CLOSURE - DY FINALE (PUBLISHE...

By farihahiskandar

1.2K 17 0

Kisah dongeng kita Entah mengapa menjadi sepi Latarnya tanpa garisan Putih ataupun hitam Tanpa makna Kisah it... More

Epilog
2
3
4
5

1

256 4 0
By farihahiskandar


Lapan tahun. Lapan tahun tanpa Hazman dalam hidupnya. Lapan tahun dia menatap surat yang sama. Lapan tahun yang amat sepi dan payah. Walau ke mana dia pergi, surat itu, berserta hadiah, gambar dan surat-surat daripada Hazman dia bawa bersama. Sehinggakan kini dia bersinggahan di Sydney, Australia atas urusan kerja selama tiga bulan, dia tanpa lelah mengangkut kotak berisi kenangan silam bersama Hazman.

Jihan mengunyah perlahan sandwic keju berlapis daun salad dan tomato sambil sesekali merenung ke luar. Ruang tamu apartmen berdindingkan cermin mengizinkan dia menikmati pemandangan di tingkat tiga. Dedaunan mula menguning. Musim luruh sudah memberi salam. Sydney Bridge, kelihatan gah walaupun sayup-sayup mata memandang.

Jihan mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya. Masih awal pagi. Pun begitu dia tidak perlu bergegas ke mana. Pagi sabtu begini dia lebih selesa bersantai di rumah. Buat kerja-kerja rumah yang jika dia betul-betul fokus, dua jam sahaja dah siap. Apa sangatlah yang nak dibuat kerana dia seorang sahaja yang menghuni apartmen itu.

Telefon bergetar. Nama si pemanggil tertera pada skrin fon. Lebar senyum Jihan. Tepat seperti yang dijanjikan. Ya lah. Janji ditepati, bukan dicapatikan...

Suara tenang lelaki idaman Malaya memberi salam. "Amboi! Lajunya jawab fon. Waiting for my call, eh?" katanya sambil tergelak.

"Ya lah. Dah you janji nak telefon, kan. By the way, how are you, Khairi?"

"Kena flu sikit ni. Nothing to worry, though. I'm feeling much better now that I get to hear your voice." Sebaik sahaja dia habis berkata-kata, Khairi bersin. "Ahchoom!"

Jihan ketawa. "Tak ada maknanya. Itu yang bersin kemain kuat lagi. Tang mananya yang okey? Dah makan ubat tak?" Walaupun dia sedar Khairi tahu menjaga diri, Jihan tetap risau. Kerja Khairi menuntutnya untuk selalu terbang ke sana sini tentunya memenatkan, baik fizikal mahupun mental.

"Sudah, cik puan. I made sure I took the medication before I called you. So that you don't have a reason to scold me, like makcik-makcik..."

Huh! Jihan mencebik. Ada sahaja jawapan mamat ni. Mana ada dia suka berleter seperti makcik-makcik. Dia cuma prihatin. Berleter dan prihatin adalah dua perkataan yang berbeza, okey!

"Hey Jihan. What are you doing today? Still tied up with work?"

"Taklah. Hari ni I dah umum sebagai hari cuti sedunia. Buat kerja rumah sikit-sikit saja. Kerja ofis tinggal di ofis. Malas nak fikir. Penat dah duduk menghadap data selama tiga minggu tanpa cuti. Mata I ni, dah jadi macam mata beruang panda yang juling. Eye bag ni bukan saja gemuk macam kena ternak malah jadi lebam yang concealer berjenama mahal pun tak mampu nak tolong."

Khairi terdiam. Workaholic! That's what she is. Semenjak berpisah dengan Hazman, itu lah Jihan. Cuba mengalih rasa gundah dan sepi dengan belajar dan bekerja tanpa henti. Mengasingkan diri dari bersama kawan- kawannya termasuk Suria, temannya yang paling rapat. Yang tinggal, hanya Khairi. Khairi yang paling memahami. Khairi yang sering meminjamkan telinganya... bahunya... tatkala dia memerlukannya.

"My dear, I rasa nak makan seafood kat fish market. Jom!" kata Khairi.

Biar betul mamat ni. Dia ni bergurau kah? Mana mungkin mereka dapat makan bersama. Bukankah Khairi berada di Amsterdam? Seingatnya itu yang Khairi bagitahu sewaktu menelefonnya tiga hari lepas. Terjongket keningnya, berkerut dahinya memerah kotak memori yang sejak akhir-akhir ini asyik bekerja lebih masa.

Sejenak Jihan teringat perbualannya dengan Hazman pada satu malam. Hazman menemaninya makan epal pada waktu tengah malam. Jihan di Eau Claire, Hazman di Malaysia.

Dejavu!

"Are you kidding me? Aren't you supposed to be in another continent very far away from here?" usul Jihan, yakin Khairi hanya bergurau.

"I lied."

Huh?

"Kenapa? Tak percaya?"

"Cakap betul-betul lah. You kat mana ni?"

"Lobby, downstairs. Do you want to invite me in or you nak I tunggu kat bawah ni? Cepat bersiap."

Baiklah. Dia ini dah melampau ni. Kalau ya pun nak bergurau, janganlah lebih-lebih. Tak baik mempermainkan perasaan seorang perempuan seperti dia. Katanya, kawan. Kawan mesti faham apa yang telah dan sedang dilalui oleh seorang perempuan bernama Nurjihan.

"Nurjihan!" Suara Khairi seperti bergema dalam telefon.

"Err... ya..." Tergagap-gagap Jihan menjawab.

"I am serious. I am downstairs. I am not happy right now. Hidung asyik meleleh dari tadi. I kesejukan. I lapar. Kalau you tak percaya, I akan pergi tekan buzzer apartmen you."

Selepas beberapa detik, betul-betul buzzer berbunyi. Jihan bergegas pergi mengangkat gagang interkom.

"Yes?"

Ruang tamu yang tadinya dingin tiba-tiba terasa hangat. Peluh mula membutir di dahi Jihan. Rasa panik mula menyerang sehingga Jihan menggigil. Orang diabetic yang hypo pun tak menggigil teruk begini.

"Go and get ready, Jihan. I won't take no for an answer."

"Give me a few minutes. Tunggu kat situ."

Tanpa membuang masa, Jihan berlari masuk ke bilik. Capai dan sarung apa sahaja yang dia rasa sesuai yang tidak memerlukan dia menggosok terlebih dahulu. Bising pula si Khairi itu nanti sekiranya dia mengambil masa yang lama untuk bersiap. Dia berdiri menghadap cermin. Seluar jeans biru. Check. Sweater putih (supaya dia tidak perlu memakai jaket). Check. Tudung biru pastel. Check. OK, Bolehlah tu. Anggap saja lulus. Memadai menyapu bedak sikit-sikit pada muka dan mencalit gincu berwarna koral muda supaya bibir tidak nampak pucat. Sepasang mata yang berbingkai hitam itu memang sudah tidak dapat dibantu. Kena pakai concealer setebal dua inci baru dapat hilangkan warna lebam mata beruang panda. Mungkin.

Oh well! Terimalah seadanya, Kapten Khairi. Siapa suruh awak datang buat kejutan bagai. Mimpi apa entah, tiba-tiba muncul tanpa sebarang amaran. Ribut tidak, tornado pun tidak. Amaran tsunami pun tidak ada. Kali terakhir dia membuat kejutan begini semasa di Eau Claire dulu. Dia datang membawa pesanan daripada Hazman. Begitu sekali dia menjaga persahabatannya dengan Hazman.

'Siapa kata kita sudah berakhir?' Dan coklat kegemaran Hazman itu masih berbungkus elok, tersimpan dalam kotak, bersama-sama dengan hadiah-hadiahnya yang lain, gambar-gambarnya dan surat-suratnya yang masih ada lagi yang Jihan belum pernah buka dan baca.

5

Farihah Iskandar

Langkah Jihan terhenti sebaik keluar dari biliknya. Apakah kali ini Khairi akan membuat perkara yang sama? Apakah dia seperti seekor burung merpati, membawa pesanan daripada Hazman? Tak mungkin. Cerita Nurjihan dan Hazman Hazree sudah lama berakhir.

Lagipun, apa peliknya Khairi datang jumpa dia? Bukannya tidak pernah. Setiap kali dia stop over di KLIA, dia pasti menghubungi Jihan. Jadi, apa yang kau menggelabah sangat ni, Jihan?

Jihan menghela nafasnya sambil berzikir. Dia perlu menghilangkan rasa gementarnya sebelum turun bertemu Khairi. Dia tahu. Kali ini rasanya sedikit berbeza kerana selama lapan tahun ini, Khairi tidak pernah buat 'surprise visit'.

***

Khairi bangkit dari tempat duduknya sebaik sahaja dia ternampak kelibat Jihan. Lebar sengihnya. Ah! Lesung pipitnya masih seperti dahulu, terletak elok pada kedua belah pipinya. 'A plus' untuk lelaki itu, jejaka idaman Malaya. Semakin berusia, semakin segak dan tampan pula mamat ni walaupun keletihan.

Istighfar, Jihan. Ingat Suria... Suria...
Suria...
Err... Suria who?

Jihan membalas sengih Khairi. Tetapi dia sempat mengetuk kepalanya sendiri. 'Kau dah sewel, Jihan. Tak ada orang lain ke yang kau nak suka? He is taken.'

"Can we go now? I'm famished!" Suara Khairi mengejutkan Jihan. Terpinga-pinga dia seketika. Eh! Dia tak dengar kan apa yang aku fikirkan tadi?

Khairi tersenyum. Lain macam pula Jihan nampak. Malunya kalau apa yang terlintas dalam kepalanya tadi terzahir di bibir.

"It's only 10.30, Khairi. Still early..." kata Jihan, bersahaja. Nak menutup malu, sebenarnya. Kedua belah pipinya terasa hangat, suam-suam kuku. Jihan menepuk kedua belah pipinya dengan telapak tangannya yang dingin.

"I skip breakfast. Teruja nak jumpa you punya pasal lah ni. You dah makan ke? Makin keding saja I tengok berbanding masa I jumpa you dulu."

Senyap. Tiada jawapan.

Matanya curi-curi melirik ke arah Jihan yang kelihatan serba-salah dan cemerkap pada masa yang sama. Mata dan sel otak tidak berhubung. Jihan hampir terlanggar tiang lampu sewaktu nak ke tempat memarkir kereta. Khairi sempat menarik lengannya dan Khairi fikir Jihan langsung tidak perasan apa yang telah terjadi.

Sepanjang perjalanan ke Sydney Fish Market di Blackwattle Bay, Khairi hanya berdiam diri. Hanya melayan suara DJ dan lagu-lagu yang tersiar di corong radio. Dia membiarkan sahaja Jihan bermonolog sendirian dalam fikirannya. Dia pasti, ada banyak soalan yang terpacul dalam minda Jihan, cuma tidak terzahir di mulutnya. Bingung, barangkali.

Dia sendiri juga perlukan masa sebelum bercakap dengan Jihan. Dia tidak pasti mengapa dia ada di Sydney sekarang. Exhaustion, maybe. Dia penat sangat kerana sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dia asyik terbang ke sana sini tanpa henti. Kerap menggantikan rakan pilot yang tidak dapat memenuhi tuntutan tugas sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya tidak bekerja.

Tiba-tiba Jihan bersuara. "Why are you here? Really... why... are... you... here...." Sepatah-sepatah Jihan menyebut perkataan seolah-olah Khairi tidak faham apa yang dia tanyakan pada kali pertama.

"I cuti dua minggu. Nak balik KL jumpa abang I, tapi I stop over kat sini dulu. Nak jumpa you."

Jihan angguk. Dia mengatup matanya. Dia tidak tahu bagaimana nak menjawab.

Nak jumpa you... Nak jumpa you... Nak jumpa you...

Berulang kali ayat itu melantun dalam mindanya, seperti gema yang terhasil apabila bercakap dalam gua. Kegilaan apakah yang sedang berlaku ini? Jihan benar- benar kebingungan.

Argh!

Ini semua salah Hazman. Ya, Hazman. Dia yang telah membuatkan hati aku berbolak-balik selama lapan tahun. Dia membuatkan seorang Jihan jadi sewel sehingga boleh terfikir yang bukan-bukan. Masakan percakapan Khairi yang begitu pun boleh membuatkan dia jadi tidak keruan. Mana mungkin Khairi berpaling dari Suria.

Never!

Eh! Sekejap. Nak jumpa abang saja? Tak cakap apa-apa tentang nak jumpa Suria?

"Jihan, kita dah sampai..." kata Khairi apabila Jihan masih tidak bergerak dan matanya masih terkatup walaupun Khairi sudah mematikan enjin kereta. Tertidurkah dia?

Langit cerah kebiruan menerima kedatangan mereka berdua. Burung-burung camar terbang rendah mencari makan. Udara yang sedikit hanyir mengingatkan Jihan kepada kampung nelayan di Terengganu. Ah! Rindu menerjah apabila Jihan terpandang barisan bot-bot nelayan yang berlabuh. Pemandangan berbeza, suasana berbeza namun rasa kedamaian yang terbit dalam jalur rasa itu tetap sama.

Sekilas wajah yang menjadi sebuah kerinduan muncul, hadirnya tiba-tiba sehingga ayunan langkah Jihan terhenti. Dia berdehem sambil menelan air liur, cuba menawan keresahan yang membaluti dirinya sejak awal pertemuan dengan Khairi tadi.

"Khairi, can we just eat outside, at one of those unoccupied tables by the bay. Malaslah nak duduk kat dalam. Kat luar ni, orang pun belum ramai lagi. Agaknya kita antara yang awal datang hari ini," kata Jihan. "The weather is just nice..." sambung Jihan lagi.

"OK, boleh. What do you want? I'll go in and order for you."

"Hmmm...." Jihan mengambil masa beberapa saat sebelum menjawab. Nak makan hidangan yang ringan, perut dia pun dah mula berbunyi minta diisi. Tadi dia tak sempat habiskan sandwic keju dek kejutan daripada Khairi. "Seafood platter with lots of shrimps, clams, squids and fries." Ayat itu tak habis di situ sahaja. Dalam hati dia turut memesan fresh oyster, red lobster served with loads of butter, dan crispy fish and chips.

Argh! Jihan lapar tahap gaban tapi segan. Malu tapi mahu. Haaih!

"Sure. I'll order them for you. You ambil meja yang hujung sana tu ya. Senang nanti I keluar ikut pintu belah sana saja," balas Khairi lantas berpaling pergi.

Jihan segera mengorak langkah ke arah meja yang menjadi pilihan Khairi. Ada seekor burung camar yang hinggap di atas dahan pokok di tepi tebing rumput, tajam memerhati ke arah Jihan. Apalah yang dia fikirkan agaknya. Jihan tunduk melihat pakaiannya sendiri. Okey sahaja, tidak ada yang koyak atau tercabut benang. Tadi pun dia dah periksa semasa melihat cermin. Habistu kenapa burung itu pandang semacam ke arahnya.

"Hey you! Are you at looking at me?" Jihan tidak dapat menahan diri daripada bertanya burung itu. Burung itu buat muka 'selenga' sahaja, langsung tiada reaksi apa- apa. Kalau lah ada batu di persekitaran, mahu rasanya Jihan lontarkan ke arah burung camar itu.

OK, Jihan. Dah kenapa dengan burung pun kau nak cari pasal?

Khairi hanya perhatikan sahaja gelagat Jihan itu dari dalam bangunan, sementara menunggu makanan yang dipesan siap. Nak ketawa, takut pula mat-mat saleh yang ada di situ fikir dia tidak siuman. Tetapi serius, kadang- kadang Jihan ini persis Suria. Apabila menggelabah, langsung tidak pandai nak sorok.

Suria. My sunshine. Well... she used to be my sunshine. Now, no more... Dan rasa geli hati tadi pun berlalu pergi bersama keriuhan suara-suara orang di sekeliling.

Aroma makanan yang begitu harum mengejutkan Jihan dari lamunan. Sedulang makanan terhidang di atas meja. Seafood platter, raw oysters, fish and chips, cooked red lobster, semua ada. Terpinga-pinga Jihan memandang ke arah Khairi, raut wajahnya keliru. Bagaimana Khairi tahu? Bukankah dia bercakap dalam hati saja tadi?

"How did you know? Did I blurt it out loud?"

"I can read mind, you know. My specialty." Khairi menjawab sambil tersengih, nampak barisan giginya yang putih.

Berkerut dahi Jihan. Tidak puas hati dengan jawapan Khairi. Read mind, konon.

"Remember when we talked on the phone a few weeks ago? You mentioned about craving for these but you just didn't have the time to come here because of your tight schedule?"

"Ada eh?" Jihan mahu bertanya lagi tetapi aroma makanan itu sungguh menyelerakan. Dia dah tak boleh tahan. Terkecur air liurnya melihat red lobster yang basah dibaluti butter yang mencair. Sedapnya....

"I hope you don't mind. I ordered a big cup of latte for you. Tunggu sekejap, I pergi ambil. Tadi tak muat tangan."

"OK, terima kasih. I nak air mineral juga ya," kata Jihan sambil tersengih. Gembira dia. Semua yang rapat dengannya tahu dia peminat nombor satu latte, kecuali Hazman. Hazman tak tahu kerana semenjak dia balik dari US, mereka tidak pernah sekalipun berjumpa. Apa lagi berjanji temu. Mood sedih hampir nak menguasai dirinya tetapi Jihan lawan perasaan itu.

Go away, sadness. I want to eat. Aku nak makan puas-puas supaya aku dapat lupakan dia.

Khairi muncul dengan dua cawan kopi latte dan dua botol air mineral. Jihan memandangnya dari jauh. Semakin dekat dia menghampiri, Jihan perasan sesuatu. Ya, lelaki itu tampan. Ada gaya. Siapa-siapa pun boleh terpikat dengannya. Cuma ada sesuatu yang berbeza kali ini. Apa ya? Jihan tak dapat nak 'pin point' apa yang tak kena.

"Shall we eat now? Nanti sejuk tak sedap pula," ujar Khairi sebaik dia melabuhkan punggungnya di atas bangku.

"Ya, makan lah. I tahu you lapar. I pun dah berkeroncong perut ni," balas Jihan sambil mencecah udang ke dalam sos cili yang bercampur mayonnaise.

Khairi makan dengan penuh selera. Lapar benar lah tu, seperti yang dia beritahu tadi. Mereka berdua hanya berbual-bual kecil, tidak menyentuh apa-apa topik yang serius. Jihan tidak mahu bertanya lebih-lebih apa yang bersarang dalam kepalanya. Tentang kehadiran Khairi di sini. Tentang tiada langsung cerita tentang Suria terpacul di bibir Khairi sepanjang mereka bersama.

Biar dia makan puas-puas dulu. I can ask him over coffee later...

Tiba-tiba sekumpulan orang yang duduk selang tiga meja dari mereka berdua menjerit. Kuat betul jeritan yang perempuan. Khairi yang sedang menogok air mineral hampir tersedak.

"Hah? Kenapa pula tu?" tegur Jihan. Matanya melilau cuba memahami apa yang sedang berlaku.

Khairi berdiri, cuba mengintai dari jauh. Kemudian terdengar mereka semua ketawa beramai-ramai. Lagi lah Jihan dan Khairi keliru.

"Hey guys!" jerit Khairi. "What's up, mate? You guys need any help?"

Seorang daripada mereka berpaling apabila mendengar suara Khairi. "No! No worries. It's just the seagulls. They flew down in packs out of nowhere and attacked our oysters!" Dan dia dan rakan-rakannya terburai ketawa. Terhibur agaknya dengan selingan gangguan sewaktu mereka sedang makan.

Jihan dan Khairi turut terkekek-kekek ketawa. Hebat burung-burung ini. Dan Jihan teringatkan burung yang bertenggek di atas pokok itu tadi. Skuad pemerhati, mungkin. Burung itu sedang 'recce' siapa yang bakal menjadi mangsa mereka gamaknya.

Usai makan, Khairi terus mengemas meja dan membuang bekas-bekas kosong ke dalam tong sampah yang berhampiran. Macam tak percaya, licin mereka kerjakan makanan tadi. Yang tinggal hanya kulit udang, kulit lobster dan hirisan lemon yang sudah diperah jus.

"Kenyang gila!" seru Jihan. Tangannya mengusap perutnya perlahan-lahan. Tak sangka mereka berdua dapat habiskan makanan sebanyak itu.

"Alah... bukan selalu. Sometimes I wonder if you eat proper meal at all selama you ada kat sini. Asyik kerja, kerja, kerja saja memanjang."

"Makan lah... kalau tak makan, dah keding dah badan ni. Tengok ni. Elok saja badan macam kena pam. Kembung sana kembung sini, jangan nanti kembung macam ikan buntal sudah lah..."

Khairi diam. Wajah yang tadi penuh senyuman bertukar kelat. Raut yang menyelubungi wajah Khairi seketika sebelum Jihan muncul di depannya sewaktu di lobi apartmen tadi. Ya, Jihan sempat merakam raut wajah itu sebelum dia memunculkan diri di hadapan Khairi.

"So?" kata Jihan.

"So?"

"Ya... so. What's really on your mind. Why did you come here? Tiba-tiba muncul, langsung tak bagi salam dulu."

Khairi diam. Ya lah, dia pun tahu dia tak boleh sorok apa-apa dari Jihan. Sebelum ini, mereka hanya berhubung melalui telefon. Mudah nak berlakon yang dia okey. Sekarang bila dah berdepan begini, payah pula dia nak berpura-pura.

"Jihan...I kan..."

"Oh my Allah!" Tiba-tiba Jihan berteriak. Dia bingkas bangun dari kerusi, terlompat-lompat sambil menunjukkan jari ke arah bahunya.

"What? Apa yang berlaku?" Khairi turut bangkit dari kerusinya. Nyaris dia tak terlanggar gelas kopi suam yang masih berbaki. Apa kena dengan Jihan ni?

"Stupid seagull! Tengok dia buat apa. Nampak ni?" Jari telunjuknya mengarah ke atas bahunya. "I kena pooped dengan seagull! Yikes! Gross..."

Apabila Khairi dapat menghadam apa yang Jihan jeritkan tadi, punyalah kuat dia ketawa. Serius, dia tak pernah rasa geli hati sebegini. Seramai-ramai manusia yang ada di luar ini, Jihan juga menjadi intan terpilih untuk si burung camar. Elok pula baju Jihan berwarna putih dicemari dengan setepek najis burung camar.

"Sorry... sorry. I can't help it. This is so funny."

Jihan yang tadinya bengang perlahan-lahan turut ketawa. Tak pernah seumur hidup dia kena najis burung. Selalunya kereta yang banyak terkena najis burung apabila pakir di bawah pokok. Burung gagak yang hitam. Itu kalau di KL. Tetapi kali ini, dia pula yang terkena. Burung yang berlawanan warna, di negara 'Down Under'.

"I need to go to the ladies. Wash this thing off. Then can you send me home? I need to change."

"Sure. You go ahead. I tunggu kat kereta ya. By the way, orang Cina percaya kalau burung 'poop' atas kita, itu maknanya ada 'ong'!"

Jihan mencebik. 'Ong' lah sangat. ***

"When is your flight back to KL?"

"Tomorrow morning," balas Khairi.

"I can get off work a little bit early today. We can meet up, if you want to..." Jihan rasa agak bersalah kerana dia tidak dapat nak meluangkan masa yang panjang dengan Khairi. Tuntutan kerja yang mengejar 'deadline' benar-benar membebankan. Bukan senang dia dapat berjumpa dengan kawan baik. Apabila peluang datang menyerah diri, dia pula yang terkekang oleh waktu yang singkat.

"Sounds good. I nak ke The Rocks, cari barang sikit kat duty free shops kat situ. You nak jumpa kat mana? Darling Harbour? Or perhaps Circular Quay? Or we can always take a ferry and go to Manly and have kebabs there for dinner." Khairi sudah biasa dengan kota kosmopolitan ini. Sudah banyak kali dia stop over di sini. Hanya, ini kali pertama dia dapat bercuti dan berpeluang bertemu kawan rapat, sekali gus menghabiskan masa bersama walaupun masa agak singkat.

"I can walk to Circular Quay from my office. It will only take me a good 10 minutes. 4 o'clock, OK tak?"

"Boleh. 4 o'clock then. Go back to doing whatever you're doing. Tak siap kerja tu nanti bos bising pulak."

"Ya lah... ya lah. Tengah kumpul data dan sediakan report ni. Sekejap lagi ada mesyuarat dengan big boss. Minggu depan, bos dari KL pula akan turun dengan seorang konsultan. Ada projek baru lagi katanya. More surveys. Seghabai kepala ni. Mujur you datang. Boleh legakan sikit keserabutan minda I."

"Ah! That's what friends are for, my dear." Jihan sempat mendengar Khairi tergelak kecil sebelum talian telefon terputus.

"Hey Jihan! Have you finished checking the data for Singapore and Thailand?" Iris, junior analyst yang juga dari Malaysia bertanya dari kubikel berhadapan dengan Jihan. Agaknya dia menunggu sahaja perbualan Jihan dan Khairi berakhir sebelum mengajukan soalan.

"Give me a few minutes, Iris. I'm almost done."

"Baik, I tunggu. I nak kena compile semua sebelum kita masuk meeting dengan Chris Carsten. Dennis kat Beijing minta kita buat conference call masa meeting nanti. Dia nak tahu progress HRIT survey dan Asia Pac IT survey."

"OK, Iris. Everything looks good, so far. I cuma tengah tunggu confirmation dari HP untuk satu position. I tak pasti jika mereka tersilap masukkan data. Figure itu seperti agak tinggi untuk jawatan middle management berbanding dengan syarikat IT yang lain."

Iris mengurut dada. Lega sikit rasanya kerana sejak tadi dia berdebar untuk masuk meeting. Chris Carsten, senior partner untuk ofis di New York agak tegas orangnya walaupun air mukanya lembut.

"Jangan risau, Iris. Sandra dan I pun masuk meeting tu. We'll back you up if needed. But I'm sure you'll do fine." Jihan memahami perasaan Iris. Dia baru satu bulan masuk bekerja, sedang cuba memahami kerja-kerja yang diberikan. Malangnya waktu dia masuk adalah waktu kritikal ketika semua survey yang sedang berjalan sudah sampai ke tahap menghasilkan report. Setiap hari dia merungut yang rambutnya akan cepat beruban kerana terlampau banyak berfikir dan banyak masalah tidak dapat diselesaikan.

Jihan sangat selesa dengan kerjanya sekarang walaupun ia tidak ada kaitan langsung dengan degree yang diambil semasa belajar dulu. Dia tidak suka subjek akaun. Sangat-sangat tidak suka. Dia merana sewaktu belajar dahulu. Saban hari berendam air mata, hampir- hampir nak berhenti belajar. Mujur Asrul sentiasa memberi dorongan dan membantu. Sanggup menjadi tutor supaya Jihan tidak mengalah.

Kerjanya melibatkan angka. Statistik. Analisa data. Dia suka itu. Walaupun akaun juga melibatkan angka, tetap Jihan tidak menggemarinya. Entah macam mana, otaknya tidak dapat menerima konsep, terma, dan segalanya tentang akaun. Akaun buat hidup Jihan penuh trauma. Memikirkan tentangnya sahaja boleh membuatkan Jihan terasa nak muntah hijau.

Dan cerita cintanya dengan Hazman yang tidak kesampaian juga langsung tidak membantu. Hanya menambahkan garam dan cuka dalam kepahitannya melalui zaman kesukaran semasa belajar. Suria juga marah dengannya. Marah kerana Jihan memutuskan hubungannya dengan Hazman. Katanya Jihan pengecut. Mudah mengalah. Tidak mempertahankan sebuah cinta yang berputik selama tiga tahun. Membiarkan seorang tanpa nama, tanpa wajah menang tanpa bertanding. Yang dia paling marah, kerana Jihan langsung tidak memberi Hazman ruang dan peluang untuk sebarang penjelasan.

Justeru, tiga tahun terakhir di Eau Claire adalah tiga tahun yang sangat memeritkan untuk Jihan. Tiga tahun tanpa Hazman yang menyayanginya. Tiga tahun tanpa Suria yang mewarnai hidupnya. Dia lupa bagaimana dia mampu mengharungi 12 musim yang berselang antara bunga-bunga yang berkembang semasa musim spring, piknik dan barbeku semasa summer, dedaun maple kemerahan semasa musim luruh dan salju putih di Eau Claire. Dia rindu untuk kembali ke sana. Menikmati keindahan empat musim dalam keadaan hati yang berbeza. Satu hari nanti... pasti aku akan kembali ke sana. Mengutip segala duka yang aku tinggalkan dan lontarkan jauh dan biarkan ia membeku dalam Tasik Chippewa.

***

Mulanya Jihan terfikir nak ambil train ke Circular Quay kerana mesyuarat habis lebih lewat daripada jangkaannya. Apabila dia melangkah keluar dari ofis, angin sepoi-sepoi bahasa menampar mukanya. Ah! Dia tidak dapat menahan diri. Ruginya membiarkan hembusan bayu nyaman dan damai ini berlalu begitu sahaja. Selalunya dia, apabila sudah lewat malam baru bergerak pulang ke apartmen.

Khairi sudah maklum dia lewat 30 minit dari waktu yang dijanjikan. Apa salahnya dia tunggu lagi 10 minit. Dia boleh pergi jenguk Sydney Opera House sementara menunggu Jihan. Mana lah tahu, kot ada persembahan yang dia berkenan di sana.

Perlahan Jihan berjalan menyelusuri George Street yang sibuk dengan para pelancong yang bergambar berlatarkan bangunan-bangunan pencakar langit. Lebih havoc kerana pekerja-pekerja ofis sudah mula keluar membanjiri pub untuk 'happy hour'. Ada juga yang berkejar ke stesen keretapi, mahu pulang ke rumah masing-masing.

"Oh sorry!" Seorang gadis terlanggar Jihan ketika dia berhenti sebelum melintas jalan yang sibuk. Kuat juga impaknya sehingga bahu Jihan terasa berdenyut. Entah apa yang sedang bermain dalam fikirannya sehingga tidak mendengar bunyi lampu trafik merah berbunyi kuat. Pasti dia pun terasa sakitnya kerana Jihan perasan dia menggosok-gosok bahunya.

"It's OK. No worries..." jawab Jihan sambil melontarkan senyum. Nak cepat gamaknya, gadis itu melintas jalan tanpa menunggu lampu trafik bertukar hijau. Jihan hanya menjongket bahunya. Whatever!

Jihan menghayun langkah dengan tenang. Semakin Jihan menghampiri Circular Quay, kelihatan beberapa buah kapal berlayar merentasi Sydney Harbour Bridge di sebelah kirinya. Dan di sebelah kanan lambang kebanggaan warga Aussie, Sydney Opera House tersergam indah. Halwa mata yang tidak pernah luak. Jihan pasti dia akan merindui keindahan ini apabila dia pulang ke Malaysia nanti.

Dari jauh, Jihan sudah dapat mengecam Khairi. Berpeluk tubuh, asyik nampaknya menikmati persembahan orang asli memainkan muzik didgeridoo yang unik. Badannya seperti berayun dari kiri ke kanan berulangkali. Menari kah dia? Berkerut hidung Jihan, cuba memahami apa yang dia nampak. Ishk... Tak mungkin!

"Khusyuknya..." tegur Jihan, tangannya menarik beg sangkut Khairi dengan sengaja. Niatnya nak menyergah dari belakang. Tindakannya itu menyebabkan Khairi hilang keseimbangan badan. Jihan pula terpaksa menahan badan supaya Khairi tidak jatuh. Dia terjerit kecil, panik seketika.

"Itu lah...siapa suruh tarik beg I macam tu. Serves you right!"

Jihan tersengih. "Sorry!"

"Ready to go?" usul Khairi.

"Where to?"

"Thought you said that you want to have kebabs in Manly. Or have you changed your mind?"

"Kebabs! Yums..."

"Manly it is. Jom! I dah check jadual tadi." Dia melihat jam di pergelangan tangannya. "Next ferry to Manly in 10 minutes," kata Khairi.

"Very efficient. I like..." ujar Jihan lantas mengatur langkah bersama Khairi menuju ke kaunter tiket.

Manly Ferry. Wharf 3.

"I penat sikit hari ni, mainly penat otak. You jangan marah ya kalau I tertidur semasa kita naik feri nanti," ujar Jihan. Chris bagi banyak 'pesanan penaja' semasa mesyuarat tadi. Pening lalat juga Jihan dibuatnya tadi. Dia risau kerana aplikasi COL, yang memproses data masih belum terjamin berfungsi pada tahap 100 persen. Masih ada 'bug' yang perlu ditangani. Data perlu dikumpul dan tim analist tak cukup orang. Kerana itu Jihan dan analist yang lain terpaksa bekerja sehingga jauh malam demi mengejar deadline.

"Awak berehat lah. Saya tak kisah. I ni kan tengah bercuti. Jangan risaukan I. 30 minutes ride on this ferry should be good for me to unwind. We can talk later over dinner. I know I owe you an explanation," balas Khairi sambil tersenyum.

Boleh tak simpan lesung pipit tu? Sempat lagi Jihan merungut dalam hati. Such a distraction.

"Oh, by the way. Thank you for not pressuring me since we last saw each other. Later, OK?" sambung Khairi lagi.

"Sure. I can wait. Now go, be a tourist. I need my forty winks!"

***

Lena betul Jihan tidur sehingga tak sedar mereka sudah sampai ke Manly Cove. Khairi terpaksa mengejutkan dia. Itu pun dia tunggu sehingga semua orang sudah turun dari feri. Dia kasihankan Jihan yang jelas kelihatan penat. Tapi insan degil ini berkeras mahu menemani dia sedangkan dia boleh saja pulang berehat. Bukan selalu ada kawan datang melawat, katanya. Justeru dia tidak mahu melepaskan peluang menghabiskan masa bersama sementara Khairi berada di Sydney.

Seiring mereka berjalan melewati deretan restoran, kafe dan kedai-kedai menjual cenderahati menuju ke pantai. "Kita nak singgah makan atau pergi jalan-jalan ke pantai dulu?"

Cahaya matahari berona jingga kemerahan mewarnai dada langit. "Oh we don't want to miss that. Extremely breathtaking!" Khairi terpana. Pada masa yang sama jantungnya berdetak. Sekilas wajah Suria menjelma. Betapa dia merindui wajah ceria itu yang kebelakangan ini membayangi hari-harinya yang sepi.

Khairi mengalih pandangannya ke arah Jihan. Ya, wajah teduh itu juga sebenarnya sepi. Mereka berdua adalah dua insan yang kesepian, menghabiskan masa bersama cuba mencari secubit kegembiraan yang kian bersembunyi.

"I miss her..."

"I miss him..."

Serentak mereka bersuara. Khairi tengok Jihan. Jihan tengok Khairi. Kedua-dua mereka tersenyum pahit. Masing-masing faham walaupun bibir tidak bertutur.

"Jom, makan," kata Jihan.

"Yeah, let's..." balas Khairi.

Mereka singgah di Manly Seaside Kebabs untuk makan malam. Kerana Jihan beria nak makan kebab, Khairi pesankan dia set kebab daging. Dia pula memesan set pizza untuk dirinya sendiri. "Besar portion dia ni. At least we have two different kinds, then we can share."

"Good idea!" Jihan seronok. Malam ini dia dapat makan apa yang dia inginkan. Kalau Khairi tak ada, mungkin dia ada di apartmen sekarang, makan roti cecah sup sahaja.

Usai makan, Khairi mengajak Jihan keluar dari situ. Pengunjung kedai kebab semakin ramai justeru tiada langsung ruang privasi. "Let's go for a cup of Americano. I really need that."

Ada satu kafe di seberang jalan. Tidak sesak lantas Khairi mengajak Jihan ke situ. Jihan OK-kan sahaja kerana dia juga memerlukan kafein dalam sistem badannya.

Jihan memulakan perbualan yang belum terlunas. Sebelum itu dia sempat meneguk kopi panas dan berharap kafein dapat menyegarkan dia. Perbualan ini amat penting dan dia perlu 'alert'.

"Why are you really here? Something wrong between you and Suria?"

Khairi mengacau kopi Americano perlahan-lahan. Cuma mencuri sedikit masa walaupun sebenarnya dia minum kopi hitam tanpa gula. Jihan perasan akan tindakannya itu tetapi dia biarkan sahaja. He needs time. Let him be.

"Well... as you already knew, I've been flying around the world for the past couple of years. And I'm not based in KL. So, this long term relationship (LTR) with Suria is not going very well." Ah! Straight to the point. Tak ada mukaddimah, ayat bunga-bunga langsung. Dah tak boleh tahan lah tu, fikir Jihan.

"In fact, we broke up like six months ago..." Hah?

Yang ini, Jihan terkejut. Hujan tak, rebut tak, tiba-tiba dia bagitahu dia dah putus dengan Suria dah enam bulan. Mujur kopi bukan di tangannya pada masa itu. "Tipu lah! You call I hampir setiap minggu selama ini, tak pernah cakap pun pasal ni. You jangan main-main, Khairi. Suria tu kawan I yang paling I sayang. Walaupun kami dah tak rapat, I still care for her. I care about what happen to her, regardless our past history."

Lapan tahun lepas, apabila Jihan putuskan hubungan dengan Hazman, Suria sangat-sangat marah. Marah sehingga dia enggan bertegur sapa dengan Jihan. Dia memihak kepada Hazman kerana padanya Hazman lansung tidak ada salah apa-apa dengan Jihan. Selepas itu, mereka jadi seperti orang asing. Dan Jihan redha menerima keadaan itu biarpun hatinya hancur luluh.

Tetapi dia bersyukur. Seorang Khairi yang duduk berhadapan dengannya tidak memutuskan hubungannya dengan Jihan. He's just being him. Meminjamkan telinga tatkala Jihan memerlukan. Seorang pendengar dan penyimpan rahsia yang setia.

"Dia dah tak sanggup tunggu I lagi. Banyak salah faham yang timbul. Petty things turn into big deals. Apabila I cakap apa-apa, dia tak percaya. Cemburu pun satu hal juga. I tak faham. Punya lama lah kami berkawan, dia masih ragu-ragu dengan kesetiaan I."

Kau tak boleh salahkan dia kerana cemburu, Khairi. Siapa suruh kau handsome sangat, fikir Jihan. Sempat lagi otak dia melilau. Fokus, Jihan. Fokus!

"OK, begini. I am not in a position to give you a sound advice. Just look at me. Hidup pun tak terurus. 'Boyfriend-less pulak tu. Tapi I rasa you guys kena fikir panjang-panjang. Tak sayang ke hubungan you guys ni. Dah 10 tahun kot. 10 tahun tu, bukan satu masa yang pendek. Kalau orang kahwin, dapat anak. Anak dah sekolah rendah, dah masuk darjah tiga atau darjah empat dah."

"It's not me who's giving up, Jihan. Suria yang minta putus. She asked me to come back to Malaysia. I minta dia bersabar. I baru dua tahun attached dengan EA. Fly international. I ajak dia kahwin dan duduk di Dubai dengan I, dia tak nak. Tak mahu jauh dari famili. Her family needs her."

Khairi berhenti berbicara seketika. Meneguk kopi bagi membasahkan tekaknya. Jihan merenung tajam. Khairi nampak serabut. Sedih. Depress. Tapi mengapa dia masih tampak handsome?

Oh stop it, Jihan. This is ridiculous!

Segera Jihan meneguk kopi untuk mengalih perhatian. Mengapa dia jadi begini, dia pun tak pasti. Argh! Semua salah Hazman.

"I might be wrong, but I have a feeling she has someone else..."

Jihan tersedak. Terbatuk-batuk sehingga matanya berair. Cepat-cepat Khairi menghulurkan tisu.

"Did I spray coffee on your shirt?"

Khairi memeriksa bajunya. "No. Don't think so."

"Sorry ya. You buat I terkejut tadi. Ni, mana datang pula idea yang Suria ada orang lain? You know that you are her one and only 'jejaka idaman Malaya'."

"Gut feeling, Jihan. But like I said before, I might be wrong..."

"Don't mess your head with something that you 25

Farihah Iskandar

don't know for sure. Esok, balik KL, pergi jumpa Suria. Walaupun dah enam bulan putus, over the phone I presumed..." Jihan menjegilkan matanya.

Khairi mengangguk.

"Cari dia sampai dapat. Tanya Hazman. I'm sure he knows. Settle everything nicely. Pergi jumpa parents dia if you are really serious about your relationship. It's been long overdue." Suara Jihan tegas, melontarkan nasihat.

"What about you and Hazman?"

Aiseh. Keluar juga soalan keramat tu. Soalan yang yang Khairi tidak putus-putus lontarkan kepada Jihan setiap kali mereka bertanya khabar sebelum ini. Selama lapan tahun. Betul-betul tak putus asa punya orang.

"Same O same O..." jawab Jihan bersahaja. Apa lagi yang dia boleh katakan. Walau keluar air mata darah sekali pun, dia dan Hazman tidak mungkin lagi bersatu. Hazman pasti sudah ada penggantinya. Ya... cik tanpa nama dan wajah tu. Pernah beberapa kali dia cuba mengorek cerita daripada Khairi tetapi beberapa kali juga dia berubah fikiran.

Ya lah... yang salahnya, dia. Yang mengambil keputusan meninggalkan Hazman juga dia. Jadi mana ada lagi hak untuk dia bertanya apa-apa. Jadi, dia kena akur. Bertanggung jawab atas tindakannya sendiri.

"You really don't want to know anything about him? How's he doing? Sudah kahwin ke belum?"

Jihan menggeleng. "Leave it be..."

Khairi mengeluarkan sebuah kotak kecil dari dalam begnya. "I got this for you when I was doing some shopping at The Rocks earlier. Since you're not coming to the airport tomorrow, I might as well give it to you now." Khairi menyuakan kotak tu ke tangan Jihan. "For being my dearest friend for so many years."

Tersentuh hati Jihan kerana Khairi menghargai persahabatan mereka. Seutas jam tangan yang muka jam diperbuat dari batu opal (baiduri) terletak elok atas kain baldu dalam kotak itu. "Terima kasih." Itu sahaja yang terucap di bibir Jihan. 

Continue Reading

You'll Also Like

566K 25.1K 117
The Many Dates of Indigo is now published as a Paperback, and E-book with W by Wattpad Books! As a Wattpad reader, you can access both the Wattpad Or...