Before all of these catastrophe begin...
YASMINE
'He sat at the couch where he can against his back. He pulled up a smile and said "I'm gonna be a father," the end' Yasmine tersenyum sendirian. Buku bertajuk Detective karya The Bibicalsinner diletakkan dengan cermat dalam beg sandangnya.
"Macam lama lagi je rehat diorang ni. Aku nak ke tandas dulu lah," Yasmine bangun seraya meregangkan sedikit badannya setelah lama menunduk kerana membaca. Yasmine melangkah ke tandas sambil bernyanyi kecil dan tersenyum ramah pada guru dan junior yang berjalan melepasinya.
Selepas Yasmine masuk ke dalam salah satu kubikel tandas dan menyelesaikan urusannya, suara kekekan sahabatnya, Dini memecah sunyi di tandas itu. Dengan niat ingin menyapa Dini, automatik Yasmine berhenti apabila Dini menyebut namanya.
'Eh dia nak bawangkan apa pulak ni? Ni mesti sebab aku letak selendang dekat patung Jimin dia' tangan Yasmine terhenti untuk mendengar perbualan Dini bersama
Randa dan Oli.
"Weh aku menyampah gila dengan Yasmine tu! Tak nak pergi kantin sekali pun tak payah la minta belikan makanan. Ingat kita ni kuli?!" Ysmine yang mendengar ayat tersebut terus menekup mulutnya kerana tidak sangka rakannya berkata sedemikian rupa. Suara classmate nya, Randa yang mengapi-apikan lagi kemarahan yang sedia ada dalam diri Dini menyebabkan pembelauan gelombang bunyi di seluruh pelosok tandas tersebut. "Ye la weh. Kalau dia buat homework ke takpe la jugak wei. Ini dia baca novel entah apa-apa. Pastu kau nak tahu, aku ada dengar cerita semalam Yusna tipu cikgu kata homework dia dah siap padahal tak bersentuh lagi. Cikgu Dean tu kan baik. Dia pun percaya je lah cakap Yasmine yang acah naif tu," baru sahaja Yasmine ingin menempelak mereka, satu suara lain turut mengiyakan kenyataan tersebut.
"Ye weh. Hari ni tak salah aku, tajuk buku dia baca tu Detective kan. Aku pun tadi balik kelas nak carik dia, dia tak ada. Aku apa lagi. Try la tengok buku apa dia baca. Kau nak tahu? Dia baca buku yang ada scene bunyi keldai weh! Kotornya otak minah tu!" Yasmine terkejut dengan kenyataan suara tersebut. Memang kalau asalnya, karya The Bibicalsinner mempunyai adegan yang haram dibaca, tapi itu Wattpad version! Versi buku sama sekali tidak ada adegan tersebut. Paling kurang ada kiss and cuddles. And what the heck?! Yasmine siap hokey kerja Science semalam,siap dapat 'a very good job lagi' lagi.
Akibat amarah yang meluap-luap dalam lubuk hati, pintu kubikel tandas dia tolak sekuat hati. Tiga serakan yang sedang menempelkan warna dari batang merah pada bibir kusam mereka, tersasar dan coretan garisan merah menyala terlihat nyata di pipi mereka.
Joker senget ni.
Tak ada rasa ingin tergelak akan monyet yang sedang Yasmine saksikan sekarang ini. Dia terus menolak suara ketiga tadi, yakni Oli. Orang yang tak pernah puas hati dengan hidup Yasmine. Dahla muka hodoh macam Oli London!
"Weh Oli! What's wrong with you dude? I never hold any grudge towards you and why are you always seeks for problems? Aku tak kacau kau la wei. Korang ni hipokrit tahu tak. Aku minta tolong elok-elok kan. Aku siap cakap tadi, kalau menyusahkan tak apa tak payah belikan makanan untuk aku. Lepas tu korang nak belikan and now you're throwing the nonsense accuse on me?! Are you guys had gone mad?! I believe you girls are good friends to me and now what's this?!" Aku dah hilang sedikit kewarasan ketika aku 'hembus' budak bertiga ni. "And little dear, for your information, aku dah hantar kerja Science dengan Maths yang kau tiru aku semalam!". Desahan keras menghuni tandas tersubut sehinggakan adik-adik lower form pun tak berani nak masuk dalam tandas tu.
Yup. I'm definitely giving I'm-on-fire-and-if-you-step-into-this-mess-I'll-burn-you-up aura.
Dini tidak terketar. Namun Yasmine perasan mata Dini tidak terkutik merenung dirinya, mungkin kerana tidak menyangka Yasmine sanggup meninggikan suaranya. "K-Kau kata kitorang gila? Kau kata kau percayakan kitorang?" Dini mencebik sinis. "Heh kitorang tak perlukan manusia otak kotor macam kau dalam group kitorang la. Dah la otak kotor entah-entah dah tak ada dara la-"
BUK!!
Jeritan kecil dari pelajar perempuan menandakan terkejut akan tindakan Yasmine. Muka Dini kini sudah tertutup dengan pam tandas yang berwarna hitam yang baru sahaja digunakan.
Oli dan Randa baru sahaja hendak lari dari perlawanan namun malangnya dua-dua makhluk itu tersekat di pintu masuk tandas. Tu lah. Banyak sangat dosa.
Melihat dua belangkas itu, Yasmine memberi 'sign' kepada junior untuk berganjak ke belakang. Selepas mendapati line clear, Yasmine mengambil baldi air mop yang warnanya dah serupa air kopi tapi cair sedikit dan selamat mendarat air tersebut ke atas kepala Oli dan Randa.
Yusna sedikit menendang mereka berdua dan mereka berdua terjelepuk ke hadapan.
"KALAU MACAM INILAH YANG DIKATAKAN PERSAHABATAN, THEN FROM TODAY ONWARDS, I DON'T NEED ANY OF THIS BULLSHIT!! "
Yusna melempar baldi itu ke sisi dan junior di situ memberikan ruang untuk dia berlalu pergi. Yusna dari berjalan, dia berlari anak ke kelas. Telefon pintarnya digapai. Tidak mengendahkan Cikgu Juli yang telah masuk dan memulakan mukadimah matematik seperti selalu.
Suara di belakangnya tenggelam apabila orang yang di talian mengangkat panggilan dan memberi salam.
"Ibu, kakak nak berhenti sekolah,"
***
2 months later...
"Kakak, tolong jaga rumah. Ibu outstation dua hari tau. Makanan ibu dah masak dan simpan dalam peti ais. Kalau nak makan panaskan je. Kalau nak order GrabFood, duit dekat tempat biasa," suara Puan Fionah kedengaran di luar pintu biliknya. Sekeping nota kecil dikeluarkan dari bawah pintu.
'OK :)'
Keluhan kecil dilepaskan memikirkan keadaan anak sulungnya yang telah dirobekkan perasaannya dan sejujurnya dia tidak memarahi anaknya. Kerana jika dirinya diperlakukan sedemikian, dia mungkin mengambil keputusan yang lebih drastik. Namun sudah hampir sebulan lebih dia tidak mendengar suara anaknya. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya semakin menjauhi dunia dan dirinya?
Bunyi enjin kereta kedengaran meninggalkan perkarangan rumah. Sosok kecil dari tingkat atas meingintai dari balik tirai. Yasmine perlahan-lahan membuka pintu biliknya. Mujur adik lelakinya tinggal di asrama penuh dan jarang berada di rumah.
Yasmine melangkah laju ke luar rumah untuk mengunci pintu pagar dan sepantas kilat kembali ke dalam rumah.
Kunci pintu dan gril (check)
Tutup langsir (check)
Kunci pintu belakang (check)
Dan sepantas kilat, Yasmine mengambil maggi cup di dapur dan kembali ke dalam biliknya. Yasmine menuju ke penjuru bilik yang disertakan bersama-sama peti ais mini, mini cabinet yang diisi dengan dua pinggan, tiga piring kecil dan dua mug Jurassic World.
Oh. Terlupa. Ada penapis air Coway.
Butang 'HOT' ditekan. Air memenuhi cawan plastik dan Yasmine meletakkan maggi cup itu di atas meja berdekatan. Yasmine turun kembali ke dapur untuk melihat isi dalam peti ais dapur tapi dia terhenti apabila ternampak sticky note yang ditampal di pintu peti ais.
Makan. Jangan makan maggi je.
Ni ibu ada buat brownies ngan kek batik. Kalau nak buat kek, bahan cukup.
Ada kuah spagheti, ada ayam yang ibu dah perap. Nanti nak makan masak je.
Sebelah➡
I love you, darling :)
Yasmine tersenyum kecil melihat tulisan ibunya. Peti ais dibuka. " Fuh. Rajinnya mak aku masak banyak-banyak. Pergi outstation dua hari je. Masak macam seminggu je tak balik,"
Yasmine mengangkat pasu bunga kecil di atas meja makan. Kepingan kertas ungu diambil dan dikira. Lantas dia menggeleng. "Tengok tu. Dah pesan bagi RM50 je. Sekali RM300 dia bagi. Hm. Gorilla apa nak makan GrabFood banyak-banyak?" Tapi duit itu tetap dia ambil. Selalunya Yasmine akan menyimpan duit tersebut dan sejak dua bulan terakhir, dia dah kumpul RM3300 dari duit yang ditinggalkan untuknya.
Mana tahu boleh simpan buat kahwin.
Jam antik yang berada di ruang tamu dilirik dan jam tersebut menunjukkan masa sudahpun menginjak jam 9.00 malam. Yasmine memotong brownies dan mengambil 5 keping potongan tersebut dan dibawa ke biliknya semula. Walaupun dia menjalani online home-schooling, dia tahu usahanya perlu melebihi orang yang belajar di sekolah kerana dia belajar dengan selesa di rumah.
Maggi dah masak, brownies ada, pepsi ada, ok let's start our class, shall we?
***
"Mak aih, boleh tahan susah jugak ikatan kimia ni." Yasmine menggaru kepalanya yang gatal dengan pensil mekanikal. Miss Amanda yang ketawa kecil menarik semula perhatiannya menghadap skrin komputer. "Susah apa pula Yasmine. Just for intro, ionic bond untuk logam dengan logam, and kovalen bond untuk logam dengan bukan logam,"
Yasmine mengangguk sambil mencatat apa yang diajar. "Yasmine?" Kepala Yusna terangkat apabila namanya diseru, namun melihat muka Miss Amanda, lantas Yusna menjawab "Yasmine tetap dengan keputusan Yasmine, miss. I'll take the SPM at school, but I will study from home. Far from those toxics. For now, I just want this kind of environment. I love my room. I love my house and I love study here. So I still , here with my decision. I won't go to school," nafas Miss Amanda kedengaran seolah dia mengeluh perlahan. "Ok Yasmine. Saya hormat keputusan kamu. If you think this way you will become a perfect score student, sure. I will support you okay? Now go to sleep. And eat the soggy maggi first. Bye sweetie." Yasmine hanya mengangguk perlahan dan tersenyum dengan perkataan 'soggy'. Apabila dia terlupa nak makan maggi yang direndam tadi.
Huhu. Dah kembang.
Skype ditutup. Youtube dibuka. Lagu Lily Alan Walker dicari dan dimainkan dengan kelantangan yang sederhana namun cukup untuk membelau di seluruh ruang bilik Yasmine. Maggi cup dihabiskan dengan cepat dan dicampak ke dalam tong sampah. Yasmine bangun dan menuju ke bilik air.
Usai mencuci muka dan menggosok gigi, Yasmine selesakan diri diselimuti comforter dan kantuk mulai menyapa dan Yasmine pun tertidur.
Maybe not.
'Tuk tuk'
Mata Yasmine terbuka sedikit untuk mengintai lagu apa yang sedang dimainkan. "Aih sejak bila pulak lagu Blank Space ada ketuk2 pintu ni," Yasmine cuba menghilangkan gusar dalam hatinya dengan lawak hambar yang dibuatnya sendiri.
'Tuk tuk'
Senyuman Yasmine pudar dengan ketukan buat kali kedua dan Yasmine tahu dari arah mana bunyi itu datang.
Almari. Bunyi itu datang dari almari Yasmine. 'Apa pula yang mengetuk tu'. Yasmine memberanikan diri dan menggapai penyapu sebagai senjata..
'Kreekk'. Waduh boleh pulak pintu almari ni buat bunyi seram. Jam di skrin laptop dikerling sekilas. 2.08 pagi. 'Ok Yasmine. You got this," Yusna mula menyelak sedikit baju-baju yang digantung dan Yusna mengesan cahaya kecil di hujung almarinya. 'Shit. Curiousity kills the cat betullah,' Yasmine merangkak perlahan ke dalam almari.
Yang menghairankan, almari Yasmine cuma almari biasa dan bukan walk-in closet atau wardrobe yang besar tapi kenapa panjang semacam je laluan dalam almari ni?!
Tangan Yasmine cuba menggapai cahaya yang semakin menyilaukan pupil matanya dan secara mengejut, ada tangan lain yang menggapai tangannya dan dirinya ditarik ke arah cahaya itu dengan laju. "Aghhhhhhhh!!!!" Jeritan Yasmine tenggelam di keheningan malam dan pintu almari tertutup.
***
Yasmine menggigil akibat ketakutan namun apabila matanya terbuka, satu jambatan- ini boleh dipanggil jambatan ke?! Seolah yang terbentang di hadapan matanya saat ini adalah berlian yang diukir cantik menjadi jambatan.
Tempat apa ni?!
"Hai." Yusna menoleh ke kanannya.
Tiada apa.
Kirinya.
Tiada apa.
Suara apa tadi?
"Atas la. Hehe,"
Kepala Yasmine terus mendongak ke atas.
Pandangannya mulai berpinar saat cahaya bulan (eh bulan ke tu. Besar macam sepuluh kali ganda bulan biasa) menutupi sedikit pandangannya. Seorang budak kecil. Memakai sweater berkait, seluar hitam pendek dan kasut yang designnya aneh.
"S-s-siapa kau?" Getaran suara Yasmine hadir apabila dia perasan budak tu tak menjejakkan kakinya ke tanah. HE'S FLYING?! Senyuman terbit dari bibir budak lelaki tu.
"Welcome to Guivillaea, Fheinseta."
And then clichè-ly, Yasmine falls to the ground.
To be continued.
I wrote fantasies.
To let my reality sink
And my imagination lift.
But yet.
Reality suddenly floating
And hit me hard.
As I already about to reach ending
Of my beautiful fantasies.
And the reality
Never let me end my stories.
With happy ending.
Laph.
Puff.