Dia Lelaki Mask Hitam ?? (𝕮�...

Від viviarra_mierrr

1M 19K 500

Kematian kekasih lalu membuatkan hati Aurine Jasmine semakin tertutup untuk lelaki. Namun, kehadiran lelaki m... Більше

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
Reminder
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18 🔞
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22 🔞
BAB 23🔞
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29 (18+)
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33👅🔞🔞🔞🔞
BAB 34🔞🔞
BAB 35🔞🔞
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40 🔞🔞
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47 ~ Ending✨🌟
New Story 😚🌸
support new story
Group Whatsapp
Dia Lelaki Mask Hitam 2

BAB 41

18.7K 312 4
Від viviarra_mierrr

Sedang Aurine sibuk mengemas perpustakaan mini di rumah banglo nya. tiba-tiba dia terjatuhkan sebuah kotak dari rak buku yang kosong.

"Isyy, jatuh pula." Rungut Aurine lalu menundukkan badannya. Kotak sederhana besar itu diambilnya dan direnung.

"Kotak apa ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni?" Aurine membelek-belek kotak itu sambil duduk di atas kerusi.

"Ada apa eh dalam ni? Harta karun ke? Ehh takkanlah haha..mengarut betul kau ni Aurine." Aurine tersengih sendiri.

"Takkanlah harta karun nak letak dalam kotak hadiah ni kan."

Dia kemudiannya membuka kotak itu dan mengeluarkan hoodie yang terdapat dalam kotak itu. Sesaat sahaja dia menarik hoodie itu, habis semua barang yang dibalut hoodie itu terjatuh.

Aurine mengambil barang yang terjatuh itu dan terpaku seketika.

Mask hitam. Bekas kecil yang menyimpan contact lense. Gambar Aurine semasa di German dan sarung tangan hitam.

"Rine, buat apa tu?" Soal Hazrell yang tiba-tiba muncul.

Aurine berdiri dan mendekati Hazrell. "Apa..maksud semua ni Encik Hazrell Danish?" Soal Aurine sambil menayangkan gambar-gambarnya.

Lidah Hazrell kelu. Tak tahu nak jawab apa dah.

"And kenapa Haz boleh ada semua barang yang sama dengan lelaki mask hitam? Tell me everything Haz. Please...."

"Sebenarnya..sebenarnya.."

"Sebenarnya apa Haz? Is it you lelaki mask hitam?" Teka Aurine. Matanya mula berkaca-kaca.

Hazrell memejam matanya. "Yes." Hazrell mengangguk perlahan. Dia redha seandainya Aurine akan membencinya.

Barang-barang yang dipegangnya tadi terus diletak atas meja. Aurine meraup mukanya.
Air matanya jatuh mengalir.

"Damn it ! Thanks for lying to me all this time Haz." Aurine tersenyum palsu lalu keluar dari perpustakaan itu. Biliknya dituju.

Sebaik sahaja memasuki bilik, dia terus mengunci bilik itu dan menangis sepuas hatinya.

Dia terduduk di atas lantai. Tubuhnya disandar pada pintu bilik. Kakinya dirapatkan di dada.

"Kenapa awak tipu saya selama ni Haz?? Kenapa awak tak bagitahu yang awak sebenarnya ialah lelaki mask hitam?!"

Aurine mengesat air matanya sebelum mengambil handphone nya di dalam laci.
Dia mula mendail nombor telefon Eve.

Sejurus sahaja Eve mengangkat panggilan itu, Aurine terus melekapkan handphone di telinga nya.

"Eve, kau kat mana?" Soal Aurine dengan suara serak.

___________________________

Langkawi,

"So...dia lelaki mask hitam?😱" Terlopong mulut Eve dan Ha-Nna mendengar cerita Aurine.

"Sungguh tak disangka babe." Kata Ha-Nna sambil menggeleng kepala perlahan. Dia kemudiannya mendekati Aurine dan Eve yang berada di atas katil. Dia duduk disebelah Aurine.

"Macam mana dia boleh simpan rahsia tu bertahun-tahun ekk?? Itu je soalan aku." Eve cuba berseloroh.

"Eve, it's not funny okay!" Tegas Ha-Nna.

"Well, I did not make a joke Ha-Nna." Eve ketawa kecil. Nak cover malu lah tu.

"Yelah tu." Ha-Nna mencebik.

"Isyy korang ni. Dah nak tua pun, perangai still macam budak-budak." Aurine tersenyum.

"Ehh, kitorang muda lagi. You je yang dah nak tua. Dah ada baby dalam perut siap." Usik Eve.

Aurine ketawa kecil sebelum menyepi. Dia tersenyum halus sebelum bersuara semula. "Girls, aku rindu korang sangat-sangat. Dah lama kita tak jumpa kan." Luah Aurine. Sungguh dia rindu pada 2 orang gadis yang berada di hadapannya kini.

"Kitorang lagi lah rindu dekat kau. Tahap gila-gila dah rindu ni." Luah Ha-Nna sambil memeluk Aurine. Eve juga turut memeluk Aurine.

"Now, kau forget about Hazrell buat sementara waktu ni okay?! You need to rest your mind babe. Ingat sikit, yang kau tu berbadan dua." Pesan Ha-Nna lalu melepaskan pelukkan.

"Yup, betul kata Ha-Nna tu Aurine. Senang cerita..kau anggap je kesalahan yang Hazrell buat tu only small matter." Kata Eve pula. Pelukkannya masih tidak dirungkai.

"Lepas balik dari percutian kita ni, aku nak kau berbaik dengan Hazrell. No war with him okay!" Eve melepaskan tubuh Aurine.

"Tapi.."

"Rine, no matter what he has done to you, he still your husband babe. Mungkin dia ada reason kenapa dia tak bagitahu siapa dia yang sebenarnya. Kau as wife dia..tak bolehlah terus hukum dia. Tak baik tau." Kata Eve lagi.

Aurine terdiam. Bukan sebab dia terasa dengan kata-kata Eve, tapi sebab dia merasa bersalah kerana meninggalkan Hazrell berseorangan dirumah.






Продовжити читання

Вам також сподобається

632K 23.1K 77
[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari satu pertemuan yang tidak dirancang. Tan...
379K 14.8K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...
6.2M 176K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
589K 28.6K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...