TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Te...

By saraimani99

885K 6.8K 149

QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia t... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10

BAB 8

16.7K 432 4
By saraimani99

Adam memerhati ke segenap penjuru bilik Qaseh. Bilik itu telah dihias sebagai bilik pengantin. Adam tertarik dengan satu gambar besar yang terletak di meja komputer milik Qaseh. Apabila Adam mengamati, gambar itu ialah gambar Qaseh bersama Qaira yang diambil di Hyde Park, London pada musim luruh. Adam terasa bermimpi, dia bercinta dengan Qaira tetapi berkahwin dengan Qaseh. Pasangan kembar itu telah menjadi sebahagiaan daripada hidupnya di mana Qaira sebagai kekasih manakala Qaseh sebagai isteri. Namun di matanya, Qaira yang teristimewa. Adam termenung sehingga pintu bilik Qaseh ditolak daripada luar. Muncul Zahrah yang menatang dulang berisi satu mangkuk air dan tuala yang telah dibasahkan sedikit.

"Adam duduklah. Akak nak letakkan kain ni atas kepala Qaseh." Suara Zahrah apabila dia melihat Adam seperti mahu pergi. Dia disuruh oleh Syafiq supaya memantau suhu badan Qaseh. Sejak kecil lagi, Qaseh mudah demam sehingga kadang-kadang terpaksa dimasukkan ke dalam wad. Qaseh membesar di hadapannya, jadi Zahrah tahu tiap yang berlaku pada Qaseh.

"Takpelah, akak. Akak temankan Qaseh. Adam turun dulu, nak layan tetamu dekat bawah." Adam menyatakan alasannya pergi. Apa kata tetamu pula nanti sekiranya Adam tidak menunjukkan muka. Dia mempunyai ramai kenalan dan Adam tidak boleh mengabaikan mereka begitu sahaja.

Melihat anggukan Zahrah, Adam berjalan laju menuruni tangga. Di ruang tamu, pandangan mata Johan menikam tubuhnya.

"Habis tu, macam mana sekarang?" soal Johan apabila Adam duduk di sebelahnya.

"Macam mana apa?" Adam buat-buat tidak faham. Jujurnya, dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Johan.

"Eh, kau ni! Buat-buat tak faham pulak. Aku tanya kau pasal Qaseh! Apa rancangan kau selepas ini?" Johan berpeluk tubuh di hadapan Adam. Tetamu di rumah itu semakin berkurangan, tidak seperti awal tadi.

"Aku pun tak tahu, Johan. Aku teruskanlah perkahwinan ini, nak buat macam mana lagi? Kalau jodoh aku dengan dia panjang, aku akan tetap menjadi suami dia. Aku pun buntu, aku serahkan semuanya pada takdir," jawab Adam ringkas. Dia meraup mukanya lantas keluhan berat dilepaskan. Jauh di dalam hatinya, dia juga kasihan melihat Qaseh. Qaseh sudi berkahwin dengannya walaupun hati yang akan luka. Adam belum bersedia dan tak akan melupakan Qaira.

"Jangan kau ceraikan dia sudah. Kau kena ingat, kalau bukan disebabkan oleh Qaira, aku rasa Qaseh pun tak nak kahwin dengan kau. Dia jauh lebih terluka daripada kau. Kau tu lelaki, dia perempuan. Kau tengoklah tadi, Qaseh pengsan. Dia menangis dalam diam, Adam. Kau jangan terlalu mementingkan diri sendiri." Johan menasihati Adam. Sebenarnya, dia simpati dengan Adam. Adam tersepit antara janji dan cinta.

"Walaupun aku kejam dengan tidak mencintai isteri aku sendiri, aku masih ada iman dan agama, Johan. Aku tak akan jadikan dia seorang janda tanpa sebab yang munasabah," balas Adam. Walaupun dia bukan alim, Adam tetap jelas tentang agama dan larangan Allah.

"Baguslah kalau macam tu. Takpelah, dah lama dah aku dekat sini. Aku mintak diri dulu, dah lama bini aku tunggu tu." Johan bersalaman dengan Adam. Isterinya setia menunggu di bawah khemah. Mujurlah isterinya seorang yang memahami dan juga penyabar.

"Terima kasih, bro. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat." Adam menepuk bahu Johan, Johan satu-satunya kawan baik yang dia ada. Tanpa sokongan dan pertolongan Johan, siapalah dia sekarang.

"Takde hal pun. Aku gembira tengok kau dah berkahwin, Adam. Aku pergi dulu, assalamualaikum," ucap Johan sebelum berlari ke arah khemah.

Di dalam bilik pula, Zahrah mula tersengguk. Semalam, pukul tiga pagi baru dia dapat memejamkan mata kerana sibuk membuat persiapan bagi kelancaran majlis hari ini. Zahrah memejamkan mata, dia ingin tidur sekejap sahaja. Namun, Zahrah membatalkan niatnya apabila merasakan tangan Qaseh menyentuhnya.

"Alhamdulillah, Qaseh dah sedar." Zahrah menyatakan kelegaannya. Dia juga membantu Qaseh duduk bersandar pada kepala katil.

"Dah lama Qaseh tak sedarkan diri?" Qaseh membetulkan rambutnya. Gaun putih tetap di tubuhnya. Kesakitan di bahagian kepala berkurangan juga, apabila teringatkan kembali kejadian tadi, Qaseh menjadi serba salah. Dia telah menghancurkan majlisnya sendiri.

"Tak lama mana pun, lebih kurang setengah jam. Qaseh janganlah risau, semuanya berjalan dengan lancar, seperti yang kita semua mahukan. Apa kata sekarang, Qaseh pergi mandi, biar segar sikit tubuh tu. Lepas tu turun bawah, kita makan sama-sama. Kak Zahrah pun tak makan lagi ni. Qaseh mandi dulu, ya." Zahrah memberi cadangan. Rambut Qaseh disikat dengan jarinya.

"Yelah, Qaseh mandi dulu. Kak Zahrah tunggu Qaseh, ya. Kita makan sama-sama." Qaseh mula menuruni katil. Dia perlu mandi dengan segera dan turun ke bawah dan berjumpa dengan Puan Marina, Tan Sri Hamid dan juga Puan Sri Normah.

"Akak tunggu Qaseh. Akak ke dapur dulu, panaskan lauk. Kita jumpa dekat bawah." Zahrah menarik rapat pintu bilik Qaseh. Tanpa menunggu, Zahrah terus ke dapur, memanaskan gulai daging yang sejuk.

*******************************************************************************************************

Qaseh terasa tubuhnya kembali bermaya setelah mendapatkan sepinggan nasi. Dia membantu Zahrah mencuci pinggan di dapur. Di ruang tamu, ahli keluarga yang lain termasuk ibu bapa Adam ralit berbual di sofa. Perbualan mereka diselangi dengan gelak ketawa. Selesai dengan tugasan, Zahrah mengajak Qaseh ke ruang tamu. Qaseh perlu berjumpa Tan Sri Hamid dan Puan Sri Normah sebelum pasangan itu berangkat pulang.

"Ya Allah, Qaseh dah sihat ker? Risaulah mama." Puan Sri Normah prihatin terhadap menantunya itu. Dia menyentuh dahi Qaseh. Demam Qaseh sudah kebah.

"Qaseh dah sihat, mama," jawab Qaseh ringkas. Dia memanggil Puan Sri Normah dengan gelaran mama. Walaupun kekok, Qaseh perlu membiasakan diri.

"Apa kata sebelum kami balik, kita ambil gambar dulu sebagai satu keluarga. Kita belum bergambar atas pelamin lagi ni." Tan Sri Hamid mengemukakan cadangan. Mereka perlu mencatat kenangan terindah pada hari ini. Bagi Tan Sri Hamid, kenangan Adam berkahwin ialah kenangan kedua terindah selepas kenangan Adam dilahirkan oleh isterinya.

"Bergambar macam mananya, Papa? Adam dengan tak terurus macam ni, Qaseh pun dah tukar baju," rungut Adam. Walaupun dia belum menukar baju, namun pemakaiannya tidak sekemas pagi tadi. Kain samping dibuka dan dilempar entah ke mana, songkok hitam diletakkan di dalam kereta.

"Takpelah, Adam. Kalau bukan sekarang, bila lagi?" Puan Sri Normah membela suaminya. Dia juga mahukan sekeping gambar bersama menantu tersayang, Qaseh dan ahli keluarga yang lain.

Tidak dapat membela diri lagi, Adam menurut kehendak orang tuanya. Adam dan Qaseh duduk secara bersebelahan di atas kerusi yang telah tersedia di atas pelamin. Mereka duduk dengan rapat sehingga Qaseh dapat merasakan bahu Adam bercantum dengannya. Proses pengambilan gambar dimulakan dengan pasangan sejoli, Tan Sri Hamid dan Puan Sri Normah. Syafiq yang bertindak sebagai jurukamera.

Selepas itu, giliran Puan Marina, Zahrah, Syafiq dan Mak Embun pula. Mak Embun berdiri di sebelah Adam manakala Puan Marina berdiri di sebelah Qaseh. Zahrah dan Syafiq berdiri di belakang pengantin. Tan Sri Hamid dengan sukarela menawarkan diri menjadi jurukamera keluarga Puan Marina. Untuk gambar satu keluarga pula, Syafiq meminta pertolongan daripada kenalannya yang kebetulan masih ada di rumah itu.

"Adam, Qaseh, boleh tak kalian berdua bergambar sekali untuk mama. Mama nak simpan. Boleh, ya?" ujar Puan Sri Normah.

Belum sempat Adam membuka mulut, mamanya sudah meminta pertolongan daripada Syafiq. Adam melepaskan keluhan, Qasih yang hanya mendiamkan diri dipandang sekilas.

"Biar mesra-mesra, ya. Barulah macam pengantin baru! Lagipun, kalian kan dah sah menjadi suami isteri. Apa yang nak dimalukan?" Puan Sri Normah sebenarnya sengaja mengenakan anaknya, Adam. Puan Sri Normah berpaling ke belakang dan mengenyitkan mata kepada Tan Sri Hamid.

Tan Sri Hamid memberikan tumbs up kepada isterinya. Puan Marina, Mak Embun dan Zahrah pula sama-sama membuang pandang ke arah Qaseh yang sudah malu-malu di sisi Adam. Mereka bertiga dapat melihat dengan jelas pipi Qaseh yang merah seperti udang dibakar.

Darah merah seperti disimbah ke muka Qaseh apabila Adam merangkul bahunya bagi mengecilkan jarak antara mereka. Mereka berdua terlalu rapat sehingga Qaseh dapat mendengar degupan jantung Adam yang berdegup normal.

"Kalau kau tak nak ambil gambar dengan aku banyak kali, aku nak kau senyum." Adam berbisik di telinga Qaseh. Pegangannya di bahu Qaseh dikemaskan. Dia kenal benar mamanya itu, selagi tidak berpuas hati, selagi itulah gambar akan diambil.

Dengan sekali percubaan, Adam dan Qaseh berjaya. Puan Sri Normah sangat berpuas hati. Sejurus selepas itu, Puan Sri Normah dan Tan Sri Hamid meminta diri. Qaseh cukup lega, Qaseh meninggalkan Adam lantas memaut lengan Zahrah.

"Adam jangan lupa bawa balik Qaseh nanti." Puan Sri Normah memberi pesanan kepada Adam. Dia takut Adam sengaja tidak mahu membawa Qaseh ke kediaman mereka. Walaupun Puan Sri Normah baru sahaja mengenali Qaseh, tetapi dia percaya bahawa Qaseh merupakan seorang perempuan yang baik dan layak menjadi isteri kepada Adam.

"Adam tahu, mama." Adam bersalaman dengan Puan Sri Normah dan Tan Sri Hamid.

Selesai bersalam-salaman, Puan Sri Normah dan Tan Sri Hamid menghilangkan diri di sebalik pintu. Ketika yang lain berjalan ke arah dapur, Syafiq mengajak Adam berbual di luar.

"Kenapa, abang?" soal Adam. Dia melabuhkan punggung ke atas kerusi di hadapan Syafiq.

"Adam, abang bukan nak persoalkan perasaan Adam. Adam bukan nak campur urusan peribadi, Adam. Abang tahu Adam tidak dapat lupakan Qaira. Abang faham apa yang Adam rasakan. Abang tak marahkan, Adam," jujur Syafiq. Dia tidak marahkan Adam kerana terlalu mencintai Qaira. Kalau dia berada di tempat Adam, belum tentu dia dapat menjadi sekuat Adam.

"Tetapi walaubagaimanapun, abang harap Adam dapat jaga Qaseh. Abang sangat sayangkan Qaseh, dia satu-satunya adik perempuan yang abang ada setelah Qaira pergi. Untuk pengetahuan Adam, Qaseh seorang yang sangat lembut dan mudah menangis. Dia bukan macam Qaira, seorang yang sangat kuat. Mereka merupakan dua individu yang berbeza walaupun merupakan kembar seiras," cerita Syafiq. Kembar itu merupakan penyeri hidupnya sejak hari pertama mereka melihat dunia lagi. Dulu, Syafiq begitu teruja apabila Puan Marina memberitahunya bahawa dia akan mempunyai adik sebagai teman permainan.

"Inshaallah, abang." Hanya itu yang dibalas oleh Adam. Dia tidak boleh berjanji kerana takut janji yang dibuat akan diingkari dengan mudah. Adam tahu Syafiq sangat sayangkan Qaira dan Qaseh. Adam perasan Qaira dan Qaseh begitu rapat dengan Syafiq walaupun perbezaan umur sebanyak tiga tahun.

(outfit Qaseh)

Continue Reading

You'll Also Like

896K 7K 32
TAJUK: SEIKHLAS CINTA KAYLA PENULIS: MIA AZWARI BLURB: Mikayla Delaila, nama yang indah tetapi tidak seindah peribadinya. Degil, tamak dan sombong, i...
197K 11K 71
Usia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani hubungan percintaan akhirnya beralih ke t...
237K 9.6K 30
Diana. Siapa dia tu? Orang tak kenal. Orang kenal dia gadis brutal nama D. " Wahh.. Kau nak gaduh ngan aku? Meh ah. Tapi aku kasi pilihan. Kau nak a...
174K 10.7K 36
HAQEEM | MYROSE Kisah mengenai seorang gadis gemuk bernama Myrose Aeera yang kembali ke bumi Malaysia setelah 2 tahun dengan penampilan yang agak ber...