TATKALA CINTA TERUJI

By Pena_Putera

12.7K 374 14

[TATKALA CINTA TERUJI] - PENA PUTERA SINOPSIS :- PERKAHWINAN yang terbina atas dasar persahabatan orang tua m... More

PROLOG I
PROLOG II
BAB 1 (NEW EDITION)
BAB 2 (NEW EDITION)
BAB 4 (NEW EDITION)
BAB 5 (NEW EDITION)

BAB 3 (NEW EDITION)

843 24 1
By Pena_Putera

"TAHNIAH encik. Berdasarkan pemeriksaan sebentar tadi, isteri encik telah disahkan hamil dua bulan," ujar doktor wanita yang merawat Hamidah. Riak wajah Hussein berubah ceria dan kelihatan amat bahagia mendengar keputusan pemeriksaan tersebut. Dia memandang isterinya dengan gembira.

"Alhamdulillah. Betul ke, doktor?" Hussein meminta kepastian sekali lagi. Dia seperti tidak percaya dengan berita gembira yang baru sahaja didengarinya tadi walau sudah pasti jelas itulah kenyataannya.

Perlahan Hamidah menghampiri suaminya dan duduk di samping Hussein. Berbeza dengan suaminya, wajah Hamidah tidak beriak. Seolah-olah berita gembira ini tidak menyentuh hatinya.

"Saya nasihatkan puan untuk jaga kandungan dengan baik. Jaga makan, jaga diri... Setiap bulan jangan lupa datang check-up kandungan."

Hanya anggukan kepala sebagai jawapan mengiyakan nasihat doktor tersebut. Hamidah benar-benar seperti tidak berperasaan ketika ini.

"Kalau macam itu, terima kasih doktor."

"Sama-sama."

Mereka berdua keluar dari bilik rawatan. Wajah Hussein yang ceria tadi masih tidak berubah. Dia sungguh bersyukur dengan kurniaan Allah ini untuknya dan keluarganya sebagai penambah seri dalam kehidupan mereka. Ternyata masih ada lagi rezeki cahaya mata buat mereka.

"Midah, abang rasa gembira sangat dengar Midah mengandung lagi. Ya Allah, bahagianya abang rasa." Hussein mengukir senyuman paling manis. Senyuman seperti itu kelihatan benar-benar ikhlas dan kerana keikhlasan tersebut, perkara itu membuatkan Hamidah lebih serba-salah.

"Kenapa sayang abang ini? Muka masam aje daripada tadi. Sakit lagi, ke?"

"Abang..."

"Ya?"

"Midah tak rasa Midah bersedia dengan semua ini."

Hussein tersentak dengan kata-kata isterinya.

"Apa maksud, Midah?"

"Midah... Midah cuma rasa belum sampai masa yang sesuai untuk ini. Midah takut."

"Ya Allah, Midah... Bawa mengucap. Rezeki Allah ini. Apa Midah cakap?"

Hamidah menundukkan kepalanya. Perasaan serba-salahnya semakin mendalam. Dia tahu kata-katanya itu seperti menolak rezeki, tetapi apa gunanya jika menipu diri seakan bahagia jika dia takut menderita?

"Midah... Abang faham perasaan Midah tapi abang janji, kali ini semua perkara itu tak akan lagi berulang. Abang janji, Midah. Percayalah dengan janji abang." Hussein menabur janji terhadap isterinya supaya isterinya dapat menerima dengan hati yang lebih terbuka dan berasa lebih tenteram.

"Abang..."

"Dengar sini, Midah. Abang akan kotakan janji abang dan abang akan sentiasa menjaga Midah. Jangan dirisaukan sangat. Terkesan pula pada kandungannya nanti."

Mahu tidak mahu, Hamidah hanya akur sebagai seorang isteri. Dia tidak mahu menghampakan suaminya hanya kerana traumanya pada masa silam. Kebahagiaan ini tidak boleh dihancurkan hanya gara-gara perkara itu. Mungkin, ini adalah pemberian untuknya bagi menggantikan yang telah pergi.

Ya Allah, kuatkanlah hati hamba dan teguhkanlah hati hamba untuk keputusan hamba menyimpan kandungan ini.

"MACAM mana, Hussein? Doktor cakap apa tadi?" tanya Zainun sejurus anak dan menantunya pulang daripada klinik. Azyah yang baru pulang dari sekolah terus meluru ke ibunya itu lalu memeluknya.

"Ibu pergi klinik, ke? Ibu sakit apa?" tanya Azyah risau dengan keadaan ibunya. Hamidah hanya tersenyum tanpa menjawab soalan anaknya.

"Azyah, Rayyan... Ayah nak tanya sesuatu ini."

"Ayah nak tanya apa?" tanya Rayyan.

"Kamu berdua suka tak kalau dapat adik baru?"

"Azyah suka. Azyah nak adik baru!" Azyah menjawab penuh semangat.

"Kalau Azyah suka, nanti bila ibu lahirkan adik baru, Azyah kena jaga dia baik-baik."

"Azyah nak dapat adik baru, ke?"

Hussein mengangguk lalu menggosok kepala anaknya. Azyah terus menjerit gembira kerana dia akan menimang seorang adik baru. Tidak lama lagi, dia akan bergelar seorang kakak.

"Midah mengandung ke, Hussein?" Zainun membulatkan mata seakan tidak percaya.

"Ya, umi. Doktor beritahu tadi Midah dah mengandung dua bulan."

"Ya Allah, Midah... Alhamdulillah. Syukur pada-Mu, Ya Allah." Zainun segera memeluk menantunya erat dengan linangan air mata bahagia. Hamidah buntu dengan penerimaan orang sekeliling. Reaksi mereka semua berbeza dan itu sudah jelas dengan apa yang dijangkakan. Tidak mungkin mereka akan beranggapan sama dengannya.

"Rayyan... Kenapa tercegat di situ? Muka monyok aje. Tak suka dapat adik baru?" Hussein menyoal anak sulungnya yang tercegat berdiri tanpa memberi reaksi suka atau tidak suka. Mendengarkan soalan tersebut, Rayyan hanya menunduk sahaja.

Hamidah lantas menunggu jawapan daripada anaknya. Namun, dia perasan riak wajah anak sulungnya itu tidak kelihatan terlalu gembira. Seperti tidak suka mendengar berita kehamilannya.

"Abang, nanti kita berdua ada adik baru. Bolehlah kita main dengan dia nanti." Azyah memegang tangan abangnya sambil tersenyum. Sempat terbayang di fikiran yang dia dan abangnya akan seronok bermain dengan ahli keluarga baru mereka tidak lama lagi. Pasti riuh rendah rumah nanti.

Sebaliknya, Rayyan melepaskan tangan adiknya kasar. Bukan sahaja Azyah yang terkejut, malah seluruh isi rumah itu juga tergumam dengan tindakan Rayyan yang tiba-tiba kasar itu.

"Rayyan nak masuk bilik." Tanpa mengendahkan pandangan sesiapa, Rayyan menapak pergi dari situ menuju ke bilik tidurnya.

"Rayyan! Rayyan! Sini!" panggil Hussein dengan nada tegas. Kecewa dengan perangai anaknya tadi.

"Sudahlah Hussein, nanti umi pergi tengok dia. Adalah itu masalah dia." Zainun cuba menenangkan hati anaknya.

"Makin hari, makin menjadi perangai budak ini. Tak boleh ditegur. Mulalah nak merajuk."

"Apa kamu cakap ini, Hussein? Cuba bawa bertenang dulu. Jangan nak marah aje."

Hamidah hanya membisu seribu bahasa. Matanya memandang anak sulungnya pergi. Dia dapat merasakan, anak lelakinya tidak dapat menerima berita ini dengan hati yang lapang. Dan dia boleh memahaminya.

"RAYYAN..." Zainun memanggil cucunya di sebalik pintu. Di celah ruang kecil antara pintu itu, dia dapat melihat cucunya sedang duduk di katil menghadap dinding kosong. Entah apalah yang berada di fikirannya itu ketika ini?

"Kalau mek nak masuk, boleh?" tanya Zainun sebelum masuk. Cucunya itu hanya mengganggukan kepala. Setelah diberi keizinan, Zainun menghampiri cucunya dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Dia cuba berlembut dengan cucunya.

"Kenapa cucu mek seorang ini? Masam mukanya. Ada apa-apa kamu nak kongsi dengan mek?"

Rayyan menggeleng. Dia enggan mahu meluahkan perasaannya itu. Dia takut jika dia beritahu, dia akan dimarah hanya kerana pendapatnya yang bercanggah dengan mereka.

"Beritahulah mek. Mek tak marah kalau kamu beritahu. Tapi, mek lagi sedih kalau kamu pendam sendiri." Seakan tahu dengan ketakutan cucunya, Zainun cuba memujuk cucunya untuk berkongsi cerita.

"Kamu tau, kan... Mek tak pernah marah kamu. Mek sayang kamu. Kalau tengok muka cucu mek monyok macam ini, mek sedih sebab mek tak tahu apa perkara yang buat kamu rasa macam ini. Beritahu mek, ya?"

Tanpa sedar, air mata bergelinangan keluar dari mata Rayyan. Tercungap-cungap nafasnya cuba menahan tangisan. Mahu mengawal perasaan di hadapan neneknya. Dia tidak mahu neneknya tahu.

"Rayyan, kamu janganlah risau sangat. Mek sentiasa ada dengan kamu. Mek akan sayang kamu sepenuh hati mek."

"Mek..." sayu suara kecil itu memanggil.

"Ya?"

"Rayyan tak nak adik baru. Rayyan tak suka." Akhirnya Rayyan meluahkan isi hatinya tentang penerimaannya terhadap berita kehamilan ibunya. Dia benar-benar tidak suka dengan berita tersebut.

Zainun menghela nafas perlahan. Seperti yang diagak akan jawapannya. Dia memeluk lebih erat cucunya dalam dakapan.

"Rayyan tak boleh cakap macam itu. Kesian adik nanti sebab abang dia tak suka dia."

"Tapi, nanti kalau ada adik baru, Rayyan kena marah dengan ibu lagi."

Ya Allah... Hati tuanya seperti tertusuk dengan pisau mendengarnya. Automatik air matanya turut jatuh mengalir. Perasaannya menjadi semakin sebak. Apa yang sudah dipendam selama ini oleh cucu kecilnya? Seperti tersimpan kesakitan dan ketakutan yang mendalam dalam diri anak kecil itu.

"Kamu cakap apa, Rayyan? Ibu kamu tak akan marah kamu. Ibu kamu kan sayang kamu. Tak akan dia nak marah kamu."

"Tipu! Rayyan tak suka ada adik baru. Ibu tak pernah sayangkan Rayyan. Ibu selalu marahkan Rayyan. Ibu benci Rayyan."

"Ya Allah, Rayyan... Sabar, cu. Jangan fikir macam itu. Tak ada ibu yang tak sayangkan anak-anaknya. Semua ibu sentiasa sayangkan anak-anaknya. Percayalah, sayang." Zainun cuba memujuk kesedihan cucunya.

Tidak tergambar betapa sedihnya dia mendengar luahan si kecil itu. Dapat dia rasakan kesakitan yang dipendam cucunya selama ini dan berasa amat simpati.

Ya Allah, jagalah anak kecil ini. Sentiasalah letakkan dia berada di bawah lindungan-Mu.

Continue Reading

You'll Also Like

38.6K 2.7K 38
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...
1.9M 86.6K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
24.2K 2.9K 22
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
468K 16.7K 70
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...