Aแด‹แดœ, Isแด‹แด€ษดแด…แด€ส€ DแดขแดœสŸแด‹แด€ส€ษดแด€ษชษดโœ“[TE...

By samperitmilo

138K 1.9K 280

PUBLISHED UNDER Mangosteeen Publication ยฉ Tajuk di pasaran : Pada Subuh Yang Membawaku Pergi BOOK #1 of ๐•ฑ๐–—... More

2| UPSR (edited)
30 | Memori
Some memory (special)
Jumpa Nain di Pesta Buku Selangor
Sambungan Kisah!

6 | Part time

5K 481 54
By samperitmilo

Guni-guni beras diluar kedai dimasukkannya ke dalam. Perbuatannya diperhatikan oleh tuan kedai sejak tadi. Namun, Iskandar hanya tidak mengendahkannya dan cuba menyudahkan kerja itu secepat mungkin.

"Nain." Tegur Pak Mail.

"Ya, pak cik." Usai sahaja mengangkat kesemua guni beras, dia bergerak ke kaunter. Di situ Pak Mail perhatikannya sejak tadi.

"Kenapa kau kerja? Ayah kau bukan engineer ke? Minta je la duit dekat bapak kau tu." Puntung rokok yang sudah memendek dibuangnya.

"Saja tambah duit poket." Dalih Iskandar. Orang luar akan melihat keluarganya serba cukup padahal hanya dia yang rasa betapa mereka hidup dalam kekurangan. Disebabkan slip gaji ayahnya la, dia sukar untuk mendapatkan biasiswa di sekolah.

"Nanti sudahkan kemas stor belakang. Tengok barang apa tak cukup, buat senarai bagi aku." Ujar Pak Mail.

"Tapi pak cik... Saya nak cakap pasal gaji."

Pak Mail memandang Iskandar.

"Gaji RM10 sehari tak cukup la pak cik. Saya kerja dekat sini 14 hari, RM140 je saya dapat nanti." Jujur Iskandar.

"Dah kerja kau senang je. Susun barang, kemas kedai, apa lagi? Mana boleh bayar mahal-mahal. Kedai runcit aku ni pun kecil je." Pak Mail berkerut melihat remaja itu. Dilihatnya atas dan bawah.

"Pak cik ada kerja tambahan tak? Saya boleh buat dua kerja asalkan gaji saya banyak." Iskandar masih bersungguh-sungguh sanggup melakukan apa sahaja.

"Kerja?" Pak Mail berfikir sejenak. Darah muda ni memang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat duit.

"Aku ada mesin rumput dekat rumah. Kau nak tak ambil upah mesin rumput? Aku sewa dekat kau untuk 14 hari ni."

"Boleh-boleh. Berapa tu pak cik nak sewa?" Pantas Iskandar mengangguk.

"RM200. Aku bagi kau semua kelengkapan dia. Macam ni, datang kerja dekat kedai aku pagi sampai tengah hari. Nanti zohor kau pergilah mesin rumput dekat mana-mana. Tapi aku nak kau datang balik kedai ni lepas Isyak untuk tolong aku kemas-kemas dan tutup kedai. " Pak Mail menepuk bahu Iskandar. Dia membiarkan remaja itu tersenyum sehingga telinga. Bahagia betul dapat buat dua kerja.

Iskandar segera menyambung kerjanya. Jika sebelum zohor dia dapat mengemas stor belakang, Pak Mail akan memberikannya mesin rumput itu. Bolehlah, asalkan dapat tambah duit poket.

Banyak perbelanjaan yang perlu ditampung. Yuran taekwando Zulaikha lagi, perbelanjaan harian rumah dan perbelanjaannya di sekolah.

"Siapkan kerja tu cepat! " Laung Pak Mail dari kaunter kedai.

***

Zulaikha menyikat rambut ikal mayangnya di ruang tamu. Dia kusyuk menonton televisyen sejak tadi setelah tidurkan Salahuddin di biliknya. Terasa sunyi malam-malam sejak ibunya bekerja.

Ingatkan kalau abang sendiri dah balik, bolehlah lepak dengan alongnya itu. Tapi Iskandar pun bekerja sejak pagi, pukul 10 malam baru pulang. Ibunya pula akan pulang lewat malam.

"Bosannya." Keluh Zulaikha. Buku-buku rujukan di tepi sofa cuba diambil menggunakan hujung jari.

Pintu utama terkuak setelah seseorang memberi salam. Zulaikha bingkas berdiri.

"Along." Panggil Zulaikha. "Baru balik?"

"Hm." Jawab Iskandar acuh tidak acuh. Dia terduduk di sofa dengan mata yang terpejam.

"Along, kenapa ni?" Gadis itu menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Along penat." Badannya sudah lesu kerana tidak berehat sejak pagi. Memadailah dengan duit yang diperoleh hari ini. RM200 untuk upah memotong rumput buat hari ini sahaja. Bayangkanlah berapa kaki rumput telah dia kerjakan.

"Along pergilah mandi dulu lepas tu tidur."

"Hm... Nantilah."

"Kalau ibu tahu along buat dua kerja ni, habislah along kena bebel." Tambah Zulaikha.

"Hm. Ika jangan beritahu ibu tau? Kalau ibu tanya, cakap je yang along kerja dekat kedai runcit sebelah masjid tu." Iskandar menggeliat sebelum menanggalkan bajunya. Dia ingin pergi membilas badan sebelum tidur.

"Along lupa ke along tu sakit?" Soalan Zulaikha membuatkan Iskandar tersentak.

"Along tahu along sakit." Jeda. Dia memalingkan wajah kepada adiknya. "Tapi along lagi sakit kalau tengok adik-adik along tak cukup makan dekat rumah. Lagipun along nak simpan duit untuk emergency ke nanti. "

Zulaikha mengeluh perlahan. "Along, tak yah la hantar Ika pergi kelas taekwando tu. RM200 kot sebulan."

"Tak boleh, Ika kena pergi juga. Along dah janji nak jaga Ika. Ni je la yang along boleh buat supaya diri Ika terjaga."

"Tapi-"

"Ika, along sayang Ika. Along tak nak ada sesiapa sentuh Ika termasuk ayah." Iskandar mengusap kepala adik perempuannya.

"Lagi satu, belajar rajin-rajin dekat sekolah. Jangan sedih kalau tak dapat pergi sekolah asrama. Ika ni ibarat biji benih yang kalau campak di laut jadi pulau. Kalau campak di tengah padang pasir jadi hutan. Tak kisah lah dekat mana-mana pun Ika belajar, buat yang terbaik sebab Ika adik along. Lupa ke cita-cita Ika apa? "

" Ingat." Ika tersenyum manis." Ika nak jadi doktor. "

" Along tak nak lepas ni Ika mengadu tak nak pergi sekolah. Jaga ibu dengan Salah elok-elok. Ika sendiri kata tiap malam ibu menangis. Ika sanggup ke nak tinggalkan ibu sekarang ni? " Iskandar menyoal adik perempuannya yang suatu ketika beria ingin pergi ke sekolah berasrama penuh. " Along sayang Ika. "

" Kalau Ika perlukan apa-apa, beritahu along. Along boleh bagi. Cuma satu je along minta, belajar elok-elok dan jaga ibu. " Sambung Iskandar. Dia bingkas berdiri untuk pergi ke bilik mandi meninggalkan Zulaikha sendirian.

Di bilik air, dia melihat kedua belah telapak tangannya yang sudah menggeletar. Sepatutnya cuti ini dia perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan bulanan.

Kesihatan ialah perkara yang paling penting. Kalau diambil sambalewa, mungkin dia tak boleh buat macam-macam perkara lagi seperti sebelum ini. Jadi nak atau tak nak, perlulah dia pergi ke hospital keesokkan hari.

***

Malam sudah lewat tetapi batang hidung suaminya masih tidak kelihatan. Raudhah masih menunggu di ruang tamu meskipun telah pukul 1 pagi. Anak sulungnya pula telah tidur di sofa berangkai tiga di hadapannya.

Dimenungkan wajah Iskandar yang sedang nyenyak tidur. Dia masih menanti dengan sabar.

"Waalaikumussalam." Ujar Rudhah dengan sengaja apabila suaminya menapak ke rumah tanpa memberi salam. Dia bingkas berdiri.

"Kenapa awak tak tidur lagi?" Soal Faizal.

"Saya tunggu awak."

"Tidur je la. Bukannya saya tak balik rumah." Faizal sudah berura-ura ingin ke bilik tidur.

"Siapa perempuan tu?"

"Perempuan?" Keningnya terjongket sebelah.

Raudhah menghela nafasnya. Dia masih menanti penjelasan dari suaminya setelah kejadian siang tadi.

"Perempuan mana? Siapa cakap? Iskandar?" Faizal tidak mahu rahsianya pecah begitu sahaja. Dia masih terkejut ditikam dengan soalan sebegini tengah-tengah malam. Selalunya Raudhah akan tidur terlebih dahulu.

"Iskandar tak bagitahu apa-apa."

"Percayalah cakap budak mentah tu. " Jarinya ditunding ke arah Iskandar yang masih tidur. "Budak ni, dah la tak reti hormat saya. Lepastu nak tabur fitnah pula."

"Fitnah apa kalau perempuan tu sendiri yang datang rumah ni? Tak tahu malu ke datang rumah orang." Sinis Raudhah. Dia menahan sabar melihat wajah suaminya yang masih berpura-pura tidak tahu. Baru sahaja siang tadi seorang gadis awal 30-an datang ke rumahnya dan menyuruh dia agar bercerai dengan Faizal.

"Perempuan mana ni?" Faizal dengan senyuman sengetnya sudah kaget.

"Awak teruslah berlakon macam tu. "

"Eh... Sabar." Faizal segera menahan Raudhah daripada pergi. Dia menarik lengan Raudhah agar kekal berdiri di hadapannya.

"Kalau awak tak nak fikir pasal saya sekali pun, fikirlah yang kita ni ada anak-anak." Air mata Raudhah jatuh juga. Sejak tadi dia cuba menahan sedih di hadapan suaminya. Raudhah menarik lengannya kembali sebelum dia terduduk di sofa.

"Dah la, saya tak nak bergaduh tengah-tengah malam." Faizal malas hendak melayan drama isterinya. Dia melangkah pergi tanpa sedikit pun rasa bersalah di hati.

Bersilih ganti air mata menuruni pipi Raudhah. Hatinya cukup sakit untuk membayangkan wajah gadis siang tadi kembali.

Patut ke dia selesaikan masalah itu dengan cara baik? Perlu ke hanya dia yang meletakkan usaha untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan itu sedangkan Faizal seolah-olah tidak kisah?

Soalan itu berlegar-legar di fikiran Raudhah.

"Ibu menangis lagi sebab ayah." Tegur Iskandar. Dia bersandar pada sofa dengan mata yang masih merah kerana baru bangun dari tidur.

Raudhah mendiamkan diri. Dia tahu, Iskandar akan tahu semua masalah rumah tangganya.

Iskandar melabuhkan punggung di sebelah ibunya. Dilihat wajah kusut wanita itu. Dia turut berasa sakit hati dengan tindakan ayahnya yang langsung tidak menghiraukan ibunya itu.

Tubuh Raudhah ditarik ke dalam dakapan. Iskandar mengusap belakang ibunya dengan lembut. Dia tidak mahu menambahkan lagi kesedihan di hati wanita kesayangannya itu.

"Ibu jangan la nangis." Bahunya sedang dibasahi air mata ibunya. Dia masih tidak mengerti kenapa ibunya terlalu susah untuk melepaskan lelaki itu.

Tangisan kecil ibunya membuatkan dia makin risau. Sudahlah dia ni tak pandai memujuk.

"Ibu... Abang tak pandai nak pujuk." Jujur Iskandar.

Pelukan itu dileraikan Raudhah. Raudhah cuba menghapuskan air matanya dengan telapak tangan. Dia memandang Iskandar dengan lama.

"Abang sayang ayah?" Soal Raudhah.

"Tak." Jawab Iskandar.

"Tapi dia ayah abang tau."

"Abang tahu. Tapi- Tapi dia pun tak sayang abang."

"Apa-apa pun terjadi, dia tetap ayah abang. Abang kena hormat dia."

"Muka ni la yang ayah asyik marah dari kecil. Muka ni yang ayah benci. Abang tak pernah lupa selama ni dia pukul abang untuk benda yang remeh. Dia tuduh abang curi, padahal abang tak pernah sentuh pun duit dia. Macam mana ibu boleh suruh abang untuk hormat ayah?" Kedengaran suara yang dipenuhi dengan kekecewaan.

"Sebab ibu tak pernah ajar anak ibu jadi biadap."

Sepotong ayat itu cukup untuk membuatkan Iskandar mengetap bibir. Dia mengalihkan anak matanya. Ditahan rasa geram di dalam hati itu.

"Merajuk la tu." Raudhah tersenyum. "Abang... Abang sayang ibu, kan?"

"Sayang." Iskandar masih mencuka.

"Kalau sayang, senyum la. Ibu rindu nak tengok senyuman abang."

"Tipu, baru siang tadi ibu dah tengok."

"Tapi dah rindu balik." Balas Raudhah.

Iskandar akhirnya tersenyum kembali.

"Macam tu la. Pergi tidur tu. Dah pukul dua pagi ni. Esok da nak balik, kan?"

"Hm... Esok tiket abang pukul 2 petang."

"Tidurlah. Nanti esok ibu tolong kemas."

"Okay. Terima kasih, bu."

Continue Reading

You'll Also Like

6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
762 154 56
mengisahkan sekumpulan mafia bernama puplre team yang hebat dan ditakuti oleh semua mafia jahat dan kejam.mafia purple/team purple mempunyai ahli yan...
19.9K 2.1K 15
BOOK #3 of ๐•ฑ๐–—๐–Ž๐–Š๐–“๐–‰๐–˜๐–๐–Ž๐–• ๐•ฐ๐–‰๐–Ž๐–™๐–Ž๐–”๐–“ Genre: Teen fiction Sekuel novel Aku, Iskandar Dzulkarnain . . Bismillah Mungkin semua kenal siap...