LOVE, BE MINE || rejected (ki...

By Eyra_Shazleyra

11.9K 206 2

5th ❤ LOVESTORY ❤ by EYRA_SHAZLEYRA. LOVE, BE MINE : "Aku benci... tapi cinta kamu." B L U R B Seorang duda... More

'L O V E, B E M I N E'
❄ PROLOG ❄
❄ BAB_1 ❄
❄ BAB_2 ❄
❄ BAB_3 ❄
❄ BAB_4 ❄
❄ BAB_5 ❄
❄ BAB_6 ❄
❄ BAB_8 ❄
❄ BAB_9 ❄

❄ BAB_7 ❄

233 18 0
By Eyra_Shazleyra


SEPULUH minit sebelum pukul lima petang, Farya sudah terpacak di depan pintu masuk GSC. Tapi kelibat Zafie masih tak kelihatan. Whatsapp pun setakat doubletick.

Merajuk?

Entah.

Merajuk atau tak dia akan tunggu sampai pukul lima petang. Tak datang jugak dia akan blah. Balik rumah. Kalau betul Zafie merajuk, maaflah dia takkan pujuk.

Muktamad!

Skrin telefon tak henti ditelek sejak tadi. Menggosok glass tempered yang memang retak. Lantas mengingatkan Farya pada seseorang.

Encik Lelaki yang matanya letak dekat lutut. Atau Encik Mambang Kuning yang menghilang bagai diterbangkan angin monsun timur laut walaupun ungkapan maaf masih terdengar di telinga. Dan sekarang hidung Farya macam terhidu bau tubuh lelaki itu yang cukup maskulin.

Spontan wajahnya diangkat seolah-olah lelaki itu kembali muncul di depan mata. Melilau dia pandang ke kiri dan kanan entah siapa yang dicari? Encik Tinggi Melangit yang punya muka kemek macam tin biskut? Terus menghilang tanpa sempat dia nak memandang walau sekilas.

Kenapa? Kenapa cepat benar menghilang? Takut dia minta gantirugi untuk glass tempered yang dah retak? Dan kenapa juga rasa di dalam dadanya mula tak sekata sedangkan sekarang ia sekadar dipanggil mengingati. Kenapa? Selama hari ini tak pernah jantungnya bergetaran sebegitu rupa.

Langsung Farya tak faham. Apa kaitan mereka sebenarnya? Encik Jodoh?

Oh! Tinggi benar imaginasi seorang Farya Yazid.

Tapi betul ke kalau bertemu jodoh hati kena rushing? Ish! Tak faham? Siapalah yang keluarkan kenyataan macam tu? Bukan diri sendiri, eh? Gara-gara enggan menerima kehadiran lelaki lain di sudut jiwa.

Lelaki lain?

Ya. Zafie. Lelaki yang tiba-tiba muncul di depan mata dengan senyuman yang menampakkan lekuk pada kedua belah pipi. Atau sudah lama lelaki itu berdiri di situ dengan gaya yang cukup serasi. Kedua lengan berpeluk tubuh.

"Dah lama tunggu?" Lebih cepat juga soalan keluar dari mulut itu tanpa sempat Farya nak bertanya.

"Dah lama sampai?" Namun tetap juga dia bertanya tanpa memberi jawapan.

Zafie sekadar tersenyum. Langkah dibuka menghampiri. Sengaja juga dia bertanya padahal setiap tingkah Farya diperhatikan sejak gadis itu keluar dari butik Puan Jessica lagi. Langsung tak terlepas pandangan.

"Rya."

"Jom beli pop corn dengan air. Saya belanja" Laju Farya mengajak. Memang nak mengelak dari mendengar sebarang ayat yang bakal keluar dari mulut itu.

Sebab Farya tahu ada yang Zafie mahu katakan.

"Rya..."

Langkah Farya terhenti jua. Zafie yang tegak berdiri kembali dia pandang. Kening dijongket sekali sebagai isyarat persoalan.

"Saya nak minta maaf."

"Untuk apa?" Laju mulutnya bertanya. Giliran Farya berpeluk tubuh dengan kedua tangan sedang pandangan tercerun.

"Saya... tak pernah ada niat lain pun, Rya. Memang ikhlas nak kenal dengan mama papa angkat awak. Bukan nak ambil kesempatan ke apa. Please, janganlah marah saya sampai macam tu sekali," pinta Zafie perlahan. Takut sangat kalau Farya tarik balik niat nak berkawan dengan dia.

Tadi berani sangat. Sekarang dah cuak bila dia fikirkan kemungkinan tu.

"Masalahnya, saya ada marah awak?" berkerut dahi Farya cuba mengingati. Dia ada marah ke tadi? Masa dekat butik Puan Jess.

"Rya..."

"Zafie, saya..." ayat Farya terhenti. Wajah di depan matanya dipandang tunak.

Pelik. Kenapa rasa yang bergetaran di jiwa seketika tadi dah menghilang? Maknanya betullah Zafie bukan jodoh dia. Dah tu Encik Mambang Kuning? Encik Mata Dekat Lutut yang telah menggetarkan rasa di dadanya walau kepala sekadar mengingati?

Masalahnya kalau bertemu jodoh memang jantung akan rushing ke? Serupa apa yang Akhma rasa saat pertama kali Azim menegur sepupunya?

Yup! Maknanya dia bukan sengaja mencipta propaganda.

"Rya..."

"Okeylah. Saya maafkan awak, Zafie. Saya..." ayat Farya kembali terhenti buat kali kedua. Telefon di tangan kanan sedang berbunyi.

Puan Jessica?

"Kejap." Kali kedua juga Farya menjauhkan diri untuk menjawab panggilan. Dan Zafie kembali mengeluh. Makin panjang bunyinya.

Farya yang menjawab panggilan dia pandang dari kejauhan sebelum kepalanya berkalih ke kiri. Kesempatan yang ada, Zafie menelek menu yang terpampang. Sekurang-kurangnya dia boleh pilih apa yang nak dibeli sementara diri dihampiri. Namun tak sempat nak memilih setelah namanya dipanggil dengan nada suara yang cukup lantang.

"Kenapa?" Cuak wajah Farya mampu Zafie sedari.

"Emergency," beritahu Farya sepatah dengan riak yang terus berubah.



"TERUK ke, puan?" Farya bertanya cemas.

"Saya tak tahu. Tapi nurse cakap ada jugak yang patah," Puan Jessica panik. Menggelabah tak tahu apa yang patut dicapai.

Farya terpejam biji mata spontan.

Excident? Patah? Perlu ke dia nak mendengar semua tu lagi? Sedangkan dirinya masih trauma.

"Rya, saya minta maaf sebab dah ganggu date awak hari ni."

Membulat terus biji mata Farya yang terpejam tadi pandang Puan Jessica. Tapi langsung tak berbalas. Sibuk majikannya mengemas kaunter capai beg tangan sebelum terhenti tingkah.

"Rya, boleh awak tolong saya?" Pekerjanya dipandang. Zafie sekadar menjadi pemerhati.

"Saya datang sini sebab nak tolong puanlah."

"Saya tak boleh nak tinggalkan butik. Ada appointment dengan our VIP. Awak tahu, kan?"

Angguk.

"Boleh awak pergi ke hopital sana tengokkan Izham?" Sebolehnya Puan Jessica tak mahu Farya nak ke tempat seangkatan dengannya. Tapi dia memang tak ada pilihan.

"Tak apalah, puan. Saya boleh tengokkan Abang Am." Zafie mencelah tiba-tiba.

"Oh, betul ke, Zafie? Tapi Rya kena ikut sekali sebab ada barang delivery. Kena sampai ke tangan customer as fast as possible." Itulah bahagian yang paling penting.

Kepuasan pelanggan keutamaan mereka. Keselamatan pekerja pun sama penting. Tapi Puan Jessica memang tak mampu nak tinggalkan butik.

"Okey, puan. Saya akan uruskan segala hal berkaitan barang delivery. Pasal Abang Am pun. Puan tak payah risau." Farya terpaksa bersetuju.

Terpaksa, okey. Tak ada pilihan.

"Betul ke, Rya? Oh. Thanks a lot. Actually saya takut kalau saya dah menyusahkan awak. Zafie pun." Kedua mereka dipandang Puan Jessica dengan riak kekesalan yang langsung tak disembunyikan.

"Tak apalah, puan. Hari ini kita orang tolong puan. Mungkin lain kali kita orang pulak yang perlukan pertolongan." Bukan ayat sweet, tapi itulah yang Zafie rasa.

Kecewa?

Memang! Siapa tak kecewa first date dah banyak halangan. Tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya.

"Oh. You are so sweet, Zafie. Thank you so much, dear. Next time saya belanja awak lunch. Emm... minggu depan saya bagi Rya double off. Hari tu awak boleh bawa Rya pergi mana-mana saya dah tak kacau."

Berkerut dahi Farya. Puan Jessica bercakap macamlah dia tak ada mak bapak. Macam dia anak kecil umur lima tahun boleh nak heret pergi mana-mana.

Zafie sekadar mengangguk. Senyum. Minggu depan dah tak boleh tukar off.

"Err... awak boleh drive, Zafie?"

Angguk lagi.

"Okay. Use my car. Rya dah tahu ada kat mana." Puan Jessica menghulurkan kunci kereta.

"Kalau macam tu kami pergi dulu, puan." Farya sedia nak berlalu.

"Okey. Kirim salam saya pada Izham. And say sorry sebab tak boleh nak pergi tengok dia terpaksa wakilkan awak. Tolong uruskan segala, ya Rya? Paling penting jangan lupa delivery barang." Sungguh Puan Jessica rasa tak sedap hati nak menyerahkan segala tugas pada Farya.

Bukan sebab dia tak percaya. Lebih kepada rasa bersalah pada Izham, pekerjanya yang terlibat dalam kemalangan ketika keluar menghantar barang. Tak tahu bagaimana keadaan? Teruk ke? Sedangkan semua itu menjadi tanggungjawab dia untuk diambil peduli.

"Don't worry, puan. Everything is under control." sempat Farya menjerit dari depan.

Puan Jessica tersenyum seadanya. Nafas terhela lega.

Sebab itulah dia sayangkan Farya. Menghargai kehadiran gadis itu, menganggap seperti anak sendiri. Samentelah Farya memang anak angkat teman baiknya. Kerana Farya juga, dia sanggup lakukan segala. Turut bersetuju untuk terlibat dalam rancangan Sofia mahu kenalkan gadis itu dengan seseorang yang memang dia kenali.

Puan Jessica berharap semuanya akan dipermudahkan. Farya perlu untuk teruskan kehidupan. Masih jauh perjalanan gadis itu jika diizinkan Tuhan. Tak mungkin akan dibiarkan perasaan terus terkandas pada kisah semalam.

Hari semalam merupakan sejarah yang akan dikenang selamanya. Tanpa episod semalam, tak mungkin kita akan tegak berdiri di hari ini.


(1191 words)



*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Continue Reading

You'll Also Like

10.1M 304K 53
Anna Krause is in her senior year and more than ready to leave high school behind and start a new, fresh life without homework. What she didn't expec...
1.8M 127K 45
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
294K 34K 85
#Book-2 of Hidden Marriage Series. 🔥❤️ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...
542K 25.7K 31
He's a blind mafia man, the heir who lost his eyesight. She's a kindhearted girl whose job is to take care of him. Will the two of them find their wa...