KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

Von KhaiShif

202K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... Mehr

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45

BAB 7

4.6K 446 25
Von KhaiShif

"Asmodeus! Mana kau?" Jeritan seseorang mengganggu lena susuk seorang syaitan.

Perlahan-lahan susuk yang diganggu lenanya itu membuka sayapnya lalu membukus tubuhnya seakan kepompong rama-rama.

"Asmodeus!"

Susuk syaitan tadi mendengus. Malas sungguh hendak menyahut panggilan itu.

"Sini pun kau!" Seorang lelaki bertubuh tegap dan berambut hitam kelam tersenyum penat. Penat keliling istana semata hendak berjumpa dengan susuk syaitan di hadapannya itu. Rupa rupanya susuk syaitan itu berada di taman istana rajanya.

"Kenapa?" Soal susuk syaitan bernama Asmodeus dalam nada malas.

"Raja kita panggil kau." Ujar lelaki itu.

Asmodeus tersenyum sinis. Sayapnya di buka lebar dan dilipat di belakang.

"Itu raja kau bukan aku. Aku ada raja aku sendiri," Sinisnya berserta riak wajah angkuh.

Lelaki tadi mendecit.

"Raja kau dah mati berabad lamanya. Sekarang kau patut tunduk pada Raja Onyx,"

Tubuh tegap Asmodeus bergerak sedikit untuk turun dari pokok di mana tempat dirinya lena tadi. Mata keungguan itu mencerlung tajam lelaki tadi.

"Kau diam." Balas Asmodeus ringkas.

Osward, lelaki bertubuh tegap dan berambut hitam kelam mencengkam kolar Asmodeus. Penat meyakinkan syaitan tulen di hadapannya. Sudah beribu tahun perkara itu berlalu. Entah hidup entah mati raja yang dimaksudkan Asmodeus itu. Tetapi baginya raja yang dimaksudkan itu telah mati! Jasadnya pula sudah hancur.

"Cukup berangan! Sekarang pergi jumpa Raja Onyx." Ujarnya keras.

Senyuman sinis terlakar di bibir Asmodeus. Sayapnya dibuka lebar. Sekali saja sayapnya di kepak, sejurus itu tubuh syaitan tadi hilang bagaikan cerbisan kertas yang dibakar.

Osward mendengus. Terus lelaki itu beredar tanpa memikirkan lagi kedudukan syaitan tadi.

Di dalam sebuah istana, muncul susuk Asmodeus di hadapan singgahsana raja yang menggelar dirinya sebagai Raja Onyx. Dikatakan Raja Onyx pewaris seterusnya kuasa kegelapan milik Demon King. Tetapi itu hanya rumor saja. Asmodeus tidak percayakan itu semua. Yang dia percaya, rajanya kian bangkit di suatu tempat yang jauh dari dia.

"Asmodeus..." Raja Onyx tersenyum sinis. Lelaki bertubuh besar dan bermisai lebat itu menyungging senyuman sinis.

"Ya? Kau nak apa?" Di hadapan raja itu Asmodeus duduk bersila sambil menopang dagu.

"Heh! Masih sama."

"Cepat cakap. Kau membazirkan masa aku saja," Tutur Asmodeus malas.

"Di kerajaan Esfahan tertanam sebuah artifak purba peninggalan Raja Edgar. Aku nak kau cari atifak tu. Dengar khabar angin atifak itu menyimpan kuasa besar," Ujar Raja Onyx bersahaja.

"Huh? Perlu ke? Kenapa aku? Ramai syaitan yang kau ada aku juga kau pilih," Sinis Asmodeus. Dalam diam dia berasa terkejut mendengar nama sebuah kerajaan itu. Sudah berabad nama kerajaan itu tidak meniti di bibir sesiapa saja. Sekarang baru muncul.

"Sebab kau saja yang boleh di harap,"

Asmodeus tertawa berdekah.

"Kau lupa perjanjian kita Onyx," Matanya tajam merenung Raja Onyx.

"Sampai bila aku perlu terikat dengan perjanjian kau?" Tekan Raja Onyx. Geram dengan sifat keras kepala syaitan di hadapannya.

"Sampai bila-bila," Pendek Asmodeus menjawab.

Raja Onyx menumbuk pemegang kerusi singgahsana.

"Melampau!"

"Uhu? Ingat kau gunakan kuasa siapa untuk bina kerajaan ini," Selesai berkata-kata tubuh Asmodeus lesap sekali lagi.

Kedengaran gigi saling belaga daripada Raja Onyx. Marahnya mencanak naik apabila mengingati wajah selamba Asmodeus.

"Axial!" Jerkah Raja Onyx.

"Ya Tuanku," Muncul susuk syaitan lain bertubuh sederhana tinggi dan memiliki rambut berwarna hijau terang.

"Laksanakan perintah beta dengan segera,"

"Baik Tuanku!" Tidak menunggu lama susuk Axial lesap setelah menerima arahan.

Di atas atap istana raja, Asmodeus mendecit. Jauh matanya merenung sempadan yang berada beribu kilometer dari istana Raja Onyx itu. Sesekali helaan nafas kedengaran meniti di bibir.

"Tuanku Raz," Gumam dia.

.
.
.
.
.

Kirito tersentak. Kepalanya menoleh ke arah tingkap kelas. Telinganya seakan menangkap suara seseorang memanggil dirinya.

"Imaginasi aku je kut,"

"Woi, Kiri! Kau tengok apa lagi tu? Cepatlah kita ada latihan dekat padang ni,"

Kirito menatap pula Noaki yang berada di muka pintu kelasnya.

"Sorry... Sorry..," Tersengih kekok jejaka bermata merah itu. Berlari anak Kirito mendekati rakannya itu.

"Haish kau ni! Kuat sangat berangan." Ujar Noaki sambil menuruni anak tangga.

Kirito hanya diam. Dari jauh dia sudah dapat merasakan daya tekanan kuasa milik seseorang yang amat dia kenali.

Sampai saja mereka di kawasan padang Akademi, suasananya agak riuh memandangkan kehadiran kelas Gold juga ada di situ. Disertakan dengan pertarungan sengit daripada Kotaro dan juga rakan sekelasnya.

Sempat Kirito menjongket keningnya melihat perlawanan yang berat sebelah itu.

"Tulah putera mahkota kerajaan kita. Bijak dalam pelbagai bidang sampaikan tahun ni dia dah berjaya lompat dua kelas," Bisik Noaki.

Kirito anggukkan saja kepalanya.

"Dekat Akademi ni, dia berada di anak tangga kedua selepas Yosuke," Noaki berbisik lagi.

"Kau pulak? Tangga keberapa?" Soal Kirito tertarik.

"Aha! Bawah Top 10,"Tersengih kekok Noaki dibuatnya.

Sekali lagi Kirito mendiamkan diri. Memikirkan strategi untuk tidak terlalu menonjolkan diri ketika penilaian nanti.

"Hoi, bangunlah cepat lemah! Tadi beria nak lawan aku!" Tengking Kotaro tidak jauh dari kawasan Kirito dan Noaki berbual tadi.

Pelajar yang menjadi lawannya tadi terkial kial hendak bangkit dalam keadaan yang sudah babak belur. Tubuh dan wajahnya sudah kebiruan. Malah baju seragam Akademi juga sudah kocak.

"Tch!" Kotaro meludah pada wajah lawannya.

"Ini dah melampau," Gumam Kirito.

"Jangan cuba-cuba nak kacau dorang. Nanti kau pula jadi macam pelajar junior tu," Tegur Noaki apabila dapat mengagak keinginan hendak membantu daripada Kirito itu.

"Kenapa pula?" Soal sahabatnya itu hairan.

"Silap hari bulan kau pula yang kena lagi teruk dari pelajar junior tu nanti,"

Sekali lagi Kirito mengangguk.

"Cepatlah bangun! Lembab!" Provok Kotaro. Pedangnya sudah siap hendak memotong kepala pelajar tadi.

Untuk detik seterusnya kesabaran Kotaro semakin menipis. Melihat saja lawannya yang terlalu lemah itu menaikkan amaranya.

Pelajar lain yang menonton perlawanan tadi sudah berbisik sesama mereka. Pelbagai andaian buruk terlayar di minda masing-masing. Bagaimana jika rakan sekelas mereka itu nanti mati?

Kotaro yang berada di tempatnya mendengus. Pedang tajam dan berkilat siap menebas leher rakan sekelasnya. Sehinggalah kedudukan bilah pedang itu udah hampir sejengkal.

"Hey, Otōto. Nii-chan pernah cakapkan? Jangan main benda tajam. Kamu masih bawah umur," Bisik Kirito sambil mengusap lembut kepala Kotaro. Pedang yang berada di tangan 'adiknya' itu di genggam perlahan lalu di tarik lembut. Kini dia dan Kotaro dalam keadaan berpelukan.

Kotaro kaku. Tubuhnya mengeras di dalam pelukan seorang 'abang'. Susuk tubuh yang lebih tinggi dari dia ditatap lama. Mata merah itu. Mata yang selalu merenung lembut dirinya. Mata yang juga selalu memberi perhatian penuh kepadanya. Tapi itu dulu sebelum dia memusnahkan pemilik mata itu sendiri.

"Kiri—to..." Ternganga kecil Noaki melihat kepantasan yang dimiliki sahabatnya itu.

"Jangan main dengan benda tajam kalau kamu hanya reti menyakiti," Bisik Kirito lagi. Pedang yang sudah terlepas dari genggaman Kotaro di ambil lalu di cacak pada tanah.

Pelajar yang sudah babak belur ditatap sekilas sebelum membantunya.

"Nama kau siapa?" Soal Kirito ramah.

Pelajar lelaki yang berlawan dengan Kotaro tadi terlihat mengetap bibir. Menahan sakit pada rahangnya.

"Yuzuru," Ujar pelajar lelaki itu pendek.

Kirito mengangguk lantas tubuh lemah Yuzuru dipapah untuk dibawa ke bilik rawatan.

"Lain kali tengok kekuatan pihak lawan baru ambil keputusan nak berlawan," Nasihat Kirito tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Kotaro menggenggam penumbuk. Erat! Hatinya masih diasak perasan terkejut. Suara itu sama dan ayat itu juga sama dengan seseorang. Seseorang yang selama ini dia anggap telah mati.

Sekali lagi pelajar yang menjadi penonton tadi berbisik. Ada yang menyatakan kekuatan Kotaro semakin berkurangan. Ada juga yang menyatakan lelaki misteri tadi iaitu Kirito lebih kuat dari Kotaro.

"Tak guna!"

.
.
.
.
.

Di kawasan hutan Idora, tepatnya di sebuah gua yang belum pernah diterokai oleh sesiapa pun. Susuk seekor naga bersisik emas mengaum kuat. Sekali gus menguatkan lagi magic yang melindungi gua itu.

Hidung si naga terlihat sedikit mengeluarkan asap nipis. Dalam sekelip mata saja,  susuk seekor naga tadi bercahaya lalu berubah kepada susuk seorang gadis jelita. Bermata emas dan memiliki rambut putih panjang paras pinggang.

"Lezabel! Lezabel!"

Susuk gadis jelita tadi menoleh ke kanan.

"Kenapa?" Soalnya perlahan.

"Akhirnya kau bangun juga! Lama sungguh kau berehat!" Tupai kecil albino terjerit riang.

Susuk gadis yang dipanggil Lezabel mengerutkan dahi. Hairan melihat karenah tupai kecil itu.

"Kau tahu, sepanjang tempoh tidur kau lima tahu itu. Hutan kita sudah tidak aman!" Bersungguh tupai albino itu menceritakan.

"Maksud kau?" Soal Lezabel.

"Ada sebuah rumah tidak jauh dari gua kau ini. Rumah itu berpenghuni! Malahan pemilik rumah itu memiliki kuasa yang teramat kuat! Penduduk kita terutamanya yang sudah berpuluh ribuan tahun sudah tunduk pada lelaki itu." Si tupai albino mengeluh berat. Sedih melihat tetua penduduk hutan Idora yang begitu mudah tunduk kepada orang asing.

Lezabel mendengus. Keadaan berubah panas di sekelilingnya. Mata emas itu merenung tajam ke hadapan. Tekadnya sudah terukir jelas. Dia akan menghalau lelaki itu.

"Akan aku musnahkan mereka!"

Akademi Tempur Esfahan digemparkan dengan kekalahan Putera mahkota kerajaan itu. Kotaro mendengus geram mendengar berita kekalahannya. Dendam semakin tebal di lubuk hatinya. Kemusnahan Kirito adalah kepuasan dia.

Di atas atap bangunan akademi, Kirito tertawa sinis. Matanya yang sewarna dengan darah itu bersinar di bawah matahari terik.

"Let's play little brother," Gumam dia berseorangan.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
16.3K 90 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
227K 1.3K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
376K 1.1K 16
cite aku treka dan tulis time 1st mco dulu