KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

Por KhaiShif

202K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... Más

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 14

3.8K 411 30
Por KhaiShif

Di atas langit Esfahan, senja sudah melabuhkan tirainya manakala dibawa langut yang kian bertukar warna ada Kirito dan Miyako sedang berjalan sambil berpegangan tangan. Senyuman kegembiraan terpamer di wajah si gadis.

"Aku akan jaga kau sampai bila-bila," Bisik Kirito.

Di belakang pasangan itu terlihat Ichiro sedang terapung-apung. Wajahnya menghijau melihat kemesraan sang raja. Terasa isi perutnya bergelora seperti ingin melangkah keluar.

"Oh, Tuhan nak muntah aku dibuatnya," Ichiro tekup mulut.

"Jom balik," Portal berwarna ungu gelap muncul di hadapan mereka bertiga.

Sampai di hadapan rumah Kirito riak wajah Ichiro sekali lagi berubah. Hidungnya mencium bau seseorang yang tidak asing lagi baginya.

"Alessandro..., " Gumam lelaki itu.

"Dia dah lama mati," Ujar Kirito setelah mengarahkan Miyako pergi ke biliknya.

Ichiro tersentak hebat. Sahabat baiknya! Sahabat yang selalu berada di barisan hadapan bersama dia ketika perang dahulu. Sahabat yang juga selalu ada dalam susah mahupun senang itu kini sudah tiada. Ichiro menundukkan kepalanya.

"Tapi macam mana?" Tubuh lelaki itu perlahan-lahan berubah kepada susuk tubuh manusia. Tiada lagi struktur tubuh roh syaitan.

"Dia mati kerana umur. Bau yang kau hidu tu bau anak dia. Sebijik kan?" Kirito tersenyum kelat. Dia tahu persahabatan Ichiro dan Alessandro bagaimana.

"Anak? Dia dah kahwin? What! Amazing!" Jerit Ichiro teruja. Raut wajahnya terlihat begitu terkejut sekali.

"Kenapa kau teruja sangat?" Soal Kirito hairan.

"Selama aku kenal dia laki itu jenis hati batu. Tapi tak sangka boleh kahwin dengan dapat anak sorang." Ichiro tertawa besar.

"Kirito," Panggilan seseorang menamatkan tawa teruja Ichiro.

Shiki datang bersama wajah gusar.

Kirito angkat kening saja. Malas mahu bersuara.

"Bahagian Barat Esfahan, aku dapat rasa tekanan kuasa kegelapan tengah menuju ke istana."

Raut wajah Kirito berubah. Kepalanya menoleh ke belakang sekaligus membangkit kuasanya. Pentagram kegelapan muncul di bawah lelaki itu.

"Syaitan?" Bisik Kirito. Anak matanya yang juga mempunyai pentagram seakan mampu menembusi apa saja halangan yang ada di hadapan.

Di dalam rumah Kyoji, Kamachi, Zenith, Miyako dan Lezabel terduduk menahan tekanan kuasa kegelapan yang berpunca daripada Kirito. Malah ke semua mereka tidak mampu bernafas dengan baik setelah menerima kejutan kuasa itu.

"Aku hantar klon aku untuk berunding," Tubuh Kirito bercahaya lalu tubuhnya terbahagi dua bentuk tetapi rupa yang berbeza.

"Pergi!" Arahnya. Susuk klon akur kemudian hilang begitu saja.

Di sebelah, Ichiro bersiul kagum. Setelah sekian lama tidak melihat kekuatan si raja, tengok sekejap pun dah meremang bulu roma.

"Jom masuk,"

Sampai di anak tangga rumah, Ichiro terpaku apabila matanya bertentangan dengan Zenith. Aura lelaki itu sememangnya menggambarkan seorang Alessandro. Dia tersenyum kecil. Zenith yang pendek sedikit darinya diusap kepalanya.

"Alololo, cutenye budak ni. Nama apa? Umur berapa? Oh God, gebunya kulit budak ni." Kedua pipi Zenith dicubit lalu diusap seperti anak kecil.

Zenith yang diperlukan sebegitu ketap bibir rapat. Riaknya jelas memaparkan ketidaksukaan.

"Lepaslah! Kau ni siapa?" Tubuh tinggi Ichiro ditolak selamba. Pipinya yang dicubit tadi diusap perlahan.

"Weh, cutelah anak Alessandro bila marah. Macam dia dulu-dulu." Ichiro abaikan kemarahan Zenith. Kirito yang baru saja hendak masuk ke dalam rumah menggeleng kepala.

"Kau siapa nak mainkan nama bapak aku!" Dingin Zenith mencelah. Kemarahannya memuncak apabila nama ayahnya dibangkitkan dalam perbualan.

Senyuman melebar di bibir Ichiro apabila dapat melihat kuasa warisan sahabatnya ada tertanam di dalam diri Zenith. Tangannya disilangkan.

"Panas baran dia pun sama macam Alessandro..," Senyuman tadi luntur ditukarkan dengan raut wajah mendung.

Shiki yang memerhati sedari tadi menghela nafas. Sudah lama dia mengenali Ichiro. Lelaki itu manja. Persis anak-anak kecil. Di kerana itu ramai musuh yang tertipu dengan perwatakan Ichiro. Dia manja tak semestinya tidak berbahaya.

"Tak perlulah sedih. Kau ni pun, aku kan ada!" Shiki merangkul bahu Ichiro. Kedua belah pipi lelaki itu ditarik agar membentuk senyuman.

Ichiro tersenyum. Tetapi tidak selebar tadi.

"Hey, budak! Bapak kau Alessandro kan?" Soal Ichiro.

Zenith menjeling tajam. Dia tidak kenal siapa lelaki itu. Tetapi mengapa lelaki asing itu kenal ayahnya?

"Ya. Kau siapa?"

"Aku kawan bapak kau."

"Nak aku panggil pak cik?"

Hampir pitam Ichiro mendengar panggilan untuk dirinya. Disebelah, Shiki sudah tertawa puas. Suka betul dia dengan gelaran yang diberikan.

"Dah.. Dah.. Masuk rumah. Petang-petang macam ni seronok makhluk macam korang mengintai," Ujar Kirito. Lengan Zenith sempat ditariknya. Bimbang otak suci Zenith dicemari perangai tak semegah Ichiro.

Shiki dan Ichiro akur. Sememangnya Shiki sudah tahu kedatangan sahabat lamanya itu. Mereka, walaupun tidak serapat seperti dulu, tali persahabatan yang diikat ketat masih belum putus walau dimamah usia.

"Dalam rumah ni macam-macam daya kuasa aku rasa. Kau memang penyimpan kuasa yang kuat-kuat ke macam mana?" Sindir Ichiro setelah melihat isi rumah Kirito.

"Well, tengok siapa punya rumah ni." Kirito tertawa berdekah melihat wajah menyampah general dia itu.

"Dalam rumah ni pun ada naga. Gold dragon huh?" Lezabel yang seakan di panggil menoleh. Tajam tatapan matanya melihat susuk yang tidak dikenali.

Dia menderam apabila merasakan terancam.

"Tenang, dia di pihak kita." Celah Shiki.

"Siapa kau?" Soal gadis naga itu.

Ichiro duduk di hadapan Lezabel. Naik turun anak matang memerhati si naga.

"Aku Ichiro. General perang Edona."

Mengecil mata Lezabel mendengar pengenalan diri Ichiro.

"Edona? Kerajaan tu dah hilang dari peta dunia." Ujarnya selamba.

"Hilang dari peta tak semestinya hilang dari dunia. Tak begitu Tuanku?" Terkekeh Ichiro mendengar kata-katanya sendiri. Kirito tidak menjawab dia malah lesap ke biliknya untuk membersihkan diri.

Keadaan hening seketika. Zenith yang juga berada di ruang tamu rumah itu juga turut mendiamkan diri. Ayahnya pernah menceritakan sebuah kerajaan bernama Edona. Di sana mereka di bawah pemerintahan seorang raja yang bijaksana. Edona juga kerajaan yang paling maju ketika itu. Tetapi tidak sehingga peperangan datang memusnahkan segalanya.

"Makan malam dah nak siap!" Jerit Kyoji  bersama dulang ikan besar sebesar peha manusia.

Masing-masing tersentak. Tanpa berfikir panjang Lezabel dan Shiki memecut laju ke ruangan makan yang dipenuhi makanan. Keduanya gelojoh dalam bab makan. (Hish! Habis stok makanan nanti masa kuarantin dekat rumah!)

Yang terakhir sekali ke ruangan makan Kirito dan Zenith. Sang raja lambat kerana bersiap manakala Zenith menunggunya untuk bertanyakan sesuatu.

"Betul ke Edona wujud?" Langkah Kirito terhenti. Anak mata merah itu seakan bersinar mendengar soalan Zenith.

"Sampai satu masa nanti kita pergi sana," Ujar Kirito tenang. Kepala Zenith diusap lembut.

.
.
.
.
.

"Auchh! Hey jangan cakar sakit tau!" Wisteria meringis apabila di cakar kucing yang dibawanya.

Kucing yang berbulu jingga itu menderam kasar apabila bulu kesayangannya dibasahkan air. Ditambah pula sakit pada kaki kecilnya.

"Perempuan ni tak tahu ke aku tak suka air?"

Gumam seseorang.

"Okey sudah! Jom rawat kaki awak," Selepas saja berjaya lari dari bahaya, Wisteria pulang ke rumah. Dalam perjalanan sempat dia memberi hasil curian dia kepada golongan yang telah ditindas.

Hidupnya hanya untuk membantu golongan yang telah ditindas. Mencuri seakan rutin hariannya di Kampung Tethoris. Dia mencuri untuk menolong. Mencuri dari golongan bangsawan sudah dikira mencari maut saja. Namun demi kesenangan orang lain dia sanggup.

"Sebelum tu bulu awak kena keringkan dulu." Dahi kucing berbulu jingga dikucup perlahan.

"Oh God! Dia cium aku? Dasar perempuan tak tahu malu!"

Wisteria tersenyum senang apabila berjaya membalut luka si kecil itu. Dia mengelus leher si kucing sebelum sekali lagi mengucup dahi itu.

"Hidup dengan perempuan ni boleh hilang teruna aku! Arggghhh, aku dah dinodai manusia!"

Jerit batin seseorang.

Si kecil jingga menunduk sambil menjilat bulunya yang masih belum dikeringkan. Sambil menjilat sempat dia menoleh ke ruangan bilik si gadis. Rumahnya hanya papan tetapi cukup memuatkan dua orang manusia. Bersih dan teratur. Tiada habuk yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Walaupun kecil, rumah itu tetap menghadirkan suasana ketenangan, si kecil jingga menghela nafas lega. Rumah kecil itu berada di hujung kampung. Tersembunyi dengan hutan yang menebal.

"Sekurang-kurangnya aku ada tempat berlindung buat masa sekarang,"

TAP.. TAP

Bunyi larian anak Wisteria kedengaran. Senyuman gadis itu ditatap aneh oleh si kecil jingga.

"Mulai hari ni awak tinggal dengan saya dan nama awak pula adalah Ken." Seekor ikan bakar dihidangkan di hadapan si kecil jingga yang bernama Ken.

Tanpa Wisteria sedari, ada seutas rantai emas yang mengikat leher Ken dan lengannya. Rantai yang panjang dan halimunan.

"Macam sedap! Tak rugi tinggal dengan perempuan ni. Hehehe...,"

Suara itu bersorak gembira.

"Makan kenyang-kenyang! Bagi gemuk."

Seguir leyendo

También te gustarán

1.9K 15 6
Ramai gak dh dgr cita ni tapi saya nk buat je sbb xde idea so enjoy je
140K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
374K 3.6K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...