Penghulu Bidadariku : Aisyah...

By AliahSyuhada

138K 4.4K 1.5K

Demi cinta, dia mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu... More

PB | 01
PB | 02
PB | 03
PB | 04
PB | 05
PB | 06
PB | 07
PB | 08
PB | 09
PB | 10
PB | 11
PB | 12
PB | 13
PB | 14
PB | 15
PB | 17
PB | 18
PB | 19
PB | 20
PB | 21
PB | 22
PB | 23
PB | 24
PB | 25
PB | RANDOM TEASER
PB | ACHIEVEMENT I
PB | ACHIEVEMENT II
PB | TRÀILER
PB | READY STOCK COMBO!

PB | 16

2.1K 146 40
By AliahSyuhada

"AKU terima nikahnya, Aisyah Humaira binti Khalid dengan mas kahwin sebanyak tiga ratus lima puluh ringgit dibayar tunai." Tenang lafaz itu terucap di ulas bibirnya sebelum dua suara daripada pihak saksi kedengaran dan mengesahkan ijab qabul itu.

Dia menghembuskan nafas perlahan dengan hati yang mulai lega. Lega? Sememangnya lega apabila lafaz itu dapat diucap dengan lancar dengan sekali cubaan. Tetapi, mengapa ada juga satu rasa yang mulai terbeban di ruang hati dan di ruang dada? Adakah kerana dia menyedari bahawa mulai detik ini, dia akan memikul satu tanggungjawab yang besar? Bukan sahaja tanggungjawab kepada seorang isteri, tetapi juga tanggungjawab terhadap seorang anak kecil yang bakal bergelar anaknya sendiri. Dan, jikalau dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik, maka, dosa isteri dan anak perempuannya akan ditanggung dan dipersoalkan di akhirat kelak.

Di dalam hati, sudah berkali-kali zikrullah dan selawat ke atas Nabi SAW dilafazkan. Dia sedang cuba meredakan rasa gemuruh yang sedang mengambil alih di dalam diri. Sepotong doa dibaca oleh seorang lelaki yang bergelar jurunikah untuk keberkatan majlis pernikahan. Khusyuk dan tawadu' hatinya semasa menadah tangan dan mengaminkan doa.

Selesai sesi berdoa, dia menuju ke sebuah bilik yang terdapat di ruangan rumah bapa mertuanya dan solat sunat dua rakaat didirikan serta sujud syukur dilakukan. Setelah hampir sepuluh minit lamanya dia menghadap Allah SWT, dia kembali ke ruang tamu dengan wajah yang tampak berseri kerana air wudhu' yang diambil. Tidak menunggu lama, dia segera menuju ke arah isteri yang baru dinikahinya apabila para tetamu yang berada di situ memanggil untuk sesi 'pembatalan air sembahyang'.

Langsung sahaja dia duduk melutut berhadapan dengan isterinya dan seraut wajah ayu milik seorang Aisyah Humaira yang tertunduk bersebelahan dengan ibu dan ibu mertuanya ditatap bersama hati yang penuh debar. Debaran yang hadir kerana status wanita itu di dalam hidupnya kini. Tidak disangka bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ibu tunggal beranak satu dalam keadaan ini. Harapnya dia mampulah menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik buat anak beranak itu.

"Ini cincinnya, Am." Suara si ibu mertua yang kedengaran menyebabkan tumpuannya kepada sang isteri terganggu. Seraut wajah ayu yang ditatap sedari tadi berganti pula dengan seraut wajah milik ibu mertuanya. Wanita tua itu tersenyum manis kepadanya dan dia membalas senyuman itu seadanya sebelum sebentuk cincin di dalam kotak baldu berwarna merah diambilnya.

"Assalamualaikum..." sapanya perlahan kepada wanita yang sudah bergelar kekasih halalnya dan salam itu dijawab perlahan oleh si dia dalam tunduknya. "Izinkan saya sentuh tangan awak?" pinta Azam dengan nada suara yang cukup tenang. Berhemah.

Perlahan-lahan, Humaira menganggukkan kepalanya tanda memberi kebenaran.

Tanpa berlengah, Muhamad Azam Shah segera menarik jemari runcing yang terletak di ribaan itu dan sebentuk cincin yang dipegang sedari tadi disarungkan buat isterinya. Penuh kelembutan.

"Aira, cium tangan suami." Puan Suhaila pula yang bersuara apabila dia melihat anak dan menantunya itu seakan kekok berdua. Sangat berbeza apabila si anak bersama dengan bekas suaminya dahulu. Dia faham bahawa pasangan suami isteri itu kahwin tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Tetapi, dia berharap akan ada suatu hari nanti yang kedua mereka akan mesra dan dapat menerima diri masing-masing dengan hati yang terbuka.

Itu doanya sebagai seorang ibu yang pasti mahukan kebahagiaan buat anak dan menantunya. Tidak lupa juga cucunya yang berada di pangkuan anak bongsunya, Iman Raykal. Nasib sahaja si kecil itu tidak banyak ragam dan tidak asyik mahu menempel bersama ibunya. Jikalau ya, jenuh juga mahu selesaikan majlis pernikahan ini.

Humaira menurut permintaan itu apabila sang suami menghulurkan tangan kanan miliknya. Jemari kasar lelaki itu dikucup penuh syahdu sebelum air matanya tumpah tanpa dapat ditahan. Entah kenapa, hati wanitanya terusik dan tersentuh. Lagi-lagi apabila ruang ingatan mulai disinggahi dengan kenangan bersama si bekas suami. Ya Allah, hapuskan rasa ini di hatiku... dan hadirkan rasa kasih buat suami di hadapanku. Izinkan aku menjadi seorang isteri yang mampu memberi kebahagiaan buat seorang suami. Walau kebahagiaan itu bukanlah buat diriku sendiri. Amin, Ya Rab. Amin.

Tapak tangan kiri milik Muhamad Azam Shah berlabuh di belakang kepala sang isteri yang masih menunduk dan mencium tangannya. Dia dapat merasakan jari-jemari halus itu sejuk dan menggigil di genggamannya. Dia juga dapat merasakan air mata wanita itu tumpah di atas kekura tangannya dan bibir itu terketar-ketar berlabuh di belakang tangannya. Isterinya itu sedang menangis.

Tidak lama kemudian, tangannya dilepaskan oleh si isteri dan tanpa menunggu lama juga, dia membawa telapak tangannya berlabuh di wajah ayu itu. Air mata yang basah di wajah mulus itu diseka dengan jemari kasar miliknya. "Berhenti menangis," pujuknya dengan intonasi suara yang rendah. Hanya untuk pendengaran dia dan isterinya.

"Sorry." Hanya sepatah perkataan itu yang terbit di ulas bibir Humaira. Sepasang matanya merah akibat tangisan tadi dan cecair yang terbit di hidungnya disedut naik ke atas. Jari-jemarinya juga naik dan menyentuh tangan sang suami yang masih lagi berlabuh di wajahnya.

Azam hanya mengukir senyum tipis menyambut sepatah perkataan yang terbit di ulas bibir milik si isteri sebelum dia kembali membuka mulut dan mengatur bicara buat pendengaran isteri yang baru dinikahi. "Terima kasih sebab terima saya seadanya. Saya akan cuba jadi suami dan bapa yang terbaik buat awak dan anak kita."

Seusai menyudahkan ucapan itu, dia melabuhkan bibirnya di pipi kanan milik isterinya. Penuh kelembutan dan penuh syahdu sehinggakan sebuah perasaan asing mulai menyelinap di jiwa lelakinya. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Humaira hanya membenarkan apabila mengenangkan kedudukan lelaki itu di dalam hidupnya kini. Juga mengenangkan kehadiran para tetamu yang berada bersama mereka pada ketika ini.

Sempat pula aksi mereka dirakam oleh jurukamera yang bertugas.

SELESAI sesi akad nikah pada petang itu, mereka mengadakan majlis makan-makan yang berskala kecil untuk menjamu para tetamu yang hadir. Para keluarga pengantin sibuk melayan dan berbual mesra dengan saudara-mara mereka. Baik dari belah pengantin perempuan mahupun pengantin lelaki.

Majlis persandingan bagi pengantin yang diraikan akan dijalankan pada esok hari di kampung ini juga. Pada mulanya, berlaku juga percanggahan pendapat tentang tempat majlis dilangsungkan. Tetapi, memandangkan pernikahan adik iparnya itu juga akan dibuat di kampung ini dan telah direncanakan dengan lebih awal. Maka, mereka memutuskan untuk membuat majlis di kampung yang sama. Walaupun, majlis nikah adik ipar dan bakal isterinya tertangguh kerana permintaan bakal isteri lelaki itu sendiri.

Tidak mengapalah. Teruskan sahajalah dengan perancangan yang asal. Lagipun, dia sudah membawa ibu dan adik-adiknya juga saudara-mara terdekat ke kampung mertuanya ini. Siap ditempahkan rumah penginapan lagi buat keluargnya.

Seorang Aisyah Humaira yang sedang mendukung anak perempuannya di dalam rumah kampung itu disapa oleh para tetamu yang hadir. Kebanyakan mereka mengucapkan tahniah dan ada juga yang mencuit-cuit bayi comel yang berada di pelukannya. Manakala, Muhamad Azam Shah pula berada di luar rumah dan melayan para tetamu yang hadir daripada pihaknya dan si isteri. Ramah dan manis sahaja senyuman yang terukir di ulas bibirnya di kala itu.

Setelah hari gelap dan para tetamu sudah beransur pulang, mereka kembali ke dalam rumah dan meluangkan masa hanya di hadapan televisyen. Ada juga golongan tua yang duduk bersembang di ruang tamu kedua. Satu ruang tamu digunakan untuk menonton televisyen. Manakala, satu lagi ruang tamu rumah digunakan untuk sesi 'membawang'. Puan Asmah, ibu kepada pengantin lelaki, juga Puan Suhaila dan Encik Khalid, orang tua kepada pengantin perempuan, bersama dengan saudara mara terdekat sedang rancak bersembang sambil mengeteh di ruang tamu kedua. Manakala, adik-adik serta sepupu mereka yang masih kecil dan remaja sedang bermain sesama mereka dan ada juga yang sedang menonton rancangan animasi di televisyen.

Azam yang baru sahaja keluar daripada bilik isterinya setelah menunaikan solat Isyak melangkah ke arah ruang tamu. Seraut wajah milik isterinya dicari. Tetapi, langsung tiada kelibat wanita itu bersama anaknya. Dia menuju pula ke arah mertuanya dan soalan tentang keberadaan si isteri diajukan kepada mereka. Tetapi, usikan daripada saudara-mara pula yang didapatinya sehinggakan dia terasa segan dengan usikan itu. Nasiblah ada bapa mertuanya yang memahami. Soalan itu dijawab oleh Encik Khalid dan dia terus mengatur langkah ke ruangan dapur tanpa mengendahkan usikan-usikan yang kedengaran lagi.

Di ruangan dapur pula, anak matanya dapat menangkap kelibat isteri dan anaknya yang sedang duduk di meja makan. Bayi kecil di pelukan isterinya itu sedang menangis. "Dah menyusu ke?" soalnya sambil langkah kaki diatur menuju ke arah wanita itu. Tidak perlu dipelawa, dia sudah duduk bersebelahan dengan isterinya.

"Belum. Baru lagi menangis ni. Itu yang saya ke sini. Nak menyusukan dia," jawab Humaira sambil anak di pangkuannya didodoikan. Dia mahu menaikkan bajunya untuk menyusukan si anak, tetapi dia segan dengan adanya sang suami di sebelah.

"La... kenapa tak susukan dia dalam bilik awak je?" soal Azam sambil anak matanya tidak lepas menatap kedua beranak itu bersilih ganti.

"Err..." Humaira kehilangan kata. Bagaimana mahu diberitahu yang dia segan mahu ke bilik dan menyusukan anaknya di situ apabila lelaki itu berada di dalam bilik yang sama?

"Segan dengan saya?" Soalan yang tiba-tiba terbit daripada ulas bibir milik si suami membuatkan wajahnya terasa membahang. Malu!

"Tak ada apa nak dimalukan, Aira. Saya dah sah jadi suami awak. Awak isteri saya dan Hannah... Hannah ni, anak saya. We are family now," ujar Azam perlahan tanpa menunggu jawapan daripada isterinya. Melihatkan wajah si dia yang memerah pun, dia sudah dapat menebak apa yang ada di hati dan fikiran wanita itu.

"So, awak nak menyusukan dia dekat sini ke... atau awak nak naik ke bilik?" soal Azam lagi sebelum anak matanya yang ralit melihat si anak sedari tadi beralih pula ke arah isteri di sampingnya.

Tangisan bayi kecil itu kedengaran lagi di antara mereka.

Azam memerhati sekeliling di dapur. Sunyi. Hanya ada mereka anak beranak sahaja di situ. "Tak ada orang dekat sini. Susukanlah anak tu. Saya tengok-tengok kan." Dia bersuara lagi kepada isterinya. Tetapi, lain macam sahaja ayatnya yang memberitahu 'saya tengok-tengok kan'. "Eh, maksud saya... tengok kan kalau ada orang luar masuk." Cepat-cepat diperbetulkan ayatnya itu. Fuh! Gelabah bukan main!

Humaira tersenyum nipis melihat kekalutan suaminya sebelum dia menyelak baju kurungnya naik ke atas dan disusukan anak kecil dipangkuannya. Perasaan malu cuba diusir pergi kerana anaknya ini sudah terlalu lama menangis. Lagi pula, dia yakin dan percaya pada suaminya itu. Tidak mungkin lelaki itu mahu 'melebih' dalam keadaan sebegini dan pada ketika ini.

Tidak mahu dapur itu diterjah tiba-tiba oleh orang luar sehingga mereka melihat apa yang tak sepatutnya dilihat, Muhamad Azam Shah mengambil sehelai kain bedung yang terletak di atas meja makan hadapan mereka. Kain itu dibuka lebar lalu diletakkannya di tubuh kecil bayi itu. Betul-betul menutup di bahagian tubuh isterinya yang agak terdedah dan menutup atas kepala si anak. Hanya wajah dan tangan kiri anak itu yang tidak ditutup.

Humaira tersenyum lagi. Hati agak terharu dengan sikap prihatin sang suami kepadanya dan anak mereka. Sebelah tangan lelaki itu terletak di atas kerusi dan melingkari tubuhnya. Manakala, yang sebelah lagi pula dibawa mengusap di lengan si anak sebelum jari telunjuk lelaki itu digenggam erat oleh si kecil. Seakan tidak mahu dilepaskan dan suaminya hanya membiarkan sahaja jarinya digenggam oleh tangan comel itu.

"Malam ni, saya tidur homestay dengan keluarga saya tau... sementara tunggu majlis kita esok," beritahu Azam tiba-tiba. Anak matanya sudah beralih arah daripada si anak kepada isteri di sisi. Sempat juga dia membetulkan kain yang hampir terjatuh daripada tubuh kecil itu.

"Erm..." Humaira hanya mengangguk tanda dia dapat menghadam informasi itu.

"Ada nak beritahu apa-apa sebelum majlis kita esok?" soal Azam tenang.

Humaira mengukir senyum segaris kepada lelaki yang telah sah bergelar suaminya. "Hannah dah mula manja dengan awak." Itu pula yang dikatakannya secara tiba-tiba.

Azam tergelak kecil mendengar penyataan itu. "Of course lah. Dia dapat daddy yang handsome dan macho. Mana dia tak suka... kan, anak daddy?" Sempat juga dia mencuit pipi si kecil yang masih menyusu menggunakan sebelah tangan yang tadi di belakang kerusi isterinya. Sudah si comel itu masih tidak mahu melepaskan tangannya yang sebelah lagi.

Humaira juga masih lagi dengan senyuman yang tidak lekang di ulas bibirnya. "Jaga diri," pesannya kepada sang suami. 'Jaga diri' sebelum mereka betul-betul menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang sebenar mulai hari esok.

Azam ikut tersenyum apabila mendengar pesanan isterinya. "Awak pun. Jaga diri dan jaga hati tu... untuk saya, suami awak."

Dalam tidak sedar, pesanan yang dibalas oleh Encik Suami itu membuatkan wajahnya berubah riak. Entah kenapa, mindanya kembali terimbas dengan kenangan lalu. Kenangan bersama seorang Rayyan Harith.

"Sepanjang kita saya ke luar negeri ni, sila jaga diri awak baik-baik. Jaga aurat awak untuk saya. Jaga maruah awak untuk saya. Jaga hati awak untuk saya. Jaga segalanya yang patut menjadi milik saya."

Sepasang matanya dipejamkan rapat dalam pada hati sedang tertahan satu rasa yang mencucuk di situ. Ya Tuhan, mengapa sangat sukar aku mahu berganjak dari masa lalu bersama lelaki itu?

Bantu aku, ya Allah. Bantu aku.

"JUST be prepare for any possibility, because tommorrow is the day." Pesanan yang didengari tiba-tiba daripada seorang wanita yang anggun bertudung litup membuatkan anak matanya beralih arah ke seraut wajah itu.

"How can he survive? Is there any chance for him?" soalnya kepada doktor muda itu dengan riak wajah penuh sayu. Dalam pada itu, sekujur tubuh yang masih lagi terbaring lemah di atas katil itu ditatap sayu. Terasa pilu hatinya saat ini apabila melihatkan keadaan lelaki itu. Alat bantuan pernafasan yang terletak elok di hidung si kembar. Mesin hayat yang bersambung wayarnya di dada lelaki itu.

Selain itu, terdapat juga satu beg lutsinar yang mengandungi cecair jernih bersambung dengan belakang tapak tangan si kembar yang telah dicucuk dengan jarum serta satu tiub panjang bersambung di lehernya yang sudah ditebuk kerana ingin menyalurkan susu sebagai makanan lelaki itu.

"He can survive, but..." Jawapan yang seakan tergantung daripada wanita itu membuatkan dia kembali menoleh ke arah si doktor.

"But, what... doctor?" Nada suaranya menekan dan mendesak wanita itu meneruskan kata-kata.

"His chance to be normal as before, less than ten percent."

Air mata Raisha Hanani kembali mengalir kerana seorang kembar. Penuh pilu tangisan yang terluah di sisi kembar yang sudah dua bulan lamanya tidak sedarkan diri. Iyan, I dah tak ada sesiapa lagi dekat dunia ni selain you. Jangan tinggalkan I sendiri dekat sini...

Continue Reading

You'll Also Like

614K 24.2K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
591 50 16
"Cause you don't look happy, like you're handling some else punya majlis. Like you're not here. Maisarah, jangan cakap Mai teruskan benda ni sebab na...
73.7K 2.3K 42
Lynn tak Pandai buat synopsis..Tapi buku ni tentang kehidupan seorang mafia Mahu tahu bacalah. P/S: 100% dari otak sendiri
3.9K 432 37
"Maira aku tahu aku playboy. Aku tak baik macam lelaki kat luar sana tapi aku promise dengan kau. Aku cuba untuk berubah okay?" Muhd Harris Iman Bin...