TATKALA CINTA TERUJI

By Pena_Putera

12.7K 374 14

[TATKALA CINTA TERUJI] - PENA PUTERA SINOPSIS :- PERKAHWINAN yang terbina atas dasar persahabatan orang tua m... More

PROLOG I
PROLOG II
BAB 1 (NEW EDITION)
BAB 2 (NEW EDITION)
BAB 3 (NEW EDITION)
BAB 4 (NEW EDITION)

BAB 5 (NEW EDITION)

1K 39 2
By Pena_Putera

USIA kandungan Hamidah kini sudah mencecah hampir enam bulan. Perutnya semakin membesar hari demi hari. Namun, semakin hari berlalu... Dia bertambah risau. Fikirannya sentiasa memikirkan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya dia endahkan. Kadang-kala, emosinya menjadi tidak menentu dan dia menjadi panas baran.

Walau sekadar kesilapan yang kecil, dia terlalu mengambil berat tentangnya sehingga membelenggu emosinya. Ini membuatkan Zainun dan Hussein harus lebih berhati-hati dengan kelakuan dan perkataan mereka ketika berhadapan dengan Hamidah.

Hamidah menjadi seorang yang tidak dapat dijangka sepanjang tempoh kehamilannya. Bila-bila masa sahaja dia boleh jadi bom yang meletup tidak kira di mana tempatnya.

Gedebuk!

Bunyi mangkuk terjatuh. Habis tertumpah isi susu dan bijirin di atas permukaan lantai.

"Kamu ini memang nak kena, ke?" Hamidah memandang tajam kepada anak sulungnya. Dia menghampiri anaknya yang duduk di meja. Riak wajahnya kelihatan marah sekali. Membuatkan Rayyan menggeletar ketakutan.

"Tak boleh ke makan elok-elok? Memang sengaja nak menyusahkan aku?" jerkah Hamidah lagi. Tegas nadanya.

Rayyan tidak bersuara. Hanya menunduk dengan mata yang mula berkaca.

Hamidah mengambil bijirin-bijirin yang tumpah di lantai lalu disuapkan dengan paksa ke mulut anaknya. Rayyan cuba menolak namun tenaga kecilnya tidak dapat melawan.

"Sekarang kau makan ini! Kau makan!" Hamidah terus memaksa anaknya untuk menelan.

"Ibu... Jangan buat abang macam itu!" Azyah cuba menghalang perbuatan ibunya. Dia cuba menarik tangan ibunya dengan sedaya upaya.

Dalam kekecohan itu, Zainun muncul setelah mendengar bunyi bising dari ruang makan. Dia tergumam melihat kelakuan menantunya itu.

"Astaghfirullah... Midah!" Zainun mendekati mereka tiga beranak dan menarik menantunya itu daripada cucunya.

"Apa kamu buat ini, Midah! Istighfar, nak!" pesan Zainun.

"Kau memang tak habis-habis menyusahkan aku, kan!" Hamidah seperti dirasuk... Barannya semakin menggila. Rayyan sudah meraung kesakitan dipaksa untuk disuap bijirin-bijirin itu. Tangan kecil Azyah masih tidak berhenti menarik tangan ibunya.

"Sudah, Midah!"

Tangan Hamidah menolak kedua-dua tangan yang cuba menariknya. Tetapi, dia tidak sengaja membuatkan anak perempuannya terjatuh ke lantai. Hamidah yang perasan, segera mendekati Azyah yang mengaduh kesakitan setelah jatuh.

"Azyah, kamu tak apa-apa?" tanya Hamidah penuh kerisauan. Dia memeriksa keadaan anaknya itu.

Zainun yang memandang, terdiam. Hati tuanya terasa. Bukan kerana dirinya, tetapi sikap menantunya terhadap anak-anaknya. Berbeza. Jauh berbeza.

Tanpa disedari, Rayyan segera berlari ke biliknya. Zainun yang baru perasan, hanya memandang tubuh anak kecil itu berlari dan semakin menghilang dari pandangannya. Matanya memandang semula ke arah Hamidah dan Azyah.

Menantunya itu kelihatan lebih risau terhadap anak perempuannya.

Hati Zainun dipagut rasa sedih dan kecewa dengan menantunya.

"UMI tak tahu nak buat apa... Umi risaukan Rayyan..." luah Zainun apa yang terbuku di hati. Dia mahu berbincang perkara ini dengan Hussein. Sebagai seorang ayah kepada cucunya, dia mengharapkan anaknya itu mampu melakukan sesuatu.

"Hussein bukannya tak nak buat apa-apa, tapi umi faham keadaan Hamidah, kan? Tambah lagi dengan keadaan dia sekarang ini. Emosinya terganggu." Hussein cuba berdalih.

"Dia mengandung atau tidak, layanan dia terhadap Rayyan tetap sama juga. Kalau dia masih tak boleh nak lupakan dan teruskan dengan perangai macam itu... Umi dah tak ada pilihan lain."

"Maksud umi... Jangan-jangan..."

"Umi tak peduli. Umi akan hantar dia untuk rawatan."

"Tak. Hussein tak setuju!" Hussein membantah keras.

"Kenapa? Kamu malu kalau orang tahu isteri kamu masuk hospital sakit jiwa? Kamu malu kalau orang fikir isteri kamu gila?" teka Zainun akan alasan Hussein menolak cadangannya.

"Hussein tak nak perkara ini dibangkitkan lagi." Hussein memberi kata putus. Dia bangun dan melangkah pergi dari situ.

"Hussein! Hussein!" panggil Zainun beberapa kali namun tidak disahut semula.

Dia mengeluh perlahan. Jauh di sudut hatinya, dia benar-benar sedih. Semakin hari, keluarga ini mula berantakan. Tidak dapat lagi dia rasakan kasih sayang yang menjadi asas kepada keluarga ini pada suatu masa dahulu.

Perlahan-lahan, dia memasuki biliknya dan menghampiri sebuah laci. Laci tersebut dibuka dan tangannya mencari-cari sesuatu di sebalik timbunan dokumen itu. Ketika itu, di tangannya ada sekeping gambar seorang lelaki.

Air matanya mengalir. Lelaki pada gambar itu adalah gambar arwah suaminya. Dia benar-benar rindu dengan arwah suaminya. Melihat rauh wajahnya, membuatkan dia teringat semula memori-memori bersama arwah. Kenangan manis dan pahit yang mereka tempuh bersama.

Jika suaminya masih hidup dan bersamanya, tidak perlulah dia menanggung beban seberat ini. Sekurang-kurangnya, dapatlah dia mengadu nasib dengan suaminya.

Sudah lebih dari sedekad suaminya pergi meninggalkan dia. Tempat bergantungnya hanyalah pada anak lelaki tunggalnya sahaja. Dan setelah anaknya berkeluarga, dia semakin bahagia dengan kehadiran orang-orang baru dalam hidupnya.

Tetapi, bahagia itu tidak bertahan lama setelah terjadinya peristiwa hitam itu. Semenjak itu, semuanya tidak lagi sama. Setiap hari, dia hanya mampu melihat semua itu dan tidak mampu berbuat apa-apa. Sehabis mana pun usaha yang cuba untuk dilakukan, tidak dapat mengubah apa-apa.

Air matanya terus menitik jatuh. Teresak-esak dia menangis dalam diam.

"Mek..."

Zainun segera mengelap air matanya mendengar suara memanggilnya. Pandangannya terlekap pada pintu yang terbuka kecil. Di sebalik pintu itu, terlihat cucu lelakinya memandangnya sayu. Bibirnya mengukir senyuman.

"Kenapa, Rayyan? Mari sini dekat mek."

Zainun duduk di birai katil. Rayyan juga turut duduk di sisi neneknya.

"Mek menangis, ke?"

Zainun menggeleng. Enggan Rayyan tahu.

"Mek jangan sedih. Nanti Rayyan pun sedih juga."

"Mek tak sedih." Kedua-dua tangan Zainun memegang wajah mulus cucunya.

"Kenapa kamu datang?" tanya Zainun.

"Saja."

Rayyan berbaring di riba neneknya.

"Rayyan nak tidur dengan nenek, boleh tak?" Rayyan meminta izin neneknya. Dia mahu tidur di riba neneknya. Dia suka tidur di riba Zainun. Rasanya aman dan lebih selamat.

"Mestilah boleh."

"Mek..."

"Ya, sayang?"

"Kalau mek dah tak ada nanti, siapa nak jaga Rayyan?"

"Apa kamu cakap ini?" Soalan itu mengejutkan Zainun.

"Dalam rumah ini, tak ada siapa sayangkan Rayyan macam mek sayangkan Rayyan. Semua orang bencikan Rayyan. Semua orang marahkan Rayyan."

"Mana ada... Semua sayang Rayyan. Jangan fikir macam itu."

Rayyan membisu. Tidak menjawab lagi.

"Rayyan..."

"Ya, mek?"

"Mek tak janji mek akan sentiasa ada untuk Rayyan. Tapi mek cuma mampu janji yang setiap hari mek doakan Rayyan akan hidup lebih baik pada hari-hari akan mendatang dan semoga Rayyan berada di bawah lindungan Allah."

Rayyan memandang mata tua neneknya dengan muka berkerut. Tidak faham.

"Suatu hari, mek mungkin cuma dapat jaga Rayyan dari jauh. Mungkin mek tak dapat temankan Rayyan lagi. Tetapi, doa mek tak akan pernah putus untuk cucu-cucu mek. Hanya titipan doa yang dapat menjaga semua orang yang mek sayang," sambung Zainun lagi.

"Apa-apapun, Rayyan kena janji satu perkara dengan mek."

"Apa dia?"

"Jangan mudah mengalah dalam kehidupan. Bila mek dah tak ada suatu hari nanti... Bila Rayyan rasa hidup ini sukar... Sentiasa ingat... Allah sentiasa ada. Sesukar mana hari itu, akan ada hari lebih baik yang menanti. Jangan terus berputus asa. Boleh?"

Rayyan mengukir senyum lantas mengangguk. Berjanji dengan neneknya.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9M 86.6K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
278K 15.1K 56
BUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak tenang. Kemana sahaja dia pergi, pasti lel...
24.3K 2.9K 22
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
60K 2.7K 26
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...