Muzika Melodia

By Merci_Misha

491K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... More

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎67💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!

💎43💎

4.4K 376 24
By Merci_Misha

Daripada ingin keluar bersama aku, akhirnya Min Hyuk membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama The Blue Silhouette di The Green's Cafe. Hal ini kerana setiap ahli berada dalam kedukaan dan Min Hyuk tidak ingin melukakan hati sesiapa. Bagi mendapatkan privasi, kami menempah sebuah bilik khas untuk kami di kafe tersebut agar tidak diganggu oleh sesiapa.

Insan yang banyak menumpahkan air mata ialah Olivia. Dalam diam-diam, dia teresak sendirian. Dialah yang paling berharap untuk menang kerana dia sudah pun berada di tahun akhir. Buat masa ni, kami membiarkan dia duduk bersendirian di atas sebuah kerusi kayu yang terletak berhampiran dengan tingkap.

Masing-masing melayan perasaan sambil menjamah makanan. Hanya Faron sahaja yang kurang menunjukkan perasaan sedihnya dengan menghabiskan masa menghadap telefon pintar.

Tok, tok!

Pintu bilik khas kami itu diketuk dari luar. Jika mahu dikatakan ada orang yang akan menghantar makanan, pelik pula. Kerana setiap pesanan kami telah pun dihantar lengkap.

Reuben bangkit dari duduk lalu membuka pintu. Kehadiran seorang jejaka yang memakai topi membuatkan beberapa ahli kumpulan kami berwajah bengis.

Dialah Emran, sahabat Talha dari kumpulan Cloud Speaker dan telah melepasi peringkat pertama Le Musique Concurrence.

Terketar-ketar dia di situ apabila renungan tajam diberikan oleh Reuben yang sedang memegang pintu daripada tertutup. Matanya mencari-cari kelibat seseorang dan akhirnya terjumpa jua.

"Talha, sini kejap." Panggilnya seraya menggamit Talha. Tanpa membuang masa, Talha segera bangun dan melangkah keluar.

~~~~~~

Berduanya mereka di luar pintu itu, perlahan-lahan Talha mendekati Emran.

"Kamu okey tak? By the way, tahniah menang!" Ujar Talha dengan penuh positif. Walaupun begitu, gerak-geri Emran membuatnya curiga.

"Talha, sini dekat sikit." Bicara Emran, berbisik. Mereka kini sedang duduk mencangkung di sudut dinding sambil berbisik-bisik.

"Kumpulan kami tidak menang secara adil sebenarnya." Ujar Emran dengan berani.

Talha membuntangkan matanya memandang Emran. "Kenapa kau bagitahu aku?"

"Kita orang Islam, tidak boleh berlaku tidak adil. Walaupun saya hanya main kastenet, saya tak mahu terima yang kami menang." Emran berkata lagi seraya memandang sekelilingnya. Gerun sekiranya ada yang mencuri dengar.

Sambil menggosok dagu, Talha bertanya lagi. "Macam mana kamu tahu tentang ini?"

"Saya tak pasti tapi saya ada terdengar yang ada juri yang kena ugut atau menerima rasuah. Tak pun, mereka ada ahli yang menggunakan magis tertentu atau ada ahli yang ada talian dengan orang atasan. Saya tak tahulah." Balas Emran yang kedengaran bagaikan sudah pasrah. "Disebabkan dalam kumpulan kalian ada orang-orang kuat, saya berharap sangat akan ada yang jatuhkan kami yang menang secara tidak adil ini." Sambungnya.

Talha menganggukkan kepalanya. "Baiklah. Kamu jangan cerita tentang ini pada Asraf. Kalau tidak, mengamuk dia sampai baling kerusi." Kata-katanya mengundang tawa Emran.

Selepas bersalaman dan membuat beberapa hand shake, Emran mengucapkan selamat tinggal. Kemudian, Talha kembali ke bilik khas mereka itu dan membuka pintu dengan penuh dramatik sekali.

"Kamu semua, kita ada banyak benda nak kena bincang."

~~~~~~

Tap! Tap! Tap!

Koridor blok itu dihiasi larian sekumpulan pelajar yang berpakaian serba biru. Tanpa menghiraukan orang lain yang melihat, mereka memekik-mekik menyuruh mereka memberikan laluan. Disebabkan terdapat beberapa orang pelajar yang berpengaruh dalam kumpulan itu, mereka memberikan laluan dengan penuh hormat sekali. Kamilah yang sedang berlari itu. Kamilah, The Blue Silhouette.

Setibanya di hadapan pintu pejabat, kami menerjah masuk tanpa mengetuk. Di situlah kami ternampak Lady Beatrix baru sahaja ingin membuka pintu untuk keluar. Dia yang terlihat kami tercengang-cengang di situ hanya tersenyum kecil.

"Hello there. Ada apa datang sini?" Soalnya mesra.

[Skip]

Segalanya telah diceritakan lengkap.

"Oh, I see. Saya percaya dengan kalian sebab memang saya rasa sangat lain ketika memegang kertas keputusan itu. Saya pergi ambil kejap kertas itu ya." Lady Beatrix berkata tenang sebelum bangkit dari duduk lalu menuju ke pejabat persendiriannya yang berada di bahagian belakang.

Kami berdiam diri di sudut perbincangan guru itu sambil memandang satu sama lain. Walau masih dalam keraguan dan kesedihan, mereka tetap ingin mempercayai wanita itu.

Lady Beatrix tiba dengan dua helai kertas di tangan. Dia meletakkan kedua-dua helaian kertas itu di atas meja. Tangannya diletakkan ke atas kedua kertas tersebut lalu mata dipejamkan.

"Oboe Reveal." Ucapnya dalam kata-kata magis. Nama pemenang yang berada di atas kertas tersebut perlahan-lahan berubah kepada nama pemenang sebenar.

Nama kumpulan The Flower Garden bertukar kepada nama kumpulan kami, The Blue Silhouette manakala nama kumpulan Cloud Speaker bertukar kepada nama pemenang sebenar iaitu Aesthetic Sketch.

Kami semua amat terkejut akan perubahan yang mendadak itu. Nampak sangat kedua-dua kumpulan ini berkomplot untuk menipu dalam pertandingan terbesar di Ochestra World. Perkara ini amat serius.

Kami segera memandang Lady Beatrix yang masih terpaku memegang kertas-kertas tersebut. Wajahnya yang sentiasa kelihatan tenang itu kini kelihatan amat marah. Tidak dia sangka, pelajar sekolah berprestasi tinggi ini sanggup berbuat demikian hanya untuk menang.

Tanpa berkata apa-apa, beliau serta merta berlari ke pejabat beliau. Dalam diam, kami mengikutinya dan mengintainya melalui muka pintu.

Tangannya laju menekan papan kekunci komputer. Apa yang aku dapat lihat ialah, segala sistem sekolah sedang diubahnya dengan pantas sekali. Habislah jikalau sesiapa yang main-main dengan seorang yang memegang segala aturan ini di dalam tangannya.

"My lady, may we know what you just did?" Tanya Reuben, hairan.

Ktak! Butang 'insert' ditekannya. Kemudian, beliau berpusing ke arah kami dengan kerusinya yang beroda.

"Saya-"

~~~~~~

Di segenap kawasan Muzika Melodia, semua Melody Caller memberi notifikasi kepada setiap pelajar. Melihatkan itu, kami yang berada di dalam pejabat turut meletakkan Melody Caller ke telinga masing-masing. Sebuah pengumuman telah dibuat berkenaan pemenang Le Musique Concurrence.

"Selamat petang kepada semua pelajar. Pengumuman ini sangatlah penting maka jika kalian terlihat ada rakan kalian yang tidak memakai Melody Caller sekarang, tolong arahkan mereka agar bersedia untuk mendengar mesej ini."

"Dua kumpulan yang telah terpilih untuk ke acara Le Musique Concurrence yang seterusnya iaitu The Flower Garden dan Cloud Speaker, telah berganding bahu dalam menipu para juri dan para pelajar. Mereka telah menggunakan magis khas untuk menukar nama pemenang sebenar kepada nama kumpulan mereka.

"Dengan ini, saya ingin memberitahu bahawa ahli kumpulan ini telah dilarang sama sekali untuk memasuki Music Autumn, blok Izili dan lencana Melody Student kepada pelajar tertentu harus dipulangkan semula. Selain itu, dua kumpulan ini telah diharamkan untuk memasuki mana-mana pertandingan yang diadakan di sekolah tidak kira sama ada peringkat sekolah mahupun negara. Sekian terima kasih."

Pada waktu itu, mana-mana ahli dari dua kumpulan itu yang berada di dalam Music Autumn dan terdengar akan mesej tersebut terkejut lalu cuba untuk melarikan diri. Tidak sempat untuk memegang apa-apa, mereka dilempar keluar dari satu-satunya tempat istimewa di Muzika Melodia.

Ahli kumpulan yang memiliki lencana Melody Student pula telah ditahan oleh pengawas sekolah dan lencana mereka itu diambil semula.

Kami bersembilan yang mendengar akan pesanan itu mengunci mulut. Kini, rasa bersalah pula mengurung diri.

"Tapi Lady Beatrix, tak rasa macam ekstrem sangat ke? Manalah tahu ada ahli mereka yang tidak tahu akan kejadian ini? Mungkin hanya segelintir yang berkomplot tanpa memberitahu rakan mereka yang lain?" Justin cuba untuk meraih simpati untuk mereka yang lain.

Hanya senyuman lembut yang diberikan oleh Lady Beatrix. "Jangan risau. Saya tahu semua tentang pelajar di sekolah ini. Dengan magis saya, saya akan membantu mereka yang tidak bersalah." Balasnya sopan.

"Sebab itulah peringkat kedua ini kita harus ke rumah setiap orang untuk mengenali satu sama lain. Itu penting!" Kata Faron untuk menaikkan semangat kami.

"Betul tu. Saya sangat berterima kasih kepada kalian kerana memberitahu saya. Jikalau tidak, jatuhlah nama Muzika Melodia kerana menghantar penipu ke pertandingan sebenar nanti." Tutur Lady Beatrix dengan senyuman. "Saya akan bincang dengan pihak atasan. Kalian boleh pulang berehat."

Kami semua mengangguk faham. Kemudian, kami beransur-ansur keluar dari pejabatnya.

"Hailey." Panggil Lady Beatrix. Aku segera berpaling.

Senyuman kecil dihadiahkannya pada aku. Aku faham senyuman itu. Dia ingin menyatakan tahniah kerana telah berjaya selangkah dalam menaikkan nama Muzika Melodia tanpa menggunakan nama keluargaku, Chanson.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

*Character for today : Kazue Mayu!*

Continue Reading

You'll Also Like

7.2K 409 17
Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila F...
80.2K 8.8K 63
GENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba-tiba kini bernekad untuk menyelesaikan m...
560K 43.6K 86
White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin dia mahu percaya? jika dia masih kanak-ka...
202K 19.4K 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun p...