TATKALA CINTA TERUJI

By Pena_Putera

12.7K 374 14

[TATKALA CINTA TERUJI] - PENA PUTERA SINOPSIS :- PERKAHWINAN yang terbina atas dasar persahabatan orang tua m... More

PROLOG I
PROLOG II
BAB 2 (NEW EDITION)
BAB 3 (NEW EDITION)
BAB 4 (NEW EDITION)
BAB 5 (NEW EDITION)

BAB 1 (NEW EDITION)

1.3K 37 3
By Pena_Putera

SUKAR untuk dikatakan, namun kehilangan anaknya yang entah ke mana menghilang membuatkan Hamidah berasa bimbang dan tidak keruan. Dia mencari anak perempuannya itu di setiap sudut rumahnya namun tidak berjaya menemuinya. Dadanya mula berdegup kencang apabila memikirkan sesuatu yang buruk mungkin berlaku terhadap anaknya.

Sebentar tadi, dia meninggalkan anaknya yang sedang tekun belajar di ruang tamu untuk menyediakan snek buat anaknya jamu sambil belajar. Baru sepuluh minit di dapur, anaknya sudah tidak kelihatan lagi di ruang tamu. Sangkanya, mungkin ke tandas. Namun setelah menunggu sekian lama, anaknya itu masih tidak muncul.

"Azyah? Azyah?" Bibirnya tidak lekang daripada memanggil nama anaknya. Semakin lama, dia semakin risau.

"Ibu?"

Hamidah berpaling. Terlihat anak perempuannya itu sedang menjilat aiskrim ditemani anak sulungnya, Rayyan. Dia segera memeluk Azyah yang masih kecil itu sambil menangis. Rayyan dan Azyah berasa hairan dengan kelakuan ibu mereka.

"Kenapa ibu menangis?" Rayyan mengajukan soalan.

"Kamu ke mana tadi, Azyah?" Tidak mengendahkan soalan Rayyan, Hamidah menanti jawapan anak perempuannya yang dicari tadi.

"Tadi abang bawa Azyah pergi beli aiskrim," jawab Azyah sambil menunjukkan aiskrim yang dipegangnya.

Puan Hamidah memandang tajam anak sulungnya. Pandangan itu membuatkan Rayyan agak takut dengan ibunya. Dia dapat merasakan tanda yang tidak baik.

"Kenapa kamu bawa adik kamu keluar tanpa izin ibu? Kamu memang nak buat ibu risau ke?" marah Hamidah. Rayyan tertunduk takut dengan amarah ibunya.

"Maafkan Rayyan. Rayyan tak sengaja. Rayyan nak belanja..." Belum sempat menghabiskan kata, Hamidah sudah memotong.

"Sudah, ibu tak nak dengar apa-apa alasan. Lain kali kamu buat lagi, siap kamu!"

"Rayyan minta maaf, ibu..."

"Abang tak salahlah ibu. Ibu jangan marah abang!" Azyah membela abangnya daripada dimarah. Dia tidak mahu abangnya dipersalahkan. Lagi pun, dia juga yang mengikut abangnya tanpa memberitahu ibunya tadi. Salah dia juga.

"Sudah, ibu tak nak dengar apa-apa. Lain kali, jangan buat lagi. Faham!" Hamidah masih tidak mahu mengalah. Kedua-dua anaknya akur dengan arahan ibunya. Rayyan mengatur langkah lemah menuju ke biliknya. Matanya mula berair, menahan sebak gara-gara dimarah sebentar tadi.

Azyah yang melihat abangnya pergi, berasa simpati.

"KENAPA dimarahnya budak itu? Dia tak sengaja... Kasihan umi tengok budak itu," ujar ibu mertua Hamidah, Zainun tentang kejadian petang tadi setelah diceritakan Azyah. Jika cucu perempuannya itu tidak buka mulut, memang dia tak tahu langsung.

"Midah bukan sengaja umi. Midah takut kalau apa-apa jadi dekat Azyah. Itu aje, umi." Hamidah membela diri. Bukan niatnya mahu melukakan hati anak sulungnya.

"Kalau ya pun, jangan ditengking budak itu. Cuba awak tegur elok-elok." Hussein mencelah, cuba menasihati isterinya untuk mengawal diri.

"Awak cakap sedaplah. Yang rasa risau itu, saya." Hamidah sekadar menjeling suaminya.

Hussein menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Kurang berpuas hati dengan jawapan isterinya sebentar tadi.

"Sudah, sudah. Umi tak nak benda ini jadi bahan untuk kamu berdua gaduh. Midah, selepas ini jangan ulang perangai macam itu. Ada benda kita boleh marah anak. Ada benda tak boleh nak berlebihan," nasihat Zainun terhadap menantunya itu. Hamidah sekadar mengangguk.

Zainun segera bangun meninggalkan kedua-duanya di ruang tamu. Hamidah dan Hussein saling mendiamkan diri. Masing-masing tidak bersuara untuk seketika.

Tiba-tiba, Hussein menghela nafasnya, tanda mengeluh.

"Saya faham, bukannya saya tak faham. Tetapi, awak janganlah tindak berlebihan sangat. Rayyan itu anak kita juga. Bukannya Azyah seorang saja anak awak. Cubalah jangan berat sebelah sangat." Hussein memandang isterinya.

"Bukannya apa, saya cuma..."

"Cuma apa, Midah? Awak tahu tak, Rayyan itu dah banyak kali kena marah dengan awak hanya sebab kerisauan melampau awak dekat Azyah itu. Awak tak fikir perasaan dia, ke?"

Hamidah sepi membisu. Kata-kata suaminya memang makan dalam. Dia benar-benar terasa dan sedar dengan kesilapannya.

"Midah... Jangan sampai Rayyan itu rasa terasing daripada kita gara-gara kerisauan awak itu."

Hussein mengangkat punggungnya dari sofa.

"Saya ingatkan awak sekali lagi. Kawal diri awak. Kalau tidak... Saya terpaksa..."

"Tak. Saya janji, saya tak akan ulang lagi." Hamidah memotong. Dia akur dengan suaminya tanpa sebarang bantahan.

"Baguslah kalau macam itu." Hussein meninggalkan isterinya sendirian.

Hamidah membisu sendiri, memikirkan masalah dirinya. Dia berasa kesal dengan tindakannya yang melulu tadi. Tanpa sedar, dia telah melukakan perasaan salah seorang anaknya. Pening kepalanya gara-gara perkara itu. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke bilik anak lelaki sulungnya itu.

Pintu bilik dibuka perlahan-lahan. Di sebalik pintu itu, dia memerhati susuk tubuh anak kecilnya itu sedang lena diulit mimpi. Kakinya melangkah menghampiri. Dia mengambil tempat duduk di sisi anaknya atas katil. Hatinya luluh, simpati dengan Rayyan.

Wajah mulus anak kecil itu diusap-usap perlahan lalu dikucup penuh kasih di dahinya.

"Maafkan ibu, sayang... Bukan ibu sengaja. Bukan juga ibu tidak sayangkan Rayyan. Ibu sayangkan Rayyan... Ibu sayang sangat..." tutur Hamidah lembut sambil menahan sebaknya. Teresak-esak dia menahan diri daripada mengalirkan air mata.

Dalam diam, Hussein memerhati gelagat isterinya. Hatinya juga sebak. Dia faham akan perasaan isterinya, tetapi dia tidak mahu isterinya terus terbuai dengan perasaan yang lalu. Lambat-laun, isterinya perlu lupakan dan cuba untuk menjalani hidup yang baru tanpa mengenang masa lalu.

"Hussein?"

Hussein berpaling. Ternyata, uminya yang memanggil.

"Umi..."

"Boleh umi bercakap sekejap dengan kamu?"

Hussein mengangguk. Mereka berdua meninggalkan tempat itu dan melangkah ke bilik tidur Zainun. Zainun duduk di sofa berhadapan dengan katilnya. Hussein juga turut sama duduk di samping ibunya.

"Umi ada apa-apa nak cakap, ke?" tanya Husseim. Selalunya, jika uminya menjemput dia ke bilik tidurnya untuk berbincang, pasti hal itu serius.

Zainun hanya tersenyum. "Umi tak tahu nak cakap macam mana... Tapi, umi tak tahu nak kata macam mana... Kamu tahukan bagaimana umi sayangkan Midah itu macam anak umi sendiri?"

Hussein mengangguk.

"Umi tahu permintaan umi ini agak keberatan, tetapi umi harap kamu dapat pertimbangkan. Ini juga demi masa depan kamu berdua."

"Permintaan apa ini, umi?" Hussein ingin tahu akan permintaan ibunya itu.

Zainun kelihatan sedikit mengeluh. Seakan berat untuk dia mengatakan hasratnya itu.

"Umi nak Midah buat rawatan..."

"Rawatan apa ini, umi?" Hussein kelihatan agak terkejut mendengar perkataan rawatan itu. Adakah uminya menganggap isterinya tidak sihat?

"Cubalah dengar apa umi nak cakap. Kamu janganlah..."

"Umi ingat Midah itu gila, ke?" potong Hussein sebelum sempat Zainun menghabiskan kata-katanya. "Midah itu cuma trauma. Dia cuma tak boleh lupakan apa yang berlaku dulu. Midah itu tak gila umi. Kenapa kita nak beri dia rawatan pula?"

"Hussein... Umi ini risaukan kamu berdua aje. Tengok si Rayyan itu, dah macam apa dibuatnya. Umi tengok Hamidah macam endah tak endah pasal Rayyan. Setiap benda lebihkan Azyah. Umi tak nak tengok cucu-cucu umi itu, ibu mereka pilih-pilih kasih. Tak bagus anak-anak nak membesar." Zainun meluahkan ketidakpuas hatinya itu. Akhirnya terluah apa yang terbuku juga.

"Umi... Tahulah Hussein nak uruskan macam mana. Dia isteri Hussein, Hussein berhak buat keputusan."

"Terpulanglah. Dia pun menantu umi. Umi dah anggap dia macam anak umi sendiri. Tapi, jangan sampai umi.... Umi ini manusia biasa, tak sanggup tengok benda macam ini terus berlaku. Sebagai orang tua dalam keluarga ini, umi tak nak tengok keluarga ini berantakan gara-gara perkara yang lepas."

Riak wajah Hussein bertukar kelat. Dia tidak tahu apa harus dikatakan.

Continue Reading

You'll Also Like

73.5K 2.5K 66
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
56K 7.1K 14
"Airis mengandung." "Mana lelaki tu? Aku nak dia bertanggungjawab!" "Dia dah tinggalkan Airis." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadi...
58.1K 5.1K 68
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
723K 23K 75
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...