Prisoner of Tariq Zayyan

By SalinaSalleh3

100K 3.5K 202

"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi... More

Bab 1 😀
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55

Bab 6

1.7K 62 2
By SalinaSalleh3

Memang senang cakap nak jumpa Tariq Zayyan, tapi kenyataannya nak tengok bayang dia pun tak boleh. Sudah berhari Tiara telefon pejabat Tariq Zayyan tapi jawapan yang dia terima - Tuan Tariq keluar. Tuan Tariq tengah meeting. Tuan Tariq out station. Tuan Tariq sibuk. Tidak mahu jumpa sesiapa pun. Issh, sebok Tuan Tariq kalahkan Perdana Menteri! Tiara tinggal pesan pun, Tuan Tariq tak layan. Argh Tiara dah give-up. Lantaklah.

Masalahnya, nak lantak sangat pun tak boleh sebab pak long. Pak long terus mendesak Tiara terima. Tak nak dengar alasan. Pak long kata, Tiara akan hidup senang lenang. Rugi kalau terlepas. Tariq Zayyan merupakan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Syarikat Trimizi Aims Group. Syarikat besar tu. Tariq Zayyan juga ada kepentingan dalam syarikat-syarikat di luar negara. Pokok pangkalnya Tariq Zayyan tu kaya. Tujuh keturunan, harta tak mungkin habis. So what!

Desakkan pak long yang lebih menyakitkan telinga ialah, Tariq Zayyan akan bantu syarikat pak long. Besar kemungkinan projek perumahan di Mantin yang tergendala, boleh diteruskan dengan bantuan Tariq Zayyan. Kalau projek itu berjaya, syarikat pak long akan bangun semula. Pak long dah boleh berdiri sama level dengan usahawan-usahawan lain. Jadi, Tiara mesti terima Tariq Zayyan, tidak boleh tidak. Really?

Tapi kes yang lebih teruk ialah kes mak long. Segala hutang budi tidak pernah lekang daripada mulut mak long. Mak long nak tuntut semua sekali. Hah, sebetulnya mak long nak tumpang glamor dan kekayaan Tariq Zayyan! Untuk itu, Tiara mesti kahwin dengan Tariq Zayyan. Tak peduli kalau kena bayar dengan body Tiara sekalipun! Dush, I'm dead!

Tiara menyeka peluh di dahi. Dia masih di stesen bas. Hari ini dia kena balik sendiri. Tak boleh balik dengan Aida seperti selalu. Aida terpaksa ke Melaka jumpa klien sebab kawan sekerjanya yang sepatutnya pergi, demam. Jam di tangan menunjukkan pukul 6:10. Mungkin beberapa minit lagi bas akan tiba. Tunggu sajalah. Tak payah buang duit naik teksi atau grab. Tiara terus tunggu.

Tiba-tiba sebuah kereta sport Ferrari warna putih berhenti betul-betul di depannya. Cermin kereta diturun. Oh no, Tariq Zayyan! Ibarat melihat jin mata satu, Tiara jadi takut. Ya Allah, dia belum bersedia. Dialog yang dah disusun dan diatur untuk pertemuan dengan Tariq Zayyan ini, tentu tidak akan keluar dengan betul. Akan tersekat, bukan di kerongkong tetapi bawah kerongkong. Malah sekarang pun dah rasa anak-anak suara sembunyi bawah tekak. Air liur pun tiba-tiba dah kering. Parah macam ni.

"Get in."

Dua perkataan saja, buat Tiara semakin panik. Get in? Gila nak duduk satu kereta dengan Mr Tyrant! Biar dipanah petir, dia tidak akan bergerak. Kalau bergerak pun, dia akan mencari perlindungan dengan berdiri di belakang beberapa orang penumpang yang berada di situ. Tapi, ah kenapa mereka mengambil tapak yang menjauhkan diri darinya? Masakan mereka pun takut dengan Tariq Zayyan. Really!

"Don't let me repeat again Tiara Shenaaz!" Panahan suara Tariq Zayyan lebih kuat berdentum dalam telinganya.

So, Tiara Shenaaz nak terus degil atau tak? Emm nampaknya tak, sebab dia bukakan pintu dan masuk. Alasan yang ditembak ke kepala ialah – Let's get this over with. Itu sebab pertama Tiara Shenaaz masuk dalam kereta Tariq Zayyan. Sebab lain, dia mesti ajar diri sendiri agar tidak takut dengan Tariq Zayyan. Kena lawan kelemahan diri. Ya Allah...

Tiara duduk sejauh mungkin. Tuan kereta terus pandu laju. Tuan kereta tetap serius. Agaknya setiap perkataan tuan kereta semahal keretanya.

So, Cik Hati mari kita recall ayat yang kita nak cakap. Tiara atur ayat. Analisa dulu ayat yang hendak diambil dan diletakkan dalam mulut nanti. Bahasa kena campur aduk atau guna bahasa yang suka sangat Mr Tyrant guna, Bahasa Inggeris? Emm seingatnya, tak pernah dengar pun Mr Tyrant guna Bahasa Malaysia. Hairan yer... argh tak kesah. Kita bantai saja ikut sedap mulut kita.

Ayat A:

Assalamualaikum bro. Saya tak nak jadi isteri bro. Jadi, jangan ganggu saya selagi bro masih bernafas di muka bumi ini.

Atau

Ayat B:

Hai brother. Please don't get me wrong but I honestly do not want to be your wife. Thank you for your marriage proposal but I sincerely can't accept even if you beg me for 100 years.

Atau

Ayat C:

Bro get lost! I hate you. I rather die than be your wife!

Wah drastik tu!

Nope, tak boleh keluarkan ayat A, B mahupun C. Panggilan bro dan brother memang out. Sama sekali tak boleh lebih-lebih lagi bila melihat mood Mr Tyrant. Mood seperti King Kong tunggu masa saja nak mengamuk.

Ok, apa kata guna teknik diplomasi? Bicara secara sopan santun dan terhormat. Mr Tyrant kan business man?

Masalahnya Tiara, dia bukan gentleman. Setidak-tidaknya tidak bagi Tiara Shenaaz. Cik Jantung dah buat perincian.

Betul! Cik Hati setuju.

Ah, redah sajalah ayat-ayat spontan nanti. Sekarang duduk diam-diam dan baca berulang-ulang Surah Al-Ikhlas. Sesungguhnya surah itu sebanding dengan sepertiga al-Quran. Cik Akal tutup kes buat sementara. Tumpu kepada bacaan.

Beberapa minit kemudian mereka tiba di sebuah kelab eksklusif. Memang eksklusif sungguh. Terletak di lereng bukit dengan pemandangan yang sungguh mengagumkan. Tempat insan-insan kaya beriadah habiskan masa dan wang ringgit mereka. Dia bukan di kalangan mereka jadi dia...

"Saya nak balik." Ayat spontan Tiara yang pertama keluar.

"No! You being trying for so many days to get me. So let's talk!"

"Betul tapi..."

Arggh, Mr Tyrant tak bagi Tiara habiskan ayat. Putus ayat di tengah. Tergantung tanpa tali. Tariq Zayyan bukakan pintu dan keluar. Hempas pintu dengan kuat. Tak sayang kereta mahal ni kah? Ah, kereta dia punya! Lantaklah!

"Get out, Tiara Shenaaz. Now!" Arahnya kasar setelah pintu sebelah Tiara dibuka.

Nak degilkah? Tiara berkira-kira. Takut juga ditarik keluar. Jadi, Tiara ikut arahan. Dia keluar. Turut menghempas pintu. Ah, kereta Tariq Zayyan, lantaklah!

"Move." Arah lagi.

Issh sakit hati Tiara. So be it! Let's talk, big-headed!

"Jangan salahkan saya kalau saya malukan encik kat sini!" Tiara jentik ayat. Konon-konon nak sakitkan balik hati Mr Tyrant.

"As if I care!" Bentak Tariq Zayyan. Nada dah naik dua oktaf.

Dia menarik lengan Tiara. Tiara terpaksa ikut. Taziq Zayyan menariknya melintasi beberapa buah meja di lounge. Menolak pintu kaca yang memisahkan kawasan lounge dengan balkoni di luar. Dia tidak lepaskan lengan Tiara sehingga mereka tiba di sebuah meja di balkoni yang luas di luar lounge. Cantiknya pemandangan di sini. Dikelilingi kehijauan bukit bukau. Udaranya nyaman. Di satu penjuru, air turun seperti air terjun dari bumbung. Wow!

"Leave us. We don't want anything." Kata Tariq Zayyan kepada seorang pelayan wanita yang sudah memagar senyuman yang paling manis. Kasihan. Tumbang terus pagar senyuman.

Psssst kasihan diri sendiri dulu. Entah besar mana pukulan ombak yang akan Tariq Zayyan ayun dan lemaskan kau!

Betul-betul! Cik Hati setuju dengan Cik Akal.

Jadi Tiara tak berani komen apa-apa. Lebih baik dia nikmati pemandangan yang dikelilingi oleh kehijauan bukit bukau. Emm nyamannya udara. Di penjuru sebelah kanan, air turun dari bumbung seperti air terjun. Beberapa percikkan airnya seperti bermain dengan dedaun yang ditanam rapat di situ. Wow, memang best kat sini. Boleh relaks fikiran. Boleh buat bodoh tak ingat masalah dunia. Nak makan, petik jari saja. Dah ada yang hantar. Nak tidur, tentu ada bilik di sini untuk tidur. Semalam, dua malam, seminggu, tentu bisa diatur. Baguskan jadi orang kaya? Tapi kenapa orang miskin lebih cepat masuk syurga berbanding Si Kaya? Emm... betulkah? Bergantung kepada insan itu sendirikan? Apa pun dia suka tempat ini.

"We are not here to view the scenary."

Haip, The Mighty King dah sound! Al maklum orang kaya sound orang miskin. Orang miskin tolong pijak di bumi nyata. Tapi sebelum tu boleh tak orang miskin nikmati pemandangan di bawah tu. Macam kedengaran bunyi air terjun. Kalau dapat mandi, kan best. Kalau dapat tengok matahari terbenam, pun best juga.

Tiara, jangan main-main! Kali ini Cik Akal pula yang sound! Insan di depan kita ni, insan yang nak penjara kita dengan dia seumur hidup! Ingat tu.

Iyalaa... tapi sebelum tu kita kena sound dia sikit.

"Encik Tariq ni tak tahu bahasa melayu? Arwah Tazzim pernah kata yang dia campuran Melayu dan Perancis. Saya pernah dengar dia cakap melayu. Jadi kalau dia boleh, encik tentu boleh."

"Saya dan arwah Tazzim lain. Jadi jangan berangan awak boleh ubah saya, Tiara Shenaaz." Mengecil mata Tariq Zayyan.

Wow, boleh rupanya! Sedap juga. Cuma kurang tekanan slang Melayunya. Lemak kurang. Masin dan manisnya juga kurang malah...

Tiara, serius boleh tak! Bentak Cik Akal.

Wah, Cik Akal betul punya marah!

Sebenarnya Cik Akal, kita kena tenangkan diri dengan dialog-dialog yang tidak ada kena mengena dengan permasalahan sekarang. Perlu curi masa untuk aturkan semula ayat-ayat yang hendak dikeluarkan. Ok. Mula balik.

"Encik Tariq tak penatkah sebut nama Tiara Shenaaz? Encik boleh panggil saya Tiara. Lima huruf saja. Ringkas dibandingkan dengan nama penuh..."

"Cut the crab Tiara Shenaaz! Answer me. Yes or No?"

Panahan pertanyaan Tariq Zayyan ibarat helang yang dah penat terbang. Dah hilang sabar. Tunggu masa nak ngap mangsanya.

"No." Tiara kumpul segala kekuatan diri. Sebut dalam satu nafas.

Tariq Zayyan silang tangan. Tahan dada dari meletup, agaknya. Berani perempuan ini menolak. Damn!

"Awak tahukan akibatnya? Pak long awak akan di isytihar bankrap. Pak long awak akan hilang segala-galanya yang dia bina selama ini. Tidak ada syarikat. Tidak ada vila kebanggaan. Tidak akan hidup dalam kemewahan lagi. Mungkin awak rasa itu ok tapi pernah awak fikir maruah pak long awak. He is a proud man Tiara Shenaaz. His self-loathing, unrelenting frustration will be his worst enemy. He can kill himself slowly from inside. You will be responsible for his own death."

"Encik tak adil!" Bayangan ini menakutkan Tiara. Dia tidak boleh jadi pembunuh kewarasan pak long. Dia sayang pak long.

"Adil!? Isn't that funny coming from you. You married my brother and then what? You live your own life. You never stay beside him as a loyal wife should have. You never care about him, do you Tiara?"

Tembakan kata-kata Tariq Zayyan mengena sasaran.

Sakitnya mengakui kebenaran kata-kata lelaki ini.

"All your care is his money! That's all!"

Tuduhan Tariq Zayan ini yang lebih menyakitkan. Ibarat balingan lembing menusuk dada hingga tembus ke belakang. Cik Hati luka tak keruan. Berdarah. Bernanah. Sakitnya.

"Tak! Saya tak pernah ambil wang dia!" Tiara jerit.

Walau apa pun kelemahan dia, dia tidak pernah ambil wang arwah suami.

"Really?" Tentu sekali Tariq tidak percaya.

"Don't be so quick to judge me cause you don't know me at all!"

Teriak Tiara dalam bahasa yang lelaki ini cukup faham.

"O I know a lot of women like you! Get what they want and just leave. Heartless little brat."

Heartless little brat! Ini dah over judgement.

Dia tak perlu nak duduk dan dengar tuduhan yang menyakitkan ini. Tiara berdiri. Capai beg galasnya. Kena keluar dari sini. Macam mana nak balik? Ah, dia sanggup jalan kaki asalkan hati tak sakit.

"Sit down Tiara Sheenaz."

Arah Tariz Zayyan. Dia bangun. Sepintas kilat genggam lengan Tiara bila Tiara tidak mengikut arahannya. Ditolak Tiara duduk di kerusi semula.

"Tiara Sheenaaz, saya akan pastikan awak kahwin dengan saya."

"Untuk apa? Encik benci saya. Bukankah lebih baik encik jauhkan diri encik daripada saya?"

Bentakan Tiara tak ada efek langsung. Kalau baling pisau pun, belum tentu Tariq Zayyan hairan sebab kulit dia tebal. Jangan kata ke hati, ke kulit luar pun tak lut.

"You're dead wrong, woman. I want you with me. Watch every steps you made. You will pay for treating Tazzim the way you did. What goes around comes around, honey. Only this time, there's me making sure you not going anywhere ever again." Hirisan kata Tariq Zayyan lebih tajam. Berjaya menembusi hati Tiara Shenaaz.

"Like a prisoner..." bisek Tiara lemah.

Ya Allah, di penjara sebab satu kesilapan. Selama-lamanya hidup dalam penjara.

"Your prisoner..."

Cik Hati dah menangis pilu.

"I like that word. My prisoner."

Suka tapi tidak ada riak suka pun. Wajah Tariq Zayyan tetap serius gila.

"Saya tak akan kahwin dengan encik."

Sebenarnya, dia nak yakinkan siapa dengan ayat itu? Tariq Zayyan atau diri sendiri?

"Are you sure, Tiara Shenaaz?"

Kali ini Tariq Zayyan berdiri dan menarik Tiara. Memangku wajah Tiara dalam tapak tangannya.

Untuk sesaat Tiara biarkan. Melihat kebencian di mata Tariz Zayyan. Melihat dendam yang membakar. Dia jadi takut. Semakin takut. Dia menolak tangan Tariq Zayyan dan berlari anak keluar. Dia tidak boleh lemah. Dia tidak boleh biarkan diri ditelan dalam dunia Tariq Zayyan. Dia tidak rela jadi prisoner Tariq Zayyan. Tidak...

Kali ini Tariq Zayyan biarkan. Perasaan marah kepada Tiara Shenaaz masih membara. Biar langit berdentum, dendam masih bermukim. Tiara Shenaaz tidak akan dilepaskan. She will pay. Itu janjinya.

Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 291K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
65.4K 4.2K 42
Nak tahu jalan ceritanya, jemputlah baca. Malas nak tulis blurb. Start : 02.01.2023 End : 25.01.2023 ©Karya asli hak milik xtheaura ❌ Dilarang tiru...
15.8K 1.3K 76
i promise i'll stand with you even if the world is againts you. **** Hubungan Orked dengan Maksu dia bukan hanya sebatas anak saudara. Malah bagi In...
1M 25.4K 86
[LIT ROMANCE BOOK WINNER] [THE GREAT LIT WRITER WINNER] Highest Rank:- #16 in Romance [13.4.18] #14 in Romance [23.4.18] Pertemuan antara seorang g...