KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

202K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 18

3.7K 395 14
By KhaiShif

Bangku yang tersedia ditatap hairan. Di sekelilingnya putih namun hanya bangku itu saja berwarna coklat. Lepas saja keluar daripada hutan tadi semua berubah putih tanpa setitik pun warna hitam.

"Kenapa dekat sini putih?" Soal Wisteria hairan.

Susuk lelaki yang memiliki mata keemasan tadi tersenyum nipis. Tubuh gadis itu yang didukung diturunkan di atas bangku coklat tadi.

"Sebab sini mimpi indah kau. Dekat sini kau boleh wujudkan apa-apa saja melalui imaginasi kau. Kalau dekat hutan tadi tak boleh sebab sana kawasan larangan." Ujarnya.

Wisteria mengangguk faham. Matanya terpejam kejap. Di dalam mindanya dia menginginkan sebuah air terjun yang cantik disertakan dengan padang rumput yang menghijau serta tasik yang berkilau indah.

"Kau dah boleh buka mata," Ujar lelaki yang menyelamatkan diri Wisteria tadi.

Si gadis yang disuruh akur.

"Wow! Cantiknya." Dalam tak sedar Wisteria bangkit dari duduknya. Dia lupa agaknya kaki yang masih terseliuh tadi.

"Oppss kaki kau tak ubat lagi," Belakang badan Wisteria yang hampir tumbang di dakap.

Wisteria tersengih malu. Dia duduk semula di bangku coklat tadi. Setelah diperhatikan gadis itu duduk dengan selesa, jejaka bermata keemasan tadi membuka stokin panjang yang dipakai Wisteria.

"Bengkak," Gumam dia. Tangan yang memakai sarung tangan hitam di buka. Cahaya kehijauan terlihat di hujung jari lelaki itu.

"Nama awak apa?" Soal Wisteria.

" Hmm perlu ke?" Jejaka bermata emas itu tersenyum nakal. Sengaja mengusik.

Wisteria mengangguk. Gadis polos itu hanya mengiyakan saja.

"Nama aku Ken."

"Nama awak sama dengan kucing peliharaan saya," Ujar si gadis tiba-tiba saja teruja.

"Oh, ya? Jadi kau nak anggap aku ni macam kucing kaulah?" Soal Ken setelah siap mengubati bengkak pada kaki gadis di hadapannya.

"Mana ada. Saya cakap je," Wajah Wisteria bertukar mendung.

Ken usap sisi kepala Wisteria. Tak dijangka tindakan seterusnya lelaki itu akan mengucup dahi si gadis. Wisteria kaku.

CUP

"Hey, siapa benarkan awak cium saya?" Tubuh tegap Ken ditolak kasar. Wisteria bangkit lalu menjarakkan dirinya sedikit jauh.

Ken yang diperlakukan sebegitu berdiri lalu melabuhkan punggungnya di atas bangku tadi. Seulas bibir kemerahan itu di gigit menggoda. Kaki pula disilangkan lagak seorang putera raja. Tangannya memeluk tubuh.

"Aku tak perlukan keizinan dari kau bila nak sentuh setiap inci tubuh kau," Ujarnya tenang.

Raut wajah Wisteria berubah memerah. Dia menyilang tangan.

"Pervert!" Kutuk gadis itu.

"Who? Aku? Sedangkan kau boleh  sentuh tubuh aku bila-bila masa je. Kenapa aku tak boleh buat benda yang sama?" Soal Ken hairan. Wajah polos ditayangkan.

"Bila masa? Kita baru je kenal! Sini semua mimpi kan? Kenapa awak cakap macam kita dah kenal lama?" Soal Wisteria geram.

Ken bangkit dari duduknya. Dia berjalan mendekati Wisteria. Sambil mengelilingi gadis itu, dia cuba menghidu aroma wangian dari rambut si gadis. Beberapa helai rambut gadis itu di ambilnya.

Rona wajah Wisteria bertukar semerah tomato apabila tubuh lelaki asing itu berada di belakangnya. Rambut hitam pekat miliknya yang dihidu membuat dia berasa kurang selesa dengan perlakuan Ken.

Di tepis tangan itu agar tidak memegang rambutnya lagi. Buat sekali lagi Wisteria menjarakkan diri. Lebih jauh dari Ken.

Ken tertawa kecil melihat telatah comel gadis di hadapannya itu. Ikutkan hati ingin saja dia peluk tubuh gebu Wisteria buat penenang jiwa.

"Apa nama kau?" Soal Ken apabila menyedari dia tidak tahu nama asli pemilik wajah comel di hadapan.

"Kenapa nak tahu?" Bidas Wisteria.

Mimik muka Ken berubah. Dilihat sekeliling suasana di alam mimpi itu. Ianya kian mencapai kemuncak.

"Masa aku suntuk. Cepat cakap nama kau apa!" Desak Ken.

"Wisteria." Ujar si gadis perlahan namun masih dapat didengari Ken.

Bibir itu melentur senyuman muslihat. Ken mendekati Wisteria lalu diusapnya kepala itu.

"Comel juga kau. Rasa nak gigit-gigit pun ada," Bisik hati kecil lelaki bermata keemasan itu.

"Jumpa nanti," Sempat sekali lagi suatu kucupan dilabuhkan pada dahi si gadis sebelum tubuh Ken dan suasana di tempat itu menghilang perlahan-lahan.

Wisteria kaku di tempatnya. Suasana yang bertukar putih tanpa setitik pun warna hitam ditatap dengan riak yang sukar ditafsirkan. Perlakuan lelaki bernama Ken itu seakan nyata di matanya. Malah masih terasa kehadiran lelaki itu dekat dengan dia.

BAM!

Mimpi yang seakan nyata itu hancur apabila terasa ada gegaran kecil di sebelah. Perlahan-lahan kelopak mata Wisteria dibuka. Kepala terteleng ke kanan apabila menyedari Ken si kucingnya telah jatuh dari katil tempat tidurnya.

"Hey, awak Okey?" Soal Wisteria risau. Si kecil jingga mengiau perlahan.

Keempat-empat kaki kecil itu kembali memanjat tempat tidurnya tadi.

Si gadis tersenyum. Entah mengapa kucing itu mengingatkan dia dengan mimpi yang seakan nyata tadi.

"Hari dah siang. Ugh, banyak kerja nak buat hari ni." Wisteria tegakkan badannya. Sedikit bersenam di pagi hari agar dapat menyegarkan tubuh badan.

"Jom, sarapan Ken." Tubuh Ken yang baru saja bergelung ingin meneruskan tidur yang terganggu tadi di ambil. Mengiau kucing itu kerana terganggu aktivitinya.

Sampai di dapur entah mengapa bibir Wisteria ternaik sendiri mengingatkan kucupan sang jejaka bermata keemasan tadi. Di usap dahi itu perlahan sebelum meneruskan aktiviti hariannya.

"Wisteria..."

Si kecil jingga yang dibiarkan duduk di atas meja makan menatap penuh minat kelakuan aneh si gadis. Sehinggalah tanpa disedari Wisteria Ken si kucing mengukir senyuman kecil.

.

.
.
.
.

Susana pagi yang sibuk dengan pelbagai aktiviti manusia membingitkan telinga Noaki yang sememangnya duduk di kawasan keramaian. Perlahan-lahan terbuka kelopak mata itu lalu memperlihatkan iris oren milik jejaka itu yang melilau ke sekeliling  ruang yang di diamnya.

"Aku dekat mana?" Soal dia perlahan. Tubuhnya cuba bangun. Yang menghairankan tiada rasa sakit yang dirasakan seperti semalam. Dia bingung.

Katakan kepadanya kejadian semalam bukan mimpi! Dia inginkan jawapan. Jika benar bukan mimpi hari ini dia akan diseksa lagi. Tetapi kini dia berada di biliknya. Tempat kediaman dia dan ayahnya dulu.

"Kau dah sedar, baguslah. Aku bawa kau ke rumah kau malam tadi." Ujar seseorang yang bersandar di bingkai pintu. Anak mata merah miliknya merenung keadaan Noaki yang semakin membaik.

"Malam tadi apa jadi? Kau tak serbu istana kan?" Soal Noaki hairan. Jika Kirito buat apa yang di katanya sudah pasti dalam beberapa hari yang mendatang mereka akan ditimpa susah yang berlipat ganda.

"Maksud kau bawa kau keluar istana? Tengoklah nanti apa jadi dekat luar," Pendek Kirito membalas. Datar wajahnya. Sepanjang malam dia berjaga semata ingin menyembuhkan luka yang ada pada badan Noaki. Mau tak tercabut jantung hampir separuh kuasa dia hilang semalam! Luka pada tubuh Noaki bukan kaleng-kaleng!

"Sebelum tu aku nak minta maaf. Kalau aku tak babitkan ayah kau dalam pertarungan semalam mesti kau tak masuk istana," Ujar Kirito sebelum beredar. Ngantuk yang dirasakan amat mencengkam jiwa.

"Kirito..." Panggil Noaki. Langkah jejaka bermata merah terhenti.

"Aku ikut wakil kelas." Sambung Noaki.

Dalam diam sudah terlakar senyuman di bibir Kirito.

"Cepat siap. Nanti lambat pergi Akademi."

Selang beberapa minit, Millie yang menjaga pintu pagar Akademi mengerutkan dahinya apabila susuk seorang Noaki datang awal setengah jam sebelum kelas bermula.

"Dah reti tengok jam?" Soalnya menyindir.

Noaki tersengih. Kalau bukan sebab Kirito ada di rumahnya sudah pasti hari ini dia tak ke sekolah. Hukuman raja sepatutnya masih berjalan tetapi, entahlah dia tak tahu macam mana dia lepas dari hukuman tu.

"Macam mana dengan raja semalam?" Soal Millie lagi.

Kerutan di dahi Naoki bertambah.

"Aaa.. mmm macam tulah," Bohong Noaki. Dia tidak gila lagi mahu membongkarkan kegilaan raja mereka.

"Dah jom. Aku ngantuk," Celah Kirito disebelah.

"Selamat pagi Kirito," Sapa Miyako ramah. Dia yang baru datang dihantar oleh Shiki terus mendekati susuk lelaki itu. Risau dia apabila lelaki itu tak balik ke rumah semalam.

Kirito menoleh. Melentur bibir jejaka bermata merah itu apabila di sapa Miyako.

"Selamat pagi," Balasnya.

"Oh, ya. Kita terus jumpa ayah aku dekat pejabat sekarang. Minta dia daftarkan nama kita bertiga." Terus segar kedua mata Kirito apabila teringatkan sesuatu.

"Seriously? Kita bertiga?" Soal Noaki tekejut. Sumpah dia tak tahu kuasa apa yang ada di dalam badan Miyako, gadis itu nampak lemah. Manakala, Kirito? Dia ragu-ragu. Aliran kuasa lelaki itu tidak dapat dirasakan. Jika kumpulannya begini awal-awal lagi sudah kecundang dalam perlawanan.

Kirito jongket kening sambil mengatur langkah ke pejabat pengetua.

"Percaya pada member kau bro."

Noaki tersengih.

Sampai di pejabat, pendaftaran mereka berjalan lancar. Perlawanan akan diadakan dalam tiga hari lagi. Persiapan? Kirito dah latih awal-awal Miyako. Dirinya? Awal-awal lagi sudah terlatih. Tapi Noaki? Kecederaan lelaki itu tersangatlah teruk semalam. Risau dia jika kuasa pengubatan dia tidak memberi kesan dalam diri Noaki.

"Tenang bro. Perlawanan belum jalan lagi. Kalau kau was-was dengan Miyako baik kau tolak tepi. Kelas kita bakal berikan kejutan nanti," Kirito tepuk bahu Noaki.

Melihat wajah kerisauan yang terpancar. Tahulah Kirito apa yang bermain di minda lelaki itu.

"Eleh, acah lebih. Asyik dengan pedang dia aje. Cubalah sekali sekala tunjuk dekat dorang. Biar padan muka tu suka sangat rendahkan orang lain. Tuanku ni pun satu , nak berahsia sangat. " Bebel Ichiro yang terapung-apung di atas Kirito dan yang lain.

Miyako yang menyedari tertawa kecil. Entahlah, semenjak Ichiro ada lain macam perangai Kirito. Ichiro juga sudah mengubah hobinya untuk follow aje ke mana Rajanya akan pergi. Termasuklah tandas. Ya, tandas.

SLASH

Sebilah belati halus menghiris kulit lengan Ichiro tanpa sesiapa pun sedari. Kirito sempat membaca isi fikiran kotor si syaitan itu tadi.

"Auch!! Sakit Tuanku, sampai hati Tuanku ya? Tahulah aku ni siapa. Aku sedar diri lah Tuanku. Aku bukannya berguna pun!" Meleleh air liur Ichiro apabila berdekatan dengan Noaki itu. Lelaki harimau itu membawa aura yang sedap bila dimakan. Darah hitam yang mengalir tadi dihiraukan.

SLASH

Sebuah lagi belati halus menghiris kulit Ichiro si syaitan.

"Okey.. Okey.. Aku sedar diri lah Tuanku. Tuanku lebih pentingkan dia dari aku kan? Siapalah aku ni kan? Bukan penting pun," Ichiro berlalu pergi. Lesap di situ tanpa Noaki sedari.

"Bau apa ni?" Bau busuk darah syaitan menyergah rongga hidung.

"Bangkai cicak kut," Miyako sudah tertawa lepas mendengar lawak Kirito itu. Alahai, Noaki. Andai kau nampak mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

192K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
158K 13.6K 66
Kisah tidak sempurna antara mereka. Allah yang melengkapkan segala ketidaksempurnaan itu. Sinopsis di dalam. Hero mature, heroin ego keras kepala. 👑...
2.1K 15 6
Ramai gak dh dgr cita ni tapi saya nk buat je sbb xde idea so enjoy je