KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

202K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 10

4.2K 432 18
By KhaiShif

Hembusan angin yang datangnya dari pantai Esfahan menghilangkan segala bunyi di sekitar Kirito. Kini fokusnya hanya pada susuk syaitan bernama Zenith.

"Dari mana kau muncul?" Soalnya lagi.

"Selatan Asteria," Jawab Zenith tenang.

"Kenapa suara kau macam kelelahan?" Kirito masih tidak berputus asa untuk menyoal. Manakala Zenith tidak pula merungut apabila disoal banyak sedemikian. Dia juga tidak mampu untuk berbohong seperti kebiasaannya.

"Haha... Lelah? Memang! Manusia dah kurung aku! Cukup masa nanti aku akan dibunuh sama seperti kaum aku yang lainnya," Ujar Zenith bersama tawa yang dibuat-buat.

Tiba-tiba terasa suasana di persekitarannya terhenti. Hanya angin yang datang dari pantai saja menerpa tubuhnya. Kirito kaku. Sinar matanya malap buat seketika. Jadi bererti selama ini kaumnya masih wujud dan hidup? Tapi mereka di mana ?

"Bagi tahu aku kedudukan kau!" Pentagram merah terukir pada kedua anak mata Kirito. Mata kutukan. Sesuai dengan gelaran corak pentagram di mata Kirito ketika itu. Jika penggunaan mata itu berlebihan ke barangkalian besar untuk buta seumur hidup sangatlah tinggi.

"Berdekatan jeti Esfahan. Dikelilingi tentera kerajaan ini," Lapor Zenith.

Kirito terus saja mengesan kedudukan si syaitan. Matanya meligas ke merata tempat. Sehinggalah pada kedudukan jeti yang dikatakan itu.

"Jumpa kau!" Senyuman kepuasan terukir.

"Siapa kau? Kenapa kau nak sangat jumpa aku?" Soal Zenith hairan.

Kirito tersenyum mendengar soalan yang dilontarkan.

"Aku datang. Nanti kita berkenalan."

Di kedudukan Zenith. Lelaki itu bertambah hairan mendengar perkataan yang keluar dari bibir orang yang tidak di kenalinya itu. Perkataan Kirito seakan menggambarkan dia begitu dekat dengan Zenith.

"Kirito? Kenapa awak mengelamun?" Soal Miyako risau.

Susana tenang tadi berubah bingit serta merta setelah pertalian minda diputuskan oleh Kirito. Lelaki bermata merah itu menoleh ke bawah.

"Tak ada apa. Kau dah pilih yang patut di masak nanti?" Soalnya kekok apabila tertangkap mengelamun.

Miyako mengangguk.

"Biar aku bayarkan." Beberapa keping emas dikeluarkan dari kantung lalu diserahkan kepada penjual ikan yang sedang menunggu bayaran.

"Sekarang kita beli daging. Dua ekor naga dekat rumah tu tak reti makan sayur,"

Miyako menjongket sedikit kening.

"Naga?" Soalnya.

"Tak ada apa-apa. Dah jom beli daging dengan barang dapur lain. Lepas ni aku ada tugas lain nak buat," Pantas tangan Miyako ditarik lembut oleh si Demon King.

Seperti seorang kanak-kanak yang polos, Miyako ikutkan saja kehendak penyelamatnya itu. Baginya tangan Kirito besar dan hangat. Membuat keinginan untuk selalu bersama dengannya sentiasa wujud mendakap diri.

"Oi, Kirito!"

Langkah Kirito termati apabila seseorang memanggil namanya. Kirito menoleh ke arah sumber suara tadi lalu diamati siapa gerangan si pemanggil.

"Noaki?" Soalnya sendirian.

"Kau bawa siapa ni?" Si pemanggil yang berambut kuning keemasan menyoal setelah berada di hadapan sahabat barunya.

"Tak perlu tahu." Dingin Kirito membalas.

Noaki mengecilkan matanya.

"Kekasih kau?" Soal Noaki lagi.

Miyako tersentak mendengar soalan dari lelaki yang tidak dia kenali itu. Wajahnya kembali berona merah.

"Hmm.." Pendek Kirito membalas.

Rakannya sudah tersenyum sinis. Ada agenda hendak mengusik lelaki batu di hadapannya.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Kirito pula.

"Aku ada misi dekat sini," Ujar Noaki jujur.

"Misi? Bukan ke lepas kita habis akademi baru kena bagi misi?" Raut wajah Kirito berubah hairan.

Noaki tersengih.

"Kes aku lain sikit. Nanti aku bagi tau kau. Ni masa rehat aku dah tamat," remaja harimau jadian itu pun beredar. Sebelum beredar sempat dia menepuk bahu rakannya itu.

"Awak kenal dia?" Soal Miyako yang sejak tadi lagi mendiamkan diri.

Kirito angguk saja.

"Tak ada masa nak terangkan. Jom beli barang,"

Hampir setengah hari kedua pasangan itu menghabiskan masa di kawasan persekitaran jeti Esfahan. Sambil menikmati keindahan sempat juga mereka membeli barang keperluan harian. Jeti Esfahan begitu terkenal dengan kawasan yang indah dan tempat makanan yang begitu lazat. Pelancong dari kerajaan jiran juga ada yang datang untuk menikmati suasana di jeti tersebut.

"Hahuhah! Penat!" Miyako duduk bersandar pada bahu Kirito. Di tangan gadis itu terdapat banyak barang belian mereka. Di tangan Kirito juga tidak terkecuali.

"Kita hantar barang ni pulang dululah. Lepas tu kira pergi pantai sana tu," Cadang Kirito.

Miyako akur saja. Dia sudah penat membawa barangan yang begitu banyak.

Kirito mengumpulkan barang belian mereka pada satu kawasan. Lalu tidak lama kemudian barangan itu pun hilang ditelan portal yang tercipta.

"Jom!" Melihat keadaan penat yang luar biasa pada diri si gadis musang, Kirito menawarkan diri untuk mendukungnya.

"Erk, tak apa ke? Saya berat." Soal Miyako risau. Lihat saja belakang badan Kirito sudah buatkan dia serba salah.

"Tak apa. Naik jelah. Kaki kau tu bukan dapat jalan lagi lepas ni," Sindiran tepat mengenai pangkal hati.

Miyako akhirnya bersetuju. Belakang badan Kirito di panjat. Lalu kedua pasang tangannya melingkari leher si jejaka bermata merah itu.

Setelah memastikan Miyako sudah stabil di belakangnya, Kirito berdiri. Langkahnya diatur menuju pantai. Tujuannya ke sana hanya untuk mendekati jeti yang di maksudkan di dalam perbualan tadi.

Sampai di kawasan yang berombak, Miyako terpana melihat keindahan matahari terbenam.

"Cantiknya!" Teruja si musang.

Kirito tersenyum nipis. Kakinya melangkah pula pada jeti berdekatan. Sehinggalah mendekati kurungan sangkar yang tidak lagi di kawal ketat oleh tentera Esfahan.

Dengan penuh selamba dia mengetuk jeriji sangkar.

"Siapa kau?" Sinaran mata keemasan terlihat di balik ruangan gelap.

"Dah lupa?" Soal Kirito.

"Berambus! Aku tak perlukan manusia untuk tolong aku," Halau Zenith.

"Sayangnya, aku bukan manusia." Kirito menggeleng kecil. Senyuman sinis terlakar dibibir jejaka itu.

Tajam mata si syaitan merenung Kirito.

"Hmm.. Aku ada tawaran untuk kau,"

"Kirito, kenapa dia terkurung?" Soal Miyako polos.

Kirito menoleh pada Miyako yang polos itu.

"Sebab dia syaitan. Lemah atau kuat mereka akan dibunuh. Alasan kerajaan dunia kerana syaitan puak yang membinasakan. Sekali kau berjumpa dengan syaitan kau berkemungkinan mati!" Miyako tersentak mendengarnya. Dia sedar dirinya juga syaitan. Tapi dari kaum yang berbeza.

Zenith tertawa sinis.

"Kau tau kau akan mati bila bersemuka dengan aku. Kenapa masih bagi tawaran?! " Soalnya.

"Pertama aku bukan manusia. Kedua aku lebih berminat berkawan dengan syaitan," Ujar Kirito tenang.

Terlihat syaitan di hadapan Kirito mendengus geram.

"Sekarang bagi tangan kau." Arah Kirito. Matanya tajam merenung wajah Zenith.

Seakan terpukau. Zenith hanya akur dengan perintah Kirito. Tangannya dihulurkan.

SLASH!

Sebilah belati merobek telapak tangan Zenith. Darah merah keluar membuak-buak.

"Awak!" Jerit Miyako terkejut.

Kirito abaikan jeritan ketakutan Miyako. Pada telapak tangan Zenith dia melukis suatu simbol dengan menggunakan darah syaitan asing itu sendiri.

"Aku panggil kau malam ni," Ujarnya.

Zenith tidak menyahut. Malah wajahnya langsung tidak mempamer sebarang riak sakit atau terkejut kerana telah berada di dalam pengaruh pukau milik Kirito.

"Kita pulang," Sebuah portal muncul di belakang Kirito.

Setelah kedua pasangan itu hilang beberapa orang tentera Esfahan muncul. Bimbang sekiranya ditinggalkan lama kurungan Zenith, lelaki syaitan itu akan hilang.

"Kenapa awak cederakan dia?" Soal gadis musang yang masih di dukungan Kirito.

"Untuk kebaikan dia. Dengan cara tu aku boleh panggil dia ke sini sekali gus menyelamatkan dia dari dibunuh," Terang Kirito lembut. Tubuh Miyako diturunkan setelah penerangan itu sesekali.

Si gadis musang itu mengangguk faham. Seketika dia mendongak. Hajatnya hendak mencari anak mata Kirito untuk ditatap.

"Kenapa?" Soal Kirito hairan apabila dia ditatap lama oleh si gadis.

"Terima kasih," Ujar Miyako ikhlas lalu pipi Kirito dikucup sebelum beredar pergi.

Kirito tersentak. Pipi kanannya disentuh lama.

"Nampaknya anak kau dah jatuh cinta dekat aku Oga, Amy." Gumam jejaka bermata merah itu. Dia mendongak untuk menatap taburan bintang di langit yang kian mengelap.

Di dada langit pula, bintang-bintang yang bertaburan seakan membentuk wajah Oga dan Amy. Ketika itu Kirito seakan dapat menangkap kemarahan yang terlakar di wajah Oga.

"Kau dah mati buat cara mati. Aku yang hidup ada misi untuk pikat hati anak kau!" Dia tertawa di hujung ayat. Setelah itu lantas Kirito masuk ke dalam rumahnya.

.
.
.
.
.


Zenith menghela nafas berat. Tangannya yang tiba-tiba saja berdarah membuatkan dirinya lemah. Sudahlah sebelum sampai ke jeti Esfahan dia sudah di pukul sekarang telapak tangannya pula di toreh, habis darahnya jika begini. Malah ada satu simbol misteri terukir. Paling menghairankan, simbol misteri itu tidak mampu terpadam walaupun ianya terbentuk dari darahnya.

Bunyi kereta kuda menuju ke penjara utama Esfahan sedari tadi menemaninya sehinggalah sampai ke pintu utama pagar penjara terbesar di Esfahan.

Seterusnya sangkar yang menempatkan dirinya di sorong masuk ke dalam salah satu bilik tahanan. Setelah di masukkan ke dalam bilik itu dia ditinggalkan sendirian.

"Sampai sini jeke hidup aku? Kalau macam tu maaf ayah, Zen tak sempat nak cari peninggalan Demon King," Gumamnya. Titisan air mata mengalir melalui pelupuk mata si syaitan.

"Hey, Kirito ke mana kau pergi tadi? Lama betul!" Di rumah gah milik Kirito, Shiki si naga menyoal.

"Dating," Ringkas jawapan si Demon King.

Shiki terlopong.

"Miyako, Kyoji! Masak banyak sikit malam ni. Kita ada tetamu sekejap lagi," Arah Kirito tenang.

Kamachi yang sedang membaca surat berita terkini mengerutkan dahi.

"Ada ke orang yang nak ceroboh hutan larangan ni?" Sindir Lezabel.

Sindiran di balas tenang.

"Tak mustahil kalau tetamu tu syaitan!"

Tubuh Shiki mengeras. Manakala Kamachi pula terkejut.

"Syaitan?" Soal Lezabel turut terkejut. Sudah lama dia tidak mendengar puak yang hampir pupus itu. Kini ianya muncul pula? Mustahil?

"Kenapa tak percaya?" Soal Kirito sinis.

Ketiga orang yang berada di ruang tamu itu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Kirito. Ketiga-tiga mereka juga mengangguk serentak.

Kirito angkat bahunya lalu hujung ibu jari digigit. Darah yang keluar dijadikan dakwat untuk melukis simbol pemanggil. Setelah selesai sebaris mantera diungkapkan.

Shiki duduk merapat dengan Kamachi begitu juga Lezabel apabila cahaya merah menyerbu ruang tamu tempat mereka berehat.

Habis sahaja cahaya yang menyilaukan tadi, Kyoji dan Miyako lantas ke ruang tamu. Bimbang ada perkara yang tidak diingini berlaku.

"A.. A.." Kamachi ternganga luas begitu juga Lezabel. Si naga betina itu jelas terkejut dengan apa yang berada di hadapan matanya. Setahu dia hanya orang yang memiliki jumlah kuasa yang banyak saja mampu memanggil syaitan. Tetapi Kirito? Daya kuasanya saja Lezabel tidak mampu mengesannya.

"Zenith!" Ujar Miyako.

Continue Reading

You'll Also Like

16K 89 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
68.4K 330 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
4.6K 24 6
kisah dendam darwish ke ustazahnya kerana darwish kkna gantung sekolah akibat rokok
27.1K 127 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain