Jihan. "Tak sabar nak balik jumpa boyfie eh esok?"

"Mana ada! Pandai-pandai you saja. Memanglah tengah teruja ni. Dah sebulan setengah tak jumpa famili. You pun tentu rindu juga kan? Bukan ada seseorang ke yang sedang menunggu di KL tu?" Sengaja Iris memulangkan paku buah keras. Bukan dia tak tahu Jihan tak ada boyfriend. Saja-saja dia cakap kuat-kuat sebab dia tahu Izham yang duduk di sebelah Jihan sedang memasang telinga. Walaupun pada mata kasar kelihatannya seperti dia sedang fokus bekerja.

Jihan terdiam. Wajah Hazman tiba-tiba muncul, samar-samar. Pantas Jihan blok sebelum wajah kerinduan itu semakin jelas. "Hello! Kalau I ada boyfriend, I yang akan minta balik ke KL lebih awal daripada you dan TT, tau. Biar you guys saja yang handle kerenah customers untuk survey ni dengan Tuan Izham yang handsome lagi comel ini..."

Oops! Jihan terlepas cakap. Terpisat-pisat, Izham pantas berpaling ke arahnya. "Who? Me? Handsome and comel? You think so?"

"She knows so..." Terkekek-kekek Iris ketawa sambil menekan perutnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... pandai-pandai you lah, Jihan.

Sudah seminggu Iris memerhatikan gerak laku Jihan dan Izham. Bukan Iris sahaja, malah TT dan Sandra juga. Ada 'good chemistry' yang jelas, dari segi hubungan sebagai kawan yang baru terjalin dan rakan kerja yang 'understanding'. TT fikir Izham dan Jihan boleh dikategorikan sebagai pasangan yang ideal. Sandra pula memanggil mereka 'visual couple'.

"Penting ke apa I fikir? I buat lawak saja tadi tu. Pandai-pandai saja you ni, Iris. Haish!" Jihan cuba menutup malu. Cuba buat muka selamba walaupun sebenarnya, dia ada terfikir nak pergi menyorok dalam kabinet sambil berdoa Izham tak jumpa dia. Agar dia tidak perlu menghadap muka Izham selama waktu yang masih berbaki untuk hari ini.

Izham merenung tepat pada wajah Jihan, cuba menelah apa dalam minda Jihan. Dahinya bergaris kerut. Tidak berkata apa-apa, dia kembali tunduk menghadap skrin laptop. Sedetik bibirnya sempat mengukir sebuah senyuman. Jihan tidak perasan. Iris pun pasti tidak nampak kerana dia duduk dalam kubikelnya.

Jihan tidak terus duduk di kerusinya. Dia perlu pergi dari situ untuk seketika. Perlu melegakan jantungnya yang berdetak laju. Selain daripada Hazman, sebenarnya dia tidak pernah lagi membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Hanya setakat neuron dalam kepala menggila fikir orang itu handsome, orang ini baik, orang sinun kacak, dan macam-macam lagi. Setakat itu sahaja. Tidak pernah berlebih-lebih rasa. Hanya untuk kali ini, pada ketika ini, dia tidak pasti apakah jantungnya yang berdegup kencang itu adalah kerana renungan Izham tadi berjaya menembusi pintu hatinya yang terkatup rapat ataupun kerana masih lagi mengingati dan merindui Hazman.  

KELIRU!

"I nak ke pantri, bancuh kopi. You nak kopi tak?"

"Boleh juga. Thank you, Jihan," jawab Izham. Mukanya masih tertancap pada skrin laptop. Antara masa selang menjawab email clients, dia berfikir tentang Jihan. Ada apa dengan gadis itu? Di sebalik pandangan sepasang mata yang redup itu, apa yang dia sembunyikan? Apakah hatinya pernah remuk dan carik? Dan dia terus mengetik jari-jarinya pada meja, kebuntuan idea untuk menghantar emel.

***

Menggunung pakaian di atas katilnya. Lepas satu-satu baju dicuba. Hampir semua yang tersangkut dalam closet dah dicuba. Seluar dan skirt labuh berselerak. Dah puas hati dengan blouse, tak 'matching' pula dengan skirt labuh. Nak pakai suit, terasa formal pula. Nak pergi kerja saja pun tetapi mengapa cerewet tahap gaban pula hari ini.

Jihan akhirnya mengalah, duduk menyandar di birai katil. Menghela nafas, supaya bekalan oksigen cukup sampai ke otak. Tenang, Jihan... tenang. Apa yang bezanya hari ini dengan kelmarin? Dengan minggu lepas? Dengan bulan lepas.

Untuk kesekian kalinya, neuron gila dalam kepalanya tidak menyalahkan Hazman. Pagi ini, dia salahkan Izham. Siapa suruh Izham bagitahu dia semalam dia nak sama-sama ke tempat kerja dengan Jihan. Minggu lepas dia tinggal di hotel bersama Daniel. Selepas Daniel pulang semalam, Chris meminta Izham berpindah ke kompleks apartmen di Kirribili, sama tempat dengan Jihan tetapi berlainan blok. Lebih murah disewa untuk satu jangka masa yang lebih panjang berbanding tinggal di hotel.

Nampaknya hari ini dia tidak akan sempat menyiapkan bekal untuk dibawa ke ofis. Apa lah Izham ini. Baru seminggu di sini dia sudah mampu membuatkan Jihan mengalami episod jiwa kacau. Sehinggakan nak pakai baju pergi kerja pun dah huru-hara macam orang nak pergi jumpa bakal mentua.

Haish!

Mata Jihan melirik ke arah jam loceng di atas meja kecil di sebelah katilnya. 7.15am. O' oh! Lagi 15 minit untuk dia bersiap-siap. Dia bingkas bangun, memakai kemeja putih berlengan pendek, satu-satunya yang masih tergantung pada hanger dan terus menyarung sweater berwarna peach yang ada di atas katil. Kemudian dia mencekau slack putih yang tadinya dia baling ke atas kerusi (Langkah persediaan terakhir sekiranya dia tak dapat membuat keputusan nak memilih padanan baju). Mujur di setiap hujung minggu dia memaksa diri menggosok semua tudung yang ada dalam simpanannya.

Jihan menarik sehelai shawl berbunga warna peach berlatarkan warna krim dan terus menyarungnya ke kepala. Bukan susah pun. Hanya pinkan di leher, dan belit. Siap.

Alamak! Dia terlupa menyapu bedak pada mukanya. Pagi ini, Jihan pasrah. Dia hanya mencalit gincu saja. Agak-agak 'natural look' begitu. Sudah tidak sempat untuk melawa. Tunggu sahaja tiba di ofis nanti, barulah dia 'touch up' sikit.

Usai bersiap, Jihan berlari ke pintu lif. Sekali lagi, dia menghela nafas dalam-dalam sebelum menekan butang lif. Tidaklah dia mahu Izham melihat dia seperti kelam-kabut apabila turun nanti walaupun dia sebenarnya sudah tujuh minit lebih lewat daripada waktu yang dijanjikan. Apa pula Izham fikir nanti.

"Hi, good morning. Dah lama tunggu? Maaf I lambat sikit." Senyum dalam gementar.

"Good morning. I pun baru sampai saja. Jom, kita gerak sekarang."

"You nak naik tren ataupun berjalan saja ke ofis?" Jihan bertanya.

"Cukup masa tak nak berjalan ke ofis?"

"Kalau berjalan dari sini, lebih kurang satu jam tetapi tak terasa pun lama sebab udara dingin dan segar. Kita lalu Cahill walk, cross Sydney Bridge. Turun dekat The Rocks dan jalan terus ke ofis via George Street. Boleh jamu mata sambil bersenam lebih kurang..."

"Kalau naik tren, berapa lama pula?"

"Kita masih kena berjalan menuruni jalan berbukit ini selama lebih kurang 15 minit untuk sampai ke stesen Milsons Point. Naik tren dan kemudian turun kat Sydney Town Hall ambil masa lebih kurang enam minit. Itu stesen paling dekat dengan ofis dah tu. Jalan dalam 10 minit dah sampai." Pergh! Dia dah boleh jadi seorang pemandu pelancong yang cemerlang.

Izham berkira-kira tentang waktu perjalanan untuk seketika. "OK, kita jalan lah. Baru 7.45 ni. Sebelum jam sembilan dah boleh sampai ofis. We can grab something at the café next door to the office for breakfast. Boleh macam tu?"

Jihan okey sahaja dengan cadangan Izham. Sebenarnya dia lebih suka begitu. Hampir setiap hari dia berjalan ke ofis. Hanya waktu nak balik sahaja, apabila dah melepasi jam lapan malam, baru dia ambil tren. Bukan apa, sebagai langkah keselamatan. Itupun kalau Iris dan TT pulang dahulu. Kalau bertiga, mereka pun ikut berjalan kaki.

"Oh by the way, you look nice today." Izham berpaling dan terus bergerak ke arah pintu. Dia membuka pintu dan menunggu Jihan di situ. Jihan? Dia sudah menjadi patung cendana untuk beberapa saat. Terkedu apabila mendengar pujian Izham.

Jihan, you are in BIG trouble!

***

Sejak pagi, Izham banyak menghabiskan masa dengan Chris dalam bilik meeting. Chris memberi taklimat kepada Izham tentang penggunaan COL secara terperinci. Aplikasi ini perlu diajar kepada semua pelanggan yang mengambil bahagian dalam survey bagi memudahkan mereka mencari dan menganalisa data yang sudah dimuat naik oleh tim Jihan.

Sementara itu, Sandra dan Jihan pulun memeriksa data yang masuk. Semua perlu dilihat satu persatu, dengan terperinci. Zero error. Berbalam pandangan mata Jihan setiap kali dia mengalih pandangan dari skrin laptop. Matanya penat dan terasa kering.

"Argh! I need my eye drops!" Jihan mula mengurut bahagian bawah matanya supaya terasa lebih segar.

"Sandra, I'm going to the ladies, just in case anyone comes looking for me," kata Jihan. Dia mahu membasuh mukanya untuk membuang rasa mengantuk dan penat.

"OK, Jihan."

Jihan melihat refleksi wajahnya dalam cermin. Dia agak pasti apabila Izham tengok dia sekarang, pasti dia akan menarik balik kata-katanya, "You look nice today".

Pasti dia menyesal kerana mengucapkan pujian itu. Langsung tiada apa-apa yang 'nice' pun ada padanya sekarang. Entah kenapa beg Gucci di bahagian bawah mata muncul tanpa diundang. Gincu berwarna peach yang dicalit pagi tadi juga sudah menghilang tanpa kesan.

Lupakan sahaja peribahasa tentang bibir bak delima merekah. Yang tinggal bibir yang kering merekah kerana sepanjang bekerja tadi, Jihan terlalu khusyuk sehingga terlupa minum air. Tudung? Ya Tuhan. Tudung yang dibelit tadi pun dah senget benget. Pin yang sepatutnya terletak molek di leher sudah berganjak 25 darjah ke kanan.

Setelah membasuh mukanya, Jihan mengoles wajahnya dengan krim pelembap dan mencalit pelembap bibir. Memadai untuk dia kelihatan lebih segar berbanding tadi.

Apabila dia kembali ke kubikel, ada satu nota untuknya, ditindih dengan sebotol eye drops. 'Tunggu saya. Kita pergi lunch sama-sama – Izham'.

Uiks? Mana dia tahu?

Belum sempat dia bertanya, Sandra terlebih dahulu memberitahunya. "Izham was just here. He asked me about you. I told him you went to the ladies."

"What about this eye drops?"

"Oh, that's mine. Take it. I have a spare bottle." Sandra tersengih.

"You're a lifesaver. Thank you," balas Jihan.

Terperanjat juga dia tadi, ingatkan eye drops itu Izham yang bagi. Termalu pun ada juga. Kau ingat Izham tu siapa, Nurjihan?

Argh! Ini semua salah Hazman.

Jihan mengambil keputusan untuk mendengar lagu bagi menenangkan emosinya yang tidak keruan. Nak menyambung kerja pun, dia tidak boleh fokus. Paras gula dalam badan sudah mula rendah dan badannya mula lesu. Apa pun, dia kena tunggu Izham. Maka, jadilah dia seorang penunggu di situ. Jihan memakai headphone dan memilih seleksi lagu-lagu 'easy listening' untuk halwa telinganya. Dia menyandar pada kerusi dan matanya terkatup rapat.

Barangkali dia terlena untuk beberapa minit kerana dia tidak menyedari kehadiran Izham. Izham biarkan sahaja. Lagipun dia perlu menghantar satu emel kepada Dennis.

Jihan terhidu bau perfume yang Izham pakai. Dia tahu Izham ada di tempatnya tetapi dia tidak terus mencelikkan mata. Dia perlukan dua minit, nak habiskan mendengar lagu kegemarannya terlebih dahulu.

"Jihan..." Dua kali Izham memanggilnya, perlahan.

Jihan mencelikkan matanya, lantas menguap

kecil. "Oh! You dah ada kat sini. Sorry, layan lagu kejap. Lepastu tertidur..." Kononnya...

Izham hanya melontarkan senyum. "Nak makan sekarang ataupun kita nak solat dulu?" Dia melihat jam di pergelangan tangannya. "Dah masuk zohor ni..."

"Can we eat first, please? My sugar level is down and I'm famished! Balik nanti, baru solat. Boleh kan?" Kali ini Jihan tak tipu. Dia cuba bangun dari kerusi dan ternyata lututnya terasa bergoyang.

Izham tahu Jihan tak berlakon. Memang mukanya pucat lesi. "Can you walk? Or you want me to buy you something instead," kata Izham, kerisauan.

"Eh! Tak apa... tak apa... I boleh jalan. Awak nak makan apa?" usul Jihan. Dalam hati dia berdoa Izham hanya nak makan sesuatu yang boleh dibeli di mana-mana kafe atau restoran yang berhampiran dengan ofis sahaja.

"Kat train station kat bawah tu ada banyak kiosk yang jual makanan, bukan? I macam ternampak pagi tadi ada restoran juga di sana," jawab Izham.

Jihan angguk.

"Jom!" Lega.

Mereka kembali ke ofis selepas satu jam. Masing-masing bergegas ke bilik air, mengambil wudhu' mengejar waktu zohor yang masih berbaki. Mengikut peraturan, sesiapa yang mahu menggunakan bilik meeting perlu buat booking dulu untuk sebarang kegunaan termasuklah bersolat walaupun ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Sebelum ini, Jihan hanya bersolat dalam kubikelnya sahaja. Sedang elok muat sekiranya dia menarik kerusinya keluar. Big boss tidak kisah kerana kubikel Jihan jauh di belakang dan ada sedikit privasi untuk Jihan menunaikan solat. Tetapi semenjak Izham ada, kerana kekangan ruang dan masa, mereka dibenarkan menggunakan bilik meeting bersaiz kecil untuk solat berjemaah.

Sewaktu Izham mengangkat takbir, terlintas di hati Jihan, adakah dia ini bakal imam yang ditakdirkan untukku? Meremang tengkuknya apabila ayat itu seperti melantun dalam kepalanya. Nyala rasa ini tiba-tiba muncul kembali selepas lapan tahun terpendam.

Bingung. Aku baru saja kenal dia seminggu dua ini. Ilmu apa yang kau guna, Izham...

***

Izham bermalas-malasan di ruang tamu apartmennya yang menghadap Sydney Harbour. Sliding door dibiarkan terbuka supaya udara dingin dapat bergerak bebas. Tubuh dan mindanya kepenatan. Sudah dua bulan dia bekerja tanpa henti. Client Izham, Bank DB mahu membuat rombakan dalam organisasi mereka. Salah satu daripada aspek yang mereka tekankan adalah tentang compensation dan benefit untuk staf mereka.

Pihak DB sanggup membayar sekian banyak untuk dapatan data yang komprehensif tetapi Izham perlu menjemput bank-bank yang ada dalam senarai mereka untuk mengambil bahagian dalam survey. Itulah kesukarannya kerana Izham perlu yakinkan clients yang pihak konsultan akan menjaga keselamatan data sulit yang diberikan dan memastikan data tidak terlepas ke pihak luar. Dia perlu menerangkan dengan jelas bagaimana data di-encrypt dan disimpan dalam database.

Kerana itu Izham perlu benar-benar memahami bagaimana aplikasi COL bekerja. Bagaimana nanti clients dapat menggunakan applikasi itu yang berkonsep 'live data' dengan efisyen. Boleh tahan juga lah sakit kepalanya menangani kerenah clients juga mempelajari applikasi sistem IT di luar bidangnya.

Ternyata ini satu cabaran untuknya. Cabaran yang besar tetapi amat bagus untuk kariernya sebagai seorang konsultan. Ianya mampu membuka peluang yang besar untuk dia progress di masa hadapan. Pada masa yang sama, cabaran ini turut memberi peluang untuk dia mengenali seorang insan yang bernama Nurjihan.

Nah! Itu juga punya cabarannya yang tersendiri. Sepanjang dia di sini, bekerja 'side by side' dengan Jihan, ada satu magnet yang menariknya untuk mengenali Jihan dengan lebih rapat. Setiap kali dia memandang Jihan, ada rasa yang berbeza terpancar keluar dari raut wajahnya.

Ada waktunya, Izham dapat melihat kolam air matanya yang tergenang tiba-tiba dan Jihan cepat-cepat menyeka ketika dia fikir orang tidak perasan. Senyumannya ada kalanya hanya untuk menutup kesedihannya. Gelak tawanya pun kadang-kadang seperti dipaksa-paksa, demi untuk menyembunyikan gundah.

Walaupun begitu, Izham kagum dengan kecekalan seorang Nurjihan. Kental benar hati gadis ini. Sendirian di sini, berjuang untuk kelangsungan hidupnya.

Dan Izham tahu lenanya akan terganggu pada malam ini. Siang tadi, sewaktu Nurjihan memejamkan matanya, sementara menunggu Izham (seperti yang dia minta dalam nota), dia tertampar!

Betapa gadis cekal yang sungguh comel ini sudah membentang tikar dalam ruang tamu hatinya. Entah bila dia bertandang, Izham tidak pasti.

Jemput duduk, Nurjihan. Rehatlah, jika kau rasa selesa bersama tikar mu itu. Ruang tamu hati saya cukup besar untuk menerima kehadiran awak.

Izham bingkas bangun. Tiba-tiba angin yang begitu dingin menerpa masuk dan menjamah tubuhnya. Mak ai! Sejuknya... Segera dia mengatup sliding door dan terus ke dapur. Enak juga dapat meneguk segelas coklat panas.

Sekembali ke ruang tamu dia menelefon Jihan.

"Hello!"

"Hai! Mimpi apa telefon malam-malam ni? Tak leh tidur ke?" Jihan menjawab. Suaranya kedengaran ceria.

"Amboi! Happy saja I dengar. Ada berita gembira ke?"

Jihan ketawa. "Biasa-biasa saja. Tengah lipat pakaian ni ha. Tadi baru saja lepas telefon mama dan abah. Dah berbakul-bakul kena berleter dengan mereka, sama banyak dengan bakul kain yang ada kat depan mata I ni."

Giliran Izham tergelak. OK. Kita sama. Sekejap lagi dia juga akan mendengar leteran ibunya kerana masih belum memberi laporan aktiviti untuk hari ini. Anak bongsu lah katakan. Belum kahwin pula. Selagi dia belum punya siapa-siapa dalam hidupnya, ibunya dah bagi amaran. Cari isteri cepat-cepat atau dia akan 'control' hidup Izham. Pening Izham dibuatnya.

"Jihan, esok sibuk tak?"

"Tak. Ingat nak berehat, duduk kat rumah diam-diam. Kenapa?"

"Dah dua minggu lebih I kat sini. Tak sempat pergi berjalan-jalan pun. You nak tak ikut I pergi ke Blue Mountain? Rehat sambil piknik kat atas tu. Nak tak?"

"Err..." Jihan teragak-agak menjawab. Keluar berdua dengan Izham... Sebenarnya dia tak pernah pergi ke mana-mana berdua dengan lelaki kecuali sejak dua minggu lepas. Pergi dan balik kerja dengan Izham. Pergi lunch dengan Izham. Tetapi itukan atas urusan kerja. Bukan kasual.

Oh! Ada. Beberapa minggu lepas keluar dengan Khairi. Tetapi Khairi itu kawan baik Jihan, kawan paling rapat, 'almost' adik beradik cuma lain emak lain ayah. Walaupun semasa keluar dengan Khairi tempoh hari ada juga lah neuron gila dalam kepala buat nakal sikit. Tapi tiada apa-apa yang serius.

Cuma dengan Izham ini, jika dilayan akan menjadi sesuatu yang Jihan tidak pasti dia bersedia. Benar, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Tetapi sejak pagi tadi, dia ada rasa yang berkemungkinan besar dia boleh main tepuk amai-amai dengan Izham.

"Jihan, you're still there?" Sayup-sayup kedengaran suara Izham menjamah telinga Jihan. Aiyoo! Mengelamun lagi dia rupa-rupanya.

"Ya... ya... still here. Sorry about that." Tersipu-sipu Jihan seketika. "OK, bolehlah. Pukul berapa nak gerak?"

"Jam 10.00 begitu. Tak pagi sangat kan?"

"OK. Nak I prepare anything? Kata nak piknik..."

Izham menyanggah sebelum sempat Jihan menghabiskan ayatnya. "Tak perlu. Kita beli saja kat sana nanti."

Oops! Jihan menutup mulutnya dengan tangan. Terperanjat apabila Izham seperti separuh menjerit dalam telefon. Kot iya pun, tak perlulah memotong cakap begitu sekali. Kalau tunggu Jihan habiskan ayat pun apa salahnya.

Apa lah Izham ni...

"Baiklah, Tuan Izham. I see you tomorrow at 10. Have a good night."

Izham masih tersengih ketika dia menelefon ibunya. Walaupun Jihan sudah lama meletakkan telefon. Entah mengapa, dia berasa teruja kerana Jihan sudi menerima jemputan menemaninya ke Blue Mountain esok. Harapnya malam ini lena lah tidur dia. Dia tidak perlu sebarang mimpi. Memadai kehadiran Jihan esok. Yup... that's good enough.

"Assalamualaikum, wan. Tengah buat apa tadi?" (Izham memanggil ibunya, wan.)

Wan menjawab salam. "Ha! Gheti pun telefon anak bongsu wan. Ingatkan dah lupa...." Kononnya merajuk tetapi sebenarnya gembira apabila mendengar suara anak bongsunya.

Perbualan mereka berakhir selepas setengah jam. Penuh dengan bebelan dan pesanan penaja daripada wan, yang mana pada Izham, adalah 'the best halwa telinga in town'.

***

Hujan! Bukan hujan yang biasa-biasa. Rain cats and dogs.

Usai solat subuh, Izham berdiri terpaku di birai tingkap. Langit menangis teresak-esak, tiada langsung tanda-tanda akan reda dalam waktu yang terdekat. Hai lah nasib... Tak ada rezeki nampaknya nak berjalan-jalan makan angin dengan Jihan kali ini.

Dia pasti walaupun mereka teruskan juga ke Blue Mountain, tentunya sia-sia. Tiada apa yang boleh dilihat kerana pastinya kawasan pergunungan itu berkabus.

Hajatnya nak ke Echo Point, jengah the Three Sisters tak kesampaian. Iya, bukan dalam cuaca yang begini. Izham mendail nombor Jihan. Harapnya tidak mengganggu dia di awal pagi ini. Agaknya, masih berbungkus dalam comforter kah? Maklumlah, hujan sejak awal pagi tadi. Siapa yang sanggup keluar dari bungkusan comforter apabila sejuk dingin begini?

Tambahan pula hari ini cuti hujung minggu. Hanya yang 'crazy' saja sanggup bangun pagi. Ya, 'crazy' seperti aku, fikir Izham.

Suara Jihan seperti orang baru bangun tidur hinggap di telinganya. "Argh! Malasnya nak bangun.

Sejuk..."

"Good morning," kata Izham selepas memberi salam. Dia tersengih di hujung talian. 'Cute' pula cik kak ini pagi-pagi buta begini.

"Oh! Hai... Good morning. Alamak... saya dah terlewat ke?" Tepisat-pisat terus dia berpaling, mencari jam loceng di meja tepi katilnya. Usai solat subuh tadi, rupa-rupanya dia tertidur semula.

"Tak lah. Saya yang terawal telefon awak. So sorry."

"Oh it's OK. Lagi pun I memang nak bangun bersiap. Kan kita nak ke Blue Mountain..."

Jihan ini belum betul-betul di alam nyata gamaknya. Tak mungkin dia tak tahu di luar hujan lebat gila. Langsung tak nampak apa pun. Biar betul!

"It's raining cats and dogs outside. Awak tak tahu ke?"

"Eh? Ya ke?" Jihan bingkas bangun dari katilnya, melangkah terus ke sliding door dan memandang keluar. Pandangannya berbalam. Hatinya turut menangis bersama air hujan yang turun.

"We have to postpone our trip, Jihan. Memang Allah nak suruh kita berehat sakan hari ini. We can do it tomorrow, if the weather permits."

"OK, Izham. Tomorrow, then. Hari ini I boleh buat housekeeping dan buka kedai laundry dulu."

Allah itu amat penyayang. Rupa-rupanya dia menjawab doa Jihan, memohon diberikan ruang untuk bertenang. Jihan bersyukur Allah turunkan hujan rahmat ini. Supaya dia dapat merawat hati. Supaya dia tidak perlu mencalarkan hati Izham kerana sememangnya dia tidak mampu berhadapan dengan sesiapa.

Lewat malam tadi, Khairi menghubunginya. Dia bagitahu yang semasa dia bercuti, dia tak sempat jumpa Suria. Jadi isu dia dan Suria masih 'tergantung namun tak bertali'. Berbakul lah Jihan berleter kerana dia tahu Khairi

amat, amat sayangkan Suria. Dan tentunya dia tidak mahu mereka berdua menjadi mangsa kepada keegoan masing-masing dan berakhir seperti kisahnya dan Hazman.

Kemudiannya Khairi ada bercerita tentangpertemuannya dengan Hazman.

"I don't think he's over you, Jihan..."

"Takkan lah. Dah lapan tahun, Khairi. I dah moved on. Takkan dia tak move on lagi." Satu usaha yang baik, Jihan. Berpura-puralah kau selagi mampu. Bukankah kau dah lama menjadi mangsa keegoan kau selama ini. Takkan dah ludah nak jilat balik. Kan?

"Tapi kan..." Khairi seperti teragak-agak mahu memberitahunya sesuatu.

"You ni kan... kalau nak cerita, cerita lah.

Janganlah gagap pula." Dadanya sudah mula berombak. Pasti ada sesuatu yang menyebabkan Khairi seperti serba salah di hujung talian. Jihan seperti dapat membayangkan keadaan Khairi apabila dia 'nervous' begitu.

"Jihan, do you know Dini?"

"Who? Dini?" Soalan berbalas soalan. Sebiji macam ahli politik.

"Ya, Dini..."

"I only know our Dini kat maktab. Dini lain tak kenal. Kenapa?"

Senyap.

"Hellooooo.... Khairi? Anybody home?"

"Oh, sorry. I'm still here..."

"I saw a Dini at Hazman's house the other night, masa I hantar dia balik. Dia ada dengan adik Hazman yang bongsu, sedang siapkan hantaran..."

Belum sempat Khairi menghabiskan ayatnya,

Jihan menyampuk, "Hantaran apa? Bertunang? Kahwin? Siapa?" Fikirnya, selama lapan tahun dia menyepi, dia sudah imun dengan apa-apa saja yang berkaitan dengan Hazman. Dia fikir hatinya sudah cukup kebal. Cukup bersedia menerima apa saja berita tentang Hazman.

Tetapi mengapa, pada saat ini hatinya begitu tercalar? Mengapa dia masih terkesan dengan berita ini? Mengapa?

"Sebenarnya I tak tahu jika itu hantaran untuk pertunangan atau perkahwinan Hazman. Semasa berborak dengan dia pada malam tu, tak ada pula dia sentuh apa-apa yang berkaitan dengan itu. When I picked him up earlier, adik-adik dan mak dia semua ada kat rumah tu. Dia cuma cakap, biarlah pandailah dia orang sibukkan diri sebab dia nak keluar dengan I."

Jihan tekun mendengar cerita Khairi. Kali ini dia tidak bersuara. Dia sudah terduduk di tepi sofa. Lututnya enggan bekerjasama. Telefon rapat di telinga, mahu menghadam cerita Khairi dengan lebih jelas.

Menurut Khairi, dia terdengar Usu bagitahu Hazman semua barang-barang hantaran dipilih dan dihias oleh Dini. Khairi tidak bertanya kepada Hazman kerana apabila dia keluar dari bilik air, dia nampak Hazman terduduk di sofa. Mukanya kelihatan pucat. Matanya tertancap pada salah satu daripada hadiah hantaran yang tersusun molek di atas karpet.

"Apa kah hadiah itu, Khairi?" Perlahan suara Jihan, seolah-oleh berbisik.

"Sekotak coklat FR..."

Jihan memutuskan talian, enggan mendengar lagi apa yang Khairi ingin katakan. Cukuplah...

Agaknya ini lah 'closure' untuk dia. Lapan tahun yang sepi. Lapan tahun tanpa Hazman. Sepatutnya dia sudah bersedia, bukan?

Dan kenapa malam ini, dia tidak mampu mengatur langkah. Perlahan merangkak naik ke atas katil, berselubung dengan comforter dan sebak yang tertahan tadi pecah berkecai bersama kolam air matanya. 

Continue Reading

You'll Also Like

570K 25.1K 117
The Many Dates of Indigo is now published as a Paperback, and E-book with W by Wattpad Books! As a Wattpad reader, you can access both the Wattpad Or...