BAD MAFIA [COMPLETED]

By ayraakookie

2.9M 122K 16.4K

"Daddy always said not all the people in your life will stay with you, he was right. Cause he was the first t... More

01 '
02 '
03 '
04 '
05 '
06 '
07 '
08 '
09 '
10 '
11 '
12 '
13 '
14 '
15 '
16 '
not an update '
17 '
18 '
19 '
New story '
20 '
21 '
22 '
23 '
24 '
25 '
26 '
27 '
note [I'm sorry]
29 '
30 '
31 '
32 '
33 '
34 '
35 '
36 '
37 '
38 '
39 '
40'
41 '
42 '
43 '
44 '
45 ' [TAMAT]
SPECIAL CHAPTER
MY SECOND BOOK
THIRD BOOK

28 '

50.1K 2.2K 210
By ayraakookie

Bella Najwa merenung lama batu nisan dihadapannya. Matanya sudah merah dan sembap kerana terlalu lama menangis

"mummy.." panggilnya sayu. dia kemudiannya memeluk tanah itu seolah-olah memeluk ibunya. Air mata terus mengalir perlahan di pipi.

Edmund Carl yang memerhati turut rasa bersimpati akan nasib malang yang dilalui gadis itu. sudah satu jam dia menunggu Bella Najwa, namun tiada tanda-tanda yang gadis itu mahu beredar.

"Let's go.. Nak hujan dah ni.. " Edmund Carl mengajak gadis itu untuk pulang. Belakang tubuh gadis itu diusapnya perlahan.

Bella Najwa menggeleng kepala lemah.

"Taknak, nak teman mummy kat sini. " dia bersuara sambil tersedu sedan. Hingus di hidung di lap pada hujung lengan baju.

"Jom laa.. Esok kita datang melawat mummy kau lagi. Kita bawak bunga sekali eh? Please bella? " Edmund Carl bersuara memujuk. Sejujurnya dia tidak pandai memujuk. Jika nak ikutkan hati, nak sahaja dia mencempung tubuh gadis itu dan bawak masuk dalam kereta.

"Mummy, esok wawa datang tengok mummy lagi eh. Mummy tunggu wawa tau.. Isk isk.. " masih tersisa tangisan gadis tersebut.

Bella najwa berdiri lemah. Matanya melihat pada wajah Edmund Carl. Senyuman palsu cuba diukir untuk lelaki itu.

"Jom.. " ajaknya perlahan sambil mengatur langkah menuju ke kereta.

Kau sangat kuat Bella Najwa..

♣♣♣

"So apa plan kau lepas ni? " Edmund Carl bersuara memecah kesunyian di dalam kereta.

Wajah bella najwa dipandang sekilas. Kelihatan gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.

Soalan yang tidak tepat, diwaktu yang tidak tepat.

Edmund Carl mengambil tangan gadis itu dan diletakkan di atas pehanya. Tangan runcing itu dielusnya lembut.

"You have me.." Edmund Carl bersuara  memberi semangat.

Namun tidak sampai beberapa saat, gadis itu menarik tangannya kembali. Hanya reaksi dingin yang diberikan.

"Aku tahu aku dah banyak sakitkan kau. Jadi bagi aku peluang untuk tebus semua kesalahan aku bella.." Edmund Carl tidak berputus asa dan dia benar-benar memaksudkan apa yang dikatakannya.

Bella Najwa tetap begitu. Dingin tanpa sebarang reaksi. Pandangan pula dibuang diluar tingkap.

Beri dia masa. Gadis itu masih sedang mencerna apa sebenarnya yang berlaku dalam hidupnya.

Sesampai sahaja di hotel, bella najwa terus merebahkan tubuhnya diatas katil. Tidak sampai beberapa minit, gadis itu sudahpun diulit mimpi. Mungkin kerana terlalu penat. Ataupun dia cuba untuk lari dari realiti dunia yang kejam.

"Are you already sleep ?" edmund carl menyoal lembut. Setelah beberapa saat tidak mendapat respon dari gadis itu, tahu la dia yang gadis kesayangannya itu telah tidur.

Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh tubuh bella najwa. Sebuah kucupan hangat dihadiahkan lama pada dahi gadis itu. Kemudian dia menutup lampu bilik. Hanya lampu luar jalan yang menerangi bilik hotel mereka.

"I love you, my baby girl. So i will take revenge on your behalf.."

Sepucuk pistol yang disimpan di dalam beg diambil. Kemudian pistol itu diselit pada bahagian belakang poket seluarnya. Lelaki itu membawa diri keluar dari bilik hotel tersebut dengan wajah yang penuh dengan dendam.

♣♣♣

"Shit.. " lelaki itu meludah keluar darah yang ada pada tepi bibir. Dia kemudiannya bangun dan menghadiahkan sebuah tumbukan tepat pada wajah pihak lawannya.

"Kau cakap aku pembunuh? Bitch, sedar diri sikit apa motif kau waktu mula-mula dulu! Kau yang nak bunuh mummy dia kan? Kau lupa? " sekali lagi lelaki itu berbicara sinis. Darah yang mengalir di dahi dihiraukan.

"Thanks to you sebab kau dah bunuh bagi pihak aku. Fayyadh, aku tak tahu nak balas jasa kau macam mana. Apa kata aku hantar kau pergi syurga, nak tak? "

"Sial kau edmund!!! " lelaki yang bernama Fayyadh itu menjerit kuat. Dia memandang Edmund Carl dengan penuh kebencian. Tangan digenggam erat membentuk penumbuk.

"Tch, tak payah laa nak habiskan suara kau tu. Bukannya boleh hidupkan orang yang mati pon. " Edmund Carl cuba memanaskan hati Fayyadh.

Fayyadh yang geram segera menerpa tubuh Edmund Carl. Namun tidak sampai beberapa saat, dia sudah rebah.

Bang!

Kedengaran bunyi tembakan dilepaskan. Tubuh Fayyadh rebah menyembah bumi. Dia memegang perutnya. Darah yang mengalir itu cuba untuk dihentikan dengan tapak tangan.

"Fayyadh.. Kan aku cakap jangan main dengan aku.. Kau ni degil kan ? " Edmund Carl mendekati Fayyadh. Tubuh yang terkena tembakan itu dipijaknya.

"Arghhhh... " Fayyadh menjerit kesakitan.

"Nanti bila kau dah sampai syurga, kirim salam dekat mak mertua aku tau. Cakap dekat dia, anak dia okay je duduk dengan aku. No need to worries. Oh yaa, satu lagi cakap dekat dia aku mintak maaf sebab pernah ada niat nak bunuh dia ." Edmund Carl berbisik di telinga Fayyadh sebelum menendang kuat perut lelaki itu.

♣♣♣

Bella Najwa tersedar dari lenanya. Jam loceng di atas meja ditatap lama.

6 a.m

Gadis itu melihat sekeliling. Kosong. Seperti hatinya ketika ini. Kepala yang terasa sakit diurutnya perlahan.

I can hold my breath
I can bite my tongue
I can stay awake for days
If that's what you want
Be your number one
I can fake a smile
I can force a laugh

Untuk beberapa saat ringtone lagu itu memenuhi ruang bilik hotel. Bella Najwa mencari malas keberadaan telefon bimbitnya. Nombor yang tidak dikenali tertera pada screen telefon.

"Hello? "

"Hello bella.. It's me" suara si pemanggil kedengaran. Bella Najwa mengerutkan kening cuba untuk mengenal pasti suara tersebut.

"Fayyadh?" dia kembali bersuara dingin.

"Bella, boleh kita berjumpa? I need to talk to you. "  lelaki itu bersuara separuh merayu.

"Kau nak apa lagi ni? Tak cukup lagi kau bunuh mummy aku? " suara bella Najwa sudah naik seoktaf. Air mata di tubir dihapusnya kasar.

"Bella, let me explain everything to you ok ? Im begging you.. Let's meet. I pick up you now. Send me your location. Please? "

"Okay, i message you the location." Bella Najwa bersuara. Dia terpaksa setuju kerana dia perlukan kebenaran. Dia sudah penat hidup dalam kebohongan dan kekeliruan.

♣♣♣

Bella najwa pov

Jam menunjukan pukul tujuh pagi, namun kelibat Edmund Carl masih tidak kelihatan.

Where's he ? Hm, Bella Najwa please stop thinking about him. He is nothing to you!

Betul ke nothing? Tapi dia banyak tolong aku.. Ahhh stop it wawa. Kawal hati kau.

Ting~

Bunyi notifikasi telefon kedengaran. Telefon yang berada didalam beg aku ambil.

"I already arrive."

Mesej daripada Fayyadh aku baca penuh benci. Tangan digenggam erat.

Aku berharap sangat aku tak lepaskan penumbuk pada wajahnya sebentar lagi.

Kaki aku melangkah laju menuju ke lobi hotel. Kelihatan Fayyadh sudah menunggu di muka pintu kereta. Sebuah senyuman dihadiahkan pada aku. Senyuman yang penuh dengan kesayuan.

Aku jadi serba salah nak balas ke tak. And end up aku ambil keputusan untuk ignore je. Pintu kereta belah penumpang aku buka dan masuk. Malas mahu berbasa-basi di luar.

"So, kau nak explain apa? " soalan terus aku ajukan tanpa ada mukadimah.

"Kita cakap kat tempat selamat sikit. " Fayyadh membalas pendek. Kereta dipandunya laju menuju ke tempat yang aku sendiri tidak pasti. Malas mahu bertanya. Biarlah dia.

Aku membuang padang ke arah luar tingkap. Sesekali telinga aku dapat mendengar Fayyadh mendengus kesakitan.

Disebabkan sikap prihatin, aku mengalih pandangan ke arah dia sekilas. Kelihatan dia sedang menahan sakit di perut.

Setelah beberapa minit pemanduan, kami tiba di sebuah tasik. Cantik. Ada banyak pokok-pokok hijau dan itik yang sedang riang berenang kat dalam tasik tu.

Aku mengikuti langkah fayyadh dari belakang. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang di sediakan di tasik itu.

"Duduklah.. " dia bersuara lembut.

Aku turut melabuhkan punggung aku disebelahnya dengan jarak yang agak jauh.

"Kau nak cakap apa ?" aku menyoal terus kepada dia. Matanya aku tatap dalam cuba untuk mencari kebenaran.

"About your mummy, i'm sorry.. " Fayyadh bersuara sebak dan terhenti seperti tidak mampu bersuara lagi.

"Kalau setakat nak mintak maaf pasal tu, baik kau message je. " aku cuba untuk bersabar, tapi aku tak mampu.

"No, bukan tu je.."

"Actually aku bawak mummy kau datang sini sebab nak larikan dia dari Edmund. " Fayyadh menyambungkan kata-katanya. Dia buat aku terkedu seketika.

"Why? " aku menyoal tidak faham.

"Edmund want to kill your mom. "

Pang

Sebuah tamparan aku hadiahkan pada pipi Fayyadh. Aku cuba untuk bersabar, tetapi lelaki ini sudah melebih.

Dia yang bunuh mummy and now dia nak tuduh orang lain yang nak bunuh mummy? The hell.

"Apa motif kau Fayyadh? Kau dah bunuh mummy pastu kau nak tuduh orang lain pulak? " aku menjerit geram. Mata yang sudah berair aku lap kasar.

"Aku ada bukti! " Fayyadh turut meninggikan suaranya. Mungkin kerana geram aku tidak percaya padanya.

Telefon yang didalam poket dikeluarkan. Aplikasi recording terus dibukanya.

"Hear this properly " dia memberi telefon itu kepadaku.

"Kau cakap aku pembunuh? Bitch, sedar diri sikit apa motif kau waktu mula-mula dulu! Kau yang nak bunuh mummy dia kan? Kau lupa? "

Itu suara fayyadh.. And siapa dalang sebenar yang nak bunuh mummy ni?

"Thanks to you sebab kau dah bunuh bagi pihak aku. Fayyadh, aku tak tahu nak balas jasa kau macam mana. Apa kata aku hantar kau pergi syurga, nak tak? "

Ed.. Edmund? Mulut aku sudah bergetar. Tak tahu mengapa, aku rasa sakit yang teramat bila dengar dia cakap macam tu.

Bang!!

Bunyi tembakan? Siapa tembak siapa ? Untuk seketika aku terdengar suara fayyadh menjerit kesakitan.

"Fayyadh.. Kan aku cakap jangan main dengan aku.. Kau ni degil kan ? "

"Nanti bila kau dah sampai syurga, kirim salam dekat mak mertua aku tau. Cakap dekat dia, anak dia okay je duduk dengan aku. No need to worries. Oh yaa, satu lagi cakap dekat dia aku mintak maaf sebab pernah ada niat nak bunuh dia ."

Telefon yang ada ditangan terlepas ketanah. Aku menangis kuat selepas mendengar ayat terakhir Edmund.

Lelaki itu syaitan!! Dia janji nak berubah, tapi syaitan mana pernah tepati janji bukan?

Dada aku terasa sangat sesak. Aku tidak boleh berhenti menangis. Kebenaran ini terlalu pedih untuk ditelan. Dan ia lagi sakit bila tahu orang yang kau percaya buat macam ni dekat kau.

Dada yang berasa sesak itu aku tumbuk berkali-kali. Namun cepat sahaja tumbukan itu dicapai oleh Fayyadh.

"Sabar bella.. " dia mengenggam tangan aku dengan sebelah tangannya. Dan sebelah lagi tangan mengusap perlahan belakang aku.

"Isk isk, kenapa hidup aku selalu macam ni Fayyadh? Aku penat. Semua orang yang aku percaya, semua nak tikam belakang aku. Dulu daddy, and now Edmund. Apa salah aku? " aku bersuara dalam tangisan.

"Shhh, bella listen. Allah takkan uji hambaNya lebih dari kemampuan. Dia tahu kau kuat, sebab tu Dia uji kau macam ni.. " kata-kata Fayyadh membuatkan hati aku tersentak.

Sudah lama aku tidak mendengar nama tuhan aku sendiri. Selama ini aku salahkan Dia sebab bagi ujian macam ni dekat aku. Aku hampir sahaja menjadi murtad bulan lepas. Tapi wajah mummy menyedari aku. Pasti dia sedih kalau dia tahu.

Sekali lagi aku menghamburkan tangisan. Aku tak kuat Ya Allah.. HambaMu ini tidak kuat..

"Aku dah takde sesiapa Fayyadh. Semua tinggalkan aku.. " setelah beberapa minit menangis, aku kembali bersuara. Kali ini lebih tenang. Kerana aku sudah perlahan-lahan mencerna apa yang terjadi.

"Kau ada Allah bella.. Berhenti berharap pada manusia dan kau akan bahagia. " Fayyadh menuturkan katanya lembut.

Untuk pertama kalinya aku dengar ada orang cakap macam tu dekat aku. Kalau sebelum ini ayat yang sama sahaja aku terima.

"You have me "

"I always be there for you.. "

Tetapi Fayyadh berbeza.

"Boleh aku tahu macam mana mummy boleh meninggal? " aku menyoal perlahan. Mata dipejam untuk mencari kekuatan.

"Aunty Lia kemurungan. Hari-hari dia cari kau. And satu hari tu, dia lari dari rumah sebab nak cari kau. End up dia terlibat dalam kemalangan. Dia koma for 1 months and after that she's passed away. " Fayyadh menerangkan bersungguh padaku.

Baju aku genggam erat. Kesian mummy. Maaf mummy, wawa tak tepati janji untuk nak rawat mummy..

Mummy suruh wawa jadi doktor untuk nak selamatkan mummy, but.. Wawa tak sempat pon.

Jahat kan wawa? Nyawa orang lain wawa selamatkan. Tapi nyawa mummy? Wawa rasa wawa adalah penyebab utama mummy meninggal. Im sorry mummy..

"Hantar aku balik hotel.. " aku berdiri dan melangkah jalan menuju ke kereta.

"But bella.. "

"Please fayyadh.. " aku memotong kata-katanya.

♣♣♣

I let you in..

I fucking let you in..

And you completely

Destroyed me...








Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 79 17
Dan takdir menemukan Arrisa Dania,seorang yang nakal,full of herself,suka pandang rendah dekat orang lain,sombong dan perasan dengan Muhammad Fawwaz...
6.3K 190 18
[ZEHANZ AL-FAYYAD & ERINA AURELIA] Mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Erina Aurelia yang dulu nya menjadi sugar baby rela kepada zehanz al...
12.3K 360 16
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 " 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 " Rahsia. Semua manusia yang berada di atas muka bumi ini pa...
67.4K 687 5
Mia,Jenny,Elysiana & Hana gadis yang digelar Devil di Royal Highschool kerana sikap mereka yang sememangnya tidak bertolak ansur.Kisah silam yang ama...