TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Te...

By saraimani99

885K 6.8K 149

QASEH MIKAYLA- Dirinya pasrah menjadi isteri kepada tunang kembarnya sendiri kerana wasiat. Qaseh sedar dia t... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 3

20.1K 529 7
By saraimani99

Qaseh melangkah dengan kaki yang lemah mendekati makam Qaira. Zahrah yang berjalan di belakang Qaseh turut merasakan kesedihan yang Qaseh lalui. Tangan Zahrah pantas menangkap bahu Qaseh apabila melihat tubuh Qaseh mula hilang keseimbangan. Qaseh tidak dapat melihat dengan jelas akibat dikaburi oleh air mata. Semakin tubuh Qaseh menghampiri makam Qaira, Qaseh dapat rasakan dadanya semakin pedih seperti ditusuk oleh sembilu.

"Kak Qaira,. Qaseh datang ni,.. Kak Zahrah pun datang, Qaseh minta maaf sebab Qaseh datang lambat, Qaseh tak sengaja... Qaseh minta maaf sebab Qaseh tak sempat peluk dan cium akak sebelum akak pergi... Qaseh minta maaf," luah Qaseh dengan batu nisan dalam pelukan. Qaseh membayangkan dia memeluk Qaira walaupun pada hakikatnya bayang Qaira pun dia tidak dapat lihat lagi.

"Tapi.. apa yang Qaseh boleh buat? Walau dengan air mata darah sekalipun, Kak Qaira tak akan kembali ke pangkuan kami lagi. Kalau Kak Qaira nak tahu, kami semua masih merindui Kak Qaira, tak sangka seawal ini akak dijemput Ilahi," tutur Qaseh. Buat seketika, air mata di pipinya semakin kering. Zahrah kelegaan kerana sendu Qaseh mula berhenti. Zahrah memberikan senyuman kecil ketika Qaseh mengerlingnya.

"Kak Qaira, Qaseh doakan akak tenang di sana. Akak dan papa mesti tunggu kami semua supaya nanti, kita sekeluarga melangkah masuk ke syurga Allah sama-sama." Qaseh mengukir senyuman. Tanah merah di hadapan digenggam sekuatnya. Dia perlu kuat jika tidak mahu membebankan Qaira di alam sana. Lagipun, tidak elok merintih kerana orang yang tak akan kembali.

"Qaseh, jom kita baca surah yaasin, ya. Nanti kalau dah panas susah. Lagipun, kita tak boleh lama-lama kat sini. Kesian mama dengan Mak Embun, tak ada orang kat rumah." Zahrah bersuara akhirnya. Dia ingin memberikan ruang kepada Qaseh untuk melepaskan rindunya kepada arwah Qaira. Satu surah yaasin diletakkan ke atas tapak tangan Qaseh.

Qaseh mengangguk kecil. Qaseh dan Zahrah mengalunkan surah yaasin seperti yang mereka cadangkan. Selesai membaca surah yaasin, Qaseh dan Zahrah menabur bunga disertakan dengan siraman air mawar ke atas kubur Qaira.

"Qaseh dan akak Zahrah balik dulu. Inshallah, kalau ada masa, kita orang akan datang lagi," ucap Qaseh sebelum meninggalkan tanah perkuburan itu bersama Zahrah.

Sebaik sahaja menghidupkan enjin, Zahrah terus memecutkan kereta yang dipandu membelah jalan raya meninggalkan kawasan perkuburan. Hari ini, dia bertindak sebagai pemandu Qaseh kerana Qaseh masih belum biasa dengan jalan raya di Malaysia. Zahrah membetulkan selendang yang telah pun melurut jatuh ke bahu. Qaseh yang asyik melihat ke bahagian luar dikerling dengan ekor mata.

"Semasa mama telefon akak, mama beritahu yang Kak Qaira kemalangan sebab nak selamatkan tunang dia kan? Tapi, siapa tunang Kak Qaira? Akak kenal tak ? Yelah, dulu masa majlis pertunangan Kak Qaira, kita berdua tak dapat balik. Gambar yang Kak Qaira hantar pun hanya gambar dia dengan mama, takde pun gambar lelaki tu. Akak kenal siapa dia?" tanya Qaseh dengan penuh minat. Kadang-kadang, Qaseh merasakan Qaira seperti ingin menyembunyikan identiti lelaki itu daripadanya. Namun,sangkaan negatif itu segera ditempis. Fikir Qaseh, mungkin Qaira mempunyai alasan yang tersendiri.

"Qaseh, kalau Qaseh tak tahu, akak lagilah. Nama pun akak tak pernah dengar, inikan rupa, biodata. Memang tak tahulah Cik Qaseh oi! Tunggulah, Qaseh. Akak yakin yang Qaseh akan jumpa dia satu hari nanti, percaya pada akak," ulas Zahrah. Sama seperti Qaseh, Zahrah tahu yang Qaira mungkin ada sebab sendiri.

"Takpelah kalau macam tu," tutur Qaseh lemah tetapi bukan kerana kecewa. Belakang badannya disandarkan pada kerusi. Mata yang memberat mula layu dan lama-lama terkatup rapat.

********************************************************************************************************

Sebaik sahaja turun daripada kereta, Qaseh terus berlari anak ke arah Syafiq yang menantinya di hadapan klinik. Hari ini, secara rasminya Qaseh akan menjadi salah seorang pekerja abang kandungnya itu. Setahu Qaseh, Syafiq dibantu oleh dua orang jururawat. Qaseh cukup bangga dengan Syafiq yang berjaya membuka klinik sendiri dalam usia yang masih muda. Tambahan pula, klinik Syafiq agak besar sekali gus melesetkan sangkaan Qaseh yang selama ini menyangka klinik abangnya itu merupakan klinik biasa-biasa sahaja.

"Assalamualaikum, abang!" sapa Qaseh ceria. Qaseh tersenyum seperti kerang busuk di hadapan Syafiq. Kedua-dua belah tangannya disilang dan disembunyikan di belakang, berlagak seperti seorang pekerja yang begitu patuh kepada majikan.

"Waalaikumussalam, Doktor Qaseh. Doktor Qaseh, kenapa hari pertama kerja dah lewat? Kalau hari pertama dah tunjuk etika kerja yang tidak baik, macam mana saya nak percaya bahawa doktor akan menjadi seorang pekerja yang cemerlang di klinik saya. Qaseh Mikayla?" Syafiq mengangkat kening dan merenung tajam ke arah Qaseh. Kedua-dua belah tangannya disilang di dada menunggu kata-kata yang akan keluar daripada mulut Qaseh.

"Abang, Qaseh mengaku yang Qaseh lambat. Qaseh minta maaf banyak-banyak. Jalan sesak teruk tadi, lagipun Qaseh tak adalah lambat sangat, tiga puluh minit jer. Minta maaf, ya. Qaseh janji yang Qaseh tak akan lambat lagi lepas ni, inshaallah. Abang maafkan Qaseh kan?" pujuk Qaseh. Pergelangan tangan Syafiq digoncang perlahan. Qaseh bukan sengaja untuk datang lambat, entah syaitan mana yang singgah di atas kelopak matanya sehingga dia tertidur semula di atas sejadah selepas solat subuh. Nasib baik Puan Marina datang mengejutkannya.

Syafiq melihat jam di pergelangan tanggannya. Tepat pukul sembilan tiga puluh minit pagi. Qaseh sepatutnya tiba setengah jam yang lalu. Satu keluhan lemah dihelakan. Qaseh yang dengan muka serba salah ditenung lama sebelum Syafiq mula berkata sesuatu.

"Okay! Kali ni abang maafkan Qaseh. Tapi kalau Qaseh buat hal lagi, jangan harap yang abang akan maafkan Qaseh dengan mudahnya. Boleh?" Jari telunjuk dihalakan tepat pada muka Qaseh sehingga Qaseh terpaksa mengundur sedikit ke belakang. Takut tercucuk mata.

"Boleh! Thank you, abang." Qaseh memeluk abangnya dengan riang tanpa mempedulikan mata di sekeliling mereka yang sedang melihat. Qaseh tahu yang Syafiq tak boleh marahkannya lama-lama kerana dia adalah adik Syafiq Haikal. Hakikat itu diakui oleh Syafiq sendiri suatu ketika dahulu.

"Dah-dahlah tu peluk abang, nanti jatuh saham abang. Cepatlah masuk! Abang nak kenalkan Qaseh kepada pekerja-pekerja abang." Syafiq meleraikan pelukan Qaseh. Tanpa Qaseh sempat membalas, Syafiq mengheret Qaseh masuk ke dalam perut klinik. Tindakan itu juga hampir membuatkan Qaseh hilang keseimbangan.

"Kak Tijah! Kak Manja!" Syafiq menegur dua orang jururawat itu yang ralit berbual di kaunter pendaftaran.

"Amboi, asyiknya berbual! Membawang pasal siapa tu? Saya ker?" Syafiq menyerkap jarang sehingga Kak Timah dan Kak Manja tersipu-sipu malu. Padahal, Syafiq tidak bermaksud apa-apa, sekadar bergurau. Syafiq bukanlah seorang majikan yang tegas dan suka marahkan pekerja tanpa sebab yang munasabah, asalkan kerja dilaksanakan, Syafiq tidak kisah apa yang ingin dilakukan oleh Kak Timah dan Kak Tijah.

"Tak membawang pun, doktor. Ni, kita orang berbual pasal drama korea yang kami berdua tengok semalam. Legend Of The Blue Sea! Best cerita tu doktor, sedih pun sedih," balas Kak Manja dengan bersungguh-sungguh. Kak Manja seorang yang bertubuh gempal dan sedikit rendah. Memang Kak Manja terkenal sebagai seorang yang suka bercakap banyak dan pandai membuat lawak.

"Doktor, gadis cantik belakang doktor tu teman wanita doktor ker?" Kak Timah bersuara. Sebenarnya, dari tadi lagi dia memerhatikan Qaseh sambil membuat pelbagai analisis sendiri. Teman wanita Syafiq? Kawan? Pekerja baru?

"Ishhh, tak adalah Kak Timah! Orang yang Kak Timah sebut tu adik saya. Kak Timah, Kak Manja ini Qaseh Mikayla, adik bongsu saya. Mulai hari ini, dia akan bertugas sebagai doktor di sini." Syafiq mendorong Qaseh ke hadapan.

"Ooo, adik doktor. Maaflah, Kak Timah ingat girlfriend tadi." Kak Timah tersenyum memandang Qaseh.

"Assalamualaikum Kak Timah, Kak Manja. Saya Qaseh Mikayla,.. boleh panggil Qaseh." Qaseh memperkenalkan diri. Tangan kanan yang dihulurkan segera disambut oleh Kak Manja dan Kak Timah. Nampaknya, kedua-dua jrurawat itu merupakan individu yang sangat peramah dan semestinya baik hati. Qaseh lega kerana akan bekerja dengan mereka yang bersikap positif.

"Cantik nama,.. secantik pemiliknya. Akak ni, Kak Manja dan sebelah akak ni, Kak Timah. Senang jer nak bezakan kami berdua. Tengok saiz badan! Kak Manja lebar sikit manakala Kak Timah slim orangnya," jelas Kak Manja dan masih sempat memuji Qaseh.

"Kak Timah, Kak Manja, kami berdua ke bilik dulu ya. Kalau berbual dengan akak berdua, memang takkan habis sampai ke petang." Syafiq bersuara. Qaseh pula ketawa kecil dengan reaksi muncung itik yang dipamerkan oleh dua orang jururawat di hadapannya.

"Jomlah, Qaseh. Abang tunjukkan bilik," ajak Syafiq dan berjalan mendahului Qaseh. Dia telah menyediakan satu ruang untuk Qaseh di klinik itu. Bilik itu juga telah dibersihkan oleh Syafiq sendiri beberapa hari yang lepas setelah Qaseh menyatakan persetujuan untuk bekerja.

(outfit Qaseh)

Continue Reading

You'll Also Like

189K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
18.2K 921 27
Status: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat...
232K 5K 32
Kehidupan Kiara yang dulunya liar berubah menjadi jinak apabila bertemu dengan Zarif yang dulunya playboy berjaya kini sudah bersara. Tetapi, Kiara k...
386K 11.2K 46
Semua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni...