THE KING AND THE QUEEN

By asterhyzells_

787K 29.4K 569

[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Harrash Mikhael, lelaki yang mempunyai dua personaliti. Jangan buat dia... More

PROLOG
BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87: EPILOG
HALLU!!

BAB 72

6.2K 240 1
By asterhyzells_

Harrash dan Maira membuka pintu perlahan-lahan. Kebiasaannya pintu masuk istana ke ruang tamu itu tidak akan berkunci dari dalam. Maira dan Harrash sudah berasa risau mendengar tangisan di dalam istana itu. Mereka kenal suara tangisan itu milik siapa. Tidak lain tidak bukan, tangisan si kembar.

"Kenapa ni baby? Nak air?"soal Hannif lembut. Pipi Airish yang menangis teresak-esak diusapnya.

"Aarash nak apa? Kenapa mengamuk malam-malam ni?"soal Qayyum pula. Sedari tadi dia cuba memujuk. Namun langsung tiada hasil. Diajak tidur pun tidak mahu.

"Assalammualaikum. Ummi dan baba dah balik ni. Kenapa anak-anak ummi menangis ni?"Maira melangkah ke arah Airish. Airish lantas didukungnya. Aarash pula didukung oleh Harrash.

"Waalaikumusalam."serentak Hannif dan Qayyum membalas.

"Aku tak tahulah apa tak kena dengan mereka berdua ni. Mungkin bermimpi buruk. Dah nak sejam mereka mengamuk macam ni."jelas Hannif.

"Ni bila masa pula kau orang balik? Awal sangat balik."soal Qayyum. Rambutnya serabai menandakan dia baru bangun tidur. Mata pun kuyu menandakan dia mengantuk.

"Tengahari tadi. Kau orang pergilah tidur balik. Dah pukul 3 pagi dah ni."ujar Harrash.

"Habis tu Airish dengan Aarash macam mana?"Hannif meneguk air sejuk sedikit untuk menghilangkan dahaga.

"Tak apalah. Aku bawa dia masuk tidur sekali."balas Maira. Harrash dan Maira terus masuk ke dalam bilik setelah mendapat anggukan daripada Hannif. Aarash dan Airish diletakkan di tengah-tengah antara mereka. Tidak sampai beberapa minit didodoikan oleh Harrash dan Maira, kembar itu sudah lena dijemput mimpi.

"Sleep tight hubby."ucap Maira. Mata yang sudah semakin kuyu itu memandang wajah Harrash yang tersenyum.

"Sleep tight too sweetheart."balas Harrash sebelum mereka sama-sama diulit mimpi.

Keesokkannya, Aisyah berjalan menuju ke dapur. Dahinya berkerut melihat seorang wanita sedang memasak. Setahunya, hanya dayang sahaja yang akan memasak pada waktu pagi. Jarang pula orang lain akan masuk ke dapur pada waktu pagi.

"Eh Aisyah? Awal ke dapur."tegur Maira dengan senyuman.

"Bila kau balik?"Aisyah mengukirkan senyuman membalas senyuman Maira. Dia turut membantu Maira mengacau bihun goreng. Orang di dalam istana ini bukannya sedikit, tetapi ramai. Jadi makanan pun mestilah dalam kuantiti yang banyak.

"Semalam baru sampai."balas Maira sambil tangannya lincah memasak bubur.

"Ouh. Bubur tu untuk siapa?"soal Aisyah pelik. Tidak pernah-pernah pula dia tengok orang dalam istana ini makan bubur pada waktu pagi. Lainlah kalau ada yang sakit.

"Untuk Airish dengan Aarash. Semalam mereka meragam, hari ini mesti nak makan bubur. Biasalah kegemaran mereka."Maira tersengih. Teringat akan perangai si kembar itu. Airish suka makan bubur ayam yang ada sayur lobak. Tiada lobak, dia tak mahu makan. Aarash pula suka makan bubur ayam yang ada cendawan shiitake. Tak ada salah satu, mulalah merungut tak mahu makan.

"Ummi..."Harrash memanggil. Kiri kanan dia mendukung Airish dan Aarash.

"Ya? Dah bangun dah putera dan puteri ummi ni."ujar Maira. Pipi Aarash dan Airish diciumnya. Wangi!! Pasti Harrash sudah memandikan mereka.

"Ummi, Rash nak ubur awan. (bubur cendawan)"Aarash sudah memuncungkan mulutnya. Airish pula menyembamkan mukanya pada leher Harrash. Kantuk masih menguasai diri walaupun baru sahaja mandi.

"Ummi sejukkan dulu sekejap. Mari ummi dukung. Kesian baba, Aarash dah berat tahu?"usik Maira. Aarash diambil dan didukungnya. Aarash hanya tersengih. Leher Maira dipeluknya.

Dayang-dayang mula menghidangkan bihun serta air teh yang telah disiapkan oleh Maira dan Aisyah ke atas meja. Memandangkan sudah waktu untuk bersarapan, orang lain mula memenuhkan ruangan meja makan.

"Aipp Idham dengan Mel mana? Mama dengan Mak Ngah pun tak nampak."Harrash menjongketkan keningnya. Hairan pula dia. Kalau Shafiq dengan Nana, tahulah dia yang mereka menetap di rumah Puan Mariam. Qayyum dan Hannif pula masih membuta kerana tidak cukup tidur semalam.

"Hospital. Mel dah bersalin semalam. Mak Long tak bagitahu sebab tak nak ganggu kau orang."ujar Sarah.

"Ni kau orang bila sampai?"soal Izzuan. Bihun goreng disuap ke dalam mulut Ellyza.

"Pagi semalam."balas Maira. Bubur milik Aarash dan Airish dibawa ke meja makan.

"Ellyza dengan Syahez nak tak bubur? Ada banyak lagi tu."soal Maira.

"Nak!! Nak!!"Ellyza sudah teruja manakala Syahez hanya terkebil-kebil memandang Maira. Maira mengukirkan senyuman lalu membawa dua mangkuk bubur. Tidak lupa juga untuk Ariz.

"Kalau kau orang nak pergi lawat Mel, pergi petang sikitlah. Hannif dengan Qayyum nak bawa budak-budak ni pergi jalan-jalan. Jadi, pergi ramai-ramai lah nanti."ujar Hakim.

"Okeylah kalau macam tu. Elok sangat aku bawa Maira keluar jalan-jalan dekat Florensia ni sekali-sekala."sengih Harrash.

"Mak Su dengan Mak Lang nak ikut tak?"Harrash menyoal.

"Malaslah. Mak Su dah puas jalan-jalan dekat Florensia."Puan Zhurah menggelengkan kepalanya.

"Mak Lang pun malas. Kau orang sahajalah yang perginya."ujar Puan Isya pula. Ini kalau dia mengikuti mereka keluar, buatnya mereka pergi fun fair atau menonton wayang, memang mereput kebosanan lah dia. Dia bukanlah gemar menonton wayang.

•••

Hannif mencuit-cuit pipi si bayi. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Comel!!

"Oii yang kau asyik duk cuit-cuit pipi dia tu kenapa? Lebam pipi dia nanti sebab kuku kau tu macam kuku dracula."ujar Hakim membuatkan Hannif mencebik. Kuku dia elok sahaja padahal. Baru empat hari tidak dipotong.

"Sibuklah kau. Pipi dia comel... Kau tahu apa?"Hannif sudah membuat muka terujanya.

"Eh dah-dah tepi!! Bagi aku pula main dengan dia."halau Qayyum. Tak boleh jadi kalau Hannif sahaja yang rapat dengan bayi itu. Nanti dia pula yang akan terabai.

"Senang cerita, kau orang kahwin sahajalah. Opah pun ada calon untuk kau orang."Opah bersuara.

"Hannif tak nak. Opah bagi dekat Qayyum tu haa... Cari calon yang boleh terima kalau Qayyum nak kahwin empat Opah."kata Hannif diselitkan perlian kepada Qayyum. Serta merta kepala Hannif ditampar oleh Qayyum.

"Kurang asam. Nak cari, cari yang elok pun dah cukup. Berapa kali aku nak kata yang aku ni bukan playboy? Menyemak ahh kau ni. Pergi main jauh-jauh!"ujar Qayyum geram. Opah menggelengkan kepalanya. Ada juga nanti dua pasangan yang dia akan kahwinkan.

"Fakta okey! Bukan auta!"Hannif terus keluar dari wad. Malas mahu mendengar balasan daripada Qayyum. Tak pasal-pasal kena maki sahaja nanti.

"Perangai tak pernah nak matang kau orang berdua ni."Hakim menggelengkan kepalanya.

"Apa nama dia ni?"soal Harrash. Dari tadi duk hadap ke dua ekor tenuk itu bergaduh sampai lupa nak tanya nama.

"Nurain Medina binti Idham Fakris."ujar Mellysa tersengih-sengih. Gembira dapat menimang cahaya mata yang pertama.

"Medina eh? Comel..."puji Maira yang sedari tadi berdiam. Medina didukungnya perlahan-lahan lalu dia menghampiri Harrash.

"Anak saudara pertama hubby."Maira mengukirkan senyuman manis. Harrash hanya mengangguk kecil kemudian pipi Medina dicuitnya manja.

"Kau orang bila lagi nak ada anak ketiga? Si kembar tu pun dah besar."usik Sarah.

"Ha'mah. Aarash dengan Airish pun nak adik kan?"usik Atif pula. Bila isteri sudah mulakan, suami pun kena ikut bergabung.

"Nak!! Nak!!"teruja Airish dan Aarash. Wajah Harrash dipandang oleh mereka.

"Baba, Rish nak adik."pinta Airish. Seluar Harrash di bahagian lutut dipegang.

"Iyalah."jawapan main tibai sahaja. Kalau ada rezeki dapatlah tu. Yang lain sudah tersenyum penuh makna manakala Maira pula hanya buat tidak dengar. Malu!!

"Ehem-ehem!! Aku baru perasan hari ni Ratu Florensia letak buah tomato dekat pipi."ujar Hakim membuatkan semua orang ketawa kecuali Harrash dan Maira.

"Tak guna."betis Hakim menjadi mangsa sepakkan Maira. Tidak berasa pun dia punya sepakkan. Rasa macam kena sepakkan angin sahaja.

"Abang balik dulu lah Mel. Dah nak maghrib ni."pamit Harrash.

"Okay. Hati-hati bawa kereta."pesan Mellysa. Harrash hanya mengangguk kecil. Airish didukungnya lalu mereka keluar dari wad itu. Puan Melinda dan Tengku Alyssa turut pulang ke istana manakala yang lain ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat fardhu maghrib.

"Baby nak makan apa baby?"soal Hannif sambil memandang ke arah Airish yang duduk di atas pahanya. Mereka ke restoran sementara menunggu waktu isyak. Setelah waktu isyak, barulah mereka memulakan aktiviti mereka untuk pergi berjalan-jalan.

"Ermm nasi."balas Airish.

"Nasi? Pesan yang sama dengan Uncle ya?"ujar Hannif dibalas anggukan daripada Airish.

"Sejak bila kau panggil anak aku macam tu? Berbaby-baby bagai. Kalau anak aku jadi gedik, siap kau!"Harrash memberi amaran.

"Tak akan okey!! Semua budak-budak yang aku jaga, perangai mereka akan elok-elok je. Kalau ada yang tak elok, kau salahkan Qayyum."Hannif membalas yakin. Qayyum membulatkan matanya.

"Woii!! Asal yang aku punya negatif pula? Entah-entah kau kot yang bagi pengaruh negatif!!"geram Qayyum.

"Hm..."Hannif melurutkan cermin matanya ke bawah sedikit sebelum menyambung kata-katanya.

"Aku kan manusia yang baik."Hannif ketawa kecil melihat Qayyum buat-buat hendak muntah.

"Haihh dua-dua, perangai dua kali lima je."Maira menggelengkan kepalanya. Nasi tomato yang dipesannya tadi disuap ke dalam mulut. Lapar pula tengok Hannif dengan Qayyum bergaduh. Kalau lebih lama, agaknya dah kebulur tahap kritikal kot.

Mereka berjalan menuju ke arah pasar malam. Tadi sudah makan, sekarang pun nak makan lagi sekali. Nama pun nak pergi jalan-jalan. Makan pun mesti banyak kan?

"Iydan, jom pergi jalan-jalan dengan Uncle."ajak Qayyum. Nana dan Shafiq hanya tersengih melihat ke arah Iydan. Aktif pula anak mereka hari ini kerana banyak bercakap. Hannif pula sudah siap mendukung Airish. Mereka berempat berpecah ke suatu tempat. Yang lain pula dengan pasangan masing-masinglah.

"Airish nak beli apa sayang?"soal Maira. Airish yang didukung oleh Harrash dipandangnya.

"Airish nak itu."Airish menghalakan jari telunjuknya ke arah gerai kentang goreng. Tidak sampai sepuluh minit, Harrash selesai membeli. Mereka menuju ke arah tepi sungai. Agak menarik di situ kerana disinari oleh lampu berwarna putih yang memperlihatkan taman di tepi sungai itu.

"Rash!! Sinilah!!"panggil Hannif yang berada tidak jauh dari mereka. Tanpa membalas, Harrash dan Maira terus bergerak ke arah Hannif.

"Wahhh cantiknya!!"teruja Iydan. Tangannya ditepuk beberapa kali dengan senyuman di bibir tatkala bunga api naik dan menyinari di langit. Ellyza yang teruja turut menepuk tangan.

"Fun fair lah!! Hannif jom!!"ajak Hakim teruja. Dari menjadi seorang bapa yang garang, dia sudah jadi kanak-kanak riang semula. Dia saja mahu mengusik Hannif sebenarnya. Tahulah dia Hannif paling anti dengan fun fair. Agaknya kalau teman wanita dia ajak pergi fun fair, dia akan pergi ke tidak?

"A-apa?! Aku salah dengar ke?"soal Hannif dengan mata membulat tidak percaya.

"Kau tak salah dengarlah bongok!! Dah jom "Qayyum menarik tangan Hannif ingin menuju ke arah roller coaster. Tidak sampai beberapa langkah, Hannif menepis tangan Qayyum.

"Tak nak!! Kau orang je lah pergi. Eee..."Hannif membuat muka tanda dia ngeri dengan tempat tu. Kalau setakat rumah berhantu, dia okey sahaja. Tapi kalau bab roller coaster, roh dia rasanya bagai hendak terpisah dari jasad sahaja gamaknya.

"Uncle jomlah!"ajak Aarash dengan muka sebeknya. Dia pun nak pergi main dekat fun fair juga.

"Tak boleh!! Tak naklah. Aarash pergi dengan Acik Nana eh?"Aarash diberi kepada kepada Nana.

"Ah takde-takde. Jom ikut!!"Qayyum memeluk lengan kiri Hannif manakala lengan kanan Hannif dipeluk oleh Hakim yang sudah mengukirkan senyuman penuh makna. Hannif dengan terpaksanya mengikuti dua malaun itu.

"Sayang nak naik sekali tak?"soal Harrash. Maira mengangguk teruja. Walaupun dia penakut, namun dia seronok dan suka naik benda itu.

Kuat Hannif menjerit sebaik sahaja roller coaster itu mula bergerak. Takut dia tak boleh bawa bincang. Qayyum dan Hakim sudah ketawa besar. Lucu pula melihat wajah Hannif tika ini. Turun sahaja dari roller coaster, Hannif berjalan terhuyung-hayang seperti orang mabuk sahaja lagaknya. Hakim di sebelah setia memimpin lengan kembarnya. Izzuan sudah tergeleng melihat keadaan Hannif.

Continue Reading

You'll Also Like

32.2K 1.5K 45
zayyan zayn ialah seorang arkitek yang berumur 31 tahun dimana masih bujang dan mempunyai keperibadian yang amat diminati oleh semua kaum wanita. tid...
5.9M 479K 50
FOLLOW DULU ❗❗ BANYAK PART DI PRIVATE ...oOo... Zara Cyra Aprilaen dan Areon Aciel Ligarta, dua orang remaja yang harus terikat dalam ikatan pernikah...
8.3K 716 7
ALAN DIRGANTARA PUTRA adalah pemuda sengklek,bego,tolol,dan bobrok.dia adalah pemuda yatim yang hanya tinggal bersama mama dan adik perempuan nya.sua...
6.8M 338K 74
"Baju lo kebuka banget. Nggak sekalian jual diri?" "Udah. Papi lo pelanggannya. HAHAHA." "Anjing!" "Nanti lo pura-pura kaget aja kalau besok gue...