LOVE, BE MINE || rejected (ki...

Von Eyra_Shazleyra

11.9K 206 2

5th ❤ LOVESTORY ❤ by EYRA_SHAZLEYRA. LOVE, BE MINE : "Aku benci... tapi cinta kamu." B L U R B Seorang duda... Mehr

'L O V E, B E M I N E'
❄ PROLOG ❄
❄ BAB_1 ❄
❄ BAB_2 ❄
❄ BAB_3 ❄
❄ BAB_4 ❄
❄ BAB_5 ❄
❄ BAB_7 ❄
❄ BAB_8 ❄
❄ BAB_9 ❄

❄ BAB_6 ❄

217 20 0
Von Eyra_Shazleyra


NAFAS Zachery terhembus kencang. Marah. Memang dia nak marah. Tapi sikit pun tak pernah terlintas niat di hati nak menyakiti anaknya. Walau macam mana tingkah Audrena akan dia layan dengan sabar. Sumpah. Terkadang memang menyeksakan jiwa. Tapi semua itu Zachery hadap dengan tenang.

"Daddy nak bawa Audrey pergi klinik."

"I don't want, daddy. I hate clinic!" Audrena tak henti menggeleng, berterusan mengamuk. Kaki panjangnya menendang-nendang ruang dashboard.

Seketika tali pinggang yang membelit tubuh dibuka. Terus Audrena menerkam mendapatkan daddy di kerusi sebelah. Mujur Zachery dah bersedia nak menerima.

"Audrey kan tak sihat. Ikut daddy jumpa doktor sekejap."

"No, daddy!" Audrena menjerit nyaring. Dada Zachery dipukul bertalu-talu.

"Please, sweetheart. Behave! Okeylah. Audrey nak apa?" Terpaksa juga Zach mengalihkan perhatian anaknya. Tak mahu kesabaran miliknya yang semakin genting menghilang gara-gara tingkah berterusan Audrena.

Tantrum yang tak berkesudahan.

Tapi Zach sedar semunya asbab Audrena tandus kasih dan perhatian seorang ibu. Ibu yang langsung tak pedulikan anak kecil itu. Hanya tahu melahirkan kemudian ditinggal sendirian terkontang-kanting tanpa belaian. Samentelah kasih sayang.

Mendengar soalan yang ditanya, serta-merta Audrena berhenti dari memberontak. Wajah daddy dipandang sebelum telunjuknya mengetuk dagu lagak berfikir.

Zachery tersenyum nipis melihat ulah anaknya. Sekelip mata berubah. Tak salah kalau Evans kata dia terlalu manjakan Audrena.

"I want ice-cream," sebut Audrey riang.

"Okay. Deal. Tapi ada satu syarat."

Kembali berubah riak di wajah Audrena. Dah tahu apa yang daddy akan syaratkan.

"Hey! Sweetheart. Ingat tak apa yang daddy pernah kata? Kalau Audrey nak daddy ikut kemahuan Audrey, Audrey pun kena ikut kehendak daddy. Give and take situation."

"But daddy. I don't want." Audrena terus menggeleng. Wajahnya merunduk ke bawah sebelum Zachery menolak hujung dagu ke atas.

"Okay. Promise no injection. Cuma pemeriksaan biasa," pujuk Zachery berterusan. Tahu juga asbab kenapa Audrena tak nak ke klinik.

"Really, daddy?"

"I am!"

"Promise?" Kelingking dihulurkan.

"I'll promise you," sahut Zachery sambil mengait jari kecil anaknya. Pinky promise.

"Okay!" Terus Audrena melompat ke kerusi sebelah.

Zachery tersenyum senang. Nafasnya terhela lega. Seketika mereka keluar dari kereta menuju ke tempat yang dimaksudkan.

Lebih sejam bertamu di dalam klinik nak bertemu doktor, Zachery tunaikan janji yang dibuat pada Audrena. Keretanya dipandu menuju ke sebuah pusat membeli belah yang agak terkemuka. Sampai ke ruang parkir bangunan itu, rambut di kepala Audrena kembali Zach betulkan. Disikat dan ikat rapi.

Sempat dahi anaknya dirasa. Hah tak sehangat tadi.

Tahu juga Zachery, Audrena demam bukan sebab sakit. Asbab hati anak itu tak suka diri ditinggalkan di nursery. Lalu memberontak tak sudah.

Tapi dia terpaksa. Benar tak punya pilihan.

Bukan tak pernah Zach bawa Audrena ke pejabat. Tapi tingkah anaknya makin tak terduga. Lebih memeningkan kepala. Habis staf office diganggunya sampai terbengkalai kerja mereka. Audrena yang happy go lucky itu menarik minat semua untuk didekati.

Keluar dari kereta, Zach terlebih dahulu melipat lengan kemeja yang dikenakan ke paras siku. Hanya seketika dia berpaling, Audrena sudah tiada di sisi.

"Audrey!" Bergema suaranya di dalam ruang tertutup itu. Terus Zach buka langkah panjang menuju ke pintu masuk.

"Audrena!" Melilau mata Zachery mencari langsung tak hiraukan beberapa orang pengunjung yang tercengang memandang.

Audrena terus berlari riang. Tempat pertama yang dia tuju, lif! Nak naik ke level 5 main game dekat Cosmo Park. Terlupa sudah keinginan mahu makan aiskrim terlupa daddy juga.

"Audrey!" Zachery terus mencari dengan telefon yang terpekap di telinga. Tapi panggilan untuk Audrena langsung tak berjawab.

Sungguh dia risaukan anaknya sampai menonong langgar sesiapa sahaja. Semua itu tak penting bagi Zach berbanding Audrena. Patutlah Evans selalu kata anaknya takkan mampu terjaga. Selama hari ini kalau mereka keluar beriadah, Evans yang akan mengawasi Audrena.

"Aud..."

"Adoi!" jeritan suara seseorang mematikan langkah Zachery.

Berpaling ke kiri, seorang gadis dilihat tersungkur di atas lantai mall. Baru saja dia nak angkat kaki demi menstabilkan kedudukan, gadis itu bertempik kuat melarang. Namun dah terlambat. Hujung kasut Zachery tersepak sesuatu.

Farya terketap bibir geram sebelum dia bangkit berdiri. Tanpa pedulikan orang sekeliling yang sedang memandang, tinggi oktaf suaranya menjerit.

"Buta ke? Mata letak kat lutut!"

Zachery tergamam. Terus dia mencapai telefon yang jauh terperosok ke bawah bangku lalu dihulur pada tuannya.

Garang!

"Sorry..." Namun ayat Zachery terhenti.

"Sorry naik lori ah!" balas Farya kasar sambil merampas telefon yang dihulurkan. Terus dia belek.

Ada kesan calar pada glass tempered. Baru minggu lepas tukar!

"Hah! Dah ros..." ayat Farya turut tak ketemu noktah. Kebil-kebil biji matanya pandang sekeliling.

Kenapa hanya dia berdiri dekat situ? Dah ke mana lelaki tuan punya mata yang letaknya dekat lutut tadi? Kenapa Farya rasakan dia sebenarnya sedang bercakap sorang-sorang dan menjadi tontonan?

Siapa yang langgar dia tadi sekelip mata menghilang? Mambang kuning?

"Ish! Kurang ajar. Dahlah langgar orang. Minta maaf pun tak," Farya mengomel sendirian sambil tangan menggosok telefon kesayangan. Lebih kepada cover malu.

Sebab dia masih mengingati ucapan maaf dari mulut lelaki tadi. Masih terdengar di telinganya. Cuma tak sempat nak tengok macam mana rupa orang yang matanya letak dekat lutut. Hanya ternampak bahagian dada yang berbalut kemeja putih sebab tinggi melangit.

Huh! Mesti kemek macam tin biskut.

Zachery sudah melangkah jauh ke dalam mall bersama Audrena di dalam dukungan. Mujur dia sempat menarik anaknya yang dilihat cuba memasuki ruang lif yang agak sesak. Selebihnya Zach mahu bersembunyi dari gadis tadi.

Bukan takut sebab dia ada berbuat silap. Tapi lebih pada tak menyangka. Sungguh Zach tak menyangka akan memandang wajah itu di depan mata sedangkan hati masih belum bersedia.

Ya. Dia belum bersedia nak menerima segala yang telah dirancang.

Zach tahu dirinya cuba dibantu. Tapi dia tetap tak mampu nak terima. Lagi. Buat masa ini. Banyak masalah yang harus diselesaikan terlebih dulu. Banyak benda yang perlu dia fikirkan terutama sekali cara penerimaan Audrena. Zachery tahu tak semudahnya Audrey akan menerima orang asing dalam hidup mereka.

Tapi macam mana gadis itu boleh muncul tiba-tiba dekat depan mata dia? Kenapa hati bekunya bagai merasakan sesuatu? Mungkinkah itu isyarat supaya dia menerima segala?

Entah! Zach buntu.

Tapi kenapa dia dan gadis itu dirasakan ada sesuatu? Chemistry? Atau sekadar perasaan.

Hati Zachery mula bercelaru.


(942 words)



*VOTE & COMMENT ARE VERY APPRECIATED*

_F R O M_M E_W I T H_L O V E_

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

325K 18.6K 19
"ဘေးခြံကလာပြောတယ် ငလျှင်လှုပ်သွားလို့တဲ့.... မဟုတ်ရပါဘူးဗျာ...... ကျွန်တော် နှလုံးသားက သူ့နာမည်လေးကြွေကျတာပါ.... ကျွန်တော်ရင်ခုန်သံတွေက...
3.1M 131K 35
"Stop trying to act like my fiancée because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
3.7M 294K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
1.3M 70.2K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...