❪ COMPLETED ❫ 🌟 ─ ❝ 스타는 연인...

By lastsarang

14.7K 2.2K 875

© lastsarang | April 2020 ❝ The right one will make you fall in love with yourself, too. ❞ 爱 ─ Boy With Luv E... More

DISCLAIMER
STAR CROSSED LOVER
PHASE ONE
01 爱 : Early Morning Invitation
02 爱 : The Boyfriend Knew
03 爱 : To The Party
04 爱 : When Someone Come & Greet
05 爱 : A Dance For The Birthday Girl?
06 爱 : A Small Incident That Almost Hurt
07 爱 : An Old Story That Tells You a Broke Up
08 爱 : Sudden News About He Need to Go
09 爱 : Guess Who Is Smiling
10 爱 : Luis Dorminguez & His Secret Desire
PHASE TWO
11 爱 : An Advice From a Good Friend
12 爱 : Unknown Messages
13 爱 : Special Dress From Special Somebody
14 爱 : Hold Me
15 爱 : The Moon and The Sun
17 爱 : Love & Heal
18 爱 : Blessing
19 爱 : Unexpected Guest
PLAYLIST
PHASE THREE
20 爱 : Him
21 爱 : Not Me
22 爱 : Things You Did Because of Love
23 爱 : 😑
24 爱 : Serves Your Right
25 爱 : It's Always You
26 爱 : Why He Can't Be a Good Man
27 爱 : Late Night
28 爱 : The Truth and Got Mad
29 爱 : Please Love Me
ᚕᚕᚕᚕ
30 爱 : Battle
31 爱 : Another Night
32 爱 : Hesitation, Fear & Sympathy
33 爱 : A Bestfriend Misery
34 爱 : Heart to Heart
35 爱 : Jeon Mansion
36 爱 : Dancing In The Rain
37 爱 : My Every Last for You
38 爱 : An Unwanted Ending for Us
39 爱 : Letting Go
ᚕᚕᚕᚕ
40 爱 : A New Start but It Started Weird
41 爱 : Sudden Mystery
42 爱 : Invisible
43 爱 : Almost Uncontrollable Feeling
44 爱 : Hurted
45 爱 : Jeon Jungkook Jr.
46 爱 : Rise of the Sun
47 爱 : Her
48 爱 : The Last Kisses
49 爱 : I'm Sorry I Love You
50 爱 : Star Crossed Lover (Ending)
51 爱 : Epilogue
ᚕᚕᚕᚕ
•*¨*•.¸¸🌟*・゚゚・*🌟¸¸.•*¨*•
˝ ᚕᚕᚕᚕ ᚕᚕᚕᚕᚕᚕᚕ ᚕᚕᚕᚕᚕ˝
ᚕᚕᚕᚕᚕ ೄྀ࿐ ˊˎ- ☔ SPECIAL NOTE╰┈─➤ ❝ Book Two❞

16 爱 : Unconscious

211 36 9
By lastsarang

[WARNING!]
Do not read if you are sensitive.

❝ 스타는 연인을 넘어 ❞
┌ 18th May 2020 ┘
♡ 전장국 ♡

🌟

*Note ─ anti depressant adalah sejenis kumpulan ubat yang biasanya diberikan oleh doktor kepada pesakit yang menghidapi masalah kemurungan. Ada jenis yang diharamkan sebab kesan sampingan dia sangat teruk sampai pesakit boleh berhalusinasi.

Kalau makan anti depressant ni, kesan sampingan yang biasa adalah peningkatan berat badan, insomnia, bibir kering, nausea, pandangan kabur dan akan mengurangkan keinginan seksual. Macam dia susah untuk mencapai kepuasan semasa berhubungan intim dengan pasangan. Kiranya hormon dia berkurang ar gitu.

Tapi kesan ni terpulang juga kepada individu masing-masing :)



┌ ✨ VOCABULARIES ✨ ┘

✨ Ay Dios! ─ Oh Lord!
✨ Querida ─ Darling
✨ Mi amõr ─ My love












*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
🌟 CHAPTER SIXTEEN 🌟
❛ Unconscious ❜
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*

   Tup!

Ella mengunci pintu di belakang. Begnya ada tersandang di bahu. Langkah kaki perlahan sahaja diorak merentasi ruang tamu rumah untuk ke tingkat atas. Dia hilang sekejap mengenangkan situasi ketika Jungkook memberinya rantai dahulu.

Satu masih ada di leher. Seutas lagi kemas digenggam di dalam tangan seperti tidak mahu melepaskan.

Bunyi tapak kaki gadis itu tidak kedengaran. Dia begitu berhati-hati supaya tidak menarik perhatian sesiapa yang sudah tertdur. Pintu bilik Puan Carmela dan Sir Raul yang terletak agak jauh ke sebelah kiri, nampak tertutup rapat dan lampu pun digelapkan.

Ella mengeluh sebentar lalu dia menyambung perjalanan ke sebelah kanan. Di bahagian ini ada bilik-bilik untuk kegunaan tetamu, bilik Luis dan juga biliknya sendiri.

Dia menjeling ketika melintas bilik abang angkatnya. Kelihatan lampu masih lagi terpasang. Pasti terlupa nak matikan.

Ella berniat mahu pergi masuk sahaja terus ke dalam biliknya sendiri, namun, satu suara asing dan pelik memberhentikan langkah kakinya. Bulu roma meremang sendiri. Permukaan pintu bilik Luis direnung lama.

Mata gadis itu membulat. Tangannya naik menekup mulut. Walaupun rasa tidak sanggup, namun dia perlahan-lahan mendekati bilik Luis. Suara yang menjijikkan tadi kedengaran lagi. Kali ini lebih jelas. Ella juga dapat menangkap irama muzik perlahan disertai dengan bunyi keluhan nikmat seorang perempuan. Dia tahu itu bukan milik orang sebenar, tapi, suara audio.

"Fuck, Ella!"

Ella memegang dada sendiri. Hampir jatuh air matanya. Ya Tuhan, abang...

Apa yang abang buat?

Sakit telinga gadis itu mendengar setiap rintihan Luis dari dalam. Dia jijik. Tersangat jijik. Sanggup abang angkatnya membayangkan dia sedemikian. Seperti dia ini merupakan perempuan yang kotor. Hina.

Ella menekup mulut sekali lagi apabila dia tidak dapat menahan esakan. Dia melangkah laju menuju ke arah bilik dan mengunci pintu. Serapat yang mungkin.

Entah kenapa tangannya menggigil. Dia rasa begitu takut. Dia baru sahaja menjadi saksi dirinya sendiri dibuat bayangan nikmat orang lain.

Trauma kini memeluk tubuh gadis itu.

Dia meletakkan beg tangan dengan segera ke atas katil dan telefonnya dicari. Nombor Jungkook yang pertama didail.

Gagal.

Nombor kedua pula ditekan.

Gagal juga.

Kerana perasaan yang bercampur baur, dia melemparkan telefon ke atas bantal lalu segera dia berlari ke arah bilik mandi. Tanpa membuka baju, dia terus membasahkan diri. Kulit badannya digosok-gosok sehingga menjadi merah. Seperti dia sudah benar-benar disentuh dan kotor.

Biarpun itu tidak benar, dia masih rasa jijik. Sampai hati Luis memperlakukannya begini.


"Siapa perempuan tu?" Seorang lelaki berparut pada kening meneguk wain. Dia dan rakan-rakannya kini sedang berada di satu sudut terpencil di belakang dewan. Mata tidak lari dari memerhatikan pergaduhan kecil anak-beranak di hadapan.

"Ada sesiapa kenal dia?" Lelaki tersebut bertanya lagi.

Rakan yang berada di tepi, memandangnya sambil mengangguk.

"Mestilah dia kekasih budak tu, Shawn. Siapa lagi, kan? Dah dia cium depan orang ramai. Confirm-confirmlah ada hubungan special."

Lelaki berparut di kening bernama Shawn ini mengecilkan mata. Mindanya ligat berfikir.

"Aku...sebenarnya masih keliru nak bezakan musuh kita yang mana satu."

"Kita patut tengok lebih dekat. Baru dapat tahu."

"Dwaesso," Shawn menolak gelas winenya ke dada si rakan dengan kasar. Dia menjeling situasi pertengkaran anak-beranak di hadapan sebelum memasukkan tangan ke dalam poket, "aku ada kerja lagi penting untuk diselesaikan."


"Ay Dios! Querida!"

Jeritan Puan Carmela menggemparkan suasana pagi pada keesokan harinya. Berdegup laju jantung wanita itu melihat puterinya terbaring di lantai bilik mandi. Satu badan basah. Air pancut pula masih berjalan. Entah dari jam berapa. Tidak dimatikan.

"Mi amõr, kenapa ni sayang?" Puan Carmela tak dapat menahan air matanya daripada jatuh. Kepala Ella yang tidak sedarkan diri dipangku olehnya. Dia pula rela duduk dan basah pakaian. Nampak sahaja botol ubat yang tertumpah di atas lantai, dia semakin resah.

"Ella..."

Rambut gadis itu diselak ke belakang. Sejuk kulitnya. Pucat satu muka. Menggeletar Puan Carmela. Dia mengerling sekejap ke arah ubat yang tertumpah tidak jauh dari darinya.

Ubat anti-depressant.

"Ella, bangun sayang..."

Puan Carmela tidak faham kenapa Ella perlu menelan ubat tersebut. Memang dia sendiri tahu akan kewujudan ubat ini dalam simpanan gadis itu kerana dulu, Ella perlukannya selepas berjumpa dengan doktor. Dia tidak dapat menahan tekanan kerana balet, oleh itu, ubat ini menjadi penenangnya.

Hampir berbulan juga Ella berhenti mengambil pil anti-depressant disebabkan kesan sampingannya yang boleh mengganggu hormon badan. Puan Carmela pun tahu Ella dah simpan baki ubat dan tak pernah sentuh lagi. Tapi, kenapa...

"Apa dah jadi?" Sir Raul muncul di muka pintu, dengan wajah risau. Luis ada di belakangnya. Kelihatan bingung. Beberapa orang pembantu rumah juga datang berkerumun. Terkejut melihat keadaan cik muda kesayangan mereka terbaring tidak sedarkan diri.

"Panggil doktor. Cepat. Saya rasa dia pengsan," Puan Carmela memaksa dirinya bersuara dalam kesedihan. Jari-jemari naik menghilangkan sisa air di wajah puterinya.

"Luis, call her doctor."

Luis mengangguk dan terus membuka langkah pergi. Sir Raul masuk ke dalam kamar mandi, dia turut menyentuh wajah Ella Audrey. Terlalu sejuk.

"Apa yang jadi dekat dia?" Sir Raul berpandangan dengan Puan Carmela. Puan Carmela menggeleng.

"Saya tak tahu. Tapi, dia makan ubat dia balik. Saya risau sangat ni."

"Biar saya angkat dia dulu."

"Baik. Saya sediakan tuala."

Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 237 17
euphoria /juːˈfɔːrɪə/ noun a feeling or state of intense excitement and happiness
5K 2.5K 22
+ karma adalah balas dendam yang paling menyakitkan . © ssawvaend storyline
1.7K 207 26
"Aera, can I ask you some question?" -Jungkook "Apa dia?" -Aera "Who are you?" -Jungkook
21.8K 2.2K 33
[ OLD TITLE : MR. TACITURN ] our lives are different, tied in a secret relationship without us knowing. WARNING! : Book ni rinn tulis waktu masih awa...