Muzika Melodia

Door Merci_Misha

491K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... Meer

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!

💎 47 💎

4.5K 381 17
Door Merci_Misha

Setibanya di perkarangan rumah, aku dapat lihat deretan pembantu rumah sedang menunggu di hadapan pintu. Peliknya. Masa aku ada dekat rumah dulu, tak ramai pula yang ada. Bila ayah aku balik, semua sibuk buat kerja.

"Eh, ramai pula." Sebutku sehingga mengundang tawa ayah. Aku tahu yang ayah sedar akan perkara ini. Kalau jadi begini lagi, pasti akan dipecatnya mereka semua.

"Selamat pulang, cik muda Hailey." Mereka bersuara sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kereta. Senyuman manis aku berikan pada mereka.

Berlari-lari aku pulang ke rumah. Aku jarang keluar dari rumah jadi bila tiba di Muzika Melodia, aku rasa lain. Padahal baru berapa bulan dekat sana, tapi aku dah rindu gila nak balik.

"Hailey!" Suara abang dapat aku dengari dari tingkat atas. Bunyi tangga yang kuat menandakan seseorang sedang menuruninya dengan berlari.

Aku membiarkan beg aku di atas lantai dan berlari ke arahnya. Tidak sempat aku berkata apa-apa, dia telah memelukku terlebih dahulu.

"Apa yang sibukkan sangat tu sampai tak boleh ambil adik?" Soalku sinis. Tersentak abang dibuatnya.

"Dia sibuk buat kerja. Main biola tak henti-henti. Katanya nanti dia terlibat dengan ochestra untuk acara pembukaan Le Musique Concurrence."

Wah! Abang akan terlibat dengan Le Musique Concurrence? Gembiranya aku! Hal ini demikian kerana, jikalau kami menang untuk peringkat kedua dan sempat ke rumah aku, kami sekumpulan akan terus ke Amerika Syarikat untuk menyertai Le Musique Concurrence. 

Eh kejap, siapa yang cakap pasal abang aku tadi tu?

"Suara macam kenal." Ucapku sebelum menoleh ke arah tangga. Seorang gadis berambut panjang  sedang tersenyum ke arahku.

Terbuntang mataku melihatnya. Dia semakin cantik dan menawan. Dialah kakakku, Halley Chanson. Pemain segala alat muzik dan penyanyi terhebat yang aku pernah jumpa.

"Kakak!" Jeritku gembira lalu terkedek-kedek berlari ke arahnya. Dia tersenyum riang melihatku yang bagaikan budak kecil.

Kami saling berpelukan. Keadaan ini seperti waktu aku kecil dahulu. Dakapan yang membuatkan aku berasa selamat tatkala diserang sekumpulan ahli organisasi Lilac pada suatu ketika dahulu. Dia rumah ini, di negara ini, aku selamat buat sementara waktu.

Kerana aku tahu, Ethan tiada di sini untuk mengintip aku.

 "Tuan muda, kertas muzik baru dari syarikat Music Beats telah tiba. Tuan muda kena berlatih lebih lagi kerana lagu untuk Le Musique Concurrence telah diubah tanpa sengaja." Seorang lelaki dalam pakaian formal menganggu sesi adik-beradik kami.

Keluhan yang sangat keras dilepaskan oleh abang. Riak wajahnya bagaikan sudah pasrah sungguh!

"Abang, siapa lelaki ni?" Tanyaku apabila tidak familiar dengan kehadiran lelaki dalam pakaian formal itu.

"Ini Logan. Pembantu peribadi abang. Senang kata, manager gitu." Abang memperkenalkan lelaki itu pada aku. Aku pula terangguk-angguk memandangnya.

Sambil meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di dagu, aku meneliti segenap pakaian lelaki yang dipanggil Logan itu. Sebaik sahaja mataku tertangkap pada cincinnya yang berbatukan zamrud, aku terus menekup mulut.

"Pfft- Hahahaha!" Tak dapat ditahan, aku melepaskan tawa juga. Logan yang sudah agak bahawa aku sudah mengenal identitinya, memandang aku penuh risau.

Ya, Logan itu daripada organisasi Zamrud seperti Lydia. Pembasmi Lilac. Penyelamat keluarga Chanson. Itulah Lydia, lain kali jangan bagitahu tentang identiti kalian. Kan dah kecut perut pembantu abangku ini.

"Dah kenapa gelakkan dia? Kesian dia tahu tak? Logan ni, pembantu terbaik abang tau!" Tegur abang tegas. 

"Ya, ya. Dahlah. Saya penat ni. Kakak, abang, saya nak masuk bilik dulu ya." Ujarku sambil tersenyum. Kemudian, aku mendaki anak tangga satu persatu untuk naik ke atas.

~~~~~~~

Telefonku berbunyi menandakan mesej masuk. Apabila dilihat, aku mendapat notifikasi daripada Olivia untuk membuka chatroom khas di laptop agar kami sekumpulan dapat berkomunikasi. Apa yang ingin dia bincangkan?

Wajah seorang demi seorang ahli kumpulan dapat aku lihat dengan jelas sebaik sahaja panggilan chatroom diterima oleh mereka. Walaupun begitu, riak mereka tidak menunjukkan kegembiraan.

"Nak apa ni? Aku tengah sedap makan nasi lemak tau." Tutur Talha di sebuah tempat yang mana aku kenal pasti adalah dapur rumahnya. 

"Saya baru nak lepak dekat Merlion Park." Lydia berkata sambil menyarungkan jaketnya.

Aku dapat mendengar keluhan Olivia di talian sebelah sana. Kameranya telah ditutup agar kami tidak dapat melihat wajahnya.

"Macam mana nak menang Le Musique Concurrence kalau asyik nak relax je? Kita kena bincang." Olivia bersuara garang. Aku tahu dia tertekan kerana tahun ini tahun terakhir baginya utuk menyertai pertandingan itu.

Bunyi permainan video hadir dari talian Faron. "Kenalah relax juga. Di sekolah itu, sudah separuh mati kita berlatih. Aku ni pun baru sampai tahu? Sekarang ni aku tengah lepak dekat airport sambil main game." Balasnya malas.

"Tak apa, buat masa ni kita bincang sikit-sikit. Saya faham masing-masing tengah penat. Nanti semasa di rumah Mayu, kita buat betul-betul. Okey?" Suara Justin muncul secara tiba-tiba.

"Okey." Balas Min Hyuk sepatah.

"Alri- Yes mom? Oh, okay I'll close it now." Kata-kata Reuben terhenti ketika ada suara lain menyampuk tatkala dia ingin memberi jawapan. "Sorry guys, saya kena tutup sekarang. Saya ada perjumpaan keluarga kejap lagi. Have a nice day!" Sambungnya lalu memutuskan talian.

Mayu yang baru sahaja ingin membuka bicara turut terganggu apabila kereta yang dinaikinya berhenti mengejut. 

"Mayu-hime no doa akete." Jeritan suara asing dapat kami dengar di dalam talian miliknya.

Tergopoh-gopoh Mayu membetulkan rambut dan bajunya. "Minna-san, saya kena tutup sekarang." Ujarnya setelah berdiam diri dan hanya mendengar perbualan kami dari tadi.

Mayu sempat melangkah keluar dari keretanya sebelum menutup laptop. Kami dapat melihat deretan pengawal sedang menunggu ketibaannya di hadapan sebuah bangunan besar berbentuk istana.

"Fuyo." Ucap Lydia terpegun.

"Dahlah, saya pun ada hal. Bye." Olivia berkata dalam nada yang sedih. Dia merajuk pulakah?

Talian ditutup oleh ahli kumpulanku seorang demi seorang. Haiya, dah call pastu letak macam tu je? Baik tak payah.

Kini, tinggallah aku dan Faron sahaja yang masih belum meninggalkan chatroom tersebut. Kami berdua hanya mendiamkan diri.

"Weh, Hailey."

"Apa?"

"Aku tak sangka aku dapat kawan dengan kau."

"Kenapa pula?"

"Yelah, kita kan masa mula-mula jumpa dulu asyik gaduh je."

"Saya tak nak pun gaduh dengan awak masa tu. Awak tu yang melebih-lebih. Mentang-mentang ramai peminat."

Faron ingin membuka mulut namun dirinya didakap dari belakang secara mengejut oleh seseorang. Kelihatan seorang wanita sedang ketawa sakan sambil memandang ke arah skrin komputer riba miliknya. Wah, cantiknya wanita itu!

"Wow, Faron cakap dengan siapa ni? Comelnya." Wanita itu berkata yang mana membuatkan aku berasa malu pula dipuji.

"Mater, janganlah kacau!"

Aku tidak memandang skrin dan aku juga tidak berpaling untuk menyembunyikan wajahku. Entah mengapa, wajah wanita itu bagaikan aku kenal pula. Tetapi, di mana ya? 

"Eh, ini Hailey kan? Gadis yang buat persembahan sama-sama dengan kamu masa hari pembukaan second intake haritu. Budak yang kamu suk-"

Tit! Talian terputus dengan sendirinya.

Oh? Aku tak sempat dengar pun apa mak dia cakap. Baru nak berkenalan. Manalah tahu boleh ambil restu ke kan? Hahaha!

Aku bukan apa, biar aku ambil si Faron tu untuk balas dendam dengan si Audrey. Biar dia rasa macam mana 'fiance'-nya itu dicuri orang. Entah betul entah tidak tentang hubungan mereka itu, perasan lebih saja dia tu. Kejap, apa aku cakap ni?

Aduh, aku dah tak betul rasanya.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

*Character for today : Olivia Chezs!*

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

15.8K 88 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
642K 35.5K 137
Di Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan...
31K 2.3K 42
Not trying to be perfect but trying to stay 'alive'
116K 11.3K 44
" Aku ingatkan Dark Web ni khabar angin ja tapi rupanya .. aku silap " -Haneul search : www.kqdαrkfєllαz.cσm " Hi , welcome to ' Dark Web World ' . s...