TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Te...

由 saraimani99

885K 6.8K 149

QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia t... 更多

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 10

BAB 9

16.8K 461 8
由 saraimani99

Qaseh dan Zahrah menghidangkan lauk pauk ke atas meja untuk makan malam. Pelbagai lauk-pauk telah dihidangkan di atas meja. Syafiq dan Adam yang telah duduk di atas kerusi menelan air liur tatkala melihat makanan yang menaikkan selera. Di atas meja panjang di hadapan mereka, terdapat ketam masak cili, tomyam, kailan goreng ikan masin, ayam masak merah, tembikai sebagai pencuci mulut dan akhirnya air jagung sebagai minuman.

"Berselera Adam makan. Kalau Adam nak tahu, semua hidangan pada malam ini, Qaseh yang masak sendiri. Mama hanya tolong potong sayur, potong buah, yang selebihnya Qaseh buat sendiri. Sedap tak Qaseh masak?" tanya Puan Marina. Dia bukan inigin memuji anak sendiri, tetapi dia berkata benar. Qaseh yang masak semuanya.

"Sedap," Adam melontarkan pujian. Kali ini, dia ikhlas. Dia akui, masakan Qaseh kena dengan seleranya. Dia tidak sangka, Qaseh pandai memasak makanan Melayu walaupun telah lama menetap di London.

Pujian Puan Marina dan Adam tidak singgah di hati Qaseh. Qaseh tahu banyak lagi yang dia perlu belajar. Dia hanya tahu memasak lauk yang diajarkan oleh Munirah semasa tinggal di London. Banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh Qaseh.

"Habis makan nanti, bolehlah pengantin baru cuci pinggan. Kami semua nak berehat, penat majlis pun masih terasa ni." Zahrah bersuara. Cadangan itu menerima sokongan oleh Syafiq, Mak Embun termasuklah Puan Marina dengan anggukan yang hampir serentak.

"Betul, aku setuju dengan kau, Zahrah." Syafiq tersenyum memandang Zahrah. Namun, senyuman Syafiq mati apabila dibalas dengan jelingan maut oleh Zahrah.

"Qaseh tak kisah. Tapi, Adam, " Kata-kata Qaseh mati apabila Adam memotong percakapannya tanpa memberi isyarat terlebih dahulu. Qaseh mencapai gelas dan meneguk air jagung yang disediakan oleh Zahrah sebentar tadi.

"Adam boleh tolong! Adam akan cuci pinggan dengan Qaseh," ucap Adam. Baginya, tidak ada salahnya sekiranya membantu. Setakat cuci pinggan, hanya di hujung jarinya. Kacang! Takkan CEO tak boleh masuk dapur dan cuci pinggan kalau handle projek bernilai jutaan ringgit boleh. Adam mahu buktikan kemampuannya.

Hampir satu jam berbual sambil menikmati makan malam, Adam ditinggalkan di dapur bersama Qaseh. Semua ahli rumah itu telah masuk ke bilik masing-masing, yang tinggal hanyalah mereka berdua di dapur. Adam mesti mengotakan janjinya.

Adam melihat Qaseh mengikat rambut panjangnya menjadi satu. Lengan baju tidur Qaseh lipat sehingga ke siku menampakkan lengannya yang putih bersih. Adam mula mendekati Qaseh yang telah berdiri di hadapan sink.

"Betul ni awak nak tolong saya?" Qaseh mendongak memandang Adam di sebelahnya. Dia mahu mendapatkan kepastian. Dia tak nak Adam terasa terbeban apatah lagi terpaksa. Dengan menggunakan sponge, Qaseh menggosok pinggan yang kotor sehingga buih dihasilkan.

"Yelah, kenapa? Kau ingat aku tak pernah cuci pinggan? Qaseh, walaupun aku anak tunggal, aku tahu berdikari sebab mama dan papa tak pernah manjakan aku. Bukan setakat cuci pinggan, gosok baju, cuci baju, semua aku boleh buat sendiri. Cuma satu jer aku tak boleh buat, memasak. Bab memasak aku gagal, tak macam kau." Adam mengelap pinggan yang telah siap dicuci oleh Qaseh menggunakan tuala bersih. Setelah itu, pinggan tersebut disusun di dalam cabinet dapur.

Qaseh tersenyum nipis. Pejam celik, semua pinggan, gelas dan kuali telah siap dicuci, dilap dan diletakkan di tempat asal. Qaseh dan Adam juga kepenatan. Jadi, mereka membuat keputusan untuk naik ke atas dan mendapatkan rehat yang mengcukupi.

"Itu bilik siapa?" Terpacul soalan daripada Adam yang sedang berdiri tegak di belakang Qaseh. Tangannya ditunjuk ke bilik yang bersebelahan sahaja dengan bilik Qaseh.

Qaseh yang baru mendaratkan tangan ke atas tombol pintu berpaling dan berdiri menghadap Adam."Bilik tu, bilik Kak Qaira. Jom, saya tunjuk."

Adam tidak menolak pelawaan Qaseh. Tatkala Adam melangkah masuk ke dalam bilik Qaira, Adam seperti merasakan Qaira berdiri di sebelahnya sahaja. Walaupun tidak berpenghuni, bilik Qaira tetap kemas dan bersih, bebas daripada sebarang debu. Adam duduk di birai katil, Qaseh pula membuka laci meja solek lalu sebuah kotak bersaiz sederhana yang berukiran kemas dikeluarkan. Qaseh mendekati Adam. Kotak yang berada dalam pelukan dihulurkan kepada suami yang baru dinikahi pada pagi tadi.

"Apa ni?" Adam menyambut huluran Qaseh. Kotak itu diletakkan di atas paha.

"Bukalah, itu kotak milik Qaira. Saya jumpa kotak ini masa saya kemas bilik hari tu. Saya rasa saya patut berikan kotak ini kepada awak, awak lebih layak. Awak simpanlah. Saya dah beritahu mama dan dia pun tak kisah," ucap Qaseh. Dia duduk di sebelah Adam. Ada jarak jauh yang memisahkan mereka.

Dengan penuh debaran, Adam membuka kotak yang dikatakan oleh Qaseh hak milik Qaira. Rupa-rupanya, kotak itu dijadikan tempat Qaira menyimpan gambar. Di dalam kotak itu, terdapat berpuluh-puluh keping gambar Adam bersama Qaira. Adam mengambil satu gambar dan menatap gambar tersebut. Gambar yang mereka berdua ambil semasa melancong ke Bali. Adam tidak sangka Qaira mempunyai begitu banyak koleksi gambar mereka berdua.

"Terima kasih," ucap Adam. Dia ralit menatap gambar-gambar di tangannya.

"Sama-sama." Qaseh tersenyum kerana dia berjaya menyerahkan kotak tersebut. Kini, kotak itu telah kembali bertuan.

"Kau ker yang bersihkan bilik ni?" tanya Adam. Kotak itu ditutup dan diletakkan di tepi. Matanya melilau ke sekeliling. Bilik itu juga dipenuhi dengan gambar-gambar Qaira bersama ahli keluarga yang lain.

"Yup! Sebab, kadang-kadang kalau saya rindukan Kak Qaira, saya akan tidur di sini. Tapi, tak selalu pun saya bersihkan. Bila saya ada masa terluang, saya buatlah, biasanya, pada hujung minggu," jelas Qaseh. Dia berjalan beriringin bersama Adam menuju bilik tidurnya.

Di bilik, Qaseh sedikit gelisah apabila berdua-duaan dengan Adam. Qaseh terasa menyesal kerana tidak berlama di dalam bilik tidur Qaira. Kepala yang tidak gatal digaru. Qaseh berdiri di hadapan katil seperti patung cendana.

"Kau tidurlah atas katil. Aku tidur atas sofa. Kau tak payah risau, aku tak akan sentuh kau." Adam merebahkan tubuhnya ke atas sofa yang empuk. Tangannya diletakkan ke atas dahi lantas mata dipejamkan.

"Takpelah, awak tidur atas katil. Saya takut nanti awak tak selesa." Qaseh menolak rancangan Adam. Dia boleh tidur di atas sofa.

"Kau tak payah nak mengarut, aku dah biasa. Kau tidurlah atas katil tu," balas Adam dengan mata yang terpejam. Takkan dia akan biarkan Qaseh tidur di atas sofa sedangkan dia menguasai katil milik Qaseh sendiri.

Qaseh pula menarik selimut di atas katil setelah keluar daripada bilik air. Dia tidak boleh tidur tanpa mencuci muka terlebih dahulu. Bilik yang tadi terang benderang kini menjadi kelam. Hanya cahaya bulan yang menembusi celah-celah kecil jendela menerangi bilik itu. Qaseh tidak dapat memejamkan mata manakala Adam sudah hanyut dibuai mimpi. Qaseh bermain-main dengan cincin di jarinya lantas dia teringatkan sesuatu.

Qaseh membuka pintu wardrobe berwarna coklat lalu menarik satu selimut tebal. Dengan berhati-hati, Qaseh mendekati Adam. Dia berjalan hanya dibantu oleh cahaya daripada langit. Qaseh melutut di hadapan Adam. Dia teragak-agak untuk mengejutkan suaminya itu.

"Adam," panggil Qaseh. Namun, tiada tindak balas daripada Adam.

"Adam, bangun," Qaseh menggongcang lengan Adam. Dia ada sesuatu yang nak disampaikan.

"Hmmm, ada apa lagi kau ni? Aku nak tidur pun tak senang. Adam merungut. Walaupun begitu, dia tetap membuka matanya dan menatap Qaseh. Muka Qaseh yang disimbah cahaya bulan kelihatan bersinar, Qaseh juga tetap menawan walaupun tanpa secalit mekap di wajah.

"Nah, selimut awak. Pagi nanti sejuk." Qaseh menyerahkan selimut kepada Adam. Dia bergerak semula ke arah katil. Matanya terasa mula memberat, Qaseh tidak dapat bertahan lagi. Kepenatannya sudah mencapai tahap maximum.

"Terima kasih!" laung Adam. Qaseh tidur menghadap ke arah yang berlawanan dengannya. Selimut itu Adam buka dan diletakkan ke atas tubuhnya, menutup sebahagian badan.

"Sama-sama." Qaseh seperti berbisik. Akhirnya, Qaseh memejamkan mata dan akhirnya dia terlena juga. Esok, Qaseh akan bangun awal bagi menyiapkan sarapan pula.

*****************************************************************************************************

Dalam melayan perasaan sendiri, Qaseh diganggu dengan bunyi pintu yang ditolak daripada luar, terjengul muka Adam di sebalik pintu. Dia melihat Adam melabuhkan punggung di atas katil. Qaseh berpaling semula ke arah jalan.

"Qaseh, aku nak bincang dengan kau sikit," tutur Adam.

"Apa dia?" balas Qaseh. Dia menarik sliding door bagi mengelakkan udara sejuk mencuri masuk. Qaseh melabuhkan punggung di birai katil namun jauh daripada Adam. Dia tidak berani berada dekat dengan Adam.

"Aku nak kau ikut aku pindah. Sebenarnya, aku ada beli satu banglo sebagai hadiah perkahwinan daripada aku kepada Qaira. Jadi lusa, aku nak kita pindah ke sana. Aku tak sanggup biarkan rumah tu kosong. Tapi, kita tidur di rumah ibu bapa aku dulu untuk satu malam. Kau boleh tak?" Adam mahu mendapatkan keputusan Qaseh. Masih segar dalam ingatan Adam betapa bahagianya Qaira apabila mengetahui dia membeli banglo itu. Banglo tersebut merupakan banglo impian Qaira.

"Saya tak kisah pun. Saya akan ikut ke mana sahaja awak pergi sebab, awak suami saya. Sebagai isteri, tempat saya ialah di sisi awak. Awak pemilik syurga saya, jadi saya akan genggam syurga yang patut saya miliki, syurga yang saya rindukan," balas Qaseh. Dia menyedari kedudukannya sebagai isteri dan kuasa Adam sebagai suami. Selagi mana Adam bergelar suami, Qaseh akan mentaati Adam dan bertahan.

"Hmmm, baguslah kalau macam tu. Kau beritahulah mama yang kita akan berpindah lusa, takut mama terkejut pulak nanti," tambah Adam. Kata-kata Qaseh sebentar tadi sempat singgah di hati Adam sebelum disingkirkan begitu sahaja. Dia tidak boleh jatuh dalam genggaman Qaseh. Hatinya hanya milik Qaira seorang sampai ke mati.

"Qaseh.... " panggil Adam. Pandangannya dibalas oleh Qaseh.

"Macam mana kau boleh jadi doktor? Aku tanya sebab masa aku mula-mula kenal Qaira dulu, dia pernah beritahu yang dia nak sangat jadi doktor. Tapi, akhirnya, dia pilih peguam," jelas Adam. Walau apa pun pilihan Qaira, dia selalu menyokong kerana dia juga tidak mempunyai hak bagi menentu atur kehidupan Qaira.

"Habis belajar, saya sambung medic di Manchester. Sebenarnya, saya pun tak tahu sebab sebenar saya pilih kerjaya sebagai doktor. Ada kemungkinan Mak Su dah pengaruhi saya. Yelah, saya tinggal lama di London dengan dia," tutur Qaseh. Anak rambut yang jatuh dilarikan ke belakang.

"Pasal Kak Qaira, saya kurang pasti, sebab Kak Qaira tu perahsia orangnya." Mereka berdua tinggal berjauhan dan jarang berjumpa, berbual dan meluahkan perasaan masing-masing. Walaubagaimanapun, hubungan antara mereka tetap erat.

"Apa reaksi kau bila kau dapat tahu Qaira dah meninggal?" cetus Adam. Dia hanya tertanya-tanya kerana ramai yang beritahu, pasangan kembar itu berkongsi satu jiwa. Sekiranya, salah seorang daripada mereka sakit, maka mereka berdua akan sakit.

"Saya pengsan dan tak sedarkan diri. Sebab itu, saya terpaksa terima rawatan di hospital. Kami tak beritahu mama apa yang berlaku pada saya. Sebaik sahaja saya sembuh, saya dan Kak Zahrah terus balik ke Malaysia." Qaseh bercerita secara keseluruhan kepada Adam.

"Aku minta maaf, disebabkan aku, kau kehilangan Qaira. Qaira pergi sebab dia nak selamatkan aku." Adam menekur lantai. Dia bermain dengan jari-jarinya. Dia ingatkan dia sahaja yang menderita, rupa-rupanya Qaseh lebih menderita daripadanya.

"Awak tak boleh salahkan diri awak sendiri. Setiap yang berlaku itu kerana takdir Allah. Ya, saya akui, pada mulanya saya tak boleh terima hakikat, Allah telah ambil kakak kembar saya. Dengan perginya Qaira, ini bermakna separuh jiwa saya telah hilang. Sepanjang saya di hospital, saya dah berputus asa untuk hidup. Tapi Kak Zahrah selalu suruh saya kuat, demi mama. Jadi, saya kumpulkan kekuatan yang masih berbaki dan pulang ke pangkuan mama. Saya kuat kerana saya fikirkan mama yang perlukan saya. Kalau bukan disebabkan mama, saya pun tak tahu apa yang akan berlaku pada saya, " tambah Qaseh lagi dalam sendu yang mula berlagu.

"Dulu, saya sangat sakit, sangat sedih dan sangat menderita. Sekarang, saya semakin kuat." Qaseh menekur lantai. Air mata disapu dengan kedua-dua belah tapak tangan lantas satu senyuman dikuir tatkala memandang Adam yang setia mendengar.

Adam membalas pandangan Qaseh yang tersenyum manis memandangnya. Mata Qaseh berair dengan air mata, muka dan hidung Qaseh kemerahan. Adam faham apa yang dirasakan oleh Qaseh. Walaupun dia tidak melalui kepedihan yang Qaseh lalui, dia dapat memahami dan menyelami perasaan Qaseh.

Note: Alhamdulillah, cerita Takdirku Mencintaimu dalam proses penerbitan. Jadi, sampai sini sahaja boleh dikongsi. Doakan yang terbaik, inshallah proses penerbitan berjalan dengan lancar, Amin.


繼續閱讀

You'll Also Like

462K 15.4K 58
Aku mengharapkan cinta dari si adik tetapi malah si Abang pula mengharap cinta dari aku. Siapa harus ku pilih? Orang yang ikhlas mencintai aku atau o...
238K 9.6K 30
Diana. Siapa dia tu? Orang tak kenal. Orang kenal dia gadis brutal nama D. " Wahh.. Kau nak gaduh ngan aku? Meh ah. Tapi aku kasi pilihan. Kau nak a...
2.6K 230 44
husna lovestory ? Bermula hanya sekadar senior lalu menjadi seseorang yang akan menemani hingga akhir hayat . Fariz Haikal × Airin Husna ' slow up...
13.9K 2.4K 28
COMPLETE My first story💗 Persahabatan yang indah adalah antara hubungan yang saling memahami dan saling melengkapi. tak kira kaya atau miskin, tua...