Rakan Serumah

By Wh3r3isthelov3

296K 5.8K 1K

Kisah antara 2 orang asing yang tak mengenali, tinggal serumah. More

Kenji
Permulaan
Setiakawan.
Balik Kampung
Di Kampung
Kenduri
Girlfriend
Rizal
Selepas
Siapa?
Rajuk
Temujanji
Apakah
Sedar
Kenapa
Pertemuan
Tinggal
Panggilan
I ❤️ You
Kepulangan
Pengakhiran

Bengang

13.9K 248 15
By Wh3r3isthelov3

Semenjak datang kampung aku, Kenji bukan main ligat usik aku. Kemain nak bersweet sweet  bagai. Aku dah cuba kurangkan aksi2 gay aku kat dia. Tapi dia ni... Ishh... Tak makan samanlah. Ingatkan malam tadi lepas ber i.Love.You buddy tu, dah boleh membuta dah. Penat aku sepak2 dia sebab dia dok main telinga aku lah, main hidunglah. Lepas tu main bibir aku pulak. Aku dok kemam sampai penat. Dia siap gelak gelak lagi. Aku siap warning nak tidur kat bilik pun tak jalan. Penyudahnya, aku amik tangan dia, aku cium, aku genggam, barulah aman nak tidur.

"Man. Nasi goreng ado kek dapur. Nanti makan dengan Kenji. Dio masak tadi tu. Mak nak poie balai ghayo kojap. Malam ni ado kendughi tahlil kek ghumah acik Biah kau. Nanti Man mo Kenji datang sanun yo. Nolong apo yang patut."

"Nak Man hantar mak tak?"

"Takyah do. Kojap laie acik Esah kau datang bawak mak."

Berapa banyak acik ni...

"Ok mak." 

Aku ke dapur tengok Kenji dah siap hidang.

"Fikry. Jom breakfast."

Aku menuju ke meja makan dan duduk di sebelah Kenji. Banyaknya makanan. Ada nasi goreng, telur mata dengan sosej.

"Apsal hari ni rajin sangat? " 

"Eh tak boleh ke? Lagipun, takkan la nak harap mak lagi. Kesian dia."

"Jangan nak panggil mak saya mak eh."

Tiba2 dah bertukar jadi 'saya' pulak.

"Eh biarlah. Lagipun dia suruh saya panggil mak. Saya lagi suka."

"Bila masa? Tak dengar pun. Takde! Takde! Tak bo...!"

Tak sempat aku nak habiskan ayat, Kenji suap aku dengan nasi goreng. Habis berterabur.

"Ha! tu dia ubat. Pagi2 ajak gaduh."

"Kenjiiiii!!.."

Dia gelak mengekek.

Petang tu aku dengan Kenji menapak pergi rumah Acik Biah. Dari jauh nampak mak dengan geng bawang dia. Tengah membawang la tu. Mak gamit aku suruh datang. Ala malasnya...tapi aku datang jugak. Aku berpusing cari Kenji. Pergi mana ntah dia.

"Kenapa mak?"

"Nak bagitau, nanti Man mo Kenji, kalau nak balik, poie la balik dulu. Tak payah tunggu mak."

Aku sekadar mengangguk.

"Aiyo anak angah ni. Dah hensem bujang ha. Bilo nak menikah tu?". Tegur seorang makcik.

Mengilai semua auntie onion kat situ.
Mmmm.. Mula dahhhh...

"Tak maun deh Siah oi. Eden maleh nak ngato an dah. Pokok kek dio lah hai. Dah bosar." 

Mak...you are the best. Hehe.

"Mak, err..gi sana jap eh."  Main tunjuk je, sana mana entah. Aku berpusing  cari Kenji, tiba tiba nampak dia dok borak dengan sorang awek. Aku nampak dia tolong awek tu angkat pinggan mangkuk. Berjalan berdua. Aku kenal awek tu. Satu sekolah dengan aku dulu. Zaitun nama dia. Dah cantik sekarang padahal dulu biasa je. Hmmm... Nampak sesuai pulak diorang berdua. Aku terkedu. Perasaan apa yang aku rasa ni? Jealousy? Macam bukan. Tak mungkin. Aku takde perasaan dekat Kenji. Insecure? Er...ye ke?

Arghhhh..sakit hati pulak aku tengok. Tak sedar berapa lama aku tengok diorang. Sampailah Kenji panggil aku. Tapi aku buat tak nampak. Malas ah nak kacau. Aku buat isyarat tangan nak balik. Dia nampak macam terkejut. Lagipun, takde benda nak ditolong. Lepas bagitau mak, aku pun cau. Lebih kurang 3 minit menapak, aku dengar nama aku di panggil. Aku toleh belakang, tengok Kenji tengah kejar aku. Tak tau samada aku bodoh atau tak betul, aku lari dari dia.

Aku dengar dia terjerit jerit.

"Fikryyy!!.. I dapat you, taulah i nak buat apa."

Alah. Tak takut pun. Aku lari lagi laju. Aku belok ke arah bendang. Aku pusing pusing keliling. Adala dekat 5 kali pusing. Aku tengok dia masih kejar aku lagi. Aduh... Aku dah pancit ni. Dia ni stamina gajah ke apa. Aku slow down. Terus di terkamnya aku. Gila betul. Sakit badan aku jatuh atas batas. Dua dua jatuh tergolek. Dua dua termengah mengah.

"Apa ni Kenji! Sakitlah!! You ni kenapa??"  Marahku.

"Me?? How about you? Kenapa you tinggalkan i tadi?. Kenapa you lari dari i?" 

Aku yang terbaring kepenatan terdiam, tak tau nak cakap apa. Dia baring mengiring. Dia cuba usap muka tapi aku tepis. Bengang. Kali ni dia terus meniarap atas aku. Dia lock dua2 tangan aku, dengan sebelah tangan dia je.

"Oiii... Apa ni!."  Aku meronta ronta.
Tapi dia buat tak reti. Dengan tangan sebelah lagi, dia usik hidung aku. Aku elak. Dia usik bibir aku, aku gigit tangan dia.

"Ouch!"

Eleh. Bukannya kuat pun aku gigit. Aku tak pandang pun muka dia. Last last dia bangun berdiri, sambil hulurkan tangan. Aku menjeling ke arah lain.

"Come on Aman Fikry. Jangan degil."

Memang aku degil. Aku buat tak tau. Biar aku baring sini sampai malam.

"OK. Look... I'm sorry if i'm done anything wrong, please forgive me." Kenji memujuk. "Come, let's go home."  Kenji senyum handsome.

Perlahan lahan, aku capai tangan dia, dan dia tarik aku bangun. Aku pandang dia. Tapi tak senyum. Tangan still tak lepas. Entah kenapa aku bengang sangat. Dia angkat dagu aku. Dia tenung aku. Dia tengok bibir aku. Makin lama, makin dekat. Eh? Aku berdebar. Dia nak buat apa ni? Takkan dia nak cium aku tengah2 bendang ni?

"Kenji.." Aku panggil dia perlahan.

Terus dia macam tersedar.

"Sorry. Dah jom balik." Dan dia, terus lepaskan tangan aku.

Continue Reading

You'll Also Like

2.1K 239 8
Temptation Ross Contessa Kasih Suci Muhammad Farhan Kim You know the story You know the madness Now times two "Kita sanggup lakukan apa saja atas nam...
17.1K 541 18
Kisah seorang budak lelaki yg telah jatuh cinta pada seorang pembuli iaitu classmate nya sendiri malah cinta nya telah ditolak mentah ii oleh crush n...
842K 32.1K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
178K 3.2K 10
[MALAY FICTION] 9th Wattpad Story by _ljskwb. Kesinambungan kisah Alif dan Ara selepas 'Some'. Alif Arqem dan Jihan Maisarah. Kisah persoalan hati ya...