[OG] Pujaan Hati Mr Headprefe...

By wanyhoney

211K 16.5K 21.5K

selamat datang ke penerbangan wany airlines ♡ + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi d... More

00 : 00
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
RAYA BERSAMA PHMH
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38
00 : 39
00 : 40

00 : 20

5.1K 495 669
By wanyhoney


SPECIAL TAGS : marin---xx siyemss yaennnnv anisrosdie encikkatak

hehe.

rindu 🐯💜

ooh ya btw, wany dah come out with an idea. I had too. disebabkan theres a lot of silent readers, wany akan buat rules baru. tak kisahlah nampak cam selfish ke apa ke i dont really care what others think actually.

wany akan tetapkan goals dekat every chapter. kalau lepas goals ni, baru wany update. mostly, wany dah siap dah writing apa semua. ada je kat draft. tinggal nak publish. tapi tahlah rasa malas. rasa tak ada mood sebab yang baca banyak tapi yang vote and comment tu, em tak seberapa.

"iee gediknya nak banyak vote. gediknya nak orang comment."

whatever. korang boleh make apa apa assumptions toward me and i dont care. bukan senang nak tulis sesuatu cerita tu. Its need many efforts. so please :")

jarang kan wany meroyan? so lets me meroyan in this chapter because im tired.

♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬
song recommendation
🎧 FORGETTING YOU - DAVICHI

♪ ♬♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪♪ ♬ ♬ ♪


*●*●*●*●*●*●*●*●*
GOALS FOR NEXT CHAPTER
100+ VOTES
150+ COMMENTS
*●*●*●*●*●*●*●*●*●*

« boy bestfriend »

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Fi-Firash..."

Firash melepaskan keluhan berat.

Aku memandang wajah Firash dengan riak tidak percaya.

Serius, aku masih terkejut. Tak mungkin Firash simpan apa apa perasaan yang lebih dari batas seorang kawan.

Sebab aku pun dah anggap dia macam kawan baik aku. Tak lebih, dan tak kurang.

Firash senyum tawar.

"Kau lupakan jelah apa yang aku cakap tadi. Anggap je aku main main. Aku... aku minta maaf."

Serentak dengan itu, Firash berpaling dari aku dan membuka langkah untuk berlalu pergi dari situ.

Aku mengetap bibir.

Tak. Aku tak boleh biarkan Firash pergi.

"Firash, kejap."

Firash menghentikan langkah.

Dia menoleh semula. Memandang aku. Aku hanya dapat nampak anak mata dia yang jelas kecewa dan sedih.

Kami bertukar pandangan sebelum aku menarik nafas panjang.

"Aku pun sukakan kau, Firash."

Tapi cuma suka sebagai kawan.

Tak lebih, dan tak kurang.



























❀❀❀

PERNAH tak korang ada kawan lelaki yang betul betul rapat dengan korang?

Dan dia tiba tiba luahkan perasaan?

Aku menghela nafas panjang.

Ya. Aku pernah. Dan sumpah aku cakap, aku harap semua benda ni cuma mimpi.

Serentak dengan itu, anak mata aku terarah pada Firash yang duduk di bahagian hadapan kelas. Bersebelahan tingkap. Di sebelahnya ada Izwan.

Izwan sedang fokus mendengar penerangan Cikgu Anita yang sedang mengajar di hadapan kelas.

Tapi Firash tak.

Dia termenung. Pandangan dia hanya pada bahagian luar kelas.

Ah. Sumpah aku rasa bersalah. Rasa serabut. Sebabkan aku, dia jadi macam ni.

Mungkin betul kata Bella. Aku tak patut pun terus berada dalam sekolah ni. Sebab dah banyak sangat masalah yang muncul disebabkan aku.

Fokus Ara. Fokus. Minggu depan Ujian Bulanan 1. Aku tak nak kecewakan ummi dan abah.

Firash, aku minta maaf.

Aku tak boleh tipu diri aku sendiri.




















❀❀❀

"FIRASH..."

Firash angkat wajah dan pandangan kami bertembung.

"Izwan mana? Kau sorang je?"

"Izwan pergi bilik disiplin. Hantar report."

Firash pandang aku sekilas sebelum kembali membelek buku teks Bahasa Arab di hadapannya.

Aku ketap bibir.

Nak duduk ke tak nak? Firash macam tak ada mood je. Seram aku.

"Duduk jelah. Aku makan nasi. Aku tak makan orang."

Aku tersentak. Aku pandang wajah Firash tapi dia masih sama. Sibuk belek buku.

Dengan perlahan, aku tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Firash. Agak ramai orang yang berada dalam perpustakaan pada waktu waktu begini. Rata ratanya sama macam kami. Studygroup.

Marina masih bercuti. Cuti cuti Malaysia lepas kena belasah dengan aku haritu. Kalau aku tahu aku tak akan dikenakan apa apa hukuman, aku dah belasah dia teruk teruk haritu. Baru puas.

Tak baik la, Ara. Ingat apa yang Pak Melan cakap.

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

Aku pun dah tak nak simpan dendam. Cuma hati aku masih tak terbuka lagi untuk maafkan dia.

Dia pun tak mintak maaf lagi. Maaf lah tapi ego aku ni memang tinggi. Aku takkan maafkan orang selagi orang tu tak sedar kesalahan dia dan minta maaf sendiri.

Bukan pentingkan diri sendiri. Tapi, aku tak nak orang tu ulang kesalahan yang sama lagi dan lagi.

"Firash..."

Firash angkat wajah dan pandangan kami bertembung.

Aku meneguk liur.

"Kenapa?" soal Firash, dingin.

Aku menggeleng perlahan.

"Tak. Tak ada apa apa."

Aku melarikan pandangan. Perlahan lahan, aku buka buku teks Bahasa Arab di depanku.

Tak apalah. Kalau dia masih terasa dengan aku, aku pun tak boleh buat apa apa. Tunggu dia 'sejuk' jelah. Aku tak nak desak orang untuk maafkan aku.

"Laura."

Aku memandang Firash. Hm?

"Bosan ah belajar."

Aku mengerutkan dahi. Hah? Asal tiba tiba? Firash ni sihat ke tak?

Firash ketawa kecil. Buku teks Bahasa Arab miliknya ditutup. Dia mengalihkan perhatian sepenuhnya pada aku.

Tepat pada wajah aku.

"Kau tak bosan?"

Aku terkedu.

"Jom ah weh. Kita ponteng. Berdua."

Okay. Cadangan tu menarik.

Tapi. Berdua? Aku dan Firash?

Kalau encik ketua pengawas tu tahu macam mana? Mati aku. Dahlah rekod aku dekat sekolah ni pun tak lah bersih mana. Makin buruk nanti kang.

"Tapi... Izwan..."

"Pasal tu jangan risau. Yang tu boleh settlekan nanti. Sekarang ni aku bosan. Jom. Aku belanja kau aiskrim kiosk."

Mata aku bersinar tatkala mendengar perkataan aiskrim yang keluar dari mulut Firash. Weh. Orang gila je yang tolak aiskrim tahu tak. Lagi lagi orang nak belanja.

Tapi jap.

Kenapa mood Firash tiba tiba berubah? Tadi bukan main moody. Macam nak makan orang pun ada. Sekarang...

Pelik.

"Tawaran ini akan berakhir dalam masa 3... 2..."

"Okay okay! Jom!"




























❀❀❀

AKU tersenyum sendiri. Angin yang bertiup agak kuat pada petang itu memaksa aku untuk membetulkan tudung aku beberapa kali.

Seronok kalau tiap tiap petang macam ni. Makan aiskrim. Tengok orang main bola dekat padang.

Aku dah tak boleh terlibat dengan mana mana aktiviti sukan lagi. Semuanya sebab insiden yang hampir meragut ingatan dan memori aku.

Aku senyum tawar.

Tak apalah.

Sekarang, Marina kan ada. Dia boleh gantikan tempat aku. Mungkin, ni rezeki dia. Aku tak layak persoalkan hal tu. Ada hikmah di sebalik semua benda yang terjadi.

Mana tahu Allah tarik aku dari menyertai sukan sebab Dia nak aku fokus dengan pelajaran ke? Allah lebih tahu yang terbaik untuk tiap tiap hamba-Nya.

"Tak rindu nak main netball macam dulu?"

Aku menoleh. Memandang Firash di sebelah. Kami tak duduk rapat. Cukup ada ruang di tengah yang memisahkan.

Halal gap gitu.

Aku senyum ringkas.

"Aku rindu semuanya, Firash. Aku rindu semua benda yang pernah aku ada dulu. Sebelum aku koma. Kawan kawan..."

Air mata aku bergenang tiba tiba.

Entahlah. Sekarang, hati aku cepat terusik. Lagi lagi, bila dengar perkataan 'kawan'.

"Kau lupa ke? Allah tarik kawan kawan lama kau. Tapi Allah hadiahkan kau kawan kawan baru. Aku, Izwan dan yang lain. Kitorang akan selalu ada dengan kau."

Aku pandang Firash.

Tak tahu nak nangis ke nak gelak sekarang ni.

"Ya Allah Firash. Comot!"

Dia ni makan aiskrim sambil teringat makwe ke? Habis aiskrim meleleh leleh. Dah macam budak tadika.

Nasib baik comel.

Firash sengih. Menampakkan barisan gigi putih bersihnya yang tersusun rapi.

Aku menggeleng gelengkan kepala ku perlahan sebelum menyeluk poket baju kurung sekolah dan mengeluarkan tisu dan seterusnya menghulurkan tisu tersebut pada Firash.

"Nah lap. Nanti awek nampak, semua lari. Kau tu dahlah hot stuff. Buat malu je."

Firash ketawa sebelum menyambut huluran itu.

"Memang ramai. Tapi takkan sama dengan kau."

Aku terkedu.

Rasa macam cengkerik tiba tiba lalu. Aku dan Firash sama sama mendiamkan diri. Aku baru nak cuba selesakan diri. Dan tiba tiba pulak Firash buat aku rasa kekok balik.

Aku pandang aiskrim di tangan sebelum melontarkan pandangan pada pasukan bola keranjang sekolah yang sedang menjalani latihan.

Firash melepaskan keluhan berat.

"Aku minta maaf, Firash."

Firash menoleh. Memandangku. Tapi aku cuma tundukkan pandangan.

"Kenapa?" soal Firash, polos.

Aku mengetap bibir.

"Aku memang sukakan kau. Tapi tak lebih dari seorang kawan. Aku sukakan kau sebagai kawan aku. Aku minta maaf sebab aku terpaksa tolak kau. Aku-"

"Laura."

Suara Firash menghentikan aku untuk terus berkata kata.

"Aku faham. Tak payah jelaskan. Aku yang patut minta maaf. Sebab aku tak seharusnya simpan perasaan dekat kau. Kau member aku kot."

Aku senyum lebar. Alhamdulillah.

"Anggap je aku tak pernah luahkan apa apa. Aku minta maaf okay?"

Aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Aku gembira. Gembira dan lega. Sebab akhirnya, masalah di antara aku dan Firash dapat diselesaikan dengan cara baik.

Yeayyy!

"Tapi, aku tetap nak kau tahu satu benda."

Aku dan Firash saling berpandangan. Lama. Anak mata coklat keperangan milik Firash aku tenung dengan perasaan ingin tahu.

"Aku akan selalu jaga kau. Aku akan tolong Izwan untuk lindungi kau. Aku tak nak tengok kau sedih sebab diorang lagi. Jangan seksa diri kau lagi please."

"The best will stay. Biarkan diorang pergi. Mungkin, Allah akan tunjukkan kebenaran suatu hari nanti. Sekarang, be happy. Sebab kau layak untuk rasa bahagia, Laura."

Aku tahan sebak. Perlahan lahan, aku mengangguk.

Alhamdulillah, masih ada yang ambil peduli soal aku. Terasa seperti semua beban di bahu aku beransur hilang.

"Kenapa aku pulak yang rasa nak nangis?"

Aku tergamam.

Tak- tak mungkin.

Suara tu-

Aku menoleh ke belakang.

Aku meneguk liur yang terasa seakan akan tersekat di kerongkong.

"Izwan..."

Izwan angkat kening. Serentak dengan itu, dia ambil tempat di sebelah kanan aku. Di tangan Izwan, ada sebungkus popcorn caramel yang dijual di koperasi sekolah a.k.a KOOP.

Tiba tiba teringat pulak.

Dulu, aku dan Amelia pernah kongsi duit untuk beli popcorn tu. Harga benda tu RM2. Jadi, RM1 sorang. Aku dan Amelia memang selalu kongsi semua benda. Kalau pergi kem, aku bawak ubat gigi dan Amelia bawak sabun. Kongsi je. Senang.

Nasib baik kitorang tak kongsi crush.

Rindu kau, Mel. Tapi nak buat macam mana? People change.

"Sampai pun. Ingat, dah lupa jalan nak pergi padang sekolah."

Aku pandang Firash di sebelah kiri aku. Dia sedang sibuk menikmati aiskrim di tangannya.

Hah? Jadi, dia memang dah pakat dengan Izwan?

Kurang asam keping.

Rasa pelik dan awkward. Aku perempuan. Sebelah kiri dan kanan aku, ada dua orang lelaki pujaan gadis gadis dekat dalam sekolah ni.

Izwan menghulurkan bungkusan popcorn itu pada aku.

Aku pandang Izwan. Dia sibuk mengunyah sambil melontarkan pandangan pada semua pelajar yang sedang menjalani latihan sekolah di padang sekolah.

Rata ratanya, budak junior.

"Ambiklah." Tutur Izwan senada tanpa memandangku.

Aku memasukkan tangan ke dalam bungkusan popcorn itu lalu mengambil beberapa ketul popcorn dan menyuapnya ke dalam mulutku.

Omaigod sedap!

"Sekali sekala ponteng camni, best jugak."

Pfft. Entah kenapa aku rasa terhibur dengan kata kata Izwan. Aku tahu Izwan penat. Stress.

Memegang jawatan sebagai ketua pelajar di sekolah ni bukan benda yang mudah. Dia harus jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Korang bayangkan jelah. Jadi ketua kelas pun susah. Macam Amierul tu. Inikan pula pegang jawatan ketua pelajar. Semua pelajar dalam sekolah ni, adalah tanggungjawab Izwan sepenuhnya.

Firash ketawa kecil.

"Bro, ponteng memang best. Sayangnya, kita tak dapat nak merasa pengalaman jadi budak nakal." Firash mengeluh kecil.

Izwan berdecit.

"Kau nak tengok aku jadi nakal ke?"

Aku dan Firash sama sama ketawa. Hah? Izwan nak jadi nakal? Mustahil lah. Muka dia je innocent.

Izwan memaksa aku untuk memegang bungkusan popcorn itu. Izwan berdiri di sebelah aku lalu-

OMG.

Perlahan lahan, Izwan mengeluarkan kemejanya dari seluar. Tak tuck in.

Jari jemari halus dan runcing milik Izwan merungkai ikatan kemas tali leher yang tersangkut di lehernya. Lantas menjadikan tali leher itu longgar dan seterusnya Izwan merungkaikan tiga butang kemejanya yang paling atas.

Entah kenapa wajah aku makin membahang. Cepat cepat aku alihkan pandangan.

Weh. Apa yang dia buat ni?

Izwan meraup rambutnya sekaligus menyebabkan rambut milik Izwan yang rapi bertukar messy.

Guys, no joke.

Sekarang ni en, dia tak nampak selekeh tau. Dia nampak macam watak anime yang bad boy tu.

Tolong. Aku tak boleh nak bernafas.

Izwan duduk di sebelah ku kembali. Poket seluarnya diseluk lalu Izwan mengeluarkan sebatang lollipop. Setelah membuka bungkusan pembalut lollipop itu, Izwan menyuapnya ke dalam mulut.

"Weh, Wan. Kau jangan. Lepas ni, budak budak junior perempuan lalu. Kalau diorang serang kau, aku tak nak tolong eh." Komen Firash selamba.

Izwan senyum senget.

"Aku baling lollipop ni dekat muka diorang."

Budu la Izwan ni. Tak pasal pasal aku tergelak.

"Meena."

Aku toleh ke kanan. Memandang wajah Izwan. Jantung aku seakan luruh apabila melihat keadaan Izwan yang jauh berbeza dengan Izwan yang aku kenali sebelum ini.

Weh hensem do ya allahu ya rabbi ya fattahu ya alim.

Aku dahlah lemah dengan lelaki yang jenis rambut messy.

Ah.

"Hm?" aku angkat kening. Cuba untuk menyembunyikan rasa gugup tika ini.

"Be mine."

Wajah aku mula bertukar rona.

Anak mata kelabu milik Izwan aku tenung lama.

Tak lawak okay kalau nak bergurau pasal benda ni! Tengok. Tak pasal pasal aku dah blushing.

"Hoi hoi. Hormat lah sikit orang single ni." Firash mencebik.

Aku ketawa mendengar omelan Firash.

"Aku pun single okay." Aku halakan pandangan pada kawasan padang sekolah.

Kami sama sama terdiam untuk tempoh yang agak lama.

Firash sibuk menikmati aiskrim sambil menyaksikan perlawanan bola keranjang yang sedang berlangsung.

Aku menoleh ke sebelah. Memandang Izwan dari sisi. Dia nampak kacak. Aku senyum sendiri.

"Aku akan rindukan saat saat ni." Perlahan, Izwan menutur kata.

Cukup untuk aku sahaja yang mendengarinya.

Izwan tiba tiba mengalihkan pandangan ke arahku. Aku terkedu.

Anak mata kelabu dia.

AHHHHH.

Bibir merah delima milik Izwan perlahan lahan membentuk satu senyuman.

Dan aku, membalas senyuman itu dengan senyuman yang paling manis.

Kalau ini semua cuma mimpi, izinkan aku untuk terus lena.

Ceh. Bersastera pulak kau, Ara.

Boleh dah ni aku cuba tulis novel lepastu publish dekat wattpad.

Kisah benar aku dan dia.






























❀❀❀

HARI Sabtu yang ditunggu tunggu akhirnya tiba!

Aku menguap lebar. Aku gulingkan badan ke bahagian tengah katil. Dah lama tak rasa bangun lambat. Kalau kat asrama, pukul 3 pagi aku dah bangun.

Solat tahajjud.

"Meena! Laura Ameena!"

Ketukan bertalu talu muncul di muka pintu bilikku. Dah tahu dah suara siapa. Tak lain tak bukan, ummi.

"Ya ummi!" laung aku dari katil. Malas do nak bangun.

"Bangun! Matahari dah tegak atas kepala. Anak dara apa bangun lambat macam ni? Tolong ummi masak dekat dapur."

Sudah. Dah mula dah bebelan ummi.

Aku kerling jam dinding bilik. Baru pukul 8. Awalla. Bukan selalu dapat tidur lepas subuh.

"LAURA AMEENA!"

"Ya ya! Meena dengar. Nanti Meena tolong ummi. Meena nak mandi kejap."

Kalau ummi dah panggil nama penuh, dah marah sangat la tu.

"Mandi cepat sikit. Tak payah nak buat konsert dalam bilik air. Lambat, ummi suruh abah pecahkan pintu ni."

Aku mencebik. Ummi main ugut ugut pulak.

"Yelah yelah. Jap lagi Meena turun."

Aku dengar bunyi derapan tapak kaki ummi menjauhi pintu bilik. Aku tarik nafas. Lega.

Aku senyum kecil sebelum mencapai telefon ku di sisi katil dan meniarap di atas katil.

Kejap ya, ummi. Hehe. Main phone jap.

Senyuman aku tadi terus hilang tiba tiba tatkala mata aku dihalakan pada skrin telefon yang terpapar aplikasi whatsapp.

Aku lepaskan satu keluhan yang paling berat. Aku seka air mata yang tiba tiba mengalir.

Gila. Pagi pagi dah nangis.

Chill, Ara. Sejak bila kau jadi lembik ni? Sikit sikit nangis.

Aku menggeleng perlahan.

Tak.

Kau menangis bukan bermaksud kau lemah. Tapi kau menangis sebenarnya cuma sebab kau dah lama pura pura kuat.

Diorang remove aku dari group whatsapp kitorang. Padahal, aku orang pertama yang buat group tu.

Benci sangat ke diorang dekat aku?

Apa yang buat diorang berubah sampai macam ni sekali?

"LAURA AMEENA!"

Ah. Baru nak feeling feeling emosional pagi pagi ni. Ummi dah jerit dari dapur. Tercampak phone aku dibuatnya.

"Ya, ummi!"

"PERGI MANDI SEKARANG. KE NAK UMMI YANG MANDIKAN?"

Aku tergamam. Hah? Ummi mandikan? Erk.

Maaf tapi aku tak berminat HAHAHAH.

"Ya ya Meena mandi sekarang!" laung aku separa kuat.

Dah macam tarzan. Sakit tekak aku.

Aku letak telefon di atas laci bersebelahan katil sebelum mencapai kain tuala ungu milikku yang tersangkut di hadapan pintu tandas.

Ting!

Aku menghentikan langkah. Baru setapak nak masuk tandas.

Siapa pulak tu?

Rasa ingin tahu tiba tiba kian menebal dalam diri aku. Aku lilitkan kain tuala tadi pada sekeliling leher ku sebelum menapak perlahan ke laci itu.

Telefon itu aku capai sebelum mata aku tertumpu pada skrin telefon.

Ada notification dari whatsapp.

Hm? Siapa?

Izwan Hakiem 🐯
online
Bangun. Pergi mandi. Tolong mak kau kat dapur. Lepastu, make sure have a healthy breakfast.

Wajah aku membahang tiba tiba. Jap.

Be- betul ke ni Izwan?

Kenapa tiba tiba je? Ke... dia salah hantar? Dia nak hantar dekat orang lain kan sebenarnya?

Ting!

Izwan Hakiem 🐯
online
Tak payah nak termenung sangat. Aku tak salah message. Aku memang nak message kau. Dah. Pergi mandi.

Aku campak telefon ke atas katil. Aku takut. Macam mana dia tahu?!

Dasar stalker.

Menyesal pulak unblock nombor dia haritu.

Baik aku mandi sekarang. Lepas mandi, aku nak selongkar bilik ni. Mana tahu kalau Izwan ada pasang kamera ke apa ke.

Eh jap. Dia mana pernah datang rumah aku.

Ah apa apa jelah.

Yang penting, aku nak mandi.

Kang tak pasal pasal ummi mandikan aku.



























❀❀❀

AKU capai satu pinggan kosong sebelum melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi di meja makan itu.

Berhadapan dengan abah aku yang kacak.

Macam Park Bogum.

"Awal bangun."

Aku pandang wajah abah. Tu mesti perli.

Aku mencebik.

Abah gelak sebelum menghirup kopi O buatan ummi.

"Mimpi apa tiba tiba bangun awal? Selalunya, tengah hari baru bangun."

Aku letak sudu dan garfu dengan kasar di atas pinggan.

"Ummi! Tengok abah ni! Dia kacau Meena nak makan!" laung aku sekuat hati.

Nak mengadu dekat ummi. Abah jahat. Suka kacau orang.

"Ya Allah anak beranak ni. Meena, jangan jerit pagi pagi ni. Satu kejiranan ni boleh dengar suara Meena. Dah macam tarzan nak bersalin." Ummi tiba tiba muncul dari dapur dengan pinggan berisi beberapa ketul karipap.

Aku buat muka tak puas hati.

Tarzan nak bersalin?

"Abah saje nak kacau Meena. Dah dua minggu Meena tak balik." Ummi duduk di sebelah abah.

"Entah. Nak gurau pun tak boleh." Sambung abah pula.

Aku mengeluh. Merajuk pulak dia.

"Iee jangan la merajuk. Ummi, tengok abah ni. Macam budak budak." Komen aku selamba sambil menyuap sesudu nasi goreng kampung ke dalam mulut.

Ummi ketawa kecil.

"Macam mana sekolah? Semua okay?"

Aku berhenti mengunyah. Rasa macam nak tersedak pun ada bila dengar soalan tu.

Perlahan, aku angguk.

"Okay. Semua okay." Aku paksa diri untuk senyum di hadapan ummi dan abah.

"Kata exam minggu depan. Tak nak buat studygroup? Selalunya, Meena dengan kawan kawan belajar sama sama dekat perpustakaan awam tu kan? Nak ummi hantarkan?"

Ah sudah. Ummi mention kawan kawan aku pulak.

Hm. Aku mana ada kawan dah.

Semua dah tak nak kawan dengan aku.

Aku kawan dengan lipas jela lepas ni.

Kawan dengan lipas tak sakit hati.

Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Em, tak payah la ummi. Meena belajar sorang sorang je. Baru fokus sikit. Lagipun, Meena malas lah nak keluar."

Ummi mengerutkan dahi. Eh? Betul ke ni anak aku? Meena mana pernah malas bab bab nak keluar ni.

"Hm tak apalah kalau macam tu. Belajar. Jangan main phone pulak. Letak tepi dulu semua kpop kpop tu. Lupakan Teh."

Aku buat muka tak puas hati.

"Iee ummi ni! Nama dia Taehyung la."

Ummi dan abah gelak melihat ekspresi mukaku yang cemberut menahan marah.

"Apa apa jelah. Nanti duduk rumah elok elok. Kunci semua pintu pagar. Kalau orang ketuk, jangan bukak." Pesan Abah sambil mengunyah karipap di tangannya.

Aku angguk faham.

Ummi dan abah bekerja harini. Ummi kan ada cafe. Cafe ummi cuma tutup hari Isnin. Petang nanti dalam pukul 5, ummi balik lah.

Abah pulak jumpa client. Tak lama. Tengah hari macam tu, mesti abah balik.

Ah. Mereput sorang sorang kat rumah. Kalau ada adik beradik, boleh gak ajak gusti. Tapi aku anak tunggal.

Takkan nak paksa ummi bersalin lagi? Hehe. Nakalnya aku.

"Lepas balik kerja, abah belikan pizza boleh? Meena dah lama tak makan pizza."

Tiba tiba pulak tekak aku meronta ronta rasa nak makan pizza. Mengidam.

Abah mengangguk kecil.

"Boleh. Boleh blah."

"IEE ABAH!"

























❀❀❀

AKU pandang helaian buku teks matematik tambahan sambil menguap kecil. Mengantuk dan tak ada mood.

Aku tak boleh belajar sorang. Sebab rasa tak masuk semua benda.

Aku letak kepala di atas meja. Nak rehat sekejap. Dari tadi sibuk buat latihan Addmath. Padahal, bukannya aku faham pun.

Pip! Pip!

Aku angkat wajah. Siapa? Kenapa aku dengar macam hon kereta tu ditujukan untuk rumah aku?

Perlahan lahan, aku bangun dan melangkah ke jendela bilik yang membolehkan aku melihat ke bahagian pintu pagar utama rumahku.

Dahi aku berkerut.

Kereta BMW hitam siapa yang tersadai depan rumah aku ni?

Aku telan air liur. Okay ni seram. Penculik ke? Atau perompak?

Aku undurkan satu langkah aku ke belakang. Sekali lagi, kereta itu membunyikan hon keretanya berkali kali.

Ah. Macam mana ni? Abah, ummi...

Aku kena keluar jugak. Mana tahu, orang tu cuma nak tanya jalan. Dia sesat? Tapi kenapa mesti rumah aku?

Rasa ingin tahu mula menebal dalam diri aku. Aku capai selendang hitam di bucu katil lalu aku lilitkan ala kadar pada kepala. Cukup hanya untuk menutupi auratku.

T shirt hitam dan tracksuit adidas yang tersarung di tubuhku dibetulkan sedikit. Mana tahu orang tu nak masuk minang aku ke.

Okay aku gurau. Taknak aku.

Aku atur langkah ke tingkat bawah rumah. Dengan degup jantung yang berdebar debar, aku beranikan diri untuk membuka pintu utama rumah.

Kereta tadi masih ada di hadapan rumahku.

Aku sarung selipar di kaki dan melangkah ke pintu pagar rumah. Aku cuba untuk lihat ke arah bahagian dalam kereta. Malangnya, aku tak nampak apa apa.

Cermin kereta tu tinted.

Aku berkira kira untuk membuka pintu pagar atau tidak. Bahaya. Kalau orang dalam kereta tu tiba tarik aku masuk dalam kereta dia, kan naya. Aku tak puas hidup lagi.

Mana orangnya? Kenapa tak keluar pun dari kereta?

Aku mula rasa tak sedap hati. Apa aku buat ni? Aku tak sepatutnya keluar dari rumah. Ummi pun dah pesan tadi. Jangan keluar.

Aku palingkan tubuh semula. Pantas, aku mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah.

"Ameena."

Langkah aku mati. Aku terkedu.

"Ni aku."

Tak. Tak mungkin.

Aku tarik nafas sedalam dalamnya sebelum menoleh semula ke arah pintu pagar rumahku.

Dan seperti yang aku jangkakan, satu susuk tubuh lelaki berdiri di hadapan pintu pagar itu.

Dia berpakaian hoodie hitam dengan cap di kepalanya.

Okay sumpah hensem.

"Izwan?"

Aku kerutkan dahi. Aku mimpi di siang hari ke apa ni? Tak mungkin ni Izwan.

Aku halakan pandangan pada lelaki itu. Merenungnya dari pintu rumah dengan riak tak percaya.

Izwan masukkan tangan kanannya ke dalam poket seluar seraya memandangku.

"Ni aku. Bukan hantu. Sini kejap. Aku nak cakap sikit dengan kau."

Dasar gila. Mana dia tahu ni rumah aku?

Aku aturkan langkah ke arah Izwan. Sampai sahaja di depan pintu pagar, aku hentikan langkah dan mendongak memandang sepasang anak mata kelabu itu.

"Kau gila ke? Apa kau buat kat sini? Macam mana kau tahu ni rumah aku?" Aku sengaja mengajukan soalan bertalu talu.

Biar dia pening. Pastu pengsan. Pastu aku campak dia dalam longkang rumah aku.

Okay tu melebih.

"Nanti aku explain. Sekarang, masuk dalam. Tukar baju lepastu datang sini balik. Aku bagi kau 10 minit je."

Hah?! Apa benda yang-

"Kau datang rumah aku tiba tiba, lepastu suruh aku tukar baju la apalah. Kau kenapa? Mental?" aku sengaja tinggikan suara. Biarlah jiran sebelah dengar sekalipun.

Jiran sebelah pun dah biasa dengar aku jerit jerit. Lagi lagi bila aku tengok BTS run.

Izwan lepaskan keluhan berat. Banyak cekadak la minah ni.

"Aku nak bawak kau ikut aku pergi studygroup. Diorang pun ada sekali."

Diorang tu siapa? Firash, Arfiq dan yang lain?

Aku silangkan kedua dua tangan pada dada.

"Tak nak!"

"Tak payah degil boleh tak? Aku dah sampai depan rumah kau dah pun. Baik kau bersiap sekarang sebelum aku tarik kau masuk dalam kereta ni."

Aku mengerutkan dahi.

"Kau ni memang tak betul. Kau buat lawak ke? Takkan la aku nak keluar dengan korang? Aku sorang je perempuan. Tak elok lah."

"Abang... lama lagi ke?"

Aku terkedu bila terdengar satu suara comel. Suara tu datangnya dari belakang Izwan.

Tiba tiba, seorang kanak kanak perempuan lingkungan umur 4 tahun menjengukkan kepala dari belakang Izwan. Rupanya, dia dah lama berlindung dekat belakang Izwan. Aku tak nampak sebab budak tu pendek sangat.

Jap. Anak siapa ni? Comelnya!

Izwan tundukkan badan separa dengan kanak kanak kecil itu.

Izwan senyum.

"Jap. Abang nak settlekan akak ni."

Aku mencebik. Ceh.

Abang konon.

"Yaya nak dukung..." budak kecil itu mendepakan tangannya ke arah Izwan.

Ololo. Dia nak dukung pulak. Comel do. Muka cam cina plus korea.

Macam muka Firash pun ada.

Jap. Apa aku merepek ni? Takkan budak ni anak Firash?

Izwan mengelus lembut rambut budak kecil itu lantas mendukungnya.

Ah. Dua dua comel. Orang yang dukung comel. Orang yang didukung pun comel.

Pfft.

Aku dan budak kecil itu saling berbalas pandangan. Budak tu nampak malu. Sebab budak kecil itu menyorokkan wajahnya di leher Izwan.

"Bukan kau sorang je perempuan. Nama dia Adelia. Panggil dia Yaya. Geng baru kau."

Aku terdiam. Yaya ni siapa? Adik Izwan? Tapi setahu aku, Izwan anak tunggal. Dia mana ada adik.

Takkan anak dia pulak?

"Kakak..."

Aku alihkan pandangan pada Yaya. Dia panggil aku ke?

Yaya senyum menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Kakak jom la ikut yaya. Yaya nak kawan dengan kakak." Dengan tutur yang sedikit pelat, Yaya sengih dan melentokkan kepalanya ke leher Izwan.

Aww budak ni comel.

"Em. Aku kena bagitahu ummi dengan abah dulu. Nanti diorang risau." Aku pandang Izwan yang masih mengharap.

"Kau call lah dulu. Minta izin. Kita pergi cafe dekat area sini je. Tak jauh pun."

Aku akhirnya mengangguk kecil. Lagipun, bosan duk rumah sorang sorang. Rasa macam alone gila.

"Pergilah masuk dalam. Tukar baju pastu jangan lupa bawak buku kosong. Soalan latihan semua aku dah sediakan. 10 minit. Lambat, tinggal."

Aku buat muka menyampah. Eleh. Tak ada makna dia nak tinggal.

"Lama lagi ke korang nak berdrama?"

Eo? Tu bukan ke...

Aku gelak apabila nampak Firash menjenguk dari tingkap kereta. Ya Allah. Dia ada dalam kereta rupanya!

"Firash je? Yang lain mana?" soal aku.

"Diorang dah tunggu dekat cafe. Cepat siap. Kesian Yaya ni." Izwan cium sekilas dahi kecil Yaya.

"Takyah kesian dengan budak tu." Firash buat muka menyampah.

"Agak agak ah. Ni adik kau. Tak sayang darah daging sendiri ke? Bagi aku jelah kalau macam tu." Balas Izwan selamba.

Eh.

Ni adik Firash ke? Patutlah muka pun iras.

Firash senyum sinis.

"Ambik je terus. Takyah pulang balik."

Ganasnya Firash. Hm tapi adik beradik memang selalu gaduh. Tapi sebenarnya diorang saling sayang menyayangi gituu!

"Aku bersiap jap. Tunggu la dalam kereta. Kesian Yaya. Panas."

Izwan dan Firash mengangguk.

Aku sempat melemparkan senyuman mesra pada Pak Mat yang sedang duduk di kerusi bahagian pemandu.

Dengan langkah agak pantas, aku kembali masuk ke dalam rumah.

Ummi bagi ke aku keluar dengan diorang?

Hm. Mesti tak.

Aku senyum nakal.

Minta izin dengan abah senang sikit. Lagipun, ummi balik pukul 5. Sempat la aku balik rumah dulu.

Hehe.

Im a bad girl.

Jangan tiru aksi kakak Laura ni ya adik adik.

Duk rumah. Corona ni bayaha. Eh bahaya. HAHAHAH.

Nampak sangat dah lama tak sekolah. Mengeja pun dah kelaut aku ni.























❀❀❀

"HA. sampai pun."

Aku senyum nipis sambil tanganku menggenggam erat tangan Yaya di sebelahku.

Budak ni senang mesra dengan orang. Rasa macam ada adik perempuan. Ah bestnya!

Aku, Firash, Izwan dan Yaya duduk di tempat duduk yang masih kosong. Aku duduk di sebelah kiri Yaya dan-

Erk.

Izwan duduk di sebelah kanan aku.

"Lama gila. Arfiq dah melantak tiga pinggan spaghetti tahu tak."

Arfiq mencerunkan pandangan ke arah Amierul. Memandai je.

"Ni ha. Tunggu minah ni makeup." Balas Izwan selamba.

Aku mengerutkan dahi. Eh eh dia ni. Bila masa pulak aku pakai makeup? Berus makeup dengan berus lukisan pun aku tak reti beza. Ada hati nak pakai makeup.

Tapi aku malas nak bertikam lidah. Jadi aku cuma diam tanpa sebarang komen.

"Kakak..."

"Ya sayang." Aku alihkan perhatian pada Yaya.

"Yaya nak makan. Yaya lapar sangat..." Yaya menggosok gosok perutnya tanda lapar.

Aku gelak seraya mengangguk.

"Boleh boleh. Yaya nak makan apa?"

"Kau tak payah layan sangat perangai mengada budak kecik tu. Nanti makin manja susah." Firash menyampuk.

Aku melepaskan keluhan kecil.

"Firash, dia kan kecik lagi. Biasa la manja manja. Kau dulu kecik kecik pun dua kali lima je. Entah entah lagi manja." Aku cuba menjernihkan keadaan.

Aku perasan, Firash ni tak berapa nak ngam sangat dengan Yaya. Budak ni baik lah. Comel pulak tu. Rasa nak gigit.

Firash tiba tiba bingkas bangun dan beralih ke meja lain. Di sudut cafe. Berseorangan.

Aku terkedu. Dia terasa ke?

Belum sempat aku bangun untuk ke meja Firash, Izwan merangkul lengan aku. Memaksa aku untuk duduk kembali.

"Biarkan dia. Kejap lagi elok lah tu."

Aku melepaskan keluhan kecil lalu mengangguk. Izwan kan lebih kenal dengan Firash.

"Firash kalau marah, sekejap je. Paling lama pun sehari. Dia tu lembut hati. Aku pernah letak lipas mati dekat dalam poket seluar dia. Dia marah 5 minit je. Selebihnya, gelak." Arfiq sengih.

Aku menggeleng gelengkan kepalaku. Tah pape tah. Arfiq tak habis habis kenakan orang.

"Dah ah. Jom ah study. Jap lagi aku kena ikut family aku gi kenduri." Adam mengeluarkan buku tulis dari begnya.

Nazrul dan Amierul turut melakukan perkara yang sama.

Aku memandang Yaya di sebelah yang dari tadi leka bermain Ipad. Aku senyum kecil lalu mengelus lembut rambut Yaya.

"Kau suka dia?"

Aku menoleh ke arah Izwan lalu mengangguk. Aku dah mula sukakan Yaya. Sebab dia budak yang baik.

"Kalau suka dia je takpe. Jangan suka abang dia pulak."

Segaris kata dari Izwan buat aku terbatuk batuk tiba tiba.

"Eh eh. Kenapa ni, Laura? Kau okay?" Nazrul mula gelabah. Dia menghulurkan sebotol air mineral kepadaku.

Aku mengangguk sambil memegang bahagian kerongkongku yang pedih tiba tiba.

Aku mengetap bibir sambil menjeling Izwan di sebelah yang sibuk menulis sesuatu di atas kertas kosong. Sengaja la tu.

Suka hati aku la nak suka sesiapa pun. Hak aku. Tak ada kena mengena dengan dia.

Aku mengeluarkan buku nota milikku dari beg galas yang aku bawa lalu meletakkannya di atas meja.

"Dah. Semua fokus." Amierul bersuara. Tegas.

Aku mengeluh kecil dan serentak dengan itu, mata aku terarah pada Firash yang duduk di meja hujung cafe.

Dia merajuk dengan aku?

Hm aku dah la tak reti bab bab nak pujuk orang. Lagi lagi lelaki.

Sebab biasanya, aku yang merajuk. Tu pun aku selalu pujuk hati sendiri. Orang pun dah bosan pujuk aku.

Hoho.

Tak apalah. Kejap lagi aku pujuk dia sampai dia boleh senyum balik.

Firash senyum hensem woo.

Cam Rowoon. Hehe.





















❀❀❀

"AH. Ngantuk. Lebam otak aku tiga jam belajar." Adam menguap lebar.

"Dah ah. Aku nak balik. Penat sia." Amierul memasukkan semua buku buku notanya ke dalam beg semula.

"Kitorang gerak dulu ah. Nanti kesian driver Naz tunggu lama kat parking lot." Arfiq bersuara sambil berjabat tangan dengan kesemua mereka.

Kecuali aku lah. Gila kau nak salam. Haram.

Arfiq, Adam, Amierul dan Nazrul menaiki satu kereta yang sama. Driver Nazrul yang bawakkan.

"Hati hati." Pesan aku ringkas.

Mereka semua tersenyum ke arahku.

"Kau pun hati hati, Laura. Kalau harimau kat sebelah kau ni buat hal, call je aku. Tahulah aku nak buat apa dengan Encik Harimau ni." Adam mengerling ke arah Izwan yang sedang sibuk dengan telefonnya.

Dari tadi sibuk main phone.

Chat dengan siapa entah. Nampak cam fokus je.

TakkannNayli?

Uish. Cakap pasal Nayli, dah lama tak dengar berita pasal dia.

Nanti dia buat comeback. Mesti korang semua rindu dia kan?

"Gerak lu. Bye!" Arfiq sempat mencuit hidung Yaya yang sedang tersenyum manja ke arah mereka semua.

Yaya ketawa suka.

Eh adik. Kecik kecik dah gatal eh.

Babap kang.

Mata aku menghantar kepergian keempat empat jejaka itu. Dari belakang nampak cam satu group idol. Semua tinggi dan hensem.

Aku gelak kecil tatkala Arfiq sengaja sepak kaki Amierul membuatkan Am hampir jatuh tersungkur tetapi Am sempat berpaut pada bahu Nazrul. Adam cuma menggeleng gelengkan kepala melihat perilaku tidak matang kawan kawannya.

Macam budak budak.

Aku menoleh ke arah Izwan. Masih di posisi yang sama. Dia masih sibuk dengan telefonnya. Aku memutarkan bebola mata ke atas.

Rimas. Boleh tak letak phone tu kejap?

"Kakak..." lengan baju hoodie aku ditarik tarik lembut oleh seseorang. Aku alihkan pandangan pada Yaya.

"Kenapa Yaya?" soal aku.

Yaya mengerdipkan matanya perlahan.

"Yaya nak shishi..."

Aku angkat kening. Hah? Apa? Shishi? Shishi ke sushi?

Oh jap. Shishi tu buang air kecil kan?

Bahasa budak budak. Comel je!

Aku gelak lalu mengangguk.

"Okay jom."

"Izwan." Aku toleh ke arah Izwan sambil berdiri.

"Apa?" soal Izwan, dingin.

Aku mengeluh. Dah mula dah mood angin monsun dia. Kejap okay kejap tak.

"Aku nak pergi tandas jap dengan Yaya. Kau tunggu sini. Jagakan barang barang aku."

Izwan sekadar mengangguk malas tanpa sedikit pun memandang wajah aku atau Yaya.

Aku pimpin tangan Yaya ke meja Firash di hujung cafe.

"Firash."

Firash yang sibuk menulis sesuatu di atas sekeping kertas mendongak. Memandang aku dan Yaya.

"Kitorang nak pergi toilet kejap."

Yaya menyorokkan tubuhnya di belakang aku. Dia macam takut dengan Firash. Kenapa ya?

"Kau ni menyusahkan orang betul." Balas Firash selamba sambil merenung tajam kelibat Yaya di belakang aku.

"Firash dahlah. Dia adik kau. Jangan layan dia macam ni." Aku tak tahu kenapa. Tapi aku tertinggikan suara aku pada Firash.

Mungkin sebab aku tak suka cara layanan Firash pada Yaya. Budak ni kecil lagi. Tak patut dilayan kasar.

Firash sebagai abang seharusnya melindungi.

Firash pandang aku. Lama.

Dia memasukkan semua buku buku teks tadi ke dalam beg galas hitam miliknya dengan kasar.

"Aku tunggu dekat kereta." Firash terus berlalu pergi dari situ. Dingin. Aku dapat rasakan dia marah sangat dengan aku.

Dia melintas depan aku tadi pun aku dapat rasakan aura seram dia.

Firash dah la tak pernah marah aku.

Aku tarik nafas panjang. Aku toleh untuk memandang Yaya di belakang.

"Ya Allah, Yaya."

Aku lap air mata Yaya yang membasahi pipi gebu budak kecil itu. Dia menangis. Mungkin terasa dengan kata kata Firash sebentar tadi.

"Jangan nangis okay sayang? Kakak kan ada?" Aku mencangkung. Untuk samakan ketinggian aku dan Yaya.

Dengan tiba tiba, Yaya tarik aku masuk ke dalam pelukannya. Aku agak terkedu.

Pertama kali kena peluk dengan budak.

Perlahan, aku usap belakang Yaya.

Kesian dia.

Kalau Firash tak boleh bagi kasih sayang sebagai abang, tak salah kan kalau aku bagi kasih sayang sebagai kakak?



















❀❀❀

EH. Dah tertidur pula?

Aku lepaskan keluhan berat sambil memandang dia.

Dia tutup muka dia dengan bahagian penutup kepala hoodie hitam yang
tersarung di tubuhnya.

Dia nampak penat. Patut ke aku kejut dia?

Tapi.

Aku kena balik cepat. Dah pukul 12. Kejap lagi mesti abah balik. Aku janji dengan abah nak keluar sekejap je.

Nasib baik abah tak banyak tanya masa aku minta izin abah tadi. Abah cuma suruh aku jaga diri dan jangan balik lewat.

Sayang abah!

"Izwan..." aku bersuara. Cuba untuk menyedarkan Izwan dari lena.

Aku pergi tandas sekejap je tadi. Tu pun dia boleh tertidur? Dia tidur lewat ke malam semalam?

Aku dah lah tengah dukung Yaya. Boleh tahan berat jugak lah budak kecil ni. Patah tulang belakang aku weh.

Dia tiba tiba nak aku dukung dia lepas keluar dari tandas tadi.

Aku sebagai kakak mithali pun hanya menurut perintah.

Yaya pun macam dah tidur dekat bahu aku.

"Izwan, bangun..."

Tubuh Izwan mula bergerak gerak. Seakan akan tersedar apabila suara halus milik aku bertukar agak tinggi.

Rasa cam nak jerit pun ada. Jerit sampai dia bangun. Tapi tak boleh. Ramai orang dalam cafe ni. Tak pasal pasal malu.

"Bangun la weh." Desak aku lagi.

Izwan akhirnya menegakkan posisi tubuhnya dan memandang aku di yang sedang berdiri di hadapannya.

"Dah siap?" Soal Izwan dengan suara serak basah.

Aku angguk.

Izwan bangun lantas mengambil begnya dan menyandang beg itu ke bahu.

"Sini. Bagi aku dukung dia." Izwan merapatkan jarak di antara aku dan dia.

Aku menyerahkan Yaya dengan teragak agak. Sebab beberapa orang di dalam cafe itu sedang memandang kami berdua.

Izwan dukung Yaya nampak mudah. Aku dukung Yaya rasa macam nak longgar skru dekat lutut aku ni.

Jap. Dekat lutut ada skru ke? Okay abaikan. Aku gurau je.

"Jom."

Aku dan Izwan berjalan beriringan untuk keluar dari cafe yang terletak di dalam sebuah pusat membeli belah ternama itu.

"Encik, puan..."

Dengan tiba tiba, kami dihalang oleh seorang wanita berpakaian seragam coklat muda.

Wanita tu agak cantik. Mungkin, seusia dengan mama Izwan.

Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa pulak ni? Dahlah panggil aku 'puan'.

Hello. Aku tak kahwin lagi okay!

Wanita itu senyum manis ke arah kami. Di tangganya ada satu helai kertas berwarna kuning.

"Kami ada buat promotion. Untuk set Makeup Maybelline. Ada promotion 90%. Encik boleh belikan untuk isteri encik ni."

Mata aku membuntang.

HAH? ISTERI?!

OMG GIRL!

"Maaf. Isteri saya ni tak pakai makeup."

Aku ternganga. Izwan, kau dah gila ke?

Aku bukan isteri kau lah!

Sekarang ni aku rasa macam nak meletup.

Wanita tadi tersenyum janggal.

Izwan menoleh ke arahku yang dah blushing tahap bulu betis bergulung.

"Comel anak encik dan puan." Sambung wanita itu lagi.

Weh. Kot ya pun kau nak promote makeup kau tu, agak agak ah. Aku SPM pun tak lepas lagi. Celah mana nak dapat anak?

"Thank you. Isteri saya comel. Mestilah anak kami pun comel jugak." Balas Izwan selamba.

Izwan tiba tiba merangkul lenganku lalu kami berjalan beriringan meninggalkan wanita tadi untuk ke kawasan parking lot mall.

Kami nampak macam pasangan suami isteri yang bahagia. Lebih lebih lagi dengan kehadiran Yaya di dalam pelukan Izwan.

Aku menarik lenganku kasar apabila dah agak jauh dari wanita promoter Maybelline tadi. Rasa amat pelik bila beberapa orang yang lalu lalang asyik memandang kami.

Mungkin diorang pelik sebab kami nampak terlalu muda untuk ada sebuah keluarga kecil.

"Kau nak kena sepak ke? Asal tak cakap je dekat dia yang ni adik kawan kau? Kau layan je minah tu kenapa?" aku mula naik angin.

Ikutkan hati, memang aku dah tumbuk tumbuk si harimau jadian sebelah aku ni.

Izwan cuma buat muka selamba lalu terus menapak meninggalkan aku di belakang.

Aku menggumam geram.

Dasar lo!

Suami tak guna!

Aku terkedu.

Bukan. Bukan suami. Aku salah cakap tadi.

Abaikan je okay? HAHAHAH.

Aku mula mempercepatkan langkah untuk kembali berjalan beriringan bersama Izwan. Panjang betul kaki dia. Cepat gila jalan. Aku kat belakang ni termengah mengah nak kejar.

"Yaya nak air..."

Aku dan Izwan berhenti menapak.

Aku perasan mata Yaya perlahan lahan terbuka. Dia dah bangun. Mungkin sebab dengar aku dan Izwan bergaduh.

Kami singgah di Starbucks untuk membeli secawan frappucino untuk Yaya. Kesian dia dahaga.

"Terima kasih!" Yaya sengih.

Aku menggenggam erat tangan Yaya. Aku ukir satu senyuman manis.

"Em, Izwan."

Izwan berpaling. Memandang aku dengan wajah kosong tanpa sebarang riak wajah.

"Aku lupa. Aku nak singgah beli something. Kau bawak la Yaya pergi kereta dulu. Jap lagi aku sampai." Aku bersuara teragak agak.

Izwan mengerutkan dahi.

"Bahaya pergi sorang. Biar aku teman."

Aku menggeleng pantas.

"Ala, tak boleh. Kau pergi lah dulu. Serius, aku okay je pergi sorang. Sekejap je. Lima minit."

Izwan mengeluh. Degil.

"Fine. Nanti terus pergi parking lot. Aku tunggu kau dekat situ. Kalau ada apa apa, call aku terus."

Aku senyum lebar. Yeay.

Aku beri Yaya pada Izwan. Sempat Yaya lambai kecil ke arahku sebelum bayangan Izwan dan juga Yaya menghilang dari pandangan.

Aku toleh ke belakang. Aku nak beli cermin dekat Daiso. Cermin bilik aku dah pecah semalam. Aku baling cermin tu lepas dengar gosip liar pasal Taehyung dengan Sowon.

Tiba tiba rasa nak nangis balik.

Huwa.

Alang alang dah sampai mall ni, baik aku beli cermin tu terus. Kalau ummi tahu cermin bilik aku pecah sebab aku yang baling, mati aku.

"Laura Ameena?"

Langkah aku mati betul betul di hadapan Daiso.

Siapa pula?

Perlahan lahan, aku pusingkan tubuh ke belakang. Kening aku serta merta bertaut.

Perempuan itu menghadiahkan satu senyuman khas buatku.

"Ma-Marina?"

Marina ketawa kecil.

"Kecilnya dunia. Tak sangka boleh terserempak dekat sini." Ujar Marina.

Aku mengetap bibir.

Kenapa boleh terserempak pulak ni? Aku takut kalau aku tak boleh tahan diri dari bergaduh.

Sempat aku lemparkan pandangan pada bahagian dahi kanan Marina yang berparut dengan satu garisan luka.

Hasil buatan aku.

"Kau sihat?" soal Marina ringkas.

Aku angguk kecil.

Dah seminggu Marina tak masuk sekolah. Tenang la jugak. Tapi aku tetap dihantui rasa bersalah. Nasib baik Marina tak apa apa.

Kang tak pasal pasal aku masuk Juvana.

"Kepala kau dah okay?" soal aku. Sekadar berbasa basi.

Marina angguk dengan senyuman yang lebar.

"Kalau camtu, aku blah dulu." Aku malas nak berlama dekat situ. Takut lain pula jadinya nanti.

Aku mula melangkah masuk ke dalam Daiso.

Dengan tak semena mena, tangan aku diraih dari belakang.

Oleh Marina.

"Laura, kejap."

Aku kerutkan dahi apabila melihat mata Marina berkaca dengan air mata.

"Aku nak minta maaf dengan kau. Aku tahu aku banyak sangat salah. Aku dah buat macam macam dekat kau walaupun kau baik. Aku sebarkan macam macam fitnah dekat kau."

Air mata Marina mengalir.

"Serius, aku menyesal dengan kesalahan yang aku dah buat. Maafkan aku, Laura. Hati aku takkan tenang selagi tak dapat kemaafan dari kau."

Aku tersentak. Tak tahu nak cakap apa.

Memang mudah untuk memaafkan.

Tapi tak mudah untuk aku melupakan.

Aku tak rasa aku boleh usir rasa dendam dan sakit hati yang masih aku simpan untuk Marina.

Marina tiba tiba menarik aku ke dalam pelukannya. Aku terkedu. Marina mula menangis teresak esak di bahu aku.

Aku mula rasa tak senang. Lebih lebih lagi bila orang yang lalu lalang mula memandang kami berdua dengan pandangan pelik.

Yelah. Berpeluk tengah tengah mall.

Tak ke buang tabiat namanya tu?

"Marina..." aku rungkaikan pelukan tadi dengan rasa tak selesa.

Marina dan aku saling berpandangan.

Marina masih menangis. Dan aku rasa serba salah yang teramat sangat.

Sudah cukup baik mak dan ayah Marina tak serang aku kerana mencederakan anak dara diorang ni.

Aku seharusnya bersyukur.

Aku tarik nafas sedalam dalamnya.

"Okay Arin. Aku maafkan kau. Mulai sekarang, kita kosong kosong. Aku pun minta maaf untuk semuanya."

Senyuman Marina melebar apabila mendengar kata kata aku.

Dia merangkul tangan aku lalu menggenggamnya erat.

"Betul ke ni, Laura?"

Aku angguk lalu senyum. Buat apa nak bermusuh? Aku pun penat gaduh gaduh ni.

"Terima kasih! Aku janji aku akan jadi kawan yang baik untuk kau." Marina senyum lagi.

Happy betul nampaknya dia.

Aku mengangguk.

"Aku kena pergi ni. Kita jumpa dekat sekolah Isnin ni okay?" Ujar aku dengan mesra.

Marina mengangguk sambil ketawa kecil.

"Jaga diri, Laura."

"Kau pun." Aku senyum sebelum melangkah ke dalam Daiso. Meninggalkan Marina di situ.

Marina memandang aku yang makin menghilang di balik rak rak yang terdapat di dalam kedai itu.

Marina senyum sinis.

"Perempuan bodoh."

Marina mengesat kasar air mata di pipinya.

"Kau memang bodoh, Laura. Kau bodoh sebab kau percayakan aku."

Marina ketawa lagi.

"Aku akan buat kau merana dengan lebih teruk lagi lepas ni. Aku dah ambil semua kawan kawan kau. Tapi kau dah mula rapat dengan budak budak lelaki tu pula?"

"Kau tunggu. Aku akan pastikan budak budak lelaki tu pun akan tinggalkan kau sama macam kawan kawan kau yang lain."

Kepala Marina ligat menyusun bermacam macam rancangan dan strategi.

Marina senyum sendiri. Dari jauh, dia dapat melihat Laura yang sedang membelek pelbagai hiasan dengan senyuman yang manis.

"Aku nak tengok. Mampu ke kau nak senyum lagi lepas ni?"

Marina memeluk tubuh.

"Sebab aku akan pastikan Izwan bencikan kau."












To Be Continued

agak agaknya apa plan marina eh? hm tengok jela nanti. hehe.

ooh ya! gambar yaya, wany dedahkan kat chapter seterusnya okay? comel gila budak tu. rasa nak gigit je pipi dia.

next chapter akan lebih drama. marina buat comeback.

ooh ya. ramai yang private message wany lately ni. I really appreciate it ♡

korang kalau nak share masalah atau saje nak borak borak, boleh je. nak sumbangkan idea untuk next chapter pun wany always on jee.

selalunya, wany akan update teaser untuk next chapter dekat status whatsapp. yang ada number wany, tahu la. sebab wany memang selalu update pasal perkembangan novel ni dekat situ.

jadi marilah kita berkenal kenalan dan rapatkan ukhuwah.

wany pun nak berkenalan dengan semua readers kesayangan wany ni!

wany sayang anda semua!

jaga diri okay? jangan keluar. stay home, stay safe.

stae in my heart. HAHAHAH.

bye bye my blueberries ♡



di kesempatan ini juga, wany nak ucapkan HAPPY BELATED BIRTHDAY TO

marin---xx

nama penuh dia Marina Finanda. my beautiful classmate hehe.

jangan risau. marina ni baik. marina dalam novel yang tak berapa nak baik. pfft.

YTJT.

birthday dia 29 Mac haritu.


btw, birthday korang bila?
drop la dekat sini. nanti wany letak dekat reminder calendar. and then wany wish.

bubye
love u ♡
b

orahae 💜

with love,
wany ♡

Continue Reading

You'll Also Like

87.8K 7.9K 60
Hierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista k...
7.3K 1.7K 21
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...