✓ ENRIQUE DANNIKA

Per Blqs_Rose

3.9M 235K 22.2K

# 4th UNDER HE SERIES: •Enrique Dannika 💋 ~Under His Deadly Revenge~ Perempuan lemah? Perempuan lembik? Pere... Més

💋 Hero & Heroin
💋 •BAB 1•
💋 •BAB 2•
💋 •BAB 3•
💋 •BAB 4•
💋 •BAB 5•
💋 •BAB 6•
💋 •BAB 7•
💋 •BAB 8•
💋 •BAB 9•
💋 •BAB 10•
💋 •BAB 11•
💋 •BAB 12•
💋 •BAB 13•
💋 •BAB 14•
💋 •BAB 16•
💋 •BAB 17•
💋 •BAB 18•
💋 •BAB 19•
💋 •BAB 20•
💋 •BAB 21•
💋 •BAB 22•
💋 •BAB 23•
💋 •BAB 24•
💋 •BAB 25•
💋 •BAB 26•
💋 •BAB 27•
💋 •BAB 28•
💋 •BAB 29•
💋 •BAB 30•
💋 •BAB 31•
💋 •BAB 32•
💋 •BAB 33•
💋 •BAB 34•
💋 •BAB 35•
💋 •BAB 36•
💋 •BAB 37•
💋 •BAB 38•
💋 •BAB 39•
💋 •BAB 40•
💋 •BAB 41•
💋 •BAB 42•
💋 •BAB 43•
💋 •BAB 44•
💋 •BAB 45•
💋 •BAB 46•
💋 •BAB 47•
💋 •BAB 48•
💋 •BAB 49•
💋 •BAB 50•
💋 •BAB 51•
💋 •BAB 52•
💋 •BAB 53•
💋 •BAB 54•
💋 •BAB 55•
💋 •BAB 56•
💋 •BAB 57•
💋 •BAB 58•
💋 •BAB 59•
💋 •BAB 60•
💋 •BAB 61•
💋 •BAB 62•
💋 •BAB 63•
💋 •BAB 64•
💋 •BAB 65•
💋 •BAB 66•
💋 •BAB 67•
💋 •BAB 68•
💋 •BAB 69•
💋 •BAB 70•
💋 •EPILOG•

💋 •BAB 15•

41.3K 2.7K 171
Per Blqs_Rose

CLARISSA ROSE terus berlari masuk ke dalam bangsal kuda itu. Laju dia meluru ke arah bangsal kuda di hujung sekali. Ada ukiran nama di situ.

Rosie.

Beberapa orang yang memandang cemas ke dalam bangsal itu terkejut melihat susuk tubuh Clarissa Rose dari jauh. Terus mereka memberi laluan dan membongkokkan tubuh. Tanda hormat.

Langkah Clarissa Rose menjadi lemah sebaik sahaja melihat kesayangannya yang sudah terbaring lemah di atas lantai pasir bangsal itu. Lemah.

"Athena..." Riot terkejut melihat Clarissa Rose. Dia yang tadi sedang menggosok tubuh lemah Rosie dengan tuala hangat terus terhenti.

Clarissa Rose melangkah perlahan ke Rosie. Tubuhnya menggigil. Airliur terasa kelat untuk ditelan.

"Rosie?" Seru Clarissa Rose. Suaranya lembut. Membuatkan kuda hitam yang dari tadi diam mula menunjukkan reaksi. Kakinya bergerak sedikit. Bagai mahu berdiri. Bagai kehadiran tuannya memberinya sedikit kekuatan.

Namun Rosie terlalu lemah. Dia kembali terbaring semula. Kakinya bergerak lagi. Mahu mendekati Clarissa Rose.

Clarissa Rose terus melutut di sebelah Rosie. Diam. Suasana bertukar sunyi sepi. Hanya bunyi nafas kasar Rosie yang kedengaran.

Clarissa Rose rasa sebak melihat mata berkaca Rosie. Walaupun Rosie hanyalah seekor kuda, dia sangat sayang akan Rosie. Bukannya sekejap mereka berkawan. Rosie lah kekuatannya di saat dia jatuh. Rosie lah yang sedia berdamping dengannya di saat dia memerlukan.

Rosie haiwan. Dan haiwan pun punya perasaan. Haiwan juga mahu disayangi.

Menggigil tangan Clarissa Rose menggosok badan Rosie. Tangannya naik ke leher Rosie. Lembut dia mengusap leher kuda itu.

"I'm sorry. I've tried to save him but... It just getting worse. I..."

"What happened?" Bergetar suara Clarissa Rose memotong kata-kata Riot. Riot menelan liur. Dia dapat rasakan yang gadis itu menahan pelbagai rasa.

Jika dia melihat haiwan kesayangannya seperti ini, dia pun pasti rasa sedih. Rasa marah.

"He was poisoned."

Mendengar kata-kata itu, Clarissa Rose terus mengenggam penumbuk. Rahangnya bergerak-gerak. Amarah mula menguasai dirinya.

Rosie baby...

"I tried to help. But it was too late. The poisoned..."

"Go." Perlahan suara itu. Namun cukup buat Riot terdiam.

Suasana sepi. Sangat sepi.

"I said go! Just leave us alone!" Jerkah Clarissa Rose. Riot akur. Terus mereka semua pergi meninggalkan ruang bangsal istimewa itu. Meninggalkan Clarissa Rose dan Rosie berdua.

Clarissa Rose terus menggosok lembut kepala Rosie sebaik sahaja mereka semua pergi. Meninggalkan dia bersendiri dengan Rosie disaat-saat akhirnya.

"Rosie baby..." Clarissa Rose senyum. Tidak mahu orang melihat airmatanya yang bakal jatuh ke pipi dan tidak mahu Rosie melihatnya menangis.

"You're strong Rosie. It's okay. You have me." Pujuk Clarissa Rose.

Terkelip-kelip mata Rosie. Nafasnya semakin laju. Semakin kasar bunyi nafasnya menyapa gegendang telinga Clarissa Rose.

"Please be strong Rosie. Don't leave me alone. I need you..." Clarissa Rose menahan rasa yang semakin memberat di hatinya.

Rosie menggerakkan sedikit kakinya. Menyentuh lembut sisi peha Clarissa. Bagai memujuk gadis itu.

Clarissa Rose senyum. Rerambut lembut Rosie dielus perlahan.

Nafas Rosie semakin kasar kedengaran. Tersekat-sekat. Clarissa Rose dapat melihat rasa sakit dan sedih di mata Rosie.

Clarissa Rose menggeleng dan pantas memeluk leher Rosie.

"It's okay Rosie. You will alive. You will..."

Clarissa Rose rasa bodoh. Bodoh kerana pada ketika itu, dia bagai memberikan satu harapan palsu kepada Rosie. Rasa bodoh kerana dia menyatakan satu penipuan sedangkan pada ketika itu, dia sendiri tidak yakin Rosie akan mampu untuk terus bertahan.

Jantungnya bagai terhenti seketika. Nafasnya bagai tertahan sesaat.

Perlahan-lahan dia melonggarkan pelukan di leher Rosie. Menggigil tubuhnya memandang mata Rosie yang masih terbuka luas. Namun mata itu kosong. Tidak bernyawa. Tubuh kuda hitam itu juga tidak berombak lagi.

Keras.

Kaku.

"No. No! Rosie..." Clarissa Rose pantas memeluk leher Rosie semula. Airmatanya jatuh dari tubir mata. Sesak rasa di dadanya.

Rosie!

"Why..." rintihnya perlahan.

Rosie dah mati.

Dia dah tinggalkan kau.

"He was poisoned..."

Buat kali pertama, airmata Clarissa Rose jatuh. Kali pertamanya, Clarissa Rose rasa lemah. Dan pada kali pertamanya, Clarissa Rose merasakan yang dirinya semakin rapuh. Semakin jatuh ke curam yang membunuhnya.

"No..." Clarissa Rose menggeleng kepalanya.

Tidak percaya yang Rosie, sahabatnya sudahpun pergi.

Clarissa Rose menunduk. Tangannya jatuh. Menggenggam penumbuk. Kejap. Penuh dengan dendam. Penuh dengan amarah.

Airmata seorang Clarissa Rose jatuh membasahi pipinya sendiri.

Kenapa?

Kenapa kau bunuh dia?!

Dia tak bersalah. Langsung tak bersalah.

Kenapa kau bunuh dia kenapa!

Semua salah aku. Semuanya...

"No!" Kuat. Lantang. Tinggi jeritannya. Mahu mengeluarkan semua rasa. Serentak itu tangannya menumbuk lantai pasir. Kuat.

Naik turun dada Clarissa Rose.

"You're way more stronger than what you thought Clarissa Rose..."

Clarissa Rose terus memeluk Rosie semula.

Rosie kaku. Keras. Tidak bernyawa. Dan begitulah jiwanya kini.

Lifeless is me.

Ruthless is me.

"You won't let them overshadow you. Because you're Rose. Beautiful Rose. But inside you, there are thorns. Deadly thorns..."

Clarissa Rose memejam mata. Rapat. Lemahnya seorang Rose ketika itu sehingga tidak mampu menyeka airmatanya sendiri.

I'm not gonna forgive and i'm not gonna forget.

A life for a life.

Everything has it price.

Everything!

ENRIQUE DANNIKA menghenyak punggungnya di atas katil. Kasar. Sehingga Muhammad yang sedang belajar di mejanya tersentak seketika.

"Kau kenapa? Terkejut aku." Muhammad menggosok dadanya. Nasib baik katil tu tak roboh.

Enrique Dannika diam. Tubuhnya terus dibaringkan di atas katil. Lengan naik dan diletakkan di atas dahinya.

Hmm.

Sejak beberapa hari ini, tubuhnya rasa sangat penat. Fikirannya pula terasa sangat tertekan kerana sudah ketinggalan pelajaran. Agak sukar untuknya catch up semua dalam masa yang singkat.

Ini semua tak kan terjadi kalau perempuan tak guna tu tak culik aku! Urgh!

Rose.

Mata yang layu tadi terus terbeliak luas sebaik sahaja nama itu terlintas di fikirannya. Enrique mendengus kasar. Matanya dijulingkan sebelum bantal di sebelah diambil menutup wajahnya.

Lama Enrique terdiam sehingga rasa kantuk mula menguasainya lagi. Mimpi mula menjemputnya. Bukan mimpi tetapi lebih kepada memori.

"Kau nak buat apa? Jangan main-main Rose. Tak lawak!"

"Experiment. And i will come out with the hipotesis and conclusion."

Enrique tersedar. Terus dia mencampak bantal yang menutup wajahnya ke tepi. Tegak tubuhnya duduk. Rambutnya diserabutkan kasar. Berbakul mulutnya menyumpah seranah diri sendiri yang asyik-asyik teringat kejadian bodoh tu. Dia mendengus kasar.

Arghh!

Tak aman hidup aku!

"Kau kenapa ni Enrique? Cuba cerita dekat aku sikit. Selama ni kau duduk kat rumah siapa? Sejak kau balik ni pun aku tengok muka kau pun serabut semacam je. Sebab tu aku tak nak ganggu. Hari ni kau macam waras sikit. Sikit je la. Sebab tu aku berani tanya." Muhammad turut stress sama. Terus dia jatuhkan pen di tangan dan kalihkan sepenuh perhatiannya memandang wajah Enrique.

Enrique mengeluh.

"Aku kena culik." Hanya tiga perkataan. Tapi cukup untuk mengundang pelbagai reaksi. Biasanya orang akan gelak. Sebab kenyataan tu memang macam kelakar sikit. Badan punyalah tough macam tu tapi kena culik? Kan kelakar bunyinya.

"Cu... culik?! HAHAHAH!" Terguling-guling brader tu gelakkan Enrique. Sampai pukul-pukul meja siap.

Kan dah cakap. Mesti kena gelak punya.

Enrique terus tajam pandang Muhammad. Kecil besar kecil besar je lelaki tu dipandangannya.

"Kena culik? Kelakarlah kau ni. Siapa yang teringin sangat nak culik kau ni ha?" Muhammad menyambung tawa yang masih bersisa. Lagipula bukannya selalu dapat gelakkan Enrique Dannika. Bila ada peluang kita gunakan dengan sebaiknya.

"Rose. Rose King."

Muhammad terus terdiam mendengar nama yang disebut suara tidak bernada itu. Rose? King?

"Rose King?" Muhammad perah otak mencari di mana dia pernah dengan nama itu. Familiar. Tapi tak ingat pula.

Enrique Dannika sandarkan kepala di kepala katil. Mata dipejam seketika. Rasa penat. Rasa lelah.

"Rose King? Oh Rose tu! Junior kita yang cantik tu ke? Weh seriuslah dia yang cu... Tapi kenapa dia culik kau?"

Enrique buka mata. Nak pandang reaksi muka buruk Muhammad. Terkejut dia saat sahabatnya itu sudahpun duduk bersila di atas lantai sebelah katilnya.

"Bila masa kau ada kat sini?" Enrique pegang dada. Terkejut weh. Nasib tak kena heart attack. Dahlah kahwin pun belum.

"Baru tadi. Ceritalah Enrique! Jangan tukar topik eh."

Enrique buat muka.

"Dia tuduh aku curi rantai dia."

"Rantai? Kau memang ambil rantai dia ke?" Tanya Muhammad polos.

Enrique dah bersedia nak layangkan bantalnya ke kepala Muhammad. Ni lagi sekor. Aku kata aku tak ambil tu maksudnya aku tak ambil lah!

"Tak. Kau ingat aku ni bodoh sangat ke nak ambil hak orang? Aku ada duitlah. Aku boleh beli sendiri!" Marah Enrique. Gila tak marah. Tak kisahlah kau penyabar tahap ke tujuh sekalipun kalau dah selalu kena tuduh benda yang sama, mesti kau marah.

"Tenang. Jangan marah. Aku tak sanggup nak hadap amarah kau sorang-sorang." Muhammad bergerak sedikit menepuk lembut lengan Enrique. Takut dia kalau lelaki itu tiba-tiba naik hantu. Memang aura dia tu sampai meremang bulu roma.

Enrique mencebik.

"Tapi kan..."

"Apa hukum apabila pasangan yang tidak punya apa-apa ikatan bercium mulut?" Laju Enrique memotong kata-kata Muhammad. Berbahang rasa wajah bila tanya soalan tu. Tapi muka macho ditayang.

"Haa? Ci... cium?" Terkelu Muhammad mendengar soalan luar alam itu. Lupa sudah soalan yang hendak ditanyakan kepada Enrique tadi.

"Maksud kau yang cium err... gini tu?" Muhammad buat gaya cium dengan jari jemarinya. Kelakar melihat wajah Muhammad ketika itu. Nak buat isyarat bercium pun rasa bersalah.

"Apa yang gini?" Enrique tahan lucu melihat wajah lelaki itu.

"Alaa macam err... macam gini." Muhammad buat lagi isyarat tangan itu. Namun kemudian dia jatuhkan tangannya ke sisi sebelum menggaru belakang lehernya.

"Hmm. Rasa berdosa pula nak tunjuk contoh isyarat."

Pecah tawa Enrique melihat muka acah suci Muhammad itu. Sumpah kelakar.

"Jap!" Muhammad mengecilkan mata memandang Enrique.

Terus terhenti tawa Enrique. Tenggelam timbul halkumnya melihat pandangan curiga itu.

Gulp.

"Kau tanya soalan ni kenapa? Haaa! Jangan cakap dengan aku yang kau ber..."

"Kau nak mati?"

Terus Muhammad tutup mulutnya mendengar amaran dari Enrique. Tak berani nak jump into conclusion lagi. Enrique tu bukannya boleh percaya.

"Betul lah. Aku tanya je." Muhammad mencebik.

"Tapi kenapa kau whatsapp aku macam biasa? Kalau kau pegang telefon, kau teruslah report polis. Tak pun minta tolong aku. Kan kan kan?"

Enrique mengeluh. Eee mamat ni!

"Kalau aku dapat phone memang aku dah report polis dah. Masalahnya aku tak tahu mana phone aku pergi. Bila masa pula aku nak mesej kau? Huh. Telefon aku pun aku dah lupa rupanya macam mana!" Enrique mendengus kasar. Dahlah phone itu pemberian uminya. Nak mencarut rasa.

"Hold on. Aku? Whatsapp kau? Bila?" Enrique Dannika rasa pelik tiba-tiba. Telefon tak ada pada dia.

"Ada lah. Sekejap." Muhammad berlari ke meja belajarnya dan mengambil telefon bimbitnya yang tersadai di atas meja.

"Tengok ni. For this past one month, kau memang ada whatsapp aku. Itu pun sebab aku yang whatsapp kau dulu sebab nak inform kau tentang assignment semua. Tapi... as you can see. Balasan kau semua macam minta kaki. Cuma nasib baik kau tak bagi aku huruf k macam biasa."

Enrique membiarkan Muhammad membebel sorang-sorang. Ralit matanya membaca 'mesejnya' dan Muhammad.

Pelik.

Siapa yang pegang phone aku?

"Pinjam phone kau sekejap."

"Pinjamlah. Tapi jangan buat telefon Lily eh? Nak buat maksiat jangan guna telefon aku... Aduh!" Belum sempat Muhammad habiskan kata-katanya, Enrique Dannika sudah selamat melayangkan bantal itu di mukanya.

Enrique Dannika jeling sahabatnya itu sebelum kembali memandang skrin telefon bimbit itu.

CLEOPATRA memandang sepi telefon bimbit di tangannya. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya.

Ting!

1 message from Elyasa' Dazrin.

Terus aplikasi hijau itu dibuka.

Enrique?

Diam. Cleopatra hanya mendiamkan diri. Tiada niat mahu membalas mesej itu.

Are you there?

Cleopatra gigit bibir. Lelaki itu sedang menaip.

Tolong call umi.
You worries her like hell.
Jangan buat umi risaukan kau.

Cleopatra mengeluh. Terus dia keluar dari ruangan mesej peribadi itu. Fikirannya serabut dan terganggu. Sangat!

Ting!

Cleopatra mendengus kasar sebelum kembali memandang telefon bimbit di tangannya. Aku tengah stress ni! Hish!

Cleopatra bingung seketika. Bukan lagi mesej dari Elyasa' Dazrin. Tapi...

Muhammad?

Cleopatra buka mesej itu. Terus tegak tubuhnya sebaik sahaja membaca mesej dari 'Muhammad'.

Bila nak pulangkan telefon aku?

Cleopatra terkaku. Mengeras di duduknya. Dia rasa dia tahu siapa yang menghantar mesej ini. Semestinya bukan lelaki bernama Muhammad itu.

Whoever you are...
You suck.
Give me back my damn phone.

Cleopatra tergamam membaca mesej itu. This is so not him...

Dengan hati yang berat dengan pelbagai rasa, jemari Cleopatra mula menari di papan kekunci. Rasa bersalah mula melatari ruang hati.

I'm sorry.

Aku tak suruh kau minta maaf.
Aku nak phone aku semula.
That's it.
Oh lupa.
King mana faham bahasa.

Jemari Cleopatra terhenti menaip apabila laju mesej masuk. Laju betul orang disana menaip.

King mana faham... ba... bahasa?

Cleopatra mendengus kasar. So rude.

I will return it to you asap.
Don't worry.
I'll take a good care of it before i give it
to you back

Oh really?
Can i even trust you?
Because the last time i trust you
You end up kidnapped me...

Membulat mata Cleopatra. Mesej itu menjeratnya. Memerangkapnya masuk ke dalam dunia psikologi lelaki itu.

Dia... tahu?

Gotcha!
You don't deny me.
So i guess i caught the right person.
Right Cleopatra?

Walaupun lelaki itu tiada di hadapannya, dia dapat rasakan betapa dingin dan sinisnya lelaki itu sekarang. Enrique Dannika sedang bermain psikologi dengannya.

Aku akan pulangkan telefon kau.
I promise.

Terus Cleopatra menekan button off.

Enrique Dannika.

Lelaki itu pelik. Aura dia. Sama seperti aura Edrus Liam beberapa tahun lalu. Tapi Edrus Liam baik. Tidak sinis dan sarkastik seperti Enrique Dannika. Aura yang sama. Tapi perangai yang berbeza.

Hmm.

Cleopatra mengeluh lagi. Disebabkan mereka teramat berterima kasih dengan Edrus Liam, Clarissa Rose memilih jalan yang memakan dirinya sendiri. Dia sudahpun kehilangan Rosé. Rantai dengan simbol kekuatan Rose. Kekuatan King.

Sekarang dia dapat lihat sesuatu. Rose semakin lemah. Kerana Clarissa Rose keliru. Rantai itu bagai sumpahan. Dan sumpahan itu akan memakan dirinya sendiri.

Sejak Rosie mati, Clarissa Rose lebih memilih untuk menyendiri. Kuda itu bagai sahabatnya. Dan dia sangat menyayangi Rosie. Marahnya masih belum reda lagi.

Ruby pula memilih untuk bersama suaminya. Entah apa yang merasuk fikiran budak itu. Lagilah Clarissa Rose panas.

Hmm.

Betullah.

Di dunia ini penuh dengan permainan, helah dan tipu daya.

Kau menang. Kau diatas.

Kau kalah. Kau jatuh.

Hanya dua pilihan.

Dua pilihan yang menentukan segalanya.

Sis tak taulah apa yang ditaipnya yini. Harap dapat kurangkan bosan korang lah ya walaupun sedikit. Huhu.

Selamat membaca ❤️

Do votes 🌟 and comments 📝 ya.

Continua llegint

You'll Also Like

793K 29.4K 34
klise + dramatic cerita syok sendiri. cringe kalah drama pukul 7. cerita slow~motion. [ NEW VERSION ] MAH Series Vol 1 𝖬𝖴𝖧𝖠𝖬𝖬𝖠𝖣 𝖠𝖫-𝖧𝖠𝖣𝖨...
486K 17K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
KPG ✔️ Per NURAWR

Literatura romàntica

1.4M 47K 28
"Love is the hardest pain in my life and the sweetest delight i can ever experience." Rash&Riana COMPLETED ✔️ ⚠️Just for fun⚠️ ⚠️Jangan ambil seriu...
86.6K 3K 70
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...